Today was orange

I have loving the skies lately. So today it was orange in the late evening...



Then this happens....




I was trying to recreate the sky by wearing burnt orange eyeshadow. But then I think, hmm let's put some dark colour. Since it was getting dark. But then I put too much dark shadow and you can no longer see the orange. LOL. And so they turn out to be a dark look. I was actually wearing peach lipstick but you can't really see it. SO HERE'S A DUCKFACE THANK YOU BYE!








Photobucket

Everyday Makeup Products



Assalamualaikum

Today I thought I would share some of my favourite products or the products that I use everyday. Not all I use everyday lah. Like the eyeshadow and blusher I only use when I'm feeling it you know. Hahaha.

So, here they are. Tadaaaaa ~



1) Maybelline Instant Age Rewind concealer
This thing is sooo hype on the internet. Siapa yang suka tengok video makeup kat youtube mesti pernah tengok orang pakai benda ni. So when Maybelline brought this into Malaysia, aku pun beli lah saje nak tengok best ke idok. Lepas pakai banyak kali, it sure is the best concealer yang aku pernah try so far. It comes with a sponge applicator, so kita just twist and sapu je. But, it's not very hygenic though. but then sponge tu boleh cabut. Tapi sponge tu memainkan peranan penting bagi aku, sebab dia make sure concealer tu kita tak terletak banyak sangat and applied as in thin layer so senang sikit nak blend.
Overall,
Coverage : Medium to high (buildable)
Blending : Easy
Price : Affordable (around RM30 something)

2) L'oreal Mat Magique 12H Bright Mat Foundation
Actually aku tak lah suka sangat foundation ni. Tapi sebab dah beli so kena habiskan hahaha. I think foundation Loreal yang True Match tu much better kot. This one is okay lahh. It has matt finishing so if you don't prefer matt look, don't buy this foundation. Sebab kulit muka aku agak oily kat T zone so foundation ni macam ok lah untuk aku. But then still akan berminyak jugak muka but kurang lah. It is a bit drying to the skin, sebab matt kan. So memang kena pakai moisturizer before pakai foundation ni. And and agak cepat kering so kena blend cepat cepat.
Overall,
Coverage: Light to medium
Blending : Medium
Price: Affordable (around RM30++)

3) Too Faced Semi-Sweet Chocolate Bar eyeshadow palette
This is the best makeup product I've ever bought. Yet the priciest hahaha. It looks like chocolate. I mean, how cute is the packaging?? And yang paling best sekali, it SMELLS like chocolate. It smells like chocolate fudge or something tak tahu lah tapi memang bau sedap gilaaa. And everytime aku pakai ni, aku dapat bau muka aku bau chocolate hahaha. Warna-warna eyeshadow dalam ni is more to like warm-toned brown I would say? Ada 16 shades semua sekali. Entah lah korang google la sendiri hahaha. Sekarang aku tengah berfikir fikir patut ke aku beli Too Faced Peach palette, yang tu pun macam best jugak. Hmmmmmm
Overall,
Very pigmented
Easy to blend
Little fall out
Price: Expensive (at least for me) RM199

4) ST Blusher and Highlight
This blusher is not that great lah. But ok laa, for a cheaper alternative. It comes with two shades of blusher and a highlight.
Aku selalu guna Blusher 1 tu je. Sebab macam nampak tak nampak je. Aku tak suka sangat kalau pipi nampak sangat pakai blusher. And highlight dia pun very settle. All three are glittery, but very settle.
Overall,
Pigmentation: medium
Quite chalky
Blending: Fair
Price: Affordable (around RM45)


As for lipstick, aku ada banyak lipstick so tak setiap hari pakai yang sama je. Hmm, should I do an entry about my lipstick collection?

Photobucket

Marriage?



Aku rasa dari minggu lepas orang sekeliling aku asyik cakap pasal kahwin je. Eh tak sabarnya nak kahwin. Aku rasa aku takkan kahwin sampai bila bila doh. Aku tak nak kahwin, nak hidup berdikari je. Boyfriend aku ajak kahwin macam mana ni? Kakak aku tiba tiba je nak kahwin hujung tahun ni. Kahwin tu kahwin ni. Ergh *emoji muka meluat*


Betul la orang cakap, bila kau dah melangkah alam 20-an ni, dia punya peer pressure bab bab kahwin dapat anak semua ni lain macam sikit. kalau dulu masa sekolah peer pressure nak kena ada boyfriend, nak kena ada barang sekolah yang cool cool, kena dapat result bagus. tapi bila dah besar sikit ni, pergi lantak la pergi kelas pakai selipar jamban pun, result ke laut ke, asalkan kau dah ada calon suami and bakal berkahwin. very soon.


Bila dah bukak soal kahwin ni of course lah aku pun kena tanya bila nak kahwin kan. Honestly, jawapan aku, aku belum ready. Bukan tak nak tapi tak mampu hahaha. Gila kau tak nak ? Aku dah berangan wedding nak pakai baju macam mana sejak dari tujuh tahun lepas kot! Dah berangan nanti nak hias rumah macam mana, nak cuddle depan tv sambil makan mekdi, first anniversary nak buat surprise apa, bla bla bla. biasalah perempuan. semua benda nak berangan. Dulu aku macam tak sabar gila nak kahwin. Kalau boleh habis je degree terus nak kahwin. Tapi tak tahu sejak bila, tiba tiba aku rasa takut setiap kali dengar perkataan kahwin. Sebab aku tahu aku tak mampu lagi.

Tak mampu apa ?

Tak mampu duit. Duit bukan sekadar nak buat kenduri je. Nanti nak cari rumah lagi, nak kenderaan lagi, nak beli barang rumah, nak beli makanan, kalau ada anak, nak jaga anak lagi. Cakap pasal makanan pulak, aku satu habuk pun tak pandai masak. Aku tahu masak telur kicap je dengan ayam goreng je. Takkan hari hari nak makan tu selang seli dengan maggi... Cakap pasal anak pulak, aku jaga diri sendiri pun tak pandai, macam mana nak jaga anak? macam mana nak jaga suami? So bila fikir fikir balik, aku ni memang tak mampu dari segala sudut. belum cukup matang lagi nak jadi seorang isteri.


Jadi bila memikirkan tanggungjawab yang aku kena galas kalau aku kahwin tu, terus hilang semua rasa eksaited nak kahwin. terus tak jadi sambung berangan nanti nak kabinet dapur warna apa. nak hardwood floor ke nak marble tile. terus rasa macam lagi seronok kalau cuddle depan tv dengan kucing sambil makan dua ketul burger mekdi sorang sorang.


Ironinya, aku baru je pergi kursus kahwin last weekend. eh tadi sembang macam macam pasal tak ready lagi nak kahwin, pasaipa hang eksaited ambil kursus kahwin awal awal? Saje je, alang alang dapat harga murah sikit sebab buat dalam uni kan, lepas tu kes ikut kawan. hahaha. So apa yang aku dapat dari kursus tu rasanya macam ulang kaji balik apa yang pernah belajar dalam subjek pendidikan islam dulu je. Ada lah tambah pasal procedur isi borang nak kahwin bagai tu. rupanya tak boleh main panggil tok kadi mintak nikah gitu je, kena hantar borang tu borang ni, dah lulus semua baru dapat kahwin. nak tunggu lulus tu pun berbulan. patut ler orang nak kahwin ni aku tengok nak kahwin tahun depan tapi dari tahun ni dah pening kepala fikir macam macam.


Selain dari procedur kahwin, benda lain yang aku belajar is pasal pemikiran lelaki dan perempuan. benda ni rasa macam spot on gila. penceramah tu bincang bab hubungan suami isteri. dia cakap perangai lelaki dengan perempuan ni beza, so bila dah kahwin tu kena lah belajar perangai pasangan. contohnya bab merajuk. dia cakap perempuan ni kalau merajuk kena pujuk. tapi ramai lelaki yang tak pandai pujuk. contoh dia bagi macam kelakar gila tau. si isteri tu merajuk then tak nak bercakap. bila suami dia tanya kenapa, dia diam je. so laki tu fikir ok bini aku perlukan masa untuk redakan marah dia. so laki tu tak tegur bini dia sampai malam. dah malam tu laki tu tanya lagi, dia ada buat salah ke. tapi bini dia diam lagi. so laki tu fikir ok bini aku perlukan hari untuk baik semula. betul tak lelaki?


TETTTTT KAU SALAH TAHU TAK

apa motif kau merajuk? of course lah mintak kena pujuk kan? nak perhatian kan? kalau kau merajuk then laki kau tak pujuk kau lagi lah kau makan hati kan?? tapi laki ni cara dia fikir lain pulak. So lama lama masalah kecil jadi gaduh berpanjangan. aku rasa benda ni macam lawak gila tau sebab pernah jadi kat aku sendiri. So bakal suami, dengar sini aku nak bagitau awal awal. perempuan, dia benda yang paling remeh dan tak penting tu lah benda yang paling dia sensitif kalau kau lupa. then perempuan ni, kalau dia sentap dia takkan bagitau dia sentap. tapi dia akan tunjuk perangai. masam muka ke, tak bercakap ke, buat kerja marah marah ke... tapi kalau kau tanya dia ada masalah ke, memang dia akan cakap takde. atau suruh kau fikir sendiri. kalau kau tahu apa salah kau, baik kau pujuk cepat. kalau kau tak tahu salah kau apa, pun pujuk jugak! kalau kau rasa dia macam lain sikit, tapi bila tanya dia merajuk ke dia jawab tak, pun kau assume je dia merajuk and pujuk! sesungguhnya probability untuk dia sebenarnya merajuk tu adalah 99.99999%. walaupun kau rasa punca perempuan tu merajuk tak masuk akal, pun pujuk jugak! jangan sesekali cakap ek eleh, sebab tu pun nak merajuk ke? haa alamatnya kau tidur luar lah seminggu.

cara nak pujuk perempuan ni senang je. kau jangan nak buat drama air mata yang, abang mintak maaf bla bla bla dan assume perempuan tu akan lembut hati terus dan baik balik. most of the time perempuan ni dia bukan marah mana pun, by the time kau mintak maaf tu dia dah pun lupa salah kau, tapi dia saja seronok nak kau pujuk dia. so mintak maaf, banyak kali. secara comel. maksud secara comel di sini: bersama something yang lain. hahahaha. bukan la semestinya bagi rantai emas ke apa setiap kali merajuk. eh melampau la tu. tapi contohnya dia merajuk then kau pujuk buatkan kerja rumah. ataupun masakkan dinner. ataupun kalau kau tak pernah bagi dia bunga, bagi dia bunga. coklat ke hadiah ke. perempuan ni even dia tak suka bunga or coklat sekalipun, tapi kalau kadang kadang dapat of course lah suka je.

tapi benda ni apply kalau salah benda kecik kecik je tau. kalau perempuan tu merajuk kau kantoi curang dengan perempuan lain, nak pujuk comel comel bagi coklat seketul memang dapat cap kaki kat muka la cerita dia.


eh apsal aku dah terbabas bab cara cara pujuk perempuan ni? rasanya tadi sembang pasal takut nak kahwin. hahahahaaha kbye.

Photobucket

Short Story Wednesday


Halluuuu hooman !

Surprise? 
"Eh kenapa semenjak dua menjak ni Cuna update blog lebih dari sekali setiap dua bulan ? adakah ini keajaiban?"

Yes yes indeed. Duhai rakyat jelata sekalian, aku kinda macam dah dapat mood blogging aku yang hari tu tetiba menghilang selama setahun macam tu. Ahaks. So maybe you will see me more these days. Tapi tak janji lah mood blogging ni dapat tahan berapa lama. heheh :P

So hari ni ialah hari ShoStoWed. Here goes ~

Malam tadi (atau lebih tepat pagi tadi?) aku mimpi....
Aku pergi kat satu bangunan ni. Dan naik lif. Aku tak sure masa tu aku sorang je ke atau dengan kawan. Tapi ada dua tiga orang laki dalam lif tu. Pintu lif tertutup. Keadaan sunyi sepi. Kenapa lah aku perlu pergi tingkat atas sekali??? Tiba-tiba... Sorang laki start berdehem. Aku cuak.
"Awak, ni lagu cerita apa eh sebenarnya?" *lagu cuba sedaya upaya untuk buat bunyi gitar intro lagu ost goblin pakai kotak suara dia*

"Em, Goblin."

"Ohhhhh. Best lah lagu tu."

Tetiba kawan dia menyahut pulak. "Aku suka lagu yang ni." *lalu cuba untuk nyanyi ost goblin yang lain*
"yang ni pun best" *nyanyi lagu lain pulak*

Lalu aku pun berfikir, oh rupanya ramai jugak orang yang layan ost Goblin. Ingatkan aku sorang je... lalu pintu lif pun terbuka. lalu aku pun beredar. lalu aku pun tersedar. lalu aku pun tengok jam. lalu aku pun rupanya dah terlepas kelas pagi aku. lalu aku pun berhuhuhu. lalu aku pun sambung tidur tanpa sekelumit pun rasa bersalah.


Moral of the story: jangan dengar ost Goblin on repeat for a week. kalau tak nanti korang dapat mimpi pelik pelik macam aku. kalau mimpi dapat jumpa Goblin ke Grim Reaper tu ke tak pe lah jugak . cehh.



Photobucket