send help pls



okay fashion sekarang needs to slow down a bit..... please. idk why but suddenly all the things that i secretly loving but nampak macam 'bodoh' or too weird back in the old days are now in trend. seriously. all those bell sleeves and ruffles.... tetiba je semua baju kat kedai macam tu. NOOOOOO ! you can't do that. now i need to buy them all damn laaa.


and then last year, they start to bring out patches. I have a thing with embroidery and patches(coz patches are embroided) that i can't explain. so i actually am happy that i can buy some patches and maybe put them somewhere on my bags (am too scared to put them on my clothes tho). But then few month later i see patches on clothing everywhere. they even do it on bags and shoes too. and now macam banyak gilaaaa embroided bags and shoes i wanna cry.




next tassel and pom poms. okay tassels are still 'normal'. but last year it was a bit hard to find cute bags with tassel. tapi sekarang idk if god hear my prayer or what tetiba banyak gila bag yang ada tassel and pompoms. they even do hugeeee tassel and pompoms. hari tu aku beli kasut ada pom pom tapi rasa malu nak pakai mula mula sebab macam pelik. but now that pom poms are on trend aku pakai je hari hari pergi kelas. kawan kawan aku pun semua puji comel. hahaha please guys you're not helping with my weird addiction. jangan sampai nanti aku beli baju pom pom kat zara tu.... dah lama usha...


lepas tu velvet. i loooveee velvet. tapi dulu kalau nak pakai baju velvet rasa macam too much pulak. tapi sekarang orang jual baju velvet tepi tepi jalan je. belum masuk kasut velvet or bag velvet lagi. mashaallah tergugat iman.


so actually apa masalah aku sekarang? hahaha tak ada masalah pun. sepatutnya aku happy sebab semua benda yang aku suka ada di jual di mana mana. TAPI.. tapi. bila mana mana kedai aku masuk almost EVERYTHING aku suka.... ini lah masalahnya. lagi lagi sekarang ni diorang pergi gabungkan semua benda yang aku suka tu. can you imagine..... embroided velvet shoes or handbags. lepas tu dorang pergi tambah pulak tassel or pom pom seketul besar kat bag tu. suka memang lah suka, tapi masalahnya harga dia tu macam tskkk.... Ya Allah bantulah hambamu ini ya Allahhhhh. ini semua godaan.


k sebenarnya aku baru buka zalora and my fav handbag brand baru je campak 100 lebih handbag baru and semua lawa lawa. pulak tu semua ada ciri ciri yang aku suka; velvet, pom pom, tassel, embroidery.... so sekarang ni aku tengah cuba yakinkan diri aku yang aku PERLU handbag baru walaupun account bank aku cakap aku tak perlukan handbag baru. Erm... tapi...... last sem aku dapat dekan... so maybe as a reward....? lepas tu tak lama lagi birthday aku... 3 bulan tu tak lama lagi lah kan? so maybe as an early birthday present? ataupun sebagai motivasi diri untuk belajar lek lok sem ni? ataupun kalau aku beli bag yang mahal sikit aku mesti tak boleh ponteng kelas langsung. haaa ok la kan macam tu? kan?





i cant breathe
need them all
help me
Taufiq please bagi hadiah bag please nanti saya buatkan cookies banyak banyak sumpah

The First Hit






Hello peeps!

So.... how am I gonna say this... yesterday, i experienced my first ever hit. tak tak, bukan lagu hit, tapi car hit. well, technically my very first ever is when i was in form 4? form 5? but that time ayah aku yang bawak. but this time aku yang bawak. just berdua dengan adik aku yang hopeless gila tak tau pape.


aku tahan diri dari buat blog post semalam sebab aku still terkejut and bengang dengan kejadian tu so kebarangkalian untuk aku mencarut dalam setiap ayat tu amatlah tinggi. jadi aku pun cuba bertindak rasional dengan menenangkan diri dulu baru cerita kat sini. good job Husna, good job *pat my own back*


Semalam, which in on hari raya korban, aku dan adik aku decided untuk ke bandar semata mata demi dua ketul cool blog. ini semua sebab kami dah pishang nak mati kat rumah nenek tak tahu nak buat apa. dah lah sedara mara tak balik, so cuma ada family aku dan nenek. tv pun takde channel yang syok. wifi pun takde. nak beli data pun kedekut. this is torture !!!


so lepas dapat dua ketul coolblog, kami pun bergerak pulang. this is when shit happened. masa tu aku tengah drive depan maybank, jalan kecil, so aku pun drive lek lek jelah. kereta kat situ pun tak banyak. TAPI, jangan sangka walaupun cuma ada dalam 4 buah kereta je kat lorong tu takkan ada si bangang yang akan langgar kau. i was driving, then masa aku lalu kat belakang satu hilux ni, aku perasan yang dia tengah nak undur. masa tu aku memang dah belakang dia tau. TAPI DIA KEEP ON UNDUR !!!! and aku pun ehh ehhh kenapa dia undur lagi ??? andddddd bammmn. damn it dia langgar aku !


I was so shook i'm telling you. then aku pun keluar kereta untuk check apa dah jadi. all i can see cermin lampu belakang hilux tu yang dah terabur kat lantai. and some scratch on my car. eh pelik jugak ni jeke calar rasa macam langgar kuat tadi. then  pakcik yang bawak hilux tu keluar, pandang aku, dan cakap "awak tak nampak ke kereta saya nak undur tadi?"

aku: pakcik la kenapa undur tak tengok kereta lalu.
pakcik: awak la yang salah, saya nak undur, awak lah kena berhenti.
*eh bangangnya pakcik ni ambil lesen kat mana. masa ni aku dah macam eh wtf pakcik ni*
aku: eh apa pulak. saya memang tengah lalu, ni jalan saya la. saya dah belakang pakcik dah tadi. pakcik nak undur, pakcik lla yang patut berhenti dulu.
then pakcik tu macam diam nak cari point. dia nampak aku perempuan kecik je so dia pun tak nak kalah la.
pakcik: ni saya punya rosak ni pun dah berapa ratus dah ni nak ganti.
aku: bukan salah saya
pakcik: so macam mana sekarang ni?
aku: macam mana apa? pakcik yang langgar saya. kalau camtu kira setel kat sini jelah.

dan pakcik tu pun laju je ok. pastu sempat cakap selamat hari raya lagi masa aku nak masuk kereta balik. masa tu sumpah aku punya tahap bengang tu, kalau dia keep on salahkan aku memang aku akan carut dia kat situ. so aku pun terus masuk kereta. time tu ada terfikir nak ambil no plat kereta pakcik tu tapi fikir eh tak payah lah. kereta aku calar sikit je pun. dan aku pun blah sambil membebel kat adik aku.

then bila dah sampai rumah, baru kami perasan yang pintu kereta depan and belakang aku kemek. dia punya kemek tu sampai tak boleh nak kunci kereta (kereta aku antik, tak pakai yang picit2 tu). masa tu aku rasa macam ya Allah kenapa lah aku boleh langsung tak perasan pintu kereta aku dah barai camtu. padahal masa keluar aku tutup pintu. masa nak masuk kereta balik pun aku bukak pintu kat area yang kemek tu. and aku. langsung. tak. perasan. !!!!!!!!! korang boleh bayang tak betapa bengangnya aku masa masuk bali kereta tu sampai langsung tak nampak dah pintu tu, aku fikir nak blah je dah malas layan pakcik tu.

aku tak tahu lah pakcik tu perasan ke tak kereta aku kemek. mungkin. sebab tu dia macam nak mengelak. tapi dia diam diam je sebab aku tak perasan. ciskek betul! kalau aku perasan pintu kereta aku dah macam tu, memang sumpah aku akan mintak ganti rugi kat dia. dia tak nak mengaku salah dia, memang aku pergi buat report polis. sebab aku sure yang memang aku tak salah. nak bukti, accident tu depan bank so for sure ada cctv kat situ. tapi malangnya aku langsung tak perasan, and tak ambil pun no plat kereta tu. damn la.

memang boleh je kalau nak buat report polis and cari balik kereta tu. tapi aku taknak lah jadi bitchy sangat, sebab dah deal settle habis kat situ je tetiba balik pergi buat report. haha. and of coz balik tu ayah macam marah sikit kat aku sebab tak call dia masa kena langgar tu and biar pakcik tu blah gitu je. lel. nak buat cam mano lai ayah, sumpah den tak perasan. sekarang bila fikir balik, maybe cost aku nak baiki pintu tu lagi mahal dari lampu hilux bodoh dia tu. sebab memang kemek tak boleh nak ketuk. sampai cat pun tercabut. nasib lah nak...

moral of the story: korang semua kalau drive jangan jadi bangang. nak undur kereta, tengok dulu ada kereta lalu tak. kereta mahal mahal takkan tak berbunyi kot masa kau undur and ada something kat belakang. dan kalau dah tau salah sendiri pun mengaku jela dan minta maaf. please jangan jadi orang macam ni.

ok baik aku habiskan kat sini sebelum aku start mencaci pakcik tu. adios!

Romantaik









Di usia 21 tahun dan 8 bulan, aku sedar dan yakin yang romantik tu bukanlah suatu sifat semulajadi tapi sesuatu yang dipupuk sejak kecil. Trust me, I'm a princess. eh tetiba.


Aku dikurniakan dengan dua orang parents yang paling tak romantik di dunia. Seumur hidup aku, aku tak pernah dengar parents aku panggil sayang ke, darling ke, baby ke, honey ke, sugar ke, vinegar ke, semua tak pernah. ibu panggil ayah 'abang' dan ayah panggil ibu syimah. dan aku tak pernah dengar diorang cakap i love you sesama sendiri. like, ever. they don't do surprises, no flower or gifts, and diorang tak pernah keluar dating berdua. I guess sebab tu bila aku mintak nak keluar dating dedua macam triggered gila, bunyi macam aku mintak nak kahwin lari.


Kalau yang macam ada effort sikit nak beli kek or beli hadiah ni ibu je. tapi lama lama ibu pun dah malas sebab ayah buat dek je hahahahaha sadis. well, tapi walaupun dorang tak romantik tapi rasanya tak ada lagi bergaduh teruk sampai nak lari rumah bagai. paling paling pun gaduh mulut tapi sejam kemudian macam takde apa apa jadi. so i guess it's fine then, if you're not romantic.


tapi secara tak langsung, aku pun terbiasa dengan persekitaran yang tak romantik ni. which i really wish I don't. At least aku sejenis manusia yang sukakan surprise and gifts. aku akan cuba untuk celebrate or bagi hadiah dekat semua kawan kawan aku sebab bila dekat rumah semua benda ni janggal. but one thing yang paling aku menyesal is aku dah terbiasa untuk tak luahkan apa yang aku rasa. like i said, parents aku tak pernah express their feeling towards each other. at least in front of us. so aku pun tak pernah express aku punya feeling kat sesiapa. i never say i love you to my mom or dad, which is sad. aku sangat sangat jealous bila aku dengar kawan kawan aku on call dengan parents or boyfriend diorang and dengan senangnya cakap i love you or rindu like those are nothing. sebab bagi aku untuk cakap dua benda tu adalah sangat sangat berat dan susah.


so hari ni, aku nak buat list untuk future family aku;

1. I will force my husband to buy me flowers with a card on our anniversary. No flowers with card, aku akan mogok tak nak masak tak nak buat kerja rumah seminggu.

2. I will force my family members to say 'i love you' to me before they go to bed every night.

3. Every birthdays and important dates must be celebrated.

4. Hug and kiss my kids more even when they grow up. 

5. Call my husband and kids with cute names.

6. Be romantic in front of them kids. tapi takdelah sampai bercumbuan di meja makan hahahaha.

7. Have a date night at least once a month. Bebudak tinggal kat rumah tengok tv, mak dan pak hang nak pi candlelit dinner.


eh cukup lah tu 7. buat list panjang-panjang sekali dapat husband bapak gila tak romantic pun tak leh jadi jugak. aku ni pun dah la memang tak romantic, eii memang tak la nak bersweet sweet sensorang khen. okay sekian. nanti sesiapa tolong ingatkan aku, lepas kahwin nanti(which is maybe in another eternity lol) buka balik entry ni, print list ni dan tampal kat pintu fridge. Adios.

A Night Owl





I am always a night owl; i.e. i stay awake late at night and wake up late in the morning afternoon. even since dari aku kecik pun aku memang jenis bangun lambat, even tidur paling lewat pukul 12 malam. i never wake up at 7 a.m. like any other kids. and i never understand why kids wake up so early and ajak you main with their toys so damn early in the morning. aku ingat lagi masa kecik kecik dulu kalau aku ada fav show kat tv, ibu yang akan kejut aku bangun semata mata untuk tengok kartun. well, kalau kartun tu pukul 8 pagi, chance untuk aku bangun tu 50-50. kalau pukul 9 pagi macam cerita dragon ball tu, aku bangun, tapi lepas habis kartun aku akan sambung tidur balik. welp, i guess i'm just not a morning person.

tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni...... atau lebih tepat since bulan puasa yang lepas, so maknanya dah tiga bulan? or maybe more actually..... aku punya level of night owl tu dah di upgrade ke tahap super saiya. upgrade macam mana? upgrade kepada tahap yang aku rasa pukul 3 pagi tu masih awal. rasa macam baru pukul 10 malam. pukul 5 pagi baru aku rasa mengantuk. dan most of the days aku akan tidur lepas subuh, sebab aku tahu once aku tidur, memang susah nak bangun dah. dan semua ni terjadi WITHOUT the help of any caffeine.

How you asked? (kalau tak tanya pun eh lantak la aku nak bagitau jugak)
Ini semua berkat tests, assignments, FYP dan final exams :)

semester 6 is the hell-est out of all the other semesters in my degree years (i think). walaupun aku cuma ada 5 papers, (ya 5 tu dikira sedikit ya. masa second year aku terpaksa ambik sampai 8-9 papers) tapi semester ni lah yang aku rasa paling busy. sebab setiap satu subjek tu ada 2-3 orang lecturer yang mengajar. dan setiap sorang lecturer tu mesti nak bagi tests dan assignments mereka sendiri. so eventhough aku cuma ada 5 subjek, kau darab lah dengan jumlah lecturer yang ada. itu belum tambah dengan lab-work dan lab report lagi. dan belum tambah lab-work untuk final year project lagi. yes, final year project, FYP. nightmare setiap mahasiswa. FYP aku berjaya disiapkan di saat saat terakhir. sebab compound yang aku sintesis tu susah nau nak jadi. dan aku seperti biasa dengan sangat bijaksananya berjaya menangguhkan aktiviti menulis thesis aku yang patut aku mula tulis sejak sem lepas, kepada 2 minggu terakhir :)

yes, i did spend only 2 weeks writing the hell out of my damn thesis. itupun sebab supervisor aku tetiba je "You've start writing right? I wanna see your thesis draft by this friday okay!"
and I was like...."Yeah i have....... okay :) *fake smile i krai inside*" and it is already tuesday. and guess what, aku ada tests berderet setiap hari sepanjang minggu tu. lucky me, aku ni adalah sejenis manusia yang works best under pressure, so i mananged to finish my 100 pages thesis on time while also buat other lab report and study for tests. oh, and aku berjaya buat aku punya slides untuk viva presentation also in one night, right after i finished my final edits for the thesis. and as i said i work best under pressure, i did. my supervisor and examiner said my thesis is apparently really detailed and i totally slayed my viva presentation. yeay me! dan akhirnya, segala penat lelah dan sumpah seranah ku berhasil and i got A+ for my FYP hahahahaha. sorry guys. kalau tak berbangga diri dekat blog sendiri kat mana lagi kan. karang kalau aku nak bangga bangga depan kawan kawan karang kena maki pulak.


dan sepanjang 2-3 minggu tu memang hari hari aku tidur pukul 4 pagi. dan itu baru permulaan. then kita sambung pulak dengan study week. disebabkan study week aku masa bulan puasa, so aku decide untuk tak tidur dan study sampai subuh. so that aku akan still berjaya untuk bersahur dan subuh. well guys, korang jangan fikir aku ni jenis yang study macam hardcore pulak. sebab aku boleh study sampai subuh ialah:
1. roommate aku kristian so memang tak ada siapa nak tolong kejutkan aku sahur dan subuh.
2. aku ni tidur awal pun bangun lambat tidur lambat pun bangun lambat so alang alang baik kita tidur lambat.
3. mood study aku cuma akan datang pada pukul 2 pagi. so sepanjang petang, aku cuma pura pura study untuk sedapkan hati. dan sepanjang malam, start dari pukul 9 malam or so, memang aku duduk dekat meja study bukak nota, tapi sebenarnya aku habiskan 80% masa aku dengan scroll phone dan tengok drama. pukul 2 pagi baru aku akan sedar yang sejak pukul 8 aku baru baca satu page dan dapat kesedaran untuk betul betul fokus study.


dan habit tidur lepas subuh ni berlanjutan saaaaampai lah ke hari ni. and i really need to fix this. kelmarin aku cuba untuk tak tidur langsung, so that kononnya supaya nanti aku mengantuk awal sikit. so tidur awal and bangun awal. tapi bukan itu yang terjadi. i was awake yesterday until about 1 p.m. then aku dah start mengantuk. aku berjaya tahan diri sampai dalam pukul 5 macam tu je. then aku tertidur. aku tersedar pukul 8 malam. lepas tu aku tak ingat apa yang aku buat, tapi aku sambung tidur saaaampai pukul 1 pagi. and i'm super awake. yang mana kalau ikut plan aku, aku patut jadi super sleepy at 1 a.m. tapi yang jadi ialah sebaliknya. so i cant sleep until subuh and (which is normal) dan akhirnya tidur lepas subuh jugak. dan tetap bangun lambat hari ni. hahahaha.


so how guys? I think I legit have insomnia now.

Today was orange

I have loving the skies lately. So today it was orange in the late evening...



Then this happens....




I was trying to recreate the sky by wearing burnt orange eyeshadow. But then I think, hmm let's put some dark colour. Since it was getting dark. But then I put too much dark shadow and you can no longer see the orange. LOL. And so they turn out to be a dark look. I was actually wearing peach lipstick but you can't really see it. SO HERE'S A DUCKFACE THANK YOU BYE!








Photobucket

Everyday Makeup Products



Assalamualaikum

Today I thought I would share some of my favourite products or the products that I use everyday. Not all I use everyday lah. Like the eyeshadow and blusher I only use when I'm feeling it you know. Hahaha.

So, here they are. Tadaaaaa ~



1) Maybelline Instant Age Rewind concealer
This thing is sooo hype on the internet. Siapa yang suka tengok video makeup kat youtube mesti pernah tengok orang pakai benda ni. So when Maybelline brought this into Malaysia, aku pun beli lah saje nak tengok best ke idok. Lepas pakai banyak kali, it sure is the best concealer yang aku pernah try so far. It comes with a sponge applicator, so kita just twist and sapu je. But, it's not very hygenic though. but then sponge tu boleh cabut. Tapi sponge tu memainkan peranan penting bagi aku, sebab dia make sure concealer tu kita tak terletak banyak sangat and applied as in thin layer so senang sikit nak blend.
Overall,
Coverage : Medium to high (buildable)
Blending : Easy
Price : Affordable (around RM30 something)

2) L'oreal Mat Magique 12H Bright Mat Foundation
Actually aku tak lah suka sangat foundation ni. Tapi sebab dah beli so kena habiskan hahaha. I think foundation Loreal yang True Match tu much better kot. This one is okay lahh. It has matt finishing so if you don't prefer matt look, don't buy this foundation. Sebab kulit muka aku agak oily kat T zone so foundation ni macam ok lah untuk aku. But then still akan berminyak jugak muka but kurang lah. It is a bit drying to the skin, sebab matt kan. So memang kena pakai moisturizer before pakai foundation ni. And and agak cepat kering so kena blend cepat cepat.
Overall,
Coverage: Light to medium
Blending : Medium
Price: Affordable (around RM30++)

3) Too Faced Semi-Sweet Chocolate Bar eyeshadow palette
This is the best makeup product I've ever bought. Yet the priciest hahaha. It looks like chocolate. I mean, how cute is the packaging?? And yang paling best sekali, it SMELLS like chocolate. It smells like chocolate fudge or something tak tahu lah tapi memang bau sedap gilaaa. And everytime aku pakai ni, aku dapat bau muka aku bau chocolate hahaha. Warna-warna eyeshadow dalam ni is more to like warm-toned brown I would say? Ada 16 shades semua sekali. Entah lah korang google la sendiri hahaha. Sekarang aku tengah berfikir fikir patut ke aku beli Too Faced Peach palette, yang tu pun macam best jugak. Hmmmmmm
Overall,
Very pigmented
Easy to blend
Little fall out
Price: Expensive (at least for me) RM199

4) ST Blusher and Highlight
This blusher is not that great lah. But ok laa, for a cheaper alternative. It comes with two shades of blusher and a highlight.
Aku selalu guna Blusher 1 tu je. Sebab macam nampak tak nampak je. Aku tak suka sangat kalau pipi nampak sangat pakai blusher. And highlight dia pun very settle. All three are glittery, but very settle.
Overall,
Pigmentation: medium
Quite chalky
Blending: Fair
Price: Affordable (around RM45)


As for lipstick, aku ada banyak lipstick so tak setiap hari pakai yang sama je. Hmm, should I do an entry about my lipstick collection?

Photobucket

Short Story Wednesday


Halluuuu hooman !

Surprise? 
"Eh kenapa semenjak dua menjak ni Cuna update blog lebih dari sekali setiap dua bulan ? adakah ini keajaiban?"

Yes yes indeed. Duhai rakyat jelata sekalian, aku kinda macam dah dapat mood blogging aku yang hari tu tetiba menghilang selama setahun macam tu. Ahaks. So maybe you will see me more these days. Tapi tak janji lah mood blogging ni dapat tahan berapa lama. heheh :P

So hari ni ialah hari ShoStoWed. Here goes ~

Malam tadi (atau lebih tepat pagi tadi?) aku mimpi....
Aku pergi kat satu bangunan ni. Dan naik lif. Aku tak sure masa tu aku sorang je ke atau dengan kawan. Tapi ada dua tiga orang laki dalam lif tu. Pintu lif tertutup. Keadaan sunyi sepi. Kenapa lah aku perlu pergi tingkat atas sekali??? Tiba-tiba... Sorang laki start berdehem. Aku cuak.
"Awak, ni lagu cerita apa eh sebenarnya?" *lagu cuba sedaya upaya untuk buat bunyi gitar intro lagu ost goblin pakai kotak suara dia*

"Em, Goblin."

"Ohhhhh. Best lah lagu tu."

Tetiba kawan dia menyahut pulak. "Aku suka lagu yang ni." *lalu cuba untuk nyanyi ost goblin yang lain*
"yang ni pun best" *nyanyi lagu lain pulak*

Lalu aku pun berfikir, oh rupanya ramai jugak orang yang layan ost Goblin. Ingatkan aku sorang je... lalu pintu lif pun terbuka. lalu aku pun beredar. lalu aku pun tersedar. lalu aku pun tengok jam. lalu aku pun rupanya dah terlepas kelas pagi aku. lalu aku pun berhuhuhu. lalu aku pun sambung tidur tanpa sekelumit pun rasa bersalah.


Moral of the story: jangan dengar ost Goblin on repeat for a week. kalau tak nanti korang dapat mimpi pelik pelik macam aku. kalau mimpi dapat jumpa Goblin ke Grim Reaper tu ke tak pe lah jugak . cehh.



Photobucket

Cursing problem



warning: entry ni mengandungi banyak cursing words. kepada pembaca yang innocent dan berhati nurani sesuci homework aku yang masih belum bersentuh tu, boleh lah cuba baca dengan menukarkan perkataan yang berikut kepada duck ke, baby ke, sheep ke.......





I think I have a cursing problem. Semua orang pun curse. Yang bezanya cuma kau curse secara sopan atau secara kasar. contoh curse secara sopan: Eh khinzirnya awak ni. Astaghfirullahalazim. Contoh curse secara kasar pulak: Eh babi sial kau ni. Gi mam lah bij.


Aku? Aku curse secara separa sopan separa kasar. contoh: *nampak something unexpected dan menyakitkan hati* eh shit lah..... (sila baca dengan nada sopan yang paling sopan sekali) Selalunya, aku still dapat kawal aku punya cursing problem ni. paling paling pun shit je yang keluar. Ataupun what the.......(sambung fuck dalam hati). tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni ringan je mulut menzahirkan kata kata hina yang sedemikian. pulak ni aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang tidak segan silu malu malu kucing untuk mencarut. Laaaaagi lah senang nak terikut.


Tadi dekat lab pun, aku tengah buat experiment. Tiba tiba aku tertumpahkan aku punya solution. dan dan tu jugak perkataan "fuckkkkkk" mengalir dari mulut aku selari dengan solution aku yang mengalir atas meja. diingatkan sekali lagi, sila baca baca dengan nada paling sopan sesopan yang mungkin okay. macam mana nada korang mengeluh cakap alaaaa macam tu la nada aku sebut fuck. hahahaha . disebabkan aku tercarut tanpa sedar, aku punya volume mencarut pun tanpa sedar. apa yang aku tau bila aku pandang depan, ada sorang coursemate lelaki aku tengah pandang aku dengan muka terkejut dan terkebil kebil. lalu aku pun cuma mampu sengeh dan cakap sorry tercarut. dia just diam je. mungkin dalam hati dia cakap "wow.. Cuna macam ni rupanya. tak sangka."


Urghhh, rosak imej innocent yang aku cuba pakai selama tiga tahun degree ni. tapi setakat depan coursemate aku tak kisah lagi. apa yang aku risau sekarang ni kalau one day aku tercarut depan lecturer aku ke apa ke. knowing how careless and carefree I am, the probability untuk benda tu terjadi memang sangat tinggi. Haihh..... how the fuck do I cure this fucking cursing problem??? ooppss... Sorry ~XD




Photobucket

Double life



I found people who has a double life is kinda interesting. Except people who looks modest in the day but become a whore at night. Or guy who act manly tapi senyap senyap jadi mak nyah. Not that kind of double life.

I mean, orang yang boleh buat something yang completely different and unexpected from his/her daily routine. Contohnya lelaki yang kerja as engineer or doctor or anything, but then he bake at home. Or menjahit at home. Aku ada sorang senior course ni, dia memang serius lah bab belajar. Sekarang tengah sambung master pulak. But dekat luar, he is a magician. Like a professional magician yang join contest and buat show all that. Also I have some friends yang dekat kelas nampak biasa je, tapi dekat luar diorang dancer.

This is actually why hobby matters. Aku sendiri, seboleh mungkin cuba cari hobby yang fun and different. Tak lah bila orang tanya hobby apa ? Erm... reading. That is just too damn boring and typical. Even aku ambil bidang sains and I do love science, but aku jugak suka arts and music. So how? Aku actually ada plan nak ambil double degree, maybe in arts or interior design, tapi course tu macam jauh sangat menyimpang dari sains. Hahaha. So I decided to make that as my hobby and interest. There's a lot of other ways to learn, bukan semestinya kena pergi uni and belajar dalam lecture hall. Sekarang even boleh ambil degree online kot. Tak payah pergi kelas pun. So maybe i'll do that one day.

For now, aku cuma mampu belajar main ukulele and painting dalam bilik je lah. Not that I want to be an artist soon pun. By artist I mean creative people like musician or painter, bukan retis macam fattah amin tu. Btw, siapa beli buku 99 kata-kata fattah amin tu memang hmm... nevermind, judge yourself.

Photobucket

Best. Day. Ever.

Sama macam aku yang kadang kadang tetiba muncul, dan kadang kadang diam selama dua bulan dekat blog ni, nasib malang aku pun sama macam tu jugak. Malam tadi aku cadang nak tulis entry pasal best weekend ever.  Tak tak, aku bukannya baru habiskan weekend aku dengan pergi bercuti di Jepun atau attend wedding family dekat USS atau golek golek main salji (jelesnya tengok insta story orang lain....sobs) aku cuma habiskan weekend aku dekat rumah je. But for some reason, dengan magic lagi anehnya, I kinda get everything that I want during the weekends.

I have been searching for a new black shawl like crazy, setiap kali pergi kedai mesti orang kedai cakap dah habis. but kali ni aku berjaya beli. and itu black shawl yang last piece. plus ibu dengan baik hatinya belanja aku lagi dua shawl so total aku dapat 3 shawl baru.

and then I've been eyeing the Bio Essence punya Bird Nest starter kit. pun senang je minta duit ayah terus bagi nak beli benda tu. Also aku dapat main bowling, yang aku dah teringin nak main for like.... 6 month ++ already? walaupun aku kalah teruk dan asyik masuk longkang dan rasa penat lepas main tu. and aku dapat jumpa Abang Po (bonus) (walaupun dia botak dan asyik gelakkan aku sebab bola masuk longkang)

lepas tu aku akhirnya dapat makan nasi kerabu. which aku asyik cakap teringin nak makan selama sebulan lebih tapi asyik tak jumpa je. lepas tu semalam elok pulak ayah dengan rela hati nak hantarkan aku balik uni, selalunya dia mesti paksa aku naik bas. bila ayah hantarkan tu, faham faham je lah. of course lah aku ajak ayah singgah mana mana and pau duit ayah untuk beli macam macam. miahahaha . tula motif sebenar aku nak ayah hantarkan aku balik uni sebenarnya. so semalam, aku berjaya pau ayah watercolour marker (alah yang boleh letak air tu) siap dengan watercolour palette sekali.

yang paling bahagia sekali, ayah belikan aku satu kasut flat ni yang aku dilema nak beli ke tak dua minggu lepas. Aku memang suka kasut tu tapi sebab dia mahal sikit so aku beli kasut lain dulu. konon konon nanti duit biasiswa masuk boleh lah aku beli. tetiba terus dapat. YASSS (tapi ayah tak tahu yang aku baru beli dua pasang kasut, kalau tak mesti dia tak nak belikan. keh keh)

So hari ni first day kelas. So i thought like yup, this is the perfect weekend to start a new semester. but somehow I kinda feel strange because I get everything that I want. Which never really happen.
And today..... today. I woke up early. Put on nice clothes. Wear my new shawl. Ready for my first class. Tetiba, masuk kereta, pusing kunci..... kereta aku tak nak hidup. HA HA. this is not funny at all. so aku terpaksa naik Uber since bas dah blah and was so late for my first class.

Ok takpe lagi. then plan aku hari ni, habis kelas pukul 9, balik kolej untuk daftar parking, print nota and pergi next class pukul 1. Easy right. But noooooooooo. Orang office tu decide untuk tak tulis cukup cukup semua benda yang dia nak kat borang pendaftaran tu so rupanya ada banyak lagi benda yang tak cukup. Then aku kena pergi daftar kereta dulu dekat pejabat keselamatan bla bla bla and guess what. system down. so I have to wait until tomorrow or the day after untuk register parking ni. Eh kebetulan pulak esok aku memang ada lab dan kelas full and tarikh tutup daftar parking lusa. HA.

Lepas tu aku tanya pasal jumper kereta tak ada siapa pun yang ada. so aku end up keluar jalan jalan cari pomen. aku dengar dengar harga battery dalam RM150 below. gulp. tapi bila aku survey sendiri semuanya RM200 :') tapi tak apa lah. aku tak nak pening pening aku tau kereta aku boleh hidup dah. so finally aku dah tukar battery kereta aku dan melayang RM190 (paling murah dah tu dapat cari) Eh rupanya tak settle lagi masalah. orang yang install battery tu cakap, selain daripada battery kereta aku kong aku punya enjin jugak macam semacam and sebenarnya alternator aku yang rosak. battery without alternator ni tak guna. sebab alternator ni yang akan recharge battery tu. so kalau alternator rosak, pasang battery baru pun lepas seminggu battery kong balik. so sekarang ni aku kena bawak kereta aku pergi bengkel pulak untuk baiki or tukar alternator kereta tu. yayyyyy

berapa pulak lah kos nak tukar alternator tu. lepas tu entah entah ada lagi benda lain yang rosak. yassss. so kesimpulannya hari ni aku ponteng semua kelas petang aku, tak dapat daftar parking kereta, duit habis, and masalah kereta aku still belum selesai. #bestdayever #blessed


Photobucket