Anna sedang khusyuk menghadap buku di hadapannya. Buat seketika, dia
terlupa akan gentarnya tadi.. Terlupa yang Edry sedang duduk di
hadapannya. Terlupa segalanya. Begitulah kalau Anna sedang menelaah
buku. Ribut taufan melanda sekalipun dia rileks je..
Lain pula halnya dengan si Syafira. Dari tadi asyik menekan-nekan
perutnya. Mukanya sudah bertukar pucat. Ummi yang sedar akan kelakuan
aneh Syafira itu menoleh ke arahnya. Anna? Dia tak sedar pun!
"Eh, kenapa ni?" soal Ummi prihatin.
"Aduh.. Perut saya memulas dari tadi lagi. Tak tahu kenapa." muka Syafira berkerut-kerut menahan sakit.
"Err, nak pergi tandas tak?"
"Boleh juga. Jom." Syafira pantas bangun.
Anna yang baru tersedar itu terpinga-pinga melihat kawan-kawannya hendak nangun meninggalkan dia bersama Edry berdua.
"Eh, nak kemana ni?"
"Kami nak ke tandas sekejap." jawab Ummi.
"Haa, duduk sini elok-elok ya. Kami pergi sekejap saja. Jangan merayau
tau!" sempat lagi Syafira memberi arahan gaya ibu yang hendak
meninggalkan anaknya.
"Eh, dia ni. Kata sakit perut, sempat lagi tu. Dah la ayat macam mak
nenek." Ummi hanya menggeleng-gelenbg kepala melihat keletah rakannya
itu. "Hah, duduk berdua ni, jangan berdating pulak! Bye." sambung Ummi
lagi.
'Ah, sudah.. masak aku.' getus hati Anna.
Jantungnya mula berdegup kencang kembali! Tak sanggup rasanya mahu mengangkat kepala untuk melihat reaksi Edry.
Edry memandang tajam ke arah Anna. Anna masih tak lenguh leher menunduk
dari tadi. Dalam hatinya tuhan saja yang tahu betapa jantungnya rasa
ingin melompat keluar.
"Ehem..." Edry berdehem. Namun Anna masih tidak menunjukkan sebarang respon.
'Ish, susah jugak kalau dua-dua senyap macam ni. Ni la peluang aku!' monolog Edry sendiri.
Sementara Anna pula.. 'Ish. Kenapa dia ni? Ah, sudah. Aku rasa lain macam dah ni. Patut tak aku follow diorang pergi toilet?'
Anna baru saja bercadang ingin bangun dari tempatnya tapi tiba-tiba
terhenti dengan brek kecemasan apabila satu suara yang cukup digeruni
menggegarkan gegendang telinganya.
"Erm.. Anna." jelas kedengaran getaran pada suara Edry.
Anna mula mengangkat muka perlahan-lahan. Mukanya... merahnya!!
"Saya rasa kita patut berbincang." tegas kedengaran suara Edry. Anna
sudah terasa jantungnya mula berjoget-joget shuffle gaya rancak. Dia
menelan air liurnya berkali-kali.
"Err.. ya." perlahan saja jawapan Anna tapi masih boleh didengari Edry.
"Okay then.. Are you trying to avoid from me?"
Anna hanya terkebil-kebil memandang Edry. 'Hish, macam la aku sorang
yang mengelak! Dia pun tak pernah tegur aku!' hatinya membentak kecil.
"Erm, sorry.. I mean, we are avoiding each other." Edry mula sedar perubahan wajah Anna. Takut juga dia.
Anna masih lagi terkebil-kebil memandang Edry. 'Hah, ini baru betul! Adil dan saksama!'
Edry mula gelisah apabila dia sedar yang dari tadi dia hanya bercakap seorang diri. "Excuse me.. Anna, are you hear me?"
"Erm.. sorry.. Yes, we are avoiding each other." perlahan saja Anna
menjawab. Nampaknya Edry memang kena pasang telinga betul-betul!
"Hmm, macam ni la. Saya rasa tak de sebab kita kena terus macam ni. Saya
pun segan juga tapi.. saya rasa janggal pula bila kita pura-pura macam
tak pernah kenal."
Anna hanya mengangguk. "So?"
"Friends again?" Edry sudah tersenyum. Mengharap Anna sudi berkawan semula dengannya.
"Okay." Anna juga turut tersenyum. Edry mula tarik nafas lega. Tiba-tiba dengan tak semena-mena Anna ketawa sendiri.
Edry sudah menggaru-garu kepala.
'Ish, kenapa pulak ni?'
"Kenapa ketawa pula?" Edry menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Habis kusut rambutnya.. Padahal sebelum pergi tadi dia menghabiskan
masa 15 minit di depan cermin untuk menyiapkan tower di atas kepalanya
itu.
Anna masih lagi ketawa. Entah apa yang begitu menggelikan hatinya.
"Tak de apa-apa. Saya cuma rasa kelakar bila fikirkan balik kelakuan
kita selama ni. Pura-pura tak kenal, padahal masa kecik rapat gila!"
ketawa Anna masih bersisa. Tiba-tiba dia terkedu. 'Alamak, terlepas
cakap!!'
Muka Edry sudah merona merah. Dia juga segan sebenarnya.
"Assalamualaikum!" sergah satu suara tiba-tiba.
Terkejut jantung, berderau darah, berdiri tegak bulu roma dibuatnya.
"Hah, korang dating ya! Amboi-amboi.. Selama ni aku tak pernah tengok
korang bertegur sapa pun. Baru kene tinggal berdua sekejap, dah mesra
macam ni?" Syafira mula berleter. Sebenarnya dia cemburu. Syafira dari
mula lagi sudah terjatuh suka dengan Edry.
Ummi hanya tersenyum. Dia tahu yang Syafira ceburu sebenarnya.
"Kenapa? Cemburu ke?" Edry memandang Syafira sambil tersenyum simpul.
Niatnya saja mahu mengusik, tetapi dia tak tahu hakikat sebenarnya
Syafira memang cemburu!
Syafira termalu sendiri. Mukanya sudah memerah. "Erm, tak ada apa-apa lah. Saya saja je, jom sambung balik!"
Edry pelik dengan kelakuan Syafira yang tiba-tiba jadi kalut. Ummi dan
Anna tersenyum memahami. Anna memandang Edry sambil tersenyum. Pandangan
yang mempunyai mesej tersendiri.
'We're friends now rite? And.. takkan tak faham-faham lagi?' sambil matanya melirik ke arah Syafira pula.
'Yup, we're friends again! And we'll be best friend for ever! Erk,
takkan laa...' Mata Edry juga sudah melirik pandang ke arah Syafira yang
masih lagi merah mukanya.
Eh, boleh pulak bercakap dalam hati gitu.. macam ada chemistry je! haha
"Just friends.." tiba-tiba serentak Edry dan Anna bersuara perlahan. Ummi dan Syafira memandang mereka berdua pelik.
"Apa yang korang cakap tadi?" soal Ummi.
"Err, tak ada apa-apa!" Anna sudah tersengeh. Edry pula buat-buat tak faham apa yang berlaku. Syafira hanya memandang curiga.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)