miss perfect ~12~

"Kenapa dengan kami?" soal Anna lagi.
"Err, tak ada apa-apa. Eh, lupa pula. Petang ni saya tak dapat datang study group tau. Sebab tu saya cari awak ni, sebab nak bagitahu tentang ni." otak Edry cepat saja memikirkan idea.
"Owh.. Tapi kenapa tak tunggu saya masuk kelas nanti je? Buat penat awak je datang sini. And kenapa terjenguk-jenguk kat sini?"
"Erm, saya tak nak ganggu korang tengah study." Edry tersengeh-sengeh. 'Aduh, jangan la tanya macam-macam. Aku dah kekeringan idea ni!'
"Hmm, tak ganggu pun. Jom la join kami sekali."
"Tak apa lah. Saya nak cepat ni. Ada hal. Bye Anna." ujar Edry kalut lalu segera beredar dari situ meninggalkan Anna terpinga-pinga sendiri.


Helmina melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Sudah puas dia memusing satu sekolah mencari Afiq, tapi masih tidak ketemu juga. Mujur ada orang yang memberitahunya bahawa dia terlihat Afiq hendak masuk ke perpustakaan tadi.
"Hish, biar betul? Takkan lah dia ada kat dalam ni pulak?" Helmina erasa ragu-ragu dengan maklumat yang baru diperolehnya. Dia tidak yakin Afiq akan pergi ke perpustakaan. Sebab itulah dari tadi sudah serata pelosok sekolah dicarinya kecuali dia perpustakaan.
"Eh, tu bukan ke Afiq? Hah, siapa pulak budak skema tu?" Helmina hampir terjerit apabila melihat Afiq sedang duduk semeja dengan seorang budak bercermin mata yang kelihatan agak skema. Sebenarnya bukan itu yang menyebabkan dia terkejut, tapi kerana dia betul-betul tidak menyangka dia akan ketemu Afiq di sini. Di perpustakaan a.k.a tempat yang paling mustahil untuk mencari Muhammad Syafiq Helmi.
Helmina segera berjalan mendekati mereka dan terus duduk di sebelah Afiq tanpa menegur lebih-lebih lagi meminta izin.
"Hai sayang! Apa awak buat kat sini? Dengan budak.. erm.. skema ni?" ujar Helmina sambil menarik lengan Afiq manja. Sambil itu matanya menjeling tajam kearah Anna sambil membuka muka jijik.
"Excuse me, kenapa tiba-tiba je ni?" Afiq berusaha melepaskan tangannya dari rangkulan Helmina.
"Hei, lupa ke? Awak kan kena bagi jawapan hari ni. Puas saya cari awak tau!" rengek Helmina lagi.
"Erm.. Saya tak tahu lah. Berilah saya masa sikit lagi." Afiq sedikit ragu-ragu. Entah kenapa susa betul baginya untuk menolak saja tawaran Helmina itu.
Anna hanya memerhati gelagat mereka berdua. Hatinya terasa bagai dirobek-robek saja. Tapi dia hanya menahan saja kesedihan yang dirasakan sekarang.
"Alaa.. Hmm, okay. Just one more week."Helmina sudah menetapkan tempoh. Kemudian dia bangun dan ingin berlalu pergi.
"Wait." panggil Afiq.
"What, my dear?" Helmina sudah tersenyum simpul. Dia yakin Afiq pasti akan menerimanya kembali.
Afiq menarik nafas dalam-dalam. Anna sudah merasakan debaran yang menggila di dalam hatinya. Tidak sanggup rasanya mahu mendengar Afiq menerima Helmina di depan matanya sendiri.
"Budak skema ni.. she has a name. And her name is Anna. Don't call her such like that." ujar Afiq selamba.
Anna terkaku seketika. Tidak menyangka Afiq akan berkata sedemikian. Jauh meleset dari sangkaannya. Helmina mendengus kasar dan meninggalkan mereka berdua. Afiq hanya tersenyum dan memandang ke arah Anna.
Anna menundukkan sedikit mukanya. "Thanks."
"Saya takkan benarkan dia panggil awak macam-macam. You have a nice name. Why should she call you 'budak skema'? Dia tak ada hak langsung."

Helmina melangkah keluar dari pintu perpustakaan itu. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang terjatuh.
"Hei, tepilah!" ujarnya kasar lalu bangkit dan segera beredar dari situ.
Edry menggosok-gosok bahunya yang sakit dilanggar Helmina tadi. Sebenarnya dia tidak terus ke kelas tapi dia masih tetap meneruskan misi mengintipnya. Cuma sekarang dia mengintip dari tingkap perpustakaan pula.
'Hmm, nampaknya Afiq dah macam mula sukakan Anna.' monolognya sendiri. 'Tapi Helmina pasti tak akan duduk diam. Aku mesti berbuat sesuatu supaya Afiq tak akan tergoda lagi dengan Helmina!' sambungnya lagi dan terus beredar dari situ.


Anna merenung Mr. Teddy di depannya. Mr. Teddy adalah patung beruang yang dihadiahkan papanya pada hhari jadinya tahun lepas. Kemudian dia tersenyum sendiri.
"Thanks Mr. Teddy. Kau je yang memahami aku." ujarnya lalu memeluk erat patung beruangnya itu.
Kalaulah Mr. Teddy tu hidup dan boleh berkata-kata pasti dia akan cakap.. "Gila ke apa budak peempuan ni? Cakap dengan aku.. Lepaslah, lemaslah aku macam ni!" sambil meronta-ronta minta dilepaskan.

Anna berasa sangat gembira kerana sudah berbaik dengan Afiq. Dan juga betul-betul tidak menyangka putera idamannya itu akan mempertahankannya di depan Helmina.
Tiba-tiba dia teringatkan pula perlakuan aneh Edry di sekolah tadi.
"Kenapa ya.. Kalau betul pun tak dapat datang petang ni, kenapa sampai tak menyempat-nyempat nak bagitau? Pulak tu apa yang dia buat terhendap-hendap tadi?"

**************************************************************

Anna duduk di bangku taman seorang diri. Di sekolahnya ada disediakan satu taman untuk para pelajar beriadah dan menenangkan otak setelah didera selama beberapa jam semasa waktu pembelajaran tadi. Malangnya, taman yang indah lagi permai itu jarang dikunjungi sesiapa pada waktu rehat begini kerana kebanyakan pelajar menyerbu ke kantin terlebih dahulu untuk mengisi perut yang sudah lama menjerit-jerit minta diisi. Syafira juga awal-awal lagi sudah menyerbu ke kantin bersama Ummi. Cuma Anna saja yang jarang ke kantin.

"Hai, sorang je?" sapa satu suara. Anna mendongakkan kepalanya.
"Eh, apa awak buat kat sini?" Anna benar-benar tidak menyangka orang yang menegurnya itu adalah Afiq!
"Saja. Boleh saya duduk?" soal Afiq berserta dengan senyuman manisnya.
Buat seketika, Anna terpaku melihat keindahan ciptaan tuhan yang satu ini. 'Ooh, comelnya! So sweet..' gumamnya sendiri.
"Hello.. Anna, are you still there?" Afiq pelik melihat tiada respon dari Anna. Seolah-olah dipukau saja.
Anna yang baru tersedar dari lamunannya tersentak. Dia tertunduk malu. Wajahnya sudah mula merona merah. 'Aduh, kenapalah aku jadi macam ni setiap kali tengok dia senyum!' keluhnya dalam hati.
"Haha. Apa yang awak mengelamun tadi?"
"Erm.. tak ada apa-apa. EH, apa awak cakap tadi?"
"Saya tanya, boleh tak saya duduk?" soal Afiq lagi.
"Owh. Sure you can." jawab Anna lalu mengalih duduknya ketepi sedikit. Sebenarnya bukannya besar sangat si putera idamannya itu, tapi takkan lah nak duduk dekat-dekat kan? Nanti datang pula Helmina menyerang.
Afiq segera duduk di situ.
"Awak buat apa kat sini? Selama ni saya tak pernah pun nampak awak kat sini?" soal Anna.
"Memang la awak tak nampak saya. Awak asyik mengelamun saja. Gajah lalu depan mata pun awak tak sedar." seloroh Afiq lalu ketawa geli hati.
"Huh? Ada gajah ke dalam sekolah kita ni?" Anna meninjau-ninjau kawasan sekeliling.
Melihat Anna begitu makin kuatlah tawa Afiq. "Haha. Apa la awak ni. Saya bergurau sajalah. Takkan la boleh ada gajah kat sini."
Anna sudah tetunduk malu. 'Hish, kenapalah aku ni selalu blur macam ni? Buat malu je.'


"Sorry... okay, stop laughting. Hehe, jangan marah ya. I mean, sebenarnya setiap hari saya lepak kat taman ni.. tapi awak tak nampak." ujar Afiq dengan ketawa yang masih bersisa.
"Huh? What do you mean?"
"Saya ada tempat rahsia. Yang orang lain tak tahu. Awak nak tengok?"
"Tempat rahsia? Kat mana?" soal Anna lagi.
"Hmm. Awak nampak pokok banyak-banyak kat situ? Kat tengah-tengah tu sebenarnya ada pondok. Saya sorang je yang tau. So lepas ni kalau awak cari saya tak jumpa, cari je la kat situ ya." ujar Afiq perlahan, sedikit berbisik.
"Owh.. Tapi.. kata tempat rahsia awak, kenapa bagitau saya?" soal Anna.. sekali lagi. Banyak soal betul. Dari tadi asyik menyoal.
"Erm. Because I trust you." ujar Afiq. Entah kenapa dia berasa senang duduk bersama Anna. Jantungnya juga terasa berdegup sedikit laju. Dulu semasa dia masih bersama Helmina, walaupun duduk berdua dia tak pernah merasakan sebegini.
"Jom.. saya nak tunjukkan awak pondok tu." ujar Afiq lalu berdiri.
Baru saja Anna mahu turut serta berdiri tapi terhenti dengan brek kecemasan apabila terdengar satu suara.
"Ehem.. Hai Afiq, nak pergi mana?" soal Helmina manja.
"Pergi kantin. Tiba-tiba rasa lapar pula." cepat saja Afiq memikirkan alasan.
"Jom, saya pun nak pergi sekali ni." ujar Helmina.
Afiq laju saja mengangguk dan berjalan beriringan dengan Helmina meninggalkan Anna sendiri. Entah kenapa hatinya cepat saja mengikut si Helmina itu.

Anna hanya terkebil-kebil sendiri di situ melihat Afiq pergi bersama Helmina. Dia tahu Afiq masih sayangkan Helmina dan memang mudah tergoda dengan Helmina. Sedangkan dirinya? Langsung tiada daya penarik. Anna mengeluh sendiri.
"Kalau lah aku boleh jadi secantik dan seyakin dia.. mesti best kan?" Anna mengeluh lagi.
"Sure you can" tiba-tiba saja Edry menegur.
Anna tersentak. Dia menoleh ke belakang. Edry sedang duduk di sebalik semak di belakang bangku itu.
"Edry, what are you doing there? And.. how long you've been there?" soal Anna kaget.
"Baru je. Anna.." Edry bangkit dan duduk di sebelah Anna. "Saya tahu apa yang awak rasa." sambungnya lagi.
"Erm.. Huh?"
"Jangan pura-pura tak tahu. Saya tahu awak suka Afiq kan?" ujar Edry sambil tersenyum simpul.
Muka Anna sudah merona merah. "How.. you.."
"Saya dah lama kenal awaklah Anna. And pasal apa yang awak cakap tadi.. sure you can be like that."
Anna mengeluh lagi. "Tapi macam mana? Dia cantik, saya.."
"Siapa kata awak tak cantik? Hey, awak sedar tak yang awak ni sebenarnya cute?" laju saja Edry memotong ayat Anna. Selamba saja dia berkata begitu.
Anna terkedu. Tidak tahu mahu berkata apa..

"Anna..! Edry..!" tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu suara. Syafira berlari-lari kearah mereka sambil tangannya erat menggenggam sehelai kertas.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)