Baju kurung, siap! Kasut, siap! Erm.. apa lagi ya? Anna sedang sibuk
menyediakan persiapan bagi esok hari. Esok, dia akan pergi ke sekolah
untuk mengambil anugerah. Maklumlah, pelajar pandailah katakan. Majlis
anugerah itu khas untuk para pelajar yang mendapat 5A dalam peperisaan
UPSR baru-baru ini. Semua pelajar 5A didalam daerah itu dijemput hadir.
Anna juga salah seorang daripada mereka.
"Apa lagi ya? Rasanya sudah siap semuanya. Eh, dah pukul 10 malam lah..
Baik aku tidur. Kalau terlambat bangun esok susah pula!" kata Anna lalu
segera menutup lampu kamarnya. Maklum sajalah, sudah hampir sebulan cuti
sekolah, setiap hari dia akan bangun dalam lingkungan pukul 9 ke atas.
Tiba-tiba esok kena bertolak pukul 7 pagi. Mestilah kena tidur awal.
Majlis itu di adakan dalam cuti sekolah.
Anna mengunci jam locengnya dan melelapkan mata. Malam itu, dia bermimpi
menerima anugerah khas! Tersenyum simpul Anna di dalam mimpinya. Sampai
terbawa-bawa ke luar! Malam itu, dia tidur sambil tersenyum!
**************************************************************************************
"Anna! Anna!" jerit Puan Nora.
Anna perlahan-lahan membuka matanya. Dia lantas mencapai jam locengnya dan mengerutkan muka.
"Apa ni mama? Baru pukul 6.30 pagi la.. Sekarangkan musim cuti sekolah. Janganlah kacau Anna nak tidur." rungut Anna.
"Amboi-amboi. Mujur mama kejut kamu. Kalau tidak, sampai majlis tu tamat pun kamu tak akan bangun!" ujar Puan Nora berang.
Majlis? Alamak! Majlis anugerah tu! Anna betul-betul terlupa. Dia segera
mencapai kembali jam locengnya dan melihat jam jam yang sedang
bergerak. Sudah pukul 6.40 pagi! Dia hanya ada masa 20 minit saja lagi
untuk bersiap!
Anna segera bangun dan mencapai tuala mandinya dan berlari ke bilik air.
Puan Nora hanya tersenyum melihat kerenah anak sulungnya yang seorang
itu. Bukannya kecil lagi. Tahun depan sudah masuk tingkatan satu! Hish,
macam manalah kalau dia terpaksa tinggal di asrama. Siapalah yang akan
mengejutkannya pagi-pagi? Tak kan setiap hari nak kena denda dengan
warden asrama pula?
Anna mandi sepantas yang boleh.. Tak sampai 10 minit, dia sudah siap
mandi dan memakai baju! Mengalahkan Bullet Train lajunya! Sammbil dia
bersiap, otaknya ligat berfikir-fikir.
"Rasanya malam tadi aku set jam pukul 6 pagi, kenapa aku boleh bangun
pukul 6.40?" soalnya sendiri lalu pantas mencapai jam locengnya yang
serba pink itu. Hmm, masih bergerak. Bermakna, jam itu masih elok, tidak
rosak. "Aduh, maknanya aku yang tidur mati sampai tak sedar jam
berbunyi!" keluh Anna dengan perangai buruknya sendiri.
Tepat jam 6.57 pagi, Anna sudah siap bertudung rapi. Sepanjang hayatnya,
itulah rekot terpantas dia bersiap untuk pergi ke sesuatu tempat.
Biasanya, dia akan mengambil masa lebih dari 30 minit untuk bersiap.
Anna segera keluar dari biliknya dan memanggil ibunya. "Mama, jom cepat!
Dah lambat ni!" laung Anna dari dalam kereta. Tak menyempat-nyempat
betul! Puan Nora segera masuk mencapai kunci kereta dan memandu
meninggalkan perkarangan rumah.
Debaran sedikit terasa. Matanya meliar mencari kenalan-kenalannya yang
lain. Tak lama kemudian, mata kecilnya menangkap beberapa kelibat yang
cukup dikenali. Pantas Anna menuju ke arah mereka.
"Hoi, korang! Lama tak jumpa. Ada kerusi kosong tak?" soal Anna kepada rakan-rakannya. Mereka kelihatan sedikit terkejut dengan kemunculan Anna yang tiba-tiba itu.
"Ish, budak ni.. Dah la tak bagi salam. Tak baik tau!" tegur rakannya yang bernama Zariah itu. Mereka memang rapat sewaktu di sekolah dulu.
"Assalamualaikum semua. Boleh saya bertanya? Ada tak tempat kosong di sini?" soal Anna dengan penuh lemah-lembut dan bersopan-santun.
Rakan-rakan yang lain hanya tersengih melihat aksi Anna yang sememangnya cukup terserlah nakalnya itu.
"Ada, dah lama kami tunggu kau. Kenapa lambat?" soal Zariah lagi.
"Hehe, kau macam tak kenal aku." kata Anna sambil tersenyum manis. Cover cun la tu.
"Huh, bangun lambat lagi la tu.." Zariah sengaja membesarkan volume suaranya. Anna sudah laju menyambar peha empuk Zariah untuk mencubit.
"Aduh! Sakitlah!" jarit Zariah. Anna hanya tersenyum puas.
Guru yang bertugas memanggil mereka untuk berbaris. "Cepat ke sini. Kejap lagi, kalau nama kamu dipanggil terus naik ke pentas, salam, kemudian turun ikut tangga di sana ya." pesan guru itu. Mereka berenam hanya mengangguk.
Debaran di hatinya semakin kuat. Anna melihat-lihat sekeliling untuk meredakan rasa gemuruhnya. Dia melihat-lihat barisan pelajar lelaki. Niat di hatinya mahu mencari kawan-kawan lelakinya sewaktu di sekolah dulu. Dah hampir sebulan tak berjumpa.
Tiba-tiba, mata bundarnya tertangkap satu imej yang.... oh, sungguh kacak tak terperi! Matanya gatalnya tak sudah-sudah menjeling pelajar lelaki itu. Tak bergerak-gerak langsung!
'Ya Allah! Handsomenya budak tu.. Tak sangka ada orang yang sekacak tu kat dunia ni. Maha kaya betul ciptaan tuhan ni.. Eee, Handsomenya!!' hati kecilnya menjerit-jerit sendiri. Kalaulah orang lain tahu apa yang difikirkan olehnya sekarang, pasti sudah diketawakan.
Anna terasa seperti bahunya dicuit. Dia segera menoleh ke belakang.
"Erm, maaf ya. Awak boleh ke depan sikit tak? Giliran awak dah nak sampai tu." tegur seorang budak perempuan yang tidak dikenalinya. Anna hanya tersenyum sumbing.
"Nur Emilyana Salyiana binti Azfar" kedengaran namanya dipanggil. Anna segera naik ke pentas dan mengambil sijil serta sedikit cenderamamata. Dia kemudian kembali ke tempatnya. Sekarang, segala debaran hilang. Fuh, lega rasanya!
Anna melihat beg kertas yang baru saja didapatnya. Terdapat RM100 didalamnya. Anna sudah tersenyum gembira. Nampaknya, bolehlah dia membeli Beg Mor Girl yang baru.
"Muhammad Syafiq Helmi bin Kamal" Anna melihat orang yang sedang naik ke pentas itu.
'Budak tadi! Oh, jadi nama dia Syafiq Helmi..' kata Anna sendiri.
**************************************************************************************
Anna merebahkan badannya ke atas katil. Tinggal dua minggu saja lagi sebelum dia melangkah ke alam sekolah menengah. Tak sangka, dah nak masuk sekolah menengah rupanya.
Dengan tak semena-mena, Anna teringatkan budak lelaki hari itu. Anna tersenyum sendiri. Dia berangan-angan sendiri. 'Kalaulah nanti aku dapat satu sekolah dengan dia, dapat bercakap dengan dia, dapat jadi girlfriend dia... Hihi, bestnya!' jauh betul dia berangan. Angan-angan yang sangat tipis harapannya untuk menjadi kenyataan.
Anna melihat jam di dinding. Sudah pukul 10 malam. Dia masih tidah solat isyak lagi. Anna segera berlari-lari anak ke bilik air dan mengambil wuduk. Kemudian, dia solat isyak di dalam biliknya. Semasa berdoa, boleh pula dia turut berdoa supaya dia ditempatkan satu sekolah dengan Syafiq Helmi itu! Teruk betul perangai!
Anna hanya terfikirkan tentang Syafiq Helmi sepanjang hari. ernyata, dia sudah terkena penyakit jatuh cinta pandang pertama!

hahaa... comel. blog yang cute.
ReplyDeletewow, cinta pndang pertama.. waktu darjh 6 plak... aduh... sweet giler
ReplyDelete