miss perfect ~4~

Setahun Kemudian....

Anna sedang bergolek-golek di atas katil empuknya. Musim hujan macam ni memang nikmat rasanya kalau dapat memanjakan diri dengan berselimut di atas katil dan bermalas-malasan.

Sedang asyik dia bermalas-malasan, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
"Anna! Bangun cepat, dah pukul 10.00 ni!" kata Puan Nora sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik anaknya itu.
"Ala, sekejap la mama. Kan sekarang ni cuti sekolah, apa salahnya kalau Anna nak tidur puas-puas." rengek Anna.
"Tapi masalahnya, kamu tu dah terlebih tidur. Nanti jadi gemuk, padan muka!" Puan Nora sudah pun masuk ke dalam bilik anaknya dan menarik selimut Anna.
"Ala mama, sejuk la.." rengek Anna lagi.
"Tak kira, bangun sekarang. Pergi mandi, busuklah. Ingat sikit, kamu tu dah jadi anak dara, dah nak masuk tingkatan dua pun" bebel Puan Nora.

Anna terpaksa akur dan berjalan selambat yang boleh menuju ke bilik air.
'Aduh, baru je aku nak tidur lama sikit, kacau betullah' rungut Anna dalam hati.

**************************************************************************************

Anna sudah siap berpakaian sekolah. Hari ini, dia akan kembali ke sekolah. Hari pertama sekolah, semangat betul! Pukul 5.00 pagi sudah bangun. Anna tersenyum-senyum sendiri di hadapan cermin. Dia sudah tidak sabar-sabar ingin bertolak ke sekolah.

Selain rindu akan kawan-kawannya, sebenarnya Anna ada satu misi yang ingin dijayakan tahun ini! Misi yang sudah lama dirancang...


Anna berjalan lenggang kangkung menuju ke sekolahnya. Dia melihat jam tangannya yang berwarna pink itu.
'Baru pukul 7.00 pagi.. Jalan lambat-lambat sikit la.' monolog Anna sendiri.
Dia berjalan lambat sehinggalah tiba di pintu pagar sekolah. Tiba-tiba sebuah bas tiba berhampiran pintu pagar sekolah. Anna hanya memerhati sahaja para pelajar berpusu-pusu turun dari bas tersebut.. Tiba-tiba..

Jantungnya kembali berdegup kencang apabila terpandang kelibat seseorang turun dai bas tersebut. Siapa lagi kalau bukan si putera idaman. Sudah sebulan lebih Anna tidak dapat melihat putera idamannya.. Ah, rindunya!!

Sedang dia asyik melihat Afiq berjalan dengan penuh gaya memasuki perkarangan sekolah, tiba-tiba Anna terasa bahunya dicuit. Anna menoleh ke kiri dan ke kanan.. Tiada sesiapa. Hatinya sudah berasa seram sejuk..

'Pagi-pagi pun ada hantu ke?' soal Anna sendiri.
Tiba-tiba dia terdengar hilaian tawa dari balik semak berdekatan pagar. Kepala Anna sudah terfikir bermacam-macam perkara yang bukan-bukan. Sekolahnya memang agak terkenal dengan pelbagai cerita-cerita seram.. Tambahan pula tahun lepas banyak kes histeria berlaku.
Anna segera berjalan pantas dan cuba menyaingi pelajar-pelajar di hadapannya. Tiba-tiba suara halus itu kedengaran semakin kuat.. Bunyi mengilai sudah bertukar menjadi bunyi orang mengekek.

Anna kenal betul suara itu. Dia segera berpatah balik dan menuju ke arah semak tersebut.
"Hoi, tak ada kerja ke? Awal-awal tahun dah buat saya takut. Saya report pada mama awak nanti, baru tahu!" sergah Anna ke arah semak itu.
Pelajar-pelajar yang lalu lalang di sekitar melihat Anna dengan mimik muka pelik. PAsti di dalam fikiran mereka terfikir perkara yang sama. Budak ni tak sihatkah? Gilakah? Kenapa cakap dengan semak? Huhu..

Tiba-tiba semak itu bergerak-gerak.. Dan keluarlah satu lembaga berpakaian putih dari situ.. Syafira hanya tersenyum sumbing..
"Sorry.. Sorry.. Hehe, gurau je" kata Syafira sambil tersengeh-sengeh.
Anna hanya menjegilkan matanya. Kemudian mereka berdua ketawa bersama.. Pelik betul..

"Cuti panjang hari tu, pergi jalan ke mana?" soal Syafira.
"Balik kampung je.." jawab Anna santai.
"Kampung awak kat mana?" soal Syafira lagi.
"Negeri Sembilan. Awak pula, pergi ke mana?"
"Erm.. Tak pergi mana-mana pun." jawab Syafira lemah

perbualan mereka terhenti di situ sahaja apabila tiba-tiba kedengaran pengumuman supaya para pelajar bergerak ke dewan. Mereka pantas menuju ke dewan. Beg dibawa sekali kerana kelas masih belum ditetapkan.


Anna berjalan beriringan dengan Syafira menuju ke blok kelas tingkatan dua. Ya, tahun ini dia sudah pun bergelar pelajar tingkatan dua. Cepatnya masa berlalu. Hari ini dia masuk di kelas 2 Delima dahulu. Esok barulah para pelajar akan berpindah ke kelas baru kalau ditukarkan.
Dalam hati Anna sarat berdoa supaya tahun ini dia akan sekelas dengan Afiq, si putera idamannya. 'Ya Allah, tolonglah aku! Dapatlah masuk satu kelas dengan dia! Amin..' doa Anna dalam diam.

"Anna, jom!" kata Syafira merangkap sahabat karibnya kini.
"Pergi mana?"
"Pergi kantinlah! Lepas tu saya nak pergi tengok di papan kenyataan. Manalah tau kene tukar kelas ke.." jawab Syafira.
Sebaik sahaja mendengar perkataan 'tukar kelas' yang terkeluar dari mulut manis Syafira, pantas saja Anna mengangguk. Memang itu harapannya!
"Jom cepat!" ujar Anna lalu melompat bangun dari kerusinya.
"Eh, kenapa laju sangat ni? Tadi nampak macam nak tak nak saja. Pelik lah awak ni."
"Err, saya sebenarnya lapar ni. Tu yang nak cepat ke kantin tu. hehehe."

**************************************************************************************

Anna menoleh ke arah Syafira yang sedang bersemangat menyuap mee gorengnya ke dalam mulut. Anna hanya menguis-nguis sahaja nasi lemaknya.
"Eh, Anna. Kenapa saya tengok tak luak pun nasi lemak awak tu? Tadi kata lapar."soal Syafira.
"Err, tiba-tiba tak berselera pula. Awak nak tak nasi lemak saya ni?"
"Nak.. Terima kasih" pantas saja Syafira mencapai nasi lemak kepunyaan Anna. Lapar sangat agaknya. Rezeki jangan ditolak!
'Aduh, kenapalah aku pelawa si Syafira ni nasi lemak aku... Makin lamalah aku kene tunggu kat kantin ni jawabnya! Bila pula nak pergi tengok papan kenyataan?' rungut Anna dalam hati tentang kebodohannya sendiri. Kepalanya ligat berfikir mencari idea bagi melepaskan diri. Cermin mata putihnya diunjukkan ke atas.
"Eh, alamak!" jarit Anna tiba-tiba.
"Kenapa ni?"
"Baru saya teringat.. Purse saya tertinggal di dalam beg, dah la ada banyak duit kat dalam tu." Dalam hatinya Anna sedang tersenyum lebar. Mujur dia mendapat idea yang dia rasakan cukup bernas.
"Aik, tadi awak beli nasi lemak ni pakai duit siapa?"
'Aduh, macam mana ni?' getus hati Anna. Macam manalah dia boleh terlupa.
"Err, saya letak duit dalam poket baju saja pagi tadi. Dompet saya letak dalam beg." jawab Anna sedikit gagap. Orang menipu memang begitu.
"Oh.. Tak apalah, awak pergilah ambil purse awak dulu. Nanti saya masuk kelas sendiri." kata Syafira prihatin.
"Betul ke ni?" soal Anna. Padahal dalam hatinya sudah terlonjak kegirangan. 'Yes! Perangkap aku mengena! Sorry Syafira. Huhu'
"Betul la. Pergilah cepat." Ujar Syafira lagi.
Anna tersenyum lantas bangun dari kerusi plastik yang didudukinya.

Laju saja dia melangkah menuju ke arah papan kenyataan. Anna yakin yang dia akan masuk ke kelas 2 Ceria kerana dia merupakan pelajar cemerlang tahun lepas. Tapi hatinya bimbang kalau-kalau si putera idamannya akan turun kelas ke kelas 2 Delima.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)