miss perfect ~5~

Hampir saja dia terlompat kegirangan. Akhirnya, penantian selama lebih setahun berbaloi juga. Mulai esok, dia akan sekelas dengan putera idamannya! Anna tidak dapat menahan dirinya dari terus tersenyum..

"Kenapa ni Anna?" soal Syafira yang baru masuk ke kelas.
"Tak ada apa-apa. Eh, esok kita akan pindah ke kelas 2 Ceria." ujar Anna sambil tersenyum.
"Owh. Eh, purse awak dah jumpa?"
"Dah, ada je dalam beg." jawab Anna yang masih tidak berhenti tersenyum. Tidak letihkah otot pipinya tu?
Syafira hanya memandang Anna. 'Sakit apa dia ni? Dari tadi tersenyum." ujar Syafira dalam hati.

**************************************************************************************

Anna merebahkan dirinya ke atas katil empuknya. Otot pipinya masih tidak letih-letih tersenyum. Tiba-tiba satu persoalan menceroboh ruang fikirannya.
"Alamak, kalau aku masuk kelas 2Ceria.. Thats mean.. Aku akan sekelas dengan Edry juga! Aduh, macam mana ni.." Anna terjerit kecil mengigatkan perkara itu.
"Lantaklah!" Anna meneruskan aktiviti berangannya yang tergendala seketika tadi.

"Anna!" panggil Puan Nora dari luar biliknya.
"Ya."
"Sini sekejap."
Anna bingkas bangun dan keluar dari biliknya.
"Ada apa mama?" soal Anna sebaik sahaja ternampak kelibat ibunya.
"Pergi rumah En. Jamal sekejap. Hantarkan makanan ni." suruh Puan Nora.
"Err.. Mama suruh la papa. Anna sibuk la."
"Papa mana ada sekarang. Alah, sekejap saja. Cepatlah, nanti sejuk pula." ujar Puan Nora.
"Mama.." Anna masih tidak mahu mengalah.
"Kalau kamu segan, panggil sajalah Edry. Tak kan kamu tak biasa dengan dia?" Kata Puan Nora sambil senyum menyusik.
"Ish, mama ni. Mana ada! Mama please.. Mama saja lah yang pergi hantar." rayu Anna lagi.
"Tak kira. Pergi juga. Kalau tak mama tak jadi la nak bagi Anna jam tangan tu." Puan Nora mula memasang perangkap.
"Jam tangan?"
"Hari tu kan kamu teringin nak jam tangan. Mama dah belikan. Lepas kamu hantar makanan baru mam bagi."
Berkerut=kerut dahi Anna memikirkan tawaran ibunya.
"Kalau tak biar mama je yang pakai. Comel juga, warna pink lagi."
"Eh, jangan la.. Ok, Anna hantarkan." Akhirnya, perangkap Puan Nora mengena. Anna ni memang tidak akan melepaskan benda-benda macam ni. Itulah yang selalu menjadi umpan Puan Nora jika ingin menyuruh anaknya membuat sesuatu.

Anna berjalan lambat-lambat. 'Kenapalah aku terima tawaran mama tadi. Nampaknya aku dah terkena perangkap mama sekali lagi.' rungut Anna.
'Macam mana kalau Edry yang buka pintu nanti? Aduh, matilah aku!'

Anna telah pun tiba di perkarangan rumah En. Jamal aka ayah kepada Edry. Tetapi dia hanya berdiri tegak di hadapan pintu rumah banglo tersebut. Suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong untuk dikeluarkan bagi memberi salam.
"Assalamualaikum..." halus saja suaranya. Mungkin hanya dapat didengar oleh dirinya saja.
Tiba-tiba Anna menyedari kehadiran loceng pintu yang elok terlekat di dinding sebelah pintu itu. 'Kenapalah aku tak perasan dari tadi. Huh!'
Baru saja Anna ingin menekan loceng tersebut tiba-tiba pintu rumah terbuka.

"Waalaikummussalam" jawab satu suara.
"Ini ada.." Anna terkaku seketika melihat orang yang berdiri di hadapannya.
Edry hanya memandang Anna kosong.
"Ini, mama bagi." ujar Anna lalu menghulurkan bekas makanan di tangannya kepada Edry.
"Ok, Terima kasih" jawabnya.
Anna cepat-cepat berjalan pergi meniggalkan rumah tersebut.
'Malangnya nasib!' kata Anna di dalam hati apabila dirinya sudah berada di luar pagar rumah itu. Anna menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat Edry masih berdiri di pintu dan memerhatikan dirinya. Anna cepat-cepat meneruskan perjalanan. Edry yang tersedar perlakuannya disedari Anna juga cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.


Anna melangkah masuk ke perkarangan sekolah dengan penuh semangat. Hari ini, secara rasminya diumumkan, Nur Emilyana Salyiana binti Azfar akan menjadi rakan sekelas Muhammad Syafiq Helmi bin Kamal.
'Tapi, adakah aku akan berjaya menjadi kawannya nanti?'

Anna menunggu Syafira di hadapan kelas 2 Ceria. Dia tiba-tiba berasa berdebar pula ingin masuk seorang diri. Macam la dia nak masuk ke mahkamah, cuma masuk kelas saja!

"Syafira, kenapa lambat?" soal Anna apabila melihat Syafira berjalan menuju ke arahnya.
"Sorrylah, tadi tiba-tiba kereta pancit pula. Terpaksa jalan kaki. Dah la keluar rumah lambat." jawab Syafira yang kelihatan termengah-mengah. Mungkin penat berjalan tergesa-gesa tadi.
"Jom la kita masuk kelas. Dari tadi saya tunggu awak tahu."
"Ok, hari ni kita masuk kelas 2 Ceria kan?"
"Yup!" jawab Anna lantas menarik tangan sahabatnya itu masuk kedalam kelas. Penyakit asyik tersenyumnya semalam datang lagi.

"Eh, kita nak duduk mana ni? Kat barisan depan dah penuh la.." rungut Syafira.
Mata Anna melilau ke sana ke mari. Sebenanya dia bukannya mencai tempat duduk kosong, tetapi mencari putera idamannya.
'Eh, ke mana pula putera idaman aku ni? Ingatkan nak cari tempat duduk yang dekat dengan dia tadi. Huh..' getus hati kecilnya.
"Anna, dah jumpa ke?" soal Syafira apabila melihat Anna hanya tunduk diam.
"Oh, kat sana tu ada dua tempat kosonglah." kata Anna lalu jarinya menuding ke satu arah. Sebenarnya dia tidak jumpa lagi tempat duduk yang sesuai. Disebabkan terkejut dengan soalan Syafira tadi tangannya secara automatik menunjukkan ke arah itu.
"Eh, ya lah. Jom duduk kat sana" ujar Syafira lalu menarik tangan Anna.
'Fuh.. Mujur memang ada tempat duduk di situ..' satu kebetulan yang bagus!

Anna melihat dua tempat duduk di hadapannya. Tidak berpenghuni tetapi ada beg di atas kedua-dua kerusi itu. Itu bermakna tempat duduk itu sudahpun ditempah.
'Siapalah agaknya yang duduk di depan aku ni.. Uhuk, aku nak duduk dekat dengan Afiq!' Anna meraung dalam hati.

Tiba-tiba dua orang pelajar lelaki memasuki kelas 2 Ceria.
'Eh, putera idaman dah sampai! Dia duduk kat mana ya?' Anna bermonolog sendiri.
Dua pelajar lelaki itu berjalan menuju ke tempat duduk mereka. Semakin dekat, semakin dekat... 'Eh, diorang macam berjalan menghala ke sini, harap-harap la tak jauh sangat dari tempat duduk aku!'

Semakin dekat... Dan akhirnya mereka tiba betul-betul di hadapan Anna! Jantung Anna berdegup kencang. Dia hanya duduk memandang meja dan mencuri-curi jeling ke arah mereka. Dan... Mereka duduk di dua meja kosong yang terletak di hadapan Anna dan Syafira! Dan sang putera idamannya juga duduk di hadapan Anna!

Saat itu Anna rasa seolah-olah dia bermimpi. All wish come true.. Macam cerita dongeng pula rasanya. Anna mencubit pehanya kuat-kuat. 'Aduh, sakit.. Ini bermakna.. Aku tak bermimipi! Yes!' Anna bersorak riang di dalam hatinya.


Dari tadi kepala Anna hanya tegak memandang ke depan. Bukan sebab terlalu asyik menumpukan peehatian tapi terlalu asyik mencuri pandang putera idamannya.
"Baiklah, semua sila keluarkan sehelai kertas kajang." arah Puan Munisah, guru kelas 2 Ceria.
"Fuh, nasib baik aku bawa kertas hari ni. Ramai juga orang lain yang tak bawa." ujar Anna apabila melihat kebanyakan pelajar lain terjenguk-jenguk siapa yang membawa kertas. Nak pinjamlah tu.
"Err, Anna.. Boleh minta sehelai? Saya tak bawa pula." Syafira sudah tersenyum-senyum meminta simpati. Anna menghulurkan sehelai kertas kajang kepada Anna.

"Ehem!! Nak satu boleh?" satu suara menegur Anna, dan suara itu datangnya dari arah depan.
Jantung Anna sudah berdegup kencang. 'Afiq ke yang cakap tu?'
Perlahan-lahan Anna mengangkat kepalanya.
"Boleh tak?" suara itu bertanya lagi.. Dan memang pemilik suara itu adalah Afiq! Hampir melompat keluar jantung Anna dibuatnya. Anna mengeluarkan sehelai lagi kertas dan menghulurkan kepada manusia yang berada di hadapannya. Tiba-tiba Afiq merentap kertas itu dengan kasar.
"Hish, lambat betullah!" dengan lagak sombong Afiq melontarkan kata-kata itu.
Anna terkejut dengan sikap Afiq. Dia sangkakan Afiq seorang yang baik dan peramah. Oh, jauh meleset sama sekali!

"Dah la mintak kertas orang, marah-marah pula! Cakap terima kasih pun tidak! Huh!" tiba-tiba saja meter kemarahan Anna naik mendadak.
"Err, hehe.. Gurau je, janganlah marah. Thank you." ujar Afiq sambil tersenyum lantas memusingkan badannya 180 darjah ke hadapan.
Anna terdiam.. 'Dia ni, baik ke.. sombong?'

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)