Syafira tercungap-cungap di hadapan Anna dan Edry. Tangannya
menunjuk-nunjukkan kertas di genggamannya. Mukanya pucat. Syafira
kelihatan seperti hendak berkata sesuatu tapi tidak terkeluar dari
mulutnya. Nafasnya masih tercungap-cungap.
"Kenapa ni Syafira?" Edry terlebih dahulu betanya. Dia memegang lengan Syafira. Bimbang juga kalau-kalau Syafira rebah di situ.
Anna juga sudah berkerut dahi memandang Syafira. "Are you okay?"
"Ini... penting! Kene pergi!" kata Syafira yang masih seperti orang tak
cukup nafas. Tangannya masih erat menggenggam kertas itu..
Tiba-tiba Syafira terkedu. Baru dia sedar yang Edry sedang memegang
lengannya. Dia segera berdiri tegak. Mukanya sudah merona merah. Edry
yang juga baru tersedar segera melepaskan pegangannya. Anna? Langsung
tak perasan dan tak faham kenapa tiba-tiba mereka berdua terdiam.
"Syafira.. kenapa?" soal Anna lagi.
Syafira yang baru tersedar segera menyerahkan kertas di tangannya kepada Anna.
"Baca ni!" ujar Syafira dengan muka serius.
"Eh, apa ni?" Anna menyambut kertas itu. Tangannya sedikit menggeletar.
Melihat dari reaksi Syafira tadi, pasti ada sesuatu yang bakal
mengejutkan dia. 'Ada orang bagi surat layang ke? Ke surat berantai?
Hish..' sempat juga Anna berfikir yang bukan-bukan.
Edry di sebelah turut terjenguk-jenguk. Dia juga turut merasakan debaran yang sama.
Anna memandang Syafira dengan dahi berkerut. Ragu-ragu hendak membaca
isi surat itu. Syafira henya mengangguk dengan muka serius. Anna
memangdang Edry pula. Edry juga turut mengangguk. Kemudian, Anna pula
menganggukkan kepalanya dan membuka lipatan kertas yang sudah keronyok
di tangan Syafira tadi dengan debaran yang menggila. (Semua orang
terangguk-angguk.. haha )
PROM NIGHT SMK TUNKU ABDUL RAHMAN
~julung-julung kalinya diadakan!~
~semua pelajar dijemput hadir ke dewan tertutup sekolah~
*pada: xx.xx.xxxx
*masa: 8 mlm ~ 10.30 malam.
p/s: good news! pakaian bebas asalkan tidak terlalu seksi dan para pelajar dibenarkan memakai make-up. Berdandanlah secantik mungkin ya!
~julung-julung kalinya diadakan!~
~semua pelajar dijemput hadir ke dewan tertutup sekolah~
*pada: xx.xx.xxxx
*masa: 8 mlm ~ 10.30 malam.
p/s: good news! pakaian bebas asalkan tidak terlalu seksi dan para pelajar dibenarkan memakai make-up. Berdandanlah secantik mungkin ya!
"Prom night?" serentak Anna dan Edry bersuara agak lantang. Mereka memandang Syafira dengan riak muka tak puas hati.
"Err.. ya.. hehe. What's wrong?" soal Syafira terpinga-pinga.
"Awak berlari ke sini tadi macam orang kena kejar hantu tahu tak? Buat
kami cemas saja!" ujar Anna memarahi Syafira. Siapa yang tak marah kalau
dikejutkan begini?
"Yalah! Saya betul-betul risaukan awak tadi tau!" ujar Edry pula.
Tiba-tiba dia terkedu! 'Alamak, terlepas cakap!' mukanya merona merah.
Syafira sudah tesipu-sipu malu. Anna cuma tersenyum melihat gelagat
mereka berdua. Matanya sekali lagi mengimbas maklumat yang tercatat di
kertas itu.
"Hmm.." Tiba-tiba Anna bersuara mengeluh memecah kesunyian.
"Kenapa Anna? Macam tak suka je? Hei, ni first time sekolah kita buat
prom nigth tau! Mesti best!" ujar Syafira terlebih semangat. Hilang
sudah rasa segannya dengan Edry tadi.
"Tarikh dia.. Hari yang sama dia harus bagi jawapan pada Helmina." keluh Anna lagi.
"Dia? Siapa?" soal Syafira. Namun langsung tak diendahkan Anna.
Otaknya sarat memekirkan segala kemungkinan. 'Malam tu. Mesti Helmina
akan jadi budak perempuan paling cantik.. And Afiq pasti akan terpukau
dan terima dia balik.' Anna bermonolog sendiri. Semua kemungkinan ini
memang berpotensi besar menjadi kenyataan!
Syafira masih pelik melihat wajah Anna yang tiba-tiba bertukar suram.
Edry memberi isyarat kepada Syafira yang dia akan jelaskan padanya
nanti. Syafira hanya mengangguk memahami.
"Hmm.. Anna! I know what to do! Saya akan jadikan apa yang awak cakapkan
sebentar tadi jadi kenyataan!" tiba-tiba Edry bersuara sambil memetik
jari setelah lama berdiam diri.
"Macam mana?" soal Anna.
Syafira hanya memandang tanpa langsung memahami apa yang mereka borakkan sekarang.
Anna membuka pintu almari pakaiannya. Satu persatu baju diselak.
Akhirnya, dia mengeluarkan baju t-shirt lengan panjang berwarna merah
jambu dengan sedikit corak bunga-bunga pada fabriknya. Kemudian, dia
menarik keluar pula seluar jeans berwarna hitam. Dia melihat jam yang
tergantung di dinding biliknya.
"Hmm, baru pukul 3 petang. Sejam lagi." gumamnya sendiri.
Anna menyalin pakaiannya kemudian duduk di meja solek. Dia menaburkan
bedak bayi di telapak tangannya kemudian menyapu rata ke mukanya. Siap!
Itu saja 'solekan' yang akan dikenakan untuk hari ini. Dia mencapai pula
sikat dan menyikat rambut lurusnya. Kemudian memakai klip rambut
berbentuk rama-rama yang juga berwarna merah jambu. Barulah sedondon!
Anna sekali lagi melihat jam di dinding.
"Baru pukul 3.20. Hmm, lambat lagi."
Sambil-sambil menunggu waktu berjalan, Anna mengisi maasa yang terluang
itu dengan aktiviti yang sanagt berfaedah. Iaitu... berangan,
mengelamun, dan termenung.. hehehe
Anna mula terfikir tentang hari prom night itu nanti. Hatinya berasa
sangat berdebar. Tidak sanggup rasanya jika semua kemungkinan itu jadi
kenyataan.
'Argh!! Tidak!!' Anna meraung di dalam hati.
"Anna.. buka pintu ni. Kenapa menjerit?" tiba-tiba suara Puan Nora menyapa menggetarkan gegendang telinga Anna.
"Eh, aku jerit betul-betul ke tadi? Rasanya cuma dalam hati je." Anna
menggaru-garu kepalanya. Itulah jadinya kali otak sudah berserabut.
Sering berbuat sesuatu tanpa disedari.
Anna segera membuka pintu biliknya dan tersengeh memandang Puan Nora yang sudah berkerut-kerut dahinya.
"Kenapa ni Anna?" soal Puan Nora. Risau juga dia bila anaknya tiba-tiba terjerit di dalam bilik.
"Err.. Tak ada apa-apa.. hehe." Anna hanya tersengeh-sengeh.
"Ish kamu ni. Mama ingatkan apalah dah jadi tadi." Puan Nora menarik
nafas lega. "Oh ya, boyfriend kamu dan Syafira dah tunggu di bawah."
sambungnya lagi.
"Mama.. Edry tu bukan boyfriend Anna la! Dia bakal boyfriend Syafira." ujar Anna selamba. Sesedap rasa dan perisa saja.
"Laa, yakah? Melepaslah kamu. Tulah, lambat-lambat lagi." Puan Nora masih tak lenguh urat otak mahu mengusik anaknya.
"Ish.. mama ni." Anna mencapai beg tangannya dan segera menyalami tangan
ibunya. Dan cepat-cepat turun ke bawah. Tak sanggup mahu berlama-lama
disitu. Nanti makin banyaklah idea mamanya datang mahu mengusiknya.
'Baik cepat!' monolongnya sendiri.
**************************************************************
Anna, Syafira, dan Edry sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu masuk sebuah shopping complex terkenal.
"Kita nak pergi tengok wayang ke?" soal Anna sambil mengunjukkan cermin matanya yang sedikit melurut.
Dia langsung tidak tahu Edry dan Syafira mahu membawanya kemana dan mahu buat apa. Dia main ikut je.
"Nope. Adalah.. awak ikut je kami." ujar Edry lalu mengenyitkan matanya pada Syafira.
Syafira hanya mengangguk dan tersenyum simpul. Edry sudah menceritakan semuanya sebelum ke rumah Anna tadi.
"Huh?" Anna hanya terkebil-kebil tidak memahami.
"Ikut je." ujar Syafira dan Edry lalu mereka serentak mencapai tangan
Anna mahu menariknya masuk ke dalam shopping complex tersebut.
Syafira mencapai tangan kiri, Edry pula mencapai tangan....
"Erm.. Edry.." Syafira bersuara.
Edry yang sudah mula melangkah terhenti langkahnya dan memandang Syafira.
"Kenapa?" soalnya
Syafira tidak menjawab sebaliknya hanya memandang tangan Edry.
Edry juga turut memandang tangannya dan.. Rupanya Edry tersalah tangan!
Dia bukan tercapai tangan Anna sebaliknya tangan Syafira! Edry segera
melepaskan tangannya. Mukanya sudah menjadi semerah tomato. Syafira juga
begitu.
Anna yang dapat menonton drama romantik malu-malu kucing dua sahabatnya
itu cuma tersenyum simpul dan ketawa kecil. Siaran langsung tu!
Edry terus berjalan di hadapan meninggalkan Anna dan Syafira.
Mereka berdua hanya mengekor dari belakang.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)