miss perfect ~14~

"Orait! Destinasi pertama, jeng jeng jeng... Taraa!" ujar Edry dengan penuh bersemangat sambil mendepangkan tangan menunjukkan ke arah pintu sebuah butik pakaian yang terbuka luas.
"Let's go bebeh!" Syafira sudah bertepuk tangan dan menarik tangan Anna masuk ke dalam.
"Korang nak beli baju baru ke?" soal Anna.
"Yup. Tapi bukan kitorang je. Awak pun mesti beli sekali." ujar Edry.
"For what?" soal Anna lagi.
"Prom night!" ujar Syafira. Kemudian tanpa dirancang Syafira dan Edry menyanyi lagu Prom Queen dari Bunkface serentak. Wah.. ada chemistry!
"Eh, tapi saya dah ada banyak baju lawa-lawa. Tak perlu rasanya." ujar Anna.
Kemudian sekali lagi, serentak Syafira dan Edry memandang penampilan Anna dari atas sampai ke bawah. Kemudian menggeleng-geleng kepala bersama. Ish.. memang betul-betul ada chemistry lah diorang ni!
"Awak wajib beli!" ujar Edry tegas dan melangkah masuk ke dalam butik pakaian itu.

Anna membelek-belek baju yang ada di situ. Kawasan pakaian yang dibeleknya semuanya hanya T-shirt simple yang langsung tidak berfesyen. Manakala Syafira pula sudah lama menyerbu ke arah koleksi gaun labuh yang semuanya cantik-cantik belaka. Edry pula sudah ke bahagian pakaian lelaki.

15 minit kemudian....
Edry menjenguk di kawasan pakaian wanita. "Hey, dah jumpa yang awak berkenan?" soal Edry.
Syafira yang sedang memeluk sehelai gaun berwarna ungu lembut hanya menganggukkan kepalanya.
"You?" soalnya pula.
Edry turut mengangguk sambil menunjukkan baju pilihannya. Pilihan mereka berdua memang cantik-cantik dan bergaya belaka! Memang bercitarasa bagus! Mereka pergi menjenguk Anna pula.
"Hey, dah jumpa?" sapa Syafira.
"Oh. Dah. Ini.. okay tak?" soal Anna lalu menunjukkan baju pilihannya.
"This?! No, you can't wear this at the prom night!" Edry sudah menggeleng-geleng kepala melihat pilihan baju Anna.
Hanya baju T-shirt! Langsung tak sesuai!
Syafira segera menarik lengan Anna pergi ke arah deretan baju-baju gaun. Edry juga turut serta dari belakang.
"Anna, awak duduk situ. Biar kami yang pilih." arah Syafira. Wah wah.. dah macam mak orang!
"Hey, ini cantik juga. Sesuai dengan Anna." Edry menarik keluar sehelai gaun cream dan dihiasi sulaman dan labuci berwarna merah jambu.
"Eh, yalah! It looks so sweet! Pandai juga awak pilih ya." Syafira juga turut bersetuju. "Anna, cantik tak?"
"Cantik! Tapi tak sesuailah dengan saya." ujarnya.
Syafira dan Edry sudah bercekak pinggang. Kalau nak diikutkan Anna, semua baju yang bergaya dirasakan tidak sesuai dengannya. Sedangkan baju itu memang sepadan dengan Anna.
"Tak kira! Awak mesti pakai yang ini!" Syafira sudah menyerahkan baju itu kepada Edry untuk dibayar.
Anna terpaksa akur. Kali ini, dia menurut saja.
"Eh, biarlah saya yang bayar." ujar Anna apabila melihat Edry sudah bergerak ke arah kaunter pembayaran.
"Tak apa. Kali ni, kami sponsor." ujarnya sambil tersenyum manis.


"Next destination... jom masuk!" ujar Edry lalu berjalan beriringan dengan Syafira masuk ke dalam sebuah salon rambut.
Anna hanya terkebil-kebil di luar. 'Diorang nak suruh aku potong rambut pulak ke?'
"Anna, cepatlah!" panggil Syafira lalu menarik tangan Anna masuk ke dalam. Hari ini dia perlu sentiasa ditarik, kalau tidak, tak bergeraklah si Anna tu.
"Korang nak potong rambut ke?" soal Anna sambil memandang sekeliling suasana salon itu.
"Nope.." ujar Edry dan Syafira serentak dan tersenyum penuh muslihat. Anna terpinga-pinga memandang mereka berdua.
"Habis tu?" soal Anna lagi.
Syafira masih mengaktifkan sengihannya. Masih tidak lenguh otot pipi. Edry pula sudah berjalan menuju ke arah seorang pekerja situ. Dia bercakap-cakap dengan pekerja wanita itu sambil menunjuk-nunjuk ke arah Anna. Pekerja wanita itu hanya mengangguk-angguk.
'Ah sudah.. apa pulak kali ni? Diorang komplot nak botakkan aku ke?' Anna sudah tidak sedap hati. Rasa ingin lari saja.

Tiba-tiba pekerja wanita itu menghampirinya lalu membimbingnya ke arah sebuah kerusi. "Sila duduk cik." ujarnya sopan.
Anna hanya menurut. Hatinya sudah berdebar-debar. Bertambah berdebar apabila melihat Syafira dan Edry tersenyum simpul di tempat menunggu bersama. 'Sanggup mereka buat aku macam ni. Uhuk!'
Anna hanya memejamkan matanya. Tak sanggup rasanya melihat apa yang bakal dilakukan oleh pekerja wanita itu terhadap rambutnya.

"Cik, sudah siap." gegendang telinga Anna digetarkan oleh satu gelombang suara milik pekerja wanita tadi.
Perlahan-lahan, dia membuka matanya dengan debaran yang menggila.
Sebaik sahaja matanya terbuka luas.. Anna terkebil-kebil sendiri. Terkejut melihat pantulan imej yang tertera di cermin.
"Haa?!" Anna terjerit kecil.
"Kenapa cik?" soal pekerja itu cemas.
"Err, tak ada apa-apa." jawab Anna sambil tersengih-sengih.
Sebenarnya Anna betul-betul tak percaya pernampilannya boleh berubah begitu. Anna sendiri tidak pasti imej baru rambutnya itu membuatkan dirinya bertambah cantik atau bertambah buruk.
Anna meraba-raba mencari cermin matanya. 'Eh, mana pula ni?'
"Err, cik. Cermin mata cik, kawan cik bawa sekali tadi. Mereka pergi kedai sebelah." maklum pekerja itu apabila terlihat Anna seperti mencari-cari sesuatu.
Anna mengeluh perlahan dan berjalan ke kaunter pembayaran.
"Berapa ya?" soalnya.
"Eh, kawan-kawan adik sudah bayar sebelum mereka keluar tadi." ujar pekerja yang bertugas di kaunter pembayaran itu.
"Owh.. erm, boleh tanya? Berapa jumlah yang perlu mereka bayar tadi?" soal Anna teragak-agak.
"Buat layer di belakang dan buat loose curl, semua sekali RM100." ujar pekerja itu.
Mendengar jumlah itu, mata Anna serta merta membulat. Ya Allah, mahalnya!

Syafira dan Edry membelek-belek barang-barang yang tersusun kemas di dalam kedai tersebut. Tiba-tiba datang seorang budak perempuan yang kelihatan sebaya dengan mereka menghampiri mereka berdua.
Syafira dan Edry langsung tidak menghiraukan kehadiran budak perempuan itu dan terus leka melihat-lihat barang-barang di jual di situ. Kemudian, mereka berdua beralih pula ke rak sebelah. Namun, budak perempuan tadi terus mengekori dari belakang. Syafira dan Edry sudah mula berasa curiga.
"Hey, kenapa dari tadi awak mengekori kitorang? Ada apa-apa masalah ke?" tegur Edry apabila budak perempuan itu tetap mengekori mereka.
"Eh, tapi.. err.." budak perempuan itu sudah terkebil-kebil memandang mereka.
"Awak ni macam mencurigakan je.." Syafira mula bersuara.
"Tapi.. habis tu saya nak balik dengan siapa nanti?" soal budak perempuan itu lagi. Dahinya sudah berkerut-kerut.
"Apa awak cakap ni? Kenapa nak ikut kami balik pula?" soal Edry lagi.
"Yalah, saya balik sendiri. Tapi, bagilah cermin mata saya dulu. Susah la." ujar budak perempuan itu. Mukanya sudah keruh.
"Cermin mata?" serentak Syafira dan Edry bertanya lalu berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka merenung kembali budak perempuan di hadapan mereka itu.
Memang diakui, dia memang comel. Tapi disebabkan kelakuannya yang mencurigakan, mereka tidak menyenangi kehadirannya.
Dengan rambut depan disikat lurus diparas kening, rambut belakang beralun cantik dengan gaya loose curl. Matanya bulat, hidung kecil molek, mulut yang manis..
Eh, macam kenal.. "Loose curl.." Edry tiba-tiba bersuara. Syafira memandang Edry pelik. "Kenapa?" soal Syafira.
"Ya Allah, Anna??" sudak terbeliak mata Edry memandang budak perempuan di hadapannya itu.
"Ya lah. Kenapa?" soal Anna kaget. 'Kenapalah mereka pura-pura tak kenal aku? Sedihnya!' bentak hatinya.
"What? Anna?" Syafira juga ikut sama terjerit. "Wow, lain sangat! Awak cantik!" ujar Syafira lagi.
Anna cuma terpinga-pinga melihat kelakuan teman-temannya.
'Kenapa ni? Apa yang lain?'


Hari itu, seperti biasa. Anna duduk seorang diri di bangku di taman sekolah. Sejak lima hari yang lalu, Afiq sering menghabiskan masa rehatnya dengan lepak bersama Helmina. Nampaknya dia sekali lagi akan termasuk ke dalam perangkap perempuan gedik itu.

Pandai betul dia memancing lelaki. Afiq yang pada awalnya sudah tersedar itu pun sudah terpukau kembali dan hanyut di dalam godaan Helmina. Sikit saja lagi, dia bakal lemas. Setiap hari Helmina akan menunggunya di luar kelas untuk ajak rehat bersama.

Anna mengeluh sendiri. Tinggal esok saja lagi untuk hari prom night bakal diadakan. Tiba-tiba dia teringat kembali pada kata-kata Afiq pada hari sebelum dia tenggelam dengan Helmina.
"Awak nampak pokok banyak-banyak kat situ? Kat tengah-tengah tu sebenarnya ada pondok. Saya sorang je yang tau. So lepas ni kalau awak cari saya tak jumpa, cari je la kat situ ya." terngiang-ngiang kembali kata-kata Afiq tempoh hari.
"Agaknya macam mana rupa pondok tu ya?" soal Anna pada dirinya sendiri.
Dia bingkas bangun nak berjalan menuju ke arah rimbunan pokok-pokok di situ.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)