Search keyword cari pasal =,=


ni yang buat wa tacing ni . wuuuu ~ T_T

Photobucket

Doodle akhir tahun

petang tadi tiba tiba entah demam apa teringin buat doodle . hahak . dah lama rasanya tak mendoodle . tapi yang beza kali ni princess teddy tak lukis tangan dah . lukis guna SAI . hey , semangat i download tadi tau . hohoho . lepas ni boleh la mendoodle selalu , ape ingat spesis otaku je ke boleh download SAI nih . tuan puteri yang comey lotey ni pun boleh la ! tettt . okay anda boleh muntah pink sekarang .

cuma mampu lukis kepala sebab bila masuk tang body terus kantoi :P

okay tau nampak pelik . just shut up ! tapi okay lettew . i guna mouse je okay . mana ada tab nak lukis free hand . saya orang miskin . isk isk . jadi jika anda rasa doodle ni boleh tahan , ehem , silalah dermakan sejumlah wang ke akaun princess teddy . nombor akaun sila tanya dekat bonda ya sebab princess teddy tak tau kat mana dia letak buku bank -,-'
Photobucket

Last Day Of The Year



haih.. tanpa kita sedar dah pun sampai ke hari terakhir tahun ni . when you wake up tomorrow , dah tak jumpa lagi 2011 . *sight* so malam ni bila korang nak tidur , simpan dulu benda ni dalam otak . 
aku tidur malam ni , tahun depan baru aku nak bangun . hohoho ~ kan best kalau betul dapat tidur setahun . (ayat orang kuat tidur)

so , sebelum masuk tahun baru ni , semak dulu senarai azam tahun ni . apa yang dah terlaksana . err , sebetulnya diri sendiri pun tak ingat dah apa azam tahun ni . jap eh nak tengok balik...

loading...
.
.
.
.
.

hah , dah jumpa !
~nak sambung azam tahun2 lepas untuk jd rajen..
~nk cube pastikn bilik sntiasa bersih..
~nk buat sebuah novel.! bkn cerpen yaa.. kalo bley nk try anta kt pts.. kot2 dpt.. hehe..
~akn sayang sma dye.! x maw pk psl sape2 lgy da.!


euww , ni ke azam dahku tahun ni ? tak bermotivasi sungguh -,-' . agaknya ape la princess teddy fikir masa tulis azam ni yek . azam untuk jadi rajin tu nampak gaya juga terpaksa silanjutkan ke tahun depan . masih tak berjaya capai azam tuh . hahahak . bilik sentiasa bersih ? tetttt :P tulis novel ? memang dah tekad (lah konon) nak start menulis sepanjang cuti ni . tapi ? mana hasilnya ? satu perenggan pun tak siap . azam last tu... abaikan ! hahahaha




so , my azam bermula dari esok is....
just one . nak sambung azam pertama dalam list setiap kali tulis azam . nak jadi rajin ! hahaha . agaknya sampai tua la princess teddy tulis azam ni setiap tahun . 
(AMARAN KERAS : JANGAN TIRUS AKSI INI DI RUMAH)


eh nak tambah la , memandangkan *ape pandang pandang??* next year i salah seorang candidate SPM yang sooo lucky (hell yeah) , azam tahun depan kita tambah satu lagi . setiap kali waktu prep , if tak ada homework or gossip hot (rasanya tak pernah tak ada gossip >,<) princess teddy nak study ! haha . sangat sweet azam tahun ni . it's like soalan math yang lucu pulak


 (me + study)exam lambat lagi = ?


cepat ! kerah otak anda untuk cari jawapannya ! lambatlah . jawapannya... tetttt , FAKE ! memang fakelah kalau sesiapa ternampak princess teddy study tahun depan kan . ekeke . tapi nak buat macam mana . terpaksa fake kan diri untuk setahun demi azam ketiga . 


azam ketiga :  NAK DAPAT 9A+ FOR SPM . bukan 9A- , bukan 9A solid , jugak bukan kurang dari 9A . aja aja fighting ! >,<


nak tambah lagi lah ! haha . awal awal tadi cakap just one . nampak sangat tak tetap pendirian -,- . well , next year , saya nak jadi lebih matured . before ni i was like , too childish kot ~ semua orang pun cakap princess teddy tak mecet . choi ! sampai kelmarin pun ada kawan ibu ingat princess teddy ni bar darjah 6 . so dengan yakinnya dia tanya , yang kakak ni darjah berapa ? demm... =..= so , tengoklah macam mana usaha bagi menjayakan azam ni . pasang muka ketat sepanjang tahun ke , pakai spec whole time ke , atau act yang normal teenager . eh jap , selama ni act macam teenager yang tak normal ke ? memang pon ! hahah XD 
Photobucket

Jatuh cinta tergolek-golek



Assalamualaikum readers .
sebelum ape ape kejadian tak diingini berlaku , princess teddy nak mintak ampun sebab menyemakkan dashboard korang dua kali malam ni . heheh . well , jari tengah gatal nak meniap . nanti tengok jelah esok esok . senyap tanpa khabar . langsung tak ada idea .

sebenarnya princess teddy nak terjatuh syok ni . bukan dekat cina yang datang servis penapis air petang tadi . bukan bukan . juga bukan dekat maniam yang suka menyemak tiap tiap hari jumaat terjerit jerit tanya ada besi buruk tak . lagi lah bukan . juga bukan dekat pakcik yang cangkung tepi longkang sambil merokok sementara tunggu anak dia mendaftar dekat sekolah pagi tadi . huduh perangai -,-'

tapi dekat lagi mak cik christina perri the platipus nih . A Thousand Years . muahahaha . sangaattt suka . dah jatuh cinta tergolek-golek dah pun . First time dengar tak ingat kat mana tapi dah agak lama and terus suka . tapi tak tahu tajuk lagu . sekarang dah tau tajuk lagu hari hari ulang dengar 1371046840 kali . even tak tengok pun twillight breaking down , tapi rasanya lagu ni lagi glemer tapi muvie tu . lirik dia siyes wa cakap sama lu . best giler kot . ace try nyanyi . haha .


first time ke dik . nak dengar je pun boleh ~ ekekeke :B

oh ya , and ada satu vid yang soooo sweet ! harus lagi sunat lagi wajib tengok !


siyes sangat jeles dengan cik deena tuh . nak suruh Abang Po buat macam ni lah jugak nanti . tapi nak camera yang lagi mahal . hak hak hak tuih .
Photobucket

Nerves !


Assalamualaikum ;D
okay sumpah neves ! kenapa ya ? neves pun nak kecoh kan . -,- well hari ni secara rasminya (yeke rasmi ?) princess teddy dah pun mendaftar sebagai calon menantu pelajar TINGKATAN 5 . ohmaigoat ! #mbekk form 5 dah aku ? biar betik strawberry ?? maknanya tinggal tahun depan je lah lagi princess teddy terpaksa harungi hari demi hari dengan memakai baju seragam yang huduh cantik bangat tuh . yipee ~ then lepas tu kalau ada rezeki masuk U (insya-Allah) boleh pakai bebas pergi kuliah . tak ada lagi pakai baju sama dengan orang lain . tak ada lagi lencana sekolah serta tanda nama (walaupun princess teddy tetap degil tak pakai pakai tanda nama even dah kena tegur dengan cikgu disiplin) berjahit kat tudung . tak payah pakai kasut sekolah yang serba hitam tanpa corak . ohoho ~ this is so heaven !

tapi..tapi...TAPI ! banyaklah kau punya heaven . hilang ingatan atau ni side effect makan sup semut setiap hari ? next year kan ada SPM -,-' (perlu ke ?) ohh , bencinya . apa ingat otak ni dicipta untuk menjawab soalan je ke ? 

tapi actually princess teddy bukan neves sangat pasal SPM ni . rilek la derr . SPM je pun ~ JE PUN ? bak kata cikgu add math princess teddy , kepala hotak awak ! princess teddy neves pasal next tuesday dah kena berambus masuk asrama . walaupun jarak asrama dari rumah tak sampai 100 meter , taraf boleh lompat pagar malam malam kalau rindu dekat comp family , tapi tetap neves . tak tau lah kenapa . padahal form 3 pun dah pernah duduk hostel . tak mati pun . tak de lah seteruk yang disangka bila first time bangun tanpa dikejut , first time basuh baju sendiri , guna tangan pulak tu , first time kemas katil sebelum pergi sekolah , juga first time mandi berkemban dalam sinki -..- 

bertambah tambah neves bila surat hostel tak kunjung tiba juga ke peti surat husnaland . jenuh setiap hari menunggu abang posmen . tau tau cikgu cakap sampul aku tak de alamat . kejadah -,-' rasa macam dah tulis , tak kan dakwat pen tu tak mengamalkan peribahasa tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas kot . tak gune . mujur lah cikgu bagitau ayah (memandangkan ayah jugak cikgu kat sekolah princess teddy) yang permohonan tu sebenarnya diluluskan . tapi ta de surat ! macam mana nak tau kena bawa apa , masuk pukul berapa and segala lagi detail yang perlu tahu . haiyaa , amma appa . 

and yang paling paling paling paling dan paling sekali lagi penting sekali . berita sensasi abad ini . tapi tak tau lah pulak kalau tak jadi kan . cuba teka siapa warden asrama tahun depan ? bapak den ! ohmaigoat ! #mbekkk encik jajali zazali jadi warden ? serunuknye . serunuk sampai berunuk runuk -,- pergi sekolah nampak muka ayah . balik asrama nampak muka ayah . bila balik rumah pun nampak muka ayah lagi . ohh happynyeeee ~ nampaknya terpaksalah dahku mengamalkan peribahasa dating siang pandang pandang , dating malam dengar dengar . kalau deria pengesan aura bapakku tak digunakan sebaik mungkin , peratusan kantoi dating akan melonjak lonjak naik . horeee ~ -,-'

Photobucket

Malu bertanya sesat jalan...


mesti dah bosan kan dengar ayat yang satu ni . "Malu bertanya sesat jalan" . jadi , jalanlah kita malu malu kambing nak bertanya . tapi macam mana pulak dengan spesis homo sapien yang tak boleh berhenti bertanya . penatkan nak jawab ? siyes hari ni princess teddy rasa nak pitam . letih ! bukan letih mencangkul buat batas untuk tanam anggur . bukan bukan . (ehh , anggur tanam atas batas ke ?) tapi letih menjawab soalan . huh... -,-


hari ni princess teddy bertapa di rumah mak ngah . and ditakdirkan mak ngah dikurniakan seorang anak yang sangaaat banyak soal . setiap benda yang dia tengok dia akan tanya .

contohnya.... tadi princess teddy main game...
~ kenapa orang tu pergi situ ?
> dia sakit...
~ dia sakit ape ?
> dia saket perut..
~ kenapa dia sakit perut ?
> sebab dia salah makan ubat
~dia makan ubat sape ?
> ubat doktor bagi la..
~ kenapa doktor bagi ubat salah ?
~ %#%^%$&$*(!!

letih ! sampai dia tengok ada pesakit masuk toilet pun dia boleh tanya , orang tu nak berak ke kencing ? ayoyo . pokoknya sepanjang hari ni kering lah air liur menjawab soalan dia je . tak jawab dia mengamuk . grrr ~ plisss , bagi princess teddy kebenaran untuk cubit dia senyap senyap time dia tengah tidur malam nanti . plisss plisss (pasang muka kucing sambil kelip kelip mata *wink2~*)


Photobucket

Kita kulaan nda ?



princess teddy sekarang dalam misi pelancaran mencari kulaan secara besar besaran . sesiapa yang terasa diri dia ada kaitai , sila contact ya . haha . 

tipu je . eh , korang semua ni taw tak kulaan tu apa ? well , dalam bahasa banjar , kulaan means saudara . siapa kat sini keturunan banjar ? sila kembangkan hidung anda dengan kadar lebih segera dari mee segera . kepada sesiapa yang terasa hidung dia memang semulajadi kembang , anda dikecualikan . haha . jangan marah ye nakk ~

nenek princess teddy sebelah ibu banjar . so kiranya dahku ni cucu banjarlah -,- . tapi sampai sekarang masih fail dalam subjek Bahasa Banjar . only certain words yang princess teddy faham . contohnya , kulaan = sedara . guring = baring/tidur (tak pasti) , n banyak lagi lah . (padahal yang betul betul ingat dua ni je) tapi kalau dengar nenek cakap tu , boleh la tangkap maksud dia sikit sikit . 

tapi kalau kena time nenek cakap dengan ibu atau mak sedara tuh , dah la laju , tak faham kebenda plak tuh . memandangkan princess teddy ni suka mencuri dengar and menyampuk cakap orang tua , memang selalu lah rasa tak puas hati bila dengar orang borak tapi tak faham mende . rasa macam...haish , nak tau apa yang diorang cakap . huk huk . tapi sometimes tu dengar diorang borak tiba tiba selit nama princess teddy . huh , sah la diorang mengumpat aku ! ciss... walaupun tak faham , tapi memang kompom kena kutuk . haih , apalah nasib... T_T

tapi ada satu yang buat princess teddy ketawa tahap guling guling kalah tenggiling bila dengar nenek cakap . bila diorang cakap , huruf Z ditukar kepada huruf J . tak tau lah pulak sama ada cuma my granparent je ke yang macam tu atau semua warga banjar macam tu . diorang boleh je sebut Z . tapi bila bercakap , macam dah tak wujud huruf Z dalam dunia ni .

nenek abah : harziq... sini dengan nenek abah ni . rindunya dekat harziq .
nenek mak : hish , bukan harziq lah , hajit ! bukannya har , tapi ha je . hajit ! baru betul
nenek abah : betullah , harziq .
me : =,= haziq lah .

semalam...
nenek abah tengah baca surat khabar and nenek mak pulak dok dengar . bajet sweet lah tu ? haha .
(sila baca dengan betul . kalau huruf i tu sebut betul betul ya .)
nenek abah : ooh , lisa surihani dah nak kawin . "saya sudah bersedia" kata yusry .
nenek mak : si yusri ni dulu bukan ke kawin dengan ira pajira dulu ?
nenek abah : kan dah bercerai . sekarang ni yursi ni nak kawin dengan lisa surihani pulak . ira pajira tu bekas isteri dia je .
me : erra fazira lah ! erra tu da lame dah kawen lain .
nenek mak : uuuh , yakah .

and maybe that's why la nenek panggil cu Ija . nama dia sebenarnya Rusliza . tapi bila tanya nenek nama cu apa ? Ruslija . hahahaha . nama mak uda apa ? Rujimah (Ruzimah) . nama ayah apa ? Jajali . kahkahkahkah XD

P/S : nak teman nenek mak buat kemoterapi esok :)
Photobucket

Super Eksaited !


menjelang hari hari terakhir cuti sekolah ni princess teddy jadi terlebih eksaited pulak . eksaited ape ? eksaited menunggu start sekolah . pelik bukan ? -,- mana ada kanak kanak dalam dunia ni yang ternanti nanti sekolah start . lagi seronok berjimba menghabiskan masa cuti pusing satu kampung setiap petang . ataupun balik kampung . ataupun pergi holiday . 

tapi bagi kanak kanak istimewa macam princess teddy ni , terasa cuti sekolah sangaaaaat membosankan . nak pusing kampung ? saya duduk taman perumahan . nak tengok apa ? mana ada bukit bukau , sungai , parit , sawah padi , mahupun belukar yang boleh diteroka . lagipun princess teddy cuma pandai bawa basikal . tapi malangnya basikal aku dah lama tersadai kat belakang rumah . siap dah berkarat lagi . hebakk -..-''

balik kampung ? kampung princess teddy cuma sepuluh minit perjalanan naik kereta dari rumah . menarik bukan . hari hari pun boleh balik . so , balik kampung bukanlah something yang menyeronokkan . 

holiday ? dah puas princess teddy merengek meraung dekat ibu nak pergi bercuti . tapi jangankan pergi bercuti , ajak pergi tampal gigi berlubang pun ibu tak bawak bawak lagi . huk hu huk . terasa dahku lah kanak kanak paling kesian abad ini . 

so setiap hari bangun pagi (atau lebih tepat tengah hari) dah sibuk fikir pasal buka sekolah . ohoho . tiap tiap hari belek beg sekolah baru . tiap tiap hari try test kasut sekolah baru . tiap tiap hari menconteng guna pen baru . bila bosan bosan pulak pergi tangkap gamba beg , kasut bla bla bla . kronik !

tapi setiap kali princess teddy berangan eksaited kemain menunggu detik bukak sekolah , teringat semarak jaya aka homework paling dibenci abad ini yang masih suci murni . demm... kenapalah aku tak buat awal awal ! dah tinggal seminggu cuti , baru terbuka hati nak selak . memang rasa nak menangis tengok pilihan jawapan A B C D yang masih belum bertanda . rasa nak meraung bila tengok garisan panjang panjang yang masih kosong . 

kawan kawan . di sini saya ingin meminta simpati . sesiapa yang dah siap semarak jaya , sila pinjamkan kepada Nur  Jannatul Husna untuk ditiru . kerjasama anda amat dihargai . sekian , tenkiu . 

Photobucket

Super Bored !


Assalamualaikum warga blogger semua . 
selamat pukul 12.00 pagi ! haha . maaf buang masa sesiapa yang baca . i'm super duper bored right now :P
Photobucket

My Ex-Girlfriend ♥

sejak cuti ni diri terasa dah malas nak dipelihara . rambut dibiarkan menggerbang begitu saja . terasa macam  nak gunting , tapi malas pergi kedai . gunting sendiri ? tak sanggup ambik risiko jadi botak . bedak pun dah lama tak tepek tebal tebal kat muka . kesian pulak tengok botol bedak tu hidup terbiar . perfume ? lagi lah . pokok akarnya memang jimatlah segala barang kosmetik sepanjang cuti nih . tu pun syukurlah masih ada nafsu nak cuci muka guna pencuci . kalau tak , maybe tahun depan bukak sekolah kawan kawan dah tak kenal princess teddy . muka berkerak . hahaha .


okay back to the point ! semalam tiba tiba teringat kat my ex girlfriend . opss , bukan ex boyfriend ya . tapi ex girlfriend . tapi bukan maksudnya princess teddy lesbian ! bukan bukan bukan ! so semalam sempat la princess teddy pozing sakan and snap beberapa gamba dengan my ex-girlfriend tu . ngehehe . ohh , miss her soo much ! tapi nak buat macam mana . tak ada jodoh . seiring dengan waktu berjalan , perasaan kasih tu pun dah makin hilang . lagipun rupa paras dia dah semakin huduh dan uzur . membuatkan dia jatuh tergolek golek dalam hierarki carta agihan kasih sayang princess teddy .


alahai . kesian . dan baru je tadi baby montel pergi campak phone ni ke lantai . habis terburai . tak gune punye baby montel !


tengok la kat sisi dia tu . dulu licin berkilat . sekarang dah terkopak . huduh -,-


tapi walaupun dah jadi ex-girlfriend , kami masih kacip . pasal princess teddy suka guna camera dia . walaupun just 3.2 mp , tapi lawa bhai . ni lah pihak pihak penting yang menyumbang kepada DP facebook selama ni . haha . 



apa apa pun , jasamu dikenang ! (walaupun dah kopakkan duit aku hantar kau masuk bengkel hari tu . dasar henset derhaka -,-)


Photobucket

Dress up game !


siapa suka main game dress up ? okay fine . itu game budak budak . budak yang bakal jadi candidate SPM tahun depan memang 200% tak patut main game macam tu . sangat tak matured . tapi... peduli apa kan . ngehehe ~ well , princess teddy tak pernah la bukak game site and main game dress up . tapi setiap kali my sis buka game dress up mesti princess teddy datang kat dia and cakap...

"wei kau main game ape ni ? yekk , macam tak de game lain je."

satu saat....dua saat... tiga saat...pot pet pot pet lima belas saat...

"bak sini lah biar kak long pilih baju dia . kau ni takde taste langsung lah !"

-,-'' last last princess teddy dah terjebak dengan game tak matured macam ni . cakap la apa pun . memang game ni boring . just pilih baju , lepas tu click done . dah , tamat . no advanture at all . langsung tak merangsang sel sel otak berhubung . tapi entah kenapa , rasa best . sebab setiap game akan tayang baju lain lain . kalau keluar game lain tayang gamba kartun perempuan pakai baju dalam je , mesti rasa berdosanya aku main game macam ni . tapi kalau main game dress up , tak rasa apa apa pun . sebab for sure gamba asal model tuh pakai bikini and botak (kalau ada disediakan rambut palsu) tak senonoh kan ? hahaha . kalau budak laki main mesti diorang rasa lain macam mula mula tuh :P

tapi sebenarnye best . betul ni tak tipu . best . *choii ! berapa kali mau ulang daa* ahh tak kira nak ulang jugak . BEST . haha . sebenarnya princess teddy nak promote satu game ni . sejak dulu princess teddy dah main . tapi sebab bosan , so buka account baru . buat orang baru . game apa ?

click SINI
okay okay . SINI  try lah :)



Photobucket

TUTORIAL : Top Button


Assalamualaikum . hari ni princess teddy nak buat tuto back to top button . Alaa , yang kalau tekan nanti terus secara matematik automatik akan scroll ke atas sampai top .
tapi sebelum tu , cuba korang click SINI :P . *jangan marah naa~*

\one/
Dashboard ---> Design ---> Edit HTML

\two/
cari code   ]]>

\three/
Paste code ni di ATAS code  ]]> tadi .
/* to top */#toTop { width:100px; text-align:center; padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; color:#666; text-decoration:none; filter:alpha(opacity=100); -moz-opacity: 0.5; opacity: 0.5; -khtml-opacity: 0.5; } 

\four/
cari pulak code

\five/
dah jumpa ? sekarang copy and paste code ni di BAWAH tadi


<a href='#' id='toTop'><center><span class='Apple-style-span' style='color: rgb(255, 204, 204); '/></center><img src='URL TOP BUTTON' style='border:0;'/></a>
</html>



then , masukkan saje URL TOP BUTTON yang korang suka . sama ada nak buat sendiri atau ambil je mana mana url animated gif yang korang berkenan .

dah , boleh preview and save :D


Photobucket

Rahsia Di Sebalik Warna Lipstik



jeng jeng jeng . korang pernah pakai lipstik tak ? atau bahasa omputihnye gincu .
kakak , kakak , lipstik tu apa ? *tetibe ada suara budak menyampuk*

alahh , yang mak korang yang calit kat bibir time nak keluar jalan tuh . yang merah merah tuh . tak kan tak tahu ?
dulu time kecik kecik princess teddy suka try test pakai lipstik ibu . well , biasalah , semuanya warna merah semerah merahnya . then satu malam , princess teddy pakai semua lipstik yang ibu ada . pakai lapis lapis . lepas tu tengah syok syok berangan entah macam mana boleh tertidur . tertidur dengan keadaan bibir merah menyala dek pakai lipstik lima enam lapis . dahsyat . buruk bebenor perangai tuan puteri -,-''

bangun pagi cuci punya cuci , sental punya sental... ohmaigoat ! #mbekkk (bunyi background) tak hilang ! last last terpaksa lah pergi sekolah dengan bibir yang dah macam pakai lip ice tebal tebal . pasal hari tu ada exam . kalau tak mampus aku tak pergi sekolah . malu ! sepanjang hari kemam je bibir . time jawab exam pun , cikgu pandang princess teddy semacam ni . takkan nak tipu cikgu cakap saya brekfes makan asam merah pagi tadi . tak patut . sejak dari hari tu , princess teddy tak pernah pakai lipstik dah . lip gloss pakai la . ngehehe .


ehh , apahal princess teddy dok cerita kenangan zaman hingusan ni ?
okay back to topic .


Lip Gloss Tanpa Warna
Menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa sebarang warna
Gemarkan hidup yang aman dan damai
Mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.

Warna Pink Berkilat
Mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya
Sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah.
 Dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang.
Tak suka mencari masalah dengan orang lain
Awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.

Warna Coklat
Menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej
Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting.
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi
Merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

Warna Ungu
Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sophisticated dan punya pertahanan diri yang jitu.
Jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri
Tak gentar dengan orang lain
Memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!

Warna Oren
Mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. 
Lemah lembut orangnya
Namun memiliki sekeping hati yang keras
Mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

Warna Merah
Menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi
Mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain
Jangan cuba main-main dengan mereka ni. Buruk akibatnya nanti! 
Namun begitu mereka sebenarnya baik hati


so , yang mana satu anda ? percaya ? terpulang . jangan percaya sangat . khurafat . haha .
Photobucket

TUTORIAL : Centerkan Post Title


Assalamualaikum :)
Hari ni princess teddy just nak buat tuto simple lagi senang . Tak sampai lima minit dah siap !

\one/
Dashboard ---> Design ---> Edit HTML

\two/
cari code .post-title { 
#sila guna ctrl F bagi mengelakkan penyakit juling itik

\three/
copy and pastekan code ni di BAWAH .post-title { tadi . sila guna ctrl C ya .
text-align: center;

\four/
done . tapi yang warna pink tu , korang boleh ubah ikut citarasa masing masing . boleh tukar kepada center / right / left . then boleh preview and save :)

Photobucket

Which One ?



bayangkan korang tengah syok syok lepak sorang sorang dalam bilik sambil berangan fikir nak makan apa esok.....tiba tiba muncul satu lembaga pakai jaket hitam bawa satu karung . untuk menambah perisa , lembaga tu tak de muka . then dia sru nama korang and buka karung dia . muahahaha . *dapat bayangkan tak?*


bukak bukak rupanya ada tiga benda yang sangaaaaat choomel . ada gelang , rantai , and cincin . antara tiga barang tu , yang mana satu korang akan pilih ? ^_^
\bayangan kemain seram , tetibe ending kena pilih barang choomel . tak boleh jadi penulis skrip betul aku nih/


kalau princess teddy lah , saya akan pilih gelang . kenapa ? entah . 
sebab antara tiga tu , better gelang . kalau pergi jalan ke ape , memang aksesori yang sure princess teddy pakai gelang atau jam . kalau shopping pun , pusing satu mall last last gelang jugak yang princess teddy beli . hehe . sebab kalau rantai , pakai bukan orang nampak pun kalau pakai tudung . kalau nak bagi nampak , tudung mesti singkatkan . ape kes macam tu . kalau cincin pulak , rasa macam leceh je . bila nak makan dah satu hal . then princess teddy susah nak cari cincin yang betul betul padan . so bila pakai , mesti longgar . elok elok keluar rumah pakai cincin , balik dah hilang . baik tak payah . huhu .

so , kalau korang , yang mana satu ? ke pakai tiga tiga ? hahaha :D

Photobucket

Adik Wa Trauma


antara seorang bayi yang terjatuh dari walker ke dalam bilik air and kakaknye yang sedang leka main fb time bayi tu jatuh , agak agak siapa yang akan mengalami trauma ?


petang tadi , princess teddy and my little sis tengah kusyuk menghadap fb . and suddenly terdengar bunyi walker jatuh . my sis terus jerit "makkk , haziq jatuh bilik air!!" and terus meluru pergi bilik air . tapi the problem is , dia bukan angkat baby montel dulu . ada ke patut dia pergi angkat walker tu dulu . pandainyer adik saya -,-

so elok elok baby montel duduk dalam walker dah jatuh meniarap atas lantai and terus menangis . tapi malangnya , suara tangisan dai tenggelam dek suara raungan my sis . siyes wa cakap , dia cuak gila time tu . terus meraung raung . berlari ibu dengan ayah masuk rumah dengar bunyi kanak kanak meraung tak ketahuan hala . at first princess teddy risau jugak la . tapi bila tengok tak sampai seminit baby montel dah stop menangis and tak ada luka pun , fuh , lega ! hehe . mau tak cuak . 

tapi baby montel dah stop nangis , my sis tak berhenti nangis lagi . and bila ibu tanya macam mana boleh jatuh , dia maraung raung pulak . dia marah orang tanya coz takut . haha . kalau just nangis tak apa lagi , ni sampai tahap hentak hentak kaki , tarik rambut sendiri , ketuk ketuk kepala , and cakar cakar muka sendiri -,- . it's like... err , kau ni kena sawan ke ape ? sampai bercakar plus lembam muka dia . hahah . memang dramatik lah ! ibu pulak tengok my sis cuak macam tu dia lagi seronok menyakat . cakap bahaya lah terhantuk kepala , takut ada kecederaan dalaman lah . lagi kuatlah dia meraung , sampai berguling guling . kalau nak berguling je tak pe , tapi ni dok peluk peluk kaki princess teddy . hish , sebijik orang meroyan . baby montel yang sepatutnya trauma tu pun boleh tersengeh tengok kakak dia pelik macam tu . 


ingatkan sekejap je dia macam tu . tapi tadi orang tengah syok syok tengok tv , tiba tiba dia mengeluh sorang sorang . lepas tu kusut kusutkan rambut . lepas tu terkelip kelip mata tahan menangis . 
me : kau ni kenapa ? seram sangat ke cerita ni ?
my sis : wuuu , huda nak tengok haziq... huda takut . tak tenang rasa
me : =,= hahahhahahaha !

sumpah senak dah perut princess teddy dok gelak sejak petang tadi . siyes rasa lawak sangat . orang lain muka tegang princess teddy sorang tergigil gigil tahan ketawa . kehkehkeh .


Photobucket

Jangan MENGHANTUI saya !



otak terasa ting tong sebab baru je selesai sesi menyeksa otak menghadap semarak jaya aka homework yang paling disukai kanak kanak seluruh sekolah abad ini . punyalah princess teddy melarikan diri dari sebeban kertas yang penuh dengan soalan yang berliku tu , tapi tak dapat nak lari jugak . terasa macam benda ni menghantui cuti princess teddy je .


kalau cuti tengah tahun dulu , princess teddy sampai tak nak datang sekolah semata mata tak nak ambil semarak jaya ni . tapi last last semarak jaya tu sendiri yang datang ke rumah princess teddy . naik motor pulak tu . nak lebih dramatik , Abg Po sendiri yang prihatin terlajak tolong hantarkan homework ke rumah aweknya . ye , saya nur jannatul husna terasa sangat bersyukur dapat bf terlajak prihatin -,-

cuti akhir tahun ni pulak , kawan kawan yang baik hati sentiasa tak lupa text princess teddy tanya semarak jaya dah siap ke belum . atau maksud sebenar soalan tu 'kau dah siap ke belum semarak jaya ? kalau dah aku nak datang rumah ni nak copy jawapan' terbaekk ~

hari ni pulak , seawal pagi pia and mimi dah text ajak buat semarak jaya . sorry to but , sebenarnya titew saje buat buat macam tak perah baca mesej tu pasal malas nak buat . ekeke ~ so buat buat tak tahu and tak balas . then silence phone and tinggal je dalam bilik . phone lagi satu saje biar mati takde batery . 
tapi.....
princess teddy baru je nak online tiba tiba telefon rumah berbunyi... KRINGG KRINGG (lebih kurang macam tu lah bunyinye )
pia : hello husna ada?
me : (alamakkk -,-) err , ni husna la ni
pia : wei , letih aku call ko tak angkat . kitorang ada kat depan rumah ko ni nak ajak buat semarak jaya . bukak pintu cepat !
me : ....... (huh ? dah ada depan rumah ? tidakkkk~) ehehe , okay2 . jap eh . k bye .

so nak bagi alasan apa lagi ? terpaksalah buat jugak kan . huk huk . tapi buat sekejap je pun . yang banyaknye makn buah kedondong . dah habis kupas lagi yang baru . makan lagi . kupas lagi . dan begitulah seterusnya . yang paling menyayat hati....

pia : eeee , ape ni ? peliknye...
me : ya allah , kau tak tau ke ? ni buah kedondong lah !
pia : kenapa nama dia pelik sangat ? kepompong ?
me : KEDONDONG !

tapi last last dia lah yang makan paling banyak . bak kata pia , aku dah jatuh cinta dengan buah ni . siap cakap esok nak datang lagi ambil buah kedondong . haha . time nak balik pun siap mintak plastik nak bawak balik buah kedondong . so sebelum balik pergi petik buah dululah . haha . memang sengal . mimi pulak macam nak tak nak tapi last last bawak balik setangkai jugak . ekeke ~ kesianlah korang . nanti birthday korang aku bagi pokok kedondong sorang satu . tanam kat rumah , hari hari dapat makan ! :D

Photobucket

I Need A Vacation !



huh , saat ini princess teddy terasa nak buat mogok . nak lebih dahsyat , rusuhan . sambil bawa obor , pegang parang , kusutkan rambut , tepek tepung kat muka , and pakai baju kuning pink . ehehe . sorry sorry . terpengaruh sebab malam tadi tengok cerita zombi kampung pisang . kalau nak tahu tu je lah cerita seram komedi yang princess teddy langsung tak takut tengok . cerita hantu kak limah pun princess teddy tengok sambil tutup mata . karak ? flat 3A ? khurafat ? santau ? jangan harap aku nak tengok ! mati jadi hantu pun belum tentu princess teddy nak tengok kaum sendiri berlakon . nehi nehi .


selama dua puluh lapan hari tiga belas jam dan dua puluh tiga minit bercuti ni , princess teddy masih tak pergi jalan mana mana . wuuu ~ terasa dahku lah kanak kanak paling malang dalam rumah ni . nak main air kat waterpark ! nak buat kajian lubang hidung binatang apa paling besar diameter kat zoo ! nak membajet cute pozing sakan kat i-city ! nak pergi shopping sampai terkopak dompet ayah ! nakkk !

oh bonda and ayahnda , tak mau bawa saya pergi bercutikah ? T_T 
Photobucket

Sayu Hatiku :P


Assalamualaikum and hye peeps :)
Korang pernah tak tiba-tiba terasa sayu ? hahaha . i'm soooo weird tonight . tiba tiba je feeling sayu gitu . tebiat agaknya . atau memang kanak kanak yang baru menginjak umur enam belas memang selalu mengalami gejala sayu hati tak pasal pasal macam ni ek ? =,=''

lebih lebih pulak bila bukak blogger tengok kat design still mereng . nak balas comment entry pun tak boleh . bertambah sayu bila dengar music kat blog sendiri . tetiba terasa lagu fiction ni bunyi dia macam sadis semacam jek . argh ! nehi ! tum pyiar kati ho ?! kenapa rasa macam ni ? 
(okay i'm totally mereng now . sila abaikan )


kadang kadang kan , princess teddy rasa teringin nak ada orang untuk sudi dengar apa princess teddy nak mengeluh . walaupun just perkara yang remeh . contohnye , mengeluh rasa pelik macam ni . but too bad . saya bukan jenis orang yang pandai luahkan perasaan . just pada certain orang je , princess teddy boleh mengadu . and susah sangat nak cari orang macam tu . kadang kadang dah jumpa , tapi tiba tiba hilang . (ape aku merepek ni?) and teringin nak ada orang yang pandai hiburkan hati ni . like , bila tiba tiba rasa macam ni , ada orang yang boleh jadi goo listener and pandai buat rasa ni hilang . ohh , teringin nyer . 

maybe princess teddy seorang yang sangat perahsia . bukan perahsia apa , tapi kalau pasal hati dan perasaan ni (chewah ayat tak menahan!) susah nak share dengan orang . even dengan bff of bf sekali pun , princess teddy jarang share . dengan parent ? lagi lah . entah , rasa janggal nak buat sesi luahan perasaan ni . hahaha . so akibatnye , korang semua lah yang terpaksa baca segala apa yang princess teddy merepek malam ni . padan muka dan selamat malam ;D

P/S : maybe sebab terlalu banyak baca novel jiwang yang hero dia semua pengertian . so teringin nak ada someone yang sentiasa akan cheer me up . hahaha . kesian lah anda Abg Po tak dihargai . kalau terbaca jangan tacing pulak ye . i'm in a mood swing nih .

Photobucket

Tolong Like ?



zaman sekarang ni memang jadi hobi ya mintak mintak orang like status kita kat fb ? sebelum ni princess teddy just baca banyak status orang macam tu . tapi hari ni ada someone yang sebetulnya princess teddy langsung tak kenal mintak tolong like status dia . bila tengok memang dah nak cecah 100 orang la like . and rasanya , semua yang like tu pun mesti dia yang mintak dulu kan ? so princess teddy pun like je lah . bukan status mencarut pun . lagipun tak rugi apa apa .


tapi ada something yang buat dahku terasa nak gelak guling guling . si polan tu cakap mintak tolong like status yang paling latest sebab ada kawan dia sekarang ni islam tapi yang keluar dari islam . so dia pun buat status tuttt . tapi bagus la status dia tu . ada cakap pasal kematian . konon nak sedarkan kawan dia lah . tapi.... bila tengok si polan yang beria ia nak selamatkan kawan dia tu , rasa macam lagi patut dia selamatkan diri dia dulu . sumpah geli tengok semua gamba dia . sekali tengok terus princess teddy tanpa disengajakan cop label gay kat dia . semat baik baik dalam kepale hotak 'sah mamat ni gay!'

gamba peluk peluk laki tu , laki ni . sambil buat muka comel . dok puji kawan laki dia ni hensem lah comel lah . dia sayang kawan laki dia tu lah . tapi takde pulak jumpa gamba perempuan yang gaya macam gf dia . pakai baju ketat ketat . rambut habis perang . okay tak baik berburuk sangka . maybe paip kat ruma dia berkarat kot . tulah pasal . pfftt , hahaha . princess teddy sendiri tak sedar sejak bila princess teddy approve dia kat fb . maybe terlepas pandang kot . sampai terfriend dengan orang macam tu . mula mula mati mati ingatkan dia ni budak KL . pasal berlagak bandar sangat kalau tengok dari pic dia . 

tapi rupa rupanya dia duduk area area sini je . mana ? dalam area JENGKA . jengka mana ? tak tau kan ? well , felda je kot ! adalah somewhere in pahang . tapi kalau korang semua lulus dengan berjaya subjek geografi mesti pernah dengar segi tiga jengka . haa , kat situlah . and ka area ni lah husnaland berada . hahaha . ye , saya mengaku saya puteri raja yang menetap di kawasan yang tak berapa nak maju . tak de pun bangunan lebih dari lima tingkat kat bandar jengka ni . pasal sekolah pun paling hebak empat tingkat je . tak lah macam tempat korang . kondo berlungguk . appartment bersepah . rumah banglo semua tiga tingkat . rumah istana princess teddy takde tingkat tingkat pun . tangga pun takde . so memang tak layak digelar rumahtangga -,- . ape aku melalut nih ?


tapi yang penting , mujur dia sedar dia islam and ada usaha nak tolong kawan dia dari keluar islam . so jom kita berdoa kawan dia dan dia sekali kembali ke pangkal jalan . aminn .

P/S : kesiankan ? niat dia baik tetiba kena kutuk dengan aku kat blog . hahaha . sape suruh jadi gay . padan . (tiba tiba datang aura kejam . jangan salah sangka . saya puteri yang berhati suci sebenarnya . hikhik :P)
Photobucket

Tips Senang Nak Slim !



P/S : Saja letak gamba cupcake pasal princess teddy tengah menaip sambil makan cupcake buatan sendiri . nyum nyum ~ boleh tahan :P

Anyeong guys ! (tetiba jadi minah saleh celup korea)
Sementara princess teddy tunggu game loading lambat sangat , apa kata kita share tips tips nak kurus . bagus ni tau . bukan setakat untuk diamalkan . tapi juga boleh masukkan sebagai isi karangan . wa siyes ni bhai . pasal princess teddy pernah kena buat karangan amalam pemakanan sihat lah , langkah mengatasi obesiti lah .  so semalam princess teddy tengah baca novel , belambak tips dalam novel nih . mula lah terfikir kenapelah dahku tak terbaca sebelum jawab exam dulu . hampeh betul .


 Pastikan kanak kanak semua ambik sarapan ya ! kajian membuktikan siapa yang tak ambil sarapan lebih cenderung gemuk . ni sebab sarapan membantu menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah . kadar metabolisme untuk bakar kalori pun meningkat . aiyooo . princess teddy sokmo bangun lambat , sarapan pun dah jadi breaklunch . macam mana ya ? 

 Minum air lapan gelas sehari . air ni penting bagi membantu metabolisme tubuh .

 makan secara kerap , tapi dalam kuantiti yang sedikit . ni pun dapat bantu tingkatkan metabolisme badan . jangan pulak makan kerap dan sekali makan tu banyak . kalau macam tu eloklah sorang kerja sambilan jadi santa atau snowman sepanjang krismas nanti . badan pun dah ala ala kan ? huhu

 ambil sesuatu yang pahit atau masam sebelum makan . contohnya korang minum la air lemon ke , kopi ke , kunyah buah peria mentah mentah ke . hehe . cara ni buatkan tekak kita rasa pahit then hantar isyarat melalui otak untun menggalakkan rembesan acid HCl dan acid . kalau kurang asid HCL dengan enzim ni , boleh menyebabkan ketidakcekapan pengahadaman ye anak anak .

 Siapa suka buah epal ? berita baik sebab mengikut kajian buah epal dapat bantu kuruskan badan sebab cik epal sangatttt kaya raya dengan serat . so , apa yang kita perlu buat is makan tiga biji epal setiap hari .
sejam sebelum sarapan
sejam sebelum makan tengah hari
sejam sebelum makan malam

 ambil makanan berempah atau yang pedas pedas . sebab makanan berempah macam cili dapat bakar kalori dan meningkatkan pembakaran lemak .

 ucapkan bubbye kepada minuman berkarbonat . bukan setakat ucap tapi jangan minum jugak ! sebab minuman berkarbonat nih mengandungi tujuh hingga lapan sudu gula . ish , banyak tu . patut pun jadi hiper bila minum air gas . pasal gula dalam badan banyak sangat . hehek

 kurangkan pengambilan gula . sebab satu sudu gula = 32 kilo kalori

v kurangkan kuantiti garam dalam makanan . kalau garam banyak sangat dalam badan , menggalakkan penakungan air . so , kalau kurang kan garam , takungan air pun kurang . means kurang la berat badan sebab air tu . ni la kot yang orang dok panggil gemuk air ?

 guna piring rata , bukan piring cekung bila nak makan . dan semestinya bukan mangkuk ya ! makin cekung pinggan kita makin tinggi la nasi tu bertimbun . ambil sayur dulu untuk isi pinggan , then baru nasi and last sekali daging . 

 jangan makan depan tv ! makin syok rancangan tv tu , makin banyak  junkfood yang korang akan telan !

 nikmati makan slowly . kunyah 44 kali . ikut sunnah . haha . sebab bila kita makan lambat lambat , tubuh akan mnghantar isyarat menunjukkan kepuasan . baru lah kenyang . ni tak , kunyah dua tiga kali terus telan . makan dua pinggan pun belum tentu rasa kenyang . 
dengar tu cik naga , nikmati makanan perlahan lahan . haha . 

 bila terasa makan nak makan je , ataupun bahsa senang mulut ni rasa macam nak mengunyah je kan . pergi berus gigi or kunyah chewing gum . pasal rasa berangain di mulut boleh membantutkan selera . kalau nak makan jugak (degil sangat nak buat macam mana kan?) makan buah je . jangan makan jajan pulak !
P/S : syukur rumah princess teddy memang selalu tak ada langsung stok jajan . so bila lapar tak ade ape nak mengunyah T_T

 jalan jalan lepasmakan . ni bantu bakar kalori ye .


okaylah . tu je ! so , selamat beramal and semoga semua berjaya slim . hahaha :D

Photobucket