miss perfect (LAST EPISODE)

Anna berhenti melangkah tiba-tiba. "Syafira, saya ada hal sekejap. Nanti saya datang." ujar Anna.
Syafira sudah mengerutkan dahinya. "Awak nak ke mana?" soalnya.
"Ada lah. Sekejap saja. Awak pergilah dulu." jawab Anna lalu segera pergi meninggalkan Syafira keseorangan di situ.
"Tapi Anna....." Syafira tidak sempat menghabiskan ayatnya, Anna sudah pun berlari pergi dari situ. "Kenapa ya?"
Syafira memusingkan badannya kembali dan terus berjalan menuju ke dewan. Dia perlu cari Edry segera! Sedang dia berjalan selaju yang boleh menuju ke dewan, ekor matanya sempat menangkap imej seseorang yang cukup dibencinya sedang berdiri di pintu dewan. Helmina sedang berdiri terpacak di situ, mungkin menunggu kehadirang Afiq.
"Patutlah Anna lari!" ujar Syafira. Nampaknya dia memang perlu segera mencari Edry.

Anna berlari masuk ke dalam pondok itu. Keadaannya sungguh suram. Mujur saja terdapat cebisan-cebisan cahaya dari lampu neon yang di pasang di sekeliling kawasan sekolah.

Anna duduk di buaian seorang diri di dalam kegelapan. Entah kenapa, dia berasa tenang begitu. Selalunya, dia memang paling takutkan kegelapan. Segala imaginasinya tentang apa yang bakal berlaku di dalam dewan terbayang-bayang di mindanya. Anna menutup mata rapat-rapat. Hatinya benar-benar sedih.
"Kenapa aku tak boleh jadi macam Helmina? Cantik, bergaya, yakin. Kalau aku macam dia, mesti Afiq suka.." ujar Anna sendiri. Kemudian dia mengeluh. Tiba-tiba mentol kepalanya bercahaya. Dia baru terfikir kenapa Edry dan Syafira sanggup berhabisan beratus-ratus ringgit semata-matanya untuknya tempoh hari. Dan kenapa Syafira beria-ia menyoleknya tadi.
"Mungkin ini masanya. Aku harus berubah. Aku akan ubah personaliti aku. Anna yang dulu dah tak ada, sekarang aku harus jadi Anna yang baru. Anna yang yakin pada diri sendiri." tiba-tiba saja dia ditiupkan semangat baru.

Anna segera berlari menuju ke dewan. Walaupun sudah bertekad tadi, hatinya masih tetap berdegup kencang.

Perlahan-lahan, kakinya melangkah masuk ke dalam dewan. Saat itu, Anna dapat merasakan semua mata yang ada di situ memandang ke arahnya. Anna sudah tertunduk segan.
'Aduh, janganlah pandang aku!' Anna bermonolog sendiri. 'Tidak! Aku harus yakin!' Anna menggeleng-geleng kepalanya dan segera mendongakkan kembali wajahnya.

Semua mata yang memandang terpegun melihat Anna. Bermacam-macam suara halus kedengaran.

"Eh, siapa tu? Tak pernah nampak pun."
"Wow, cantiknya. Puteri raja mana pulak ni?"
"Wah, siapa budak comel tu?"
Edry dan Syafira yang tersedar semua orang sedang memandang ke arah pintu dewan juga turut sama memandang. Syafira sudah tersenyum lega. Edry pula... sudah terlopong.
"Apa awak dah buat kat dia? Mengalahkan puteri raja! So pretty!" ujar Edry.
"Well.. saya kan mak andam berbakat." ujar Syafira. Tapi terselit di hatinya rasa cemburu kerana Edry menuji Anna tadi.

Ketika itu, Helmina dan Afiq pula...

"Kenapa awak tak nak terima saya balik? Saya kan dah berubah." soal Helmina. Wajahnya sudah tegang.
"Awak fikirlah sendiri." ujar Afiq lalu pergi meninggalkan Helmina seorang diri di situ.
Selepas itu barulah dia tersedar akan fenomena yang sedang melanda seluruh dewan itu. Afiq juga turut menjenguk ke arah yang sama.
Matanya tak berkelip memandang Anna. Walaupun penampilan Anna jauh berbeza, dia tahu yang itu adalah Anna.
"Anna." panggil Afiq.
Anna berjalan perlahan-lahan ke arah Afiq. "Ya, kenapa? Helmina mana?"
"Peduli lah dengan dia. Anna.. awak cantik sangat malam ni." ujar Afiq telus.
Anna sudah tersipu-sipu malu.
"Anna, sebenarnya... ada benda yang perlu saya beritahu awak dari hari tu lagi." ujar Afiq.
"Apa dia?"
"Sebenarnya.. saya sukakan awak. Mungkin dah lama tapi saya baru sedar baru-baru ni." Afiq sudah berterus-terang tentang perasaannya.
Anna hanya mendiamkan diri. "Bukan sebab malam ni saya dah lain? Kalau saya tak bersolek begini sekarang mesti awak takkan cakap macam ni kan?" ujar Anna. Dia tidak yakin yang Afiq benar-benar ikhlas.
"Tak lah. Saya memang nak beritahu awak pun. Sepatutnya esok, tapi saya tak tahu yang awak nak datang malam ni." jelas Afiq.
"Sebab apa? Saya cuma budak skema yang tak sesempurna Helmina."
"No.. You are perfect. Nice, clever, honest, and cute! Walaupun orang lain mungkin tak nampak semua tu, but you are my miss perfect!" ujar Afiq lagi.
Anna masih terdiam.
"Nak bukti?" Soal Afiq apabila melihat tiada respon dari Anna.
Dia mencapai tangan Anna dan membimbingnya menuju ke suatu tempat. Afiq melangkah masuk ke pondok rahsia mereka dan membuka suis lampu. Lorh, ade lampu rupanya. Sia-sia Anna bergelap tadi.
Sebaik saja lampu terpasang, Anna dapat melihat dengan jelas pondok itu sudah di hias dengan lebih indah. Cukup romantis. Dan terdapat satu kad terletak di atas buaian.
'Ish, padanlah rasa tak sedap duduk. Ada kad rupanya.'
Afiq mengambil kad itu dan menyerahkan kepada Anna.
Anna, saya sukakan awak.
~from: Afiq


Anna terkedu seketika. Afiq sudah merenung Anna. Bukan selalu dapat melihat Anna cantik-cantik begini.
"So, dah percaya?"
Anna mengangguk laju. "Yes. Saya pun sebenarnya sukakan awak selama ni." ujar Anna perlahan menahan malu.
Kemudian, masing-masing tersenyum.


Di sebalik pokok-pokok yang merimbum....
"Aww, cute love story!" ujar Syafira.
Edry di sebelahnya hanya terangguk-angguk. Ish, mereka ni suka sangat mengintip. Boleh jadi pasangan spy paling romantik! hehe.
"Hey, wanna know apa yang saya nak cakapkan masa kat talian tadi?" soal Edry tiba-tiba.
"Of course.. apa dia?"
"Sebenarnya saya pun nak cakap macam apa yang Afiq cakap."
"Huh. Do you mean...." Syafira sudah terkedu. Suaranya terasa tersekat di kerongkong.
"Saya sukakan awak!" ujar Edry tertunduk malu. Alaa, malu-malu kucing pulak!
"Erm.. me too." balas Syafira yang juga malu-malu.
Nampaknya cintanya berbalas! Tak de lah syok sendiri kan? Hehehe.

TAMAT.....

10 comments:

  1. sweet sgt .. hope dpt buat story yg lg best :)

    ReplyDelete
  2. woww , so sweet darl . Luve it , but klo leyh smbung lha story dea . About Anna and Afiq . :D

    ReplyDelete
  3. @khaira syg
    tengs :)
    sambungan ? insyaallah . haha

    ReplyDelete
  4. huhu . aku baru bace . afiq ? macm crush lame je ? :D btw congrates ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ya allah kau baca cerita merepek ni? Ni masa form 2 punya kerja kot.. afiq? No lah x ada kaitan antara yg hidup mahupun yg mati . Lol

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)