Anna pulang ke rumah dengan senyuman meleret. Dia sekarang sedang
tersangat happy. Maklumlah, puteri raja dah berjumpa semula dengan
putera idamannya yang terpisah selama sebulan.
"Tak sangka! Wah, seronoknya!" hati kecilnya dari tadi terkinja-kinja
menahan kegembiraan. Mujur saja jasadnya tidak terikut sama, kalau tidak
haru jadinya!
Puan Nora pelik melihat anak perempuannya itu memasuki rumah dengan senyuman lebar.
"Amboi, lebarnya senyum. Ada apa-apa ke?" perli Puan Nora dari jauh.
Anna hanya memandang Puan Nora dan terus masuk ke biliknya. Senyumannya masih tidak lekang dari bibir.
Anna bukanlah seorang yang terlalu cantik. Dia hanya boleh dikategorikan
dalam golongan sederhana. Tambahan pula dia memakai cermin mata yang
boleh tahan besarnya dan cara lipatan tudungnya selalu tidak kemas. Tapi
sebenarnya dia seorang yang comel disebalik perwatakannya yang agak
skema itu.
**************************************************************************************
Anna menjalani seminggu pertamanya dengan gembira. Setiap hari dia dapat
mencuci mata di dalam dewan dengan mencuri pandang putera idamannya
itu. Walaupun Anna sedar bahawa putera idamannya langsung tidak
menyedari kehadirannya di situ.
"Anna, jom pergi kat papan kenyataan." pelawa Syafira.
"Nak buat apa?" soal Anna acuh tak acuh.
"Esok kan kita akan diasingkan ke dalam kelas. Saya nak tahu saya dapat masuk kelas mana." ujar Syafira.
"Owh, saya terlupa pula. Jom!" kata Anna seraya bangun dan berjalan
menuju ke arah papan kenyataan yang terletak di lorong berhampiran
dengan dewan.
Dalam hatinya sarat berdoa supaya dia dapat sekelas dengan Afiq. Anna
memerhati satu persatu nama-nama yang tersenarai didalam kelas 1 Ceria.
"Prince Charming masuk kelas ni lah!" bisik hati kecilnya. Matanya masih
tercari-cari namanya. Namun hampa setelah mendapati yang namanya tidak
tersenarai dalam kelas tersebut.
Tiba-tiba kedengaran Syafira memanggil-manggil namanya. "Anna, kita
sekelas lah! Kita masuk kelas 1 Delima!" ujar Syafira girang. Anna hanya
menyambut dengan senyuman kelat yang penuh keterpaksaan.
"Tak nak!!! Aku nak masuk kelas 1 Ceria!!" jerit Anna sekuat hati.
Namun, hanya dia saja yang dapat mendengar jeritan penuh hampa itu.
**************************************************************************************
Anna berjalan dengan penuh kecewa menuju ke kelas barunya. Sungguh, hatinya tak rela! Namun digagahkan juga hatinya.
"Ira, jom cepat! Perut saya dah berbunyi dah ni!" laung Anna dari luar kelas.
"Sekejap, saya nak kemas barang!" sahut Syafira.
Sambil Anna menunggu Syafira, mata nakalnya sempat menjeling kelas
sebelah. Dia tercari-cari kelibat putera idamannya. Anna tersenyum
sebaik sahaja dia terlihat Afiq sedang berbual-bual dengan
kawan-kawannya.
"Hoi, kenapa tersenyum sorang-sorang tu?" sergah Syafira.
"Err, tak ada apa-apa. Jom pergi cepat!" ujar Anna cuba menutup malunya.
Mereka berjalan beriring menuju ke arah kantin.
"Aduh, kenyangnya!" kata Anna lalu sendawa panjang. Dia hanya tersengih dan mengucapkan Alhamdulillah.
"Hish, tak senonoh betul!" tegur Syafira.
"Hehe, sorry. Eh, saya nak pergi basuh tangan dulu ya?" kata Anna selamba lalu bangun dan menuju ke arah sinki.
Anna mencucui tangannya sehingga bersih lalu bergerak ke arah sebuah
besen besar untuk meletakkan pinggan kotornya. Ketika itu, ada seorang
lelaki di situ. Anna hanya berjalan selamba dan meletakkan pinggan
kotornya.
Sebaik sahaja dia mengangkat mukanya dan terlihat wajah lelaki itu....
'What? Ed.. Edry?!' hampir saja Anna terlompat kerana terlalu terkejut
dengan kemunculan lelaki itu. Lelaki itu cukup dikenalinya. Anna cuba
menyorokkan rasa gementarnya dan berlagak biasa. Namun bila dia
menjeling ke arah lelaki itu, dia kelihatan seperti tidak mengenali Anna
pun! Seperti langsung tak kenal!
Anna mendengus kasar. Kenapalah mereka harus ditemukan kembali di sini?
Kenapa, kenapa, kenapa? Seboleh-bolehnya Anna tidak mahu bertemu
dengannya lagi.
"Malangnya nasib!" bentak Anna sebaik sahaj duduk semula di sebelah Syafira.
"Kenapa?"
"Hmm, tak ada apa-apa lah." Anna sudah memutuskan bahawa dia tak akan
menceritakan hal ini kepada sesiapa. Bak kata orang, biarlah rahsia!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)