miss perfect ~15~

Anna berjalan melintasi dedaun pokok yang merimbun. Kemudian,terlihat satu pondok yang dihias cantik penuh dengan bunga-bunga.
"Wah, cantiknya. Padan la pengetua bising sangat. Yang dia cilok semua pokok bunga yang lawa-lawa." ujar Anna sendiri.
Dia memasuki pondok tersebut dan duduk di buaian gantung.
"Ish, macam mana lah si Afiq ni ikat buaian ni ya, dia panjat pakai apa? Takkan pinjam tangga pihak sekolah kot. Tak kantoi ke?" Anna juga hairan macam mana Afiq boleh menghias pondok itu dengan sebegitu cantik.

Dia duduk disitu sambil memikirkan tentang apa yang bakal terjadi malam esok. Semalam dia sudah diubah penampilannya oleh Edry dan Syafira. Habis rambutnya sudah jadi lain. Sampaikan mereka sendiri tak kenal Anna dengan penampilan barunya itu.
Anna mengeluh sendiri.
"Kenapa mengeluh?" tegur satu suara dari arah belakang. Anna yang sedang leka di atas buaian tersentak lalu terjatuh ke lantai.
"Aduh!"
"Eh, are you okay? Sorry buat awak terkejut." Afiq segera membantu Anna berdiri semula.
Anna menjadi malu apabila dilayan begitu oleh Afiq. "Erm, tak rehat dengan Helmina ke?" soalnya teragak-agak.
"Hari ni dia tak datang." jawab Afiq.
"Esok.. awak kena bagi jawapan kan?" soalan Anna kali ini berjaya membuat Afiq terkedu. Kemudian dia mengeluh perlahan.
"Hmm, ya. Tapi.. saya pun tak tahu. Sejak seminggu ni, kami rapat sangat. Saya rasa macam dia ikhlas, tapi saya juga takut dia hanya berlakon." ujar Afiq jujur. Hanya pada Anna dia berani mengadu tentang isi hatinya.
"Fikir baik-baik." hanya itu nasihat yang mampu diberikan Anna. Dia tak sanggup memberi kata-kata semangat. Nanti hatinya juga yang bakal terguris.
"Oh ya, malam esok awak datang kan?" soal Afiq.
Anna teragak-agak mahu menjawab. Sebenarnya dia berat hati ingin turut serta pada malam itu.
" Tak rasanya." jawab Anna perlahan.
"Kenapa?"
"Saya.. ada hal." saat itu otak Anna tidak mampu berfungsi dengan baik untuk memikirkan alasan yang lebih kukuh.
"Owh.. hope you're there." ujar Afiq lalu tersenyum tawar.
'I hope I could go too.. tapi saya tak nak menangis pada malam tu nanti' Anna berbisik sendiri di dalam hati sambil turut tersenyum tawar.
"Eh, dah habis waktu rehat lah. Jom." Afiq sudah bangun dari duduknya. Anna juga menuruti langkah Afiq dan mereka berdua masuk ke kelas.

Di sebalik pokok-pokok yang mengelilingi pondok tersebut...
"Huh? Kenapa Anna tak nak pergi pula? Sia-sialah usaha aku kalau macam ni." ujar Edry.
"Jangan risau. Saya akan pastikan Afiq takkan terima balik Helmina dan Anna akan pergi jugak ke majlis tu." Syafira yang turut terbongkok-bongkok di sebelah Edry bersuara memberi jaminan.
Edry terlompat sedikit ke tepi. Terkejut dia dibuatnya. Dia ingatkan dia cuma seorang diri di situ. Tak sedar Syafira mengekorinya.
"Terkejut saya! Sejak bila awak ada kat situ?" soal Edry kaget. Bulu romanya masih tegak berdiri.
Syafira hanya tersengih-sengih. Edry hanya merenung Syafira tersengih-sengih begitu. 'Eh, comel juga dia ni ya.' tiba-tiba hatinya tertarik pada Syafira. Jantungnya tiba-tiba berdegup pada kadar yang lebih cepat dari biasa.
Syafira yang perasan dirinya ditenung begitu sudah tertunduk malu. Hatinya juga sudah berdegup kencang seperti orang baru lepas berlari keliling padang. hehe.




Syafira membuka beg sekolahnya. Dia menarik keluar beberapa keping gambar dan menunjukkannya kepada Edry.
"Nah, cuba tengok ni. Kali ni plan kita mesti berjaya." ujar Syafira sambil tersenyum lebar. Ceria betul dia.
Edry menyambut kepingan-kepingan gambar tersebut dan menatapnya satu persatu. Dahinya berkerut-kerut lalu dia menggeleng-gelengkan kepala.
"Kenapa?" soal Syafira apabila reaksi Edry tidak seperti yang di harapkan.
"Ish.. macam ni punya manusia pun ada kan? Pelik betul." jaawb Edry. Kemudian dia tersenyum simpul pula. "Yes.. this time our plan will success!" sambungnya sambil terus tersenyum lebar.
Syafira juga turut tersenyum sambil mencuri peluang menatap wajah insan yang disuka tersenyum manis. hehe.

Edry terjenguk-jenguk dari luar kelas. "Hah, ada pun."
Dia segera berjalan menuju ke arah orang yang dicari-cari sejak tadi.
"Afiq, boleh kita berbual sekejap?" Edry menepuk bahu Afiq perlahan. Kalau diikutkan hati mahu saja dia menyergah si putera idaman Anna itu, tapi kalau mati terkejut si Afiq ni, lebih meranalah Anna jawabnya.
Afiq menoleh ke belakang. 'Eh, apa mamat ni nak? Sebelum ni tak pernah pun tegur aku.' monolog Afiq.
"Boleh tak? Penting ni." ujar Edry lagi apabila dilihatnya tiada sebarang respon posotif dari Afiq.
"Emm, sure." jawab Afiq.
"Ok.. saya berterus-terang sajalah. Ini semua pasal Helmina." ujar Edry tanpa sebarang mukadimah terlebih dahulu. Straight to the point!
"What's wrong with her?" soal Afiq pelik. Siapa yang tak pelik, sebelum ni tak pernah tegur pun. Tiba-tiba tanya pasal Helmina pula.
"Saya tahu dia minta couple balik dengan awak. Saya cuma nak bagi nasihat, don't accept her."
"Huh? Kenapa?" makin bertambah-tambah pelik Afiq dibuatnya.
"Saya pasti awak dah tahu yang dia tu playgirl. Dan dia cuma nak main-mainkan awak. Lebih baik awak pilih orang yang betul-betul sukakan awak selama ni." ujar Edry panjang lebar.
"Tapi dia dah berubah la. Orang yang sukakan saya selama ni? Siapa?"
'Erk.. alamak, terlepas cakap pulak!' Edry menepuk-nepuk mulutnya sendiri. "Erm.. awak akan tahu sendiri nanti. Berbalik kepada isu Helmina, are you sure dia betul-betul dah berubah?" soal Edry lagi. Kali ini dia cuba bermain psikologi pula.
Afiq terdiam. "Sure. I guess so." dia sendiri tidak pasti dengan jawapannya. Edry sudah tersenyum melihat respon dari Afiq.
"Nasib baik awak belum betul-betul yakin." ujar Edry sambil tersenyum simpul.
"What do you mean?"
Edry segera mengeluarkan gambar-gambar yang diberikan Syafira sebentar tadi dan menghulurkan kepada Afiq. Afiq menyambut lalu segera melihat kepingan-kepingan gambar tersebut. Terkebil-kebil dia melihat gambar Helmina bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya di pusat membeli belah. Mereka kelihatan sangat mesra. Kalau nak kata abang, Helmina anak tunggal!
"Dah agak!" Afiq mendengus kasar. Dia menyesal bersangka baik pada Helmina sebelum ini. "Thanks bro. Kalau tak, saja je aku kena tipu hidup-hidup!"
"No hal." ujar Edry.
"Tapi kenapa tiba-tiba awak nak tolong saya?" soal Afiq.
"You'll know later." jawab Edry yang masih tersenyum penuh makna dan berlalu dari situ meninggalkan Afiq yang masih tertanya-tanya sendiri.




Sementara Syafira pula......

"Kenapa ni Syafira? Dari tadi asyik pandang-pandang saya je. Ada apa-apa ke?" soal Anna yang sedar dari tadi Syafira asyik tertoleh-toleh ke arahnya.
"Err, pasal malam ni.. awak pergi kan?" soalan yang sudah pun diketahui jawapannya.
"Hmm, maybe not." jawab Anna yang hanya tersenyum tawar.
Syafira memandang Anna dengan muka terkejut, kemudian dia membuat muka kecewa pula. Ya, lakonannya sudah bermula. Hehehe.
"Sorry la ya." ujar Anna apabila Syafira hanya tunduk diam. Dia tidak tahu yang Syafira sebenarnya sedang cuba menahan senyum. Sebab itulah dia tunduk, kalau tak... kantoi lah!
Syafira kembali mengangkat mukanya apabila dia yakin tawanya tidak akan terburai.
"Anna, i really hope you could come. Ni saja permintaan terakhir saya. Saya nak bergembira bersama awak sebelum saya pergi dari sekolah ni." lancar saja Syafira mengatur ayatnya. Tak sia-sia dia menghafal skrip yang penat-lelah disediakan olehnya dan Edry. Wah, nampaknya mereka boleh jadi pelakon dan penulis skrip yang berjaya bila besar nanti!
Anna terkebil-kebil memandang Syafira. "What do you mean?" Anna sudah tidak sedap hati. 'Jangan-jangan dia nak pindah, oh no!'
"Sebenarnya... sudah lama saya nak beritahu awak perkara ni tapi.. saya tak sampai hati. Saya akan berpindah minggu depan. Malam ni malam terakhir kita boleh bergembira bersama." ujar Syafira tersekat-sekat seperti menahan sebak. Matanya sudah berair. Lakonan yang sempurna!
Anna sudah terbeliak biji matanya. Kolam air matanya juga sudah hendak melimpah keluar.
"Kenapa awak tak beritahu awal-awal?" soal Anna sebak. Empangan air matanya sudah pecah. Berbutir-butir mmutiara jernih jatuh dari matanya. Syafira juga sudah turut mengalirkan air mata. Air mata palsu. Huhu.
"Sebab tu la, saya harap sangat awak dapat datang malam ni." pinta Syafira bersungguh-sungguh.
Anna sudah mengangguk laju. Air matanya terus mengalir deras. "Ya, saya akan datang. Demi awak." ujar Anna.
Mereka berpelukan sambil sama-sama menangis.
Syafira tersengih lebar. Dia segera mengesat air matanya. "Ok, petang ni, pukul 6 tepat saya datang rumah awak." ujar Syafira senang hati.
Anna hanya mengangguk dan turut sama tersenyum.
'Mission complete! Yeah! Hehehe, sorry Anna.. terpaksa. ' bisik hati kecil Syafira yang sudah melonjak-lonjak gembira.

Telefon bimbit Edry berdering mendengarkan lagu Prom Queen. Terpapar nama Syafira di skrin. Edry segera menekan punat berwarna hijau.
"Hello Sya.. macam mana plan kita?" soal Edry tidak sabar.
Syafira terkedu seketika. Edry memanggilnya dengan panggilan special. Lain dari orang lain.
"Err, sorry. Syafira, macam mana plan kita?" soal Edry sekali lagi.
"Okay. Semuanya berjalan lancar. Petang ni, saya akan mengtransformkan Anna menjadi puteri raja. Hehe." jawab Syafira girang.
"Yes, Afiq pun dah confirm akan reject si Helmina tu." ujar Edry.
"Great!" Syafira sudah bertepuk tangan. "Malam ni kitasama-sama saksikan drama romantik tu ya. Haha" sambung Syafira lagi.
"Haha.. Erm, Sya.. saya ada benda nak bagitahu awak. Tapi malam nanti ya. Bye Sya!"
"Erm, bye." Syafira mematikan talian.
Dia merenung telefon bimbitnya. "Dia panggil aku Sya lagi. Apa yang dia nak bagitahu?" soal Syafira sendiri. Hatinya sudah berdebar-debar..

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)