miss perfect ~6~

Sudah seminggu Anna sekelas dengan Afiq aka putera idamannya. Tapi.. Ada sesuatu yang membuatkan Anna masih tidak gembira. Dulu, sangkanya dengan hanya dapat menatap wajah handsome Afiq, harinya akan bahagia. Tetapi, kenyataannya, salah sama sekali.

Anna termenung memandang timbunan buku-buku (kerja sekolah) yang hampir setinggi gunung ledang. Dia memang langsung tidak ada mood untuk menyiapkan semua tugasan itu. Hatinya lebih tertarik untuk memikirkan soal putera idamannya.
"Apa aku dah salah nilai orang?" Anna bermonolog sendiri.
"Selama seminggu aku perhatikan dia.. Dan sekarang aku dah boleh kategorikan dia sebagai orang yang macam mana.. Jawapannya.. Berlagak dan sombong!" getus hati Anna. "Tapi aku masih suka kat dia.." Anna mengeluh beberapa kali.
Tiba-tiba muncul satu nama di kotak fikiran Anna.
"Edry.. Huh.."

****************************************************************************************

Anna tekun menyiapkan kerja rumahnya. Kebetulan, guru mata pelajaran Sejarahnya tiada hari ini. Jadi dia memanfaatkan masa terluang itu dengan menyiapakan kerja rumah yang sepatutnya disiapkan semalam, tetapi dia sibuk termenung memikirkan Afiq.

Tiba-tiba Afiq datang dan duduk di tempatnya. Mukanya nampak sungguh keruh. Anna yang tadinya tekun membuat kerja sekolah terus melontarkan pandangan terhadap Afiq.
"Apa pandang-pandang?!" herdik Afiq tiba-tiba. Anna terkaku seketika. Tidak menyangka dirinya akan ditengking sebegitu.
Anna hanya mendiamkan diri dan menyambung membuat kerja sekolahnya.
'Menyesal aku pandang dia!' keluh Anna dalam hati.
"Err, sorry lah.." tiba-tiba Afiq bersuara lagi.
Anna laju mengangkat kepala memandang Afiq. Dia takut tersilap dengar. yalah, tiba-tiba saja pelajar sombong itu mahu meminta maaf darinya.
"Sorry ya.. Saya bad mood tadi." ujarnya lagi.
"Err, okay." sahut Anna. Perlahan saja.
"Nama awak siapa ya? Sudah seminggu kita 'berjiran', tapi belum berkenalan lagi." Kata Afiq. Suaranya memang sedap sekali didengar. Tidak terlalu garau dan tidak terlalu keanak-anakkan.
"Panggil saja Anna." ujarnya. 'Eh, bukan ke aku satu kumpulan dengan dia masa orientasi form 1 dulu? Dia tak ingat aku ke? Atau dia mungkin tak perasan.' monolog Anna.
"Owh.. Saya pula Afiq. Eh, awak ni pelajar barukah?" soal Afiq lagi.
"Huh? Tak lah.. Saya dari tahun lepas bersekolah di sini."
"Eh, ye ke... Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni."
"Err, mungkin awak tak perasan kot.. hehe" Dalam hati Anna rasa hendak meraung saja. 'Sampai hati.. Dia langsung tak tahu kewujudan aku kat sekolah ni sebelum ni. Padahal aku selalu ikut ke mana saja dia pergi.. Uhuk..'
"Ya, maybe.." jawab Afiq sambil tersenyum. Oh, handsome sekali! Lantas hati Anna yang sudah mula diselaputi kepingan ais itu kembali cair menjadi sup panas...Yummy..
"Kenapa awak bad mood tadi?" Anna memberanikan dirinya bertanya soalan begitu.
"Owh.. Sebenarnya.. Saya bergaduh dengan girlfriend saya." terang Afiq jujur.
Hati Anna yang sudah menjadi sup tadi terasa seperti menjadi sup yang dicurahkan ke dalam longkang.. (penulis tak tau ape yang dia merepek nih.. harap maaf)
Terasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum yang beracun..
"Oo.. Maaflah bertanya soalan begitu. Buat awak sedih saja.." ujar Anna.. "Aku pun sedih!" sambungnya dengan nada perlahan yang dia boleh.. Mujur saja Afiq tidak sedar ayat hujungnya tadi.
"Tak mengapa. Saya dah pun putus dengan dia.. Tapi sebenarnya saya masih sayangkan dia." ujar Afiq perlahan. "Nama dia Helmina.. Budak kelas 2 Delima. Awak kenalkan?"
"Kenal.. kawan saya juga.." ujar Anna.
Helmina dahulu memang rapat dengan Anna. Tapi sekarang tidak lagi. Dia memang cantik, tidak seperti Anna. Tetapi ada satu perkara yang Anna tahu tentang Helmina.. Iaitu.. Dia memang suka bertukar lelaki.
"Awak jangan bagi tahu sesiapa ya.. Ni rahsia kita berdua saja."
"Okay." jawab Anna sambil tersenyum manis. Barulah terserlah sedikit kecomelan dirinya yang tersembunyi disebalik cermin matanya.
'Aku ada rahsia dengan Afiq? Rasa macam tak percaya saja. Ini mimpikah?' dalam diam hatinya bersorak riang.

Tanpa disedari.. Dari jauh ada sepasang anak mata tajam yang dari tadi memerhati mereka berdua berborak mesra..


"Assalamualaikum... Anna.. Ooh, Anna..!" laung satu suara dari luar rumah.
Anna menjengukkan kepalanya dari dalam menerusi tingkap biliknya yang terletak di tingkat dua.
"Eh, Syafira. Tunggu sebentar ya." Anna pantas mencapai tudung lalu segera menuruni anak tangga ke tingkat bawah.
"Waalaikumussalam." Anna menjawab salam sebaik sahaja membuka pintu.
"Hai, baru nak jawab salam? Kenapa tak jawab dari tadi?" sindir Syafira.
"Hehe.. Tak pe lah. Yang penting saya jawab juga kan?"
"Banyaklah alasan awak." ujar Syafira sambil tersenyum mengejek. "Eh, lupa pula.. Saya ke sini nak ajak awak buat study group. Nak ikut tak?"
"Study group? Hmm.. sound interesting.. Bila?"
"Petang nanti. Kami nak buat dekat park di tepi tasik tu. Seronok sikit nak belajar."
"Woh.. Bestnya! Saya nak ikutlah." Anna terus bersetuju sebaik sahaja mendengar tempat study group itu diadakan. "Kami? Siapa lagi yang join kita?"
"Ada lagi tiga orang budak kelas kita. Jadi kita berlimalah." jawab Syafira.
"Owh. Hendak bawa buku apa?
"Petang ni bawa buku sejarah. Kita akan ulangkaji semula apa yang kita belajar semalam. Eh, dah lewat ni.. Okaylah, bye.. Jumpa awak petang nanti ya!"
"Okay. Bye." ujar Anna sambil melambaikan tangan. Dia memerhatikan Syafira yang berjalan dengan penuh sopan-santun meninggalkan perkarangan rumahnya. Tiba-tiba dia berhenti di pagar rumah Anna.
"Anna, lupa pula henda cakap tadi." laung Syafira dari jauh.
"Apa dia?"
"Awak nampak comel kalau tak pakai cermin mata. Betul!"
Anna baru sedar yang dia tidak memakai cermin mata. Kerana semasa Syafira datang tadi dia sedang enak-enak berguling manja di atas katil.
"Esok pergi sekolah tak payahlah pakai ya." sambung Syafira lagi.
"Saya rabunlah!" jawab Anna. Syafira kelihatan seperti sedang ketawa, tetapi Anna tidak pasti. Kerana pandangannya kabur.
"Okaylah, bye!" Syafira meneruskan kembali perjalanannya yang tergendala disebabkab sesi puji-memuji dan usik-mengusik tadi.


Sedikit bedak jonhson baby ditabur di telapak tangan kemudian disapu rata ke muka. Rambutnya disisir rapi. Oh ya, tak lupa sedikit perhiasan. Satu klip rambut bercorak sederhana diklipkan di rambutnya kemas. Dan akhir sekali, yang paling penting.. Kerjasama. Eh, silap.. hehe. Cermin mata kesayangan. Tanpamu disisi kaburlan hidupku..

Anna memasukkan buku teks dan latihan sejarah miliknya ke dalam beg sandang berwarna pink yang sangat comel. Dia mengerling ke arah jam di dinding.
"Alamak, dah pukul 4.55!"Anna terjerit kecil melihat jam di dinding biliknya. Tempat dia ingin pergi itu tidaklah jauh sangat dari rumah jika menaiki kereta, tapi hari ini dia terpaksa berjalan kaki kerana tiada siapa yang boleh tolong hantarkan.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)