Afiq melihat biasan wajahnya di
cermin. Tetapi apa yang dia nampak hanyalah bayangan wajah Helmina.
Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya apa yang dikatakan Helmina
semalam. Tiba-tiba muncul pula bayangan wajah skema Anna bersama cermin
matanya itu. Dan terngiang-ngiang pula kata-kata Anna tentang Helmina.
Afiq keliru. Antara kekasih lama dan sahabat baru. Yang mana satu?
Dia tersedar dari lamunannya sebaik saja terdengar bunyi hon kereta dari luar rumah.
"Argh, mesti papa dah lama tunggu!" Afiq segera mencapai beg sekolahnya dan berlari keluar dari biliknya.
Sementara di rumah Anna pula...
Anna membetulkan tudungnya. Dia tidak suka melipat tudung. Hanya disarung begitu saja. Ketika itu Anna tidak memakai cermin matanya. Sesiapa yang melihat pasti tidak akan tahu itu Anna dan menyangka dia adalah pelajar baru. Rupanya tanpa cermin mata itu memang jauh berbeza! Sungguh comel sekali! Rasanya wajahnya yang hanya dialas dengan bedak tabur itu lagi cantik daripada wajah Helmina yang ditepek dengan bedak padat setebal-tebalnya itu.
Anna tersenyum sendiri. Bukan tersenyum kerana perasan dirinya comel, tetapi tersenyum mengenangkan masalahnya dengan Edry sudah selesai. Pasti hari ni dia akan dapat berbual semula dengan Edry setelah sekian lama mendiamkan diri. Tiba-tiba Anna mengeluh pula. Dia teringat kembali bagaimana Afiq memarahinya semalam. Sedih betul rasanya.
"Anna! Tak siap-siap lagi ke? Boyfriend kamu dah tunggu kat luar tu!" laung Puan Nora sekuat hati dari tingkat bawah. Dihujung laungannya itu terhambur ketawa kecil beserta senyuman geli hati.
Anna yang berada di dalam bilik sedikit tersentak dengan kata-kata ibunya itu.
"Boyfriend? Sejak bila pulak aku ada boyfriend?" Anna menggaru-garu kepalanya sendiri. "Ah, mungkin mama cuma mahu mengusik aku." sambung Anna lalu lambat-lambat menyarungkan cermin mata pinknya. Tersorok sudah sebahagian besar kecomelannya. Anna mengambil beg sekolahnya di atas katil dan berjalan lambat-lambat menuruni anak tangga. Ya.. Anna memang suka buat benda lambat-lambat. (same la macam si penulis ini.. ahaha)
"Anna, kenapa lambat sangat? Kesian boyfriend kamu tunggu lama di luar. Mama dah suruh dia masuk, tunggu di ruang tamu. Pergilah cepat." kata-kata Puan Nora sekali lagi mengundang tanda tanya di fikiran Anna. Dia hanya mengerutkan keningnya. Dan keningnya bertambah berkerut apabila terlihat senyuman yang cuba disembunyikan oleh Puan Nora tetapi gagal disembunyikan.
Anna menyalami tangan ibunya dan bergerak menuju ke pintu. Dia duduk di duduk di tepi pintu dan memakai kasutnya dengan selamba.
"Eh, Anna! Teruk betul kamu ni. Edry dari tadi menunggu di sini kamu buat tak nampak saja?" Puan Nora menegur. Anna tersentak. 'Edry??' dengan pantas badannya dipusing 180 darjah ke belakang. Hampir terkeluar biji matanya apabila melihat Edry sedang duduk di sofa ruang tamunya. Dia sangka Puan Nora hanya bergurau jadi dia tidak sedikit pun menoleh ke arah sofa semasa hendak menuju ke pintu tadi. Puan Nora hanya tersenyum simpul. Edry juga sudah memerah mukanya sama seperti Anna. Dia dapat mendengar dengan jelas cara Puan Nora memanggil Anna turun tadi.
Anna terkaku di situ. Tidak menyangka Edry akan menjemputnya untuk ke sekolah bersama. Edry yang seakan baru saja tersedar segera bangun dan menyalami Puan Nora.
"Kami pergi dulu ya." bersopan sungguh cara Edry bercakap.
"Ok, jalan elok-elok ya." pesan Puan Nora lagi.
"Edry segera menuju ke pintu dan menyarungkan kasutnya. Dia tidak langsung memandang muka Anna yang masih terkaku di situ. Malu!

Anna berjalan sambil menunduk
memandang kasut sekolahnya yang berjenama line seven. Edry pula berjalan
sambil memandang tegak ke hadapan. Kedua-duanya langsung tidak mahu
menoleh kepala masing-masing ke tepi.
'Apa aku dah buat hari ni? Apalah mimpi aku malam tadi agaknya' Edry juga pelik bagaimana dia boleh mendapat idea gila mahu menjemput Anna untuk ke sekolah bersama.
'Macam mana ni? Tak kan nak diam je.. Kami kan dah kawan balik.' monolog Anna pula.
Hmm.. Dua-dua bercakap sendiri. Ahaha..
"Saya terlalu mengejut ke?" Edry bersuara memecah kesunyian.
Anna terdiam. Tak tahu apa yang patut di jawab. "Erm.. Maybe."
Tiba-tiba Edry tergelak sendiri. "Hmm, entah apa mimpi saya malam tadi." kata Edry.
Anna juga sudah tergelak. Memang dia langsung tidak menyangka Edry akan bertindak sebegini drastik. Tiba-tiba teringat pula gelaran yang mamanya bagi pada Edry. 'boyfriend'.. Bertambak kuat tawa Anna. Tapi juga terselit rasa malu dan segan yang teramat sangat.
"Erm.. Jadi awak ni memang tak ada boyfriend lah ya?"Edry bersuara lagi.
"Huh?" Anna sedikit pelik dengan soalan Edry itu. Walaupun dia seorang yang cerdik,tapi sebenarnya dia seorang yang agak.. em, blur.. ahaha
"Ye lah, sebab bila mama awak cakap boyfriend awak tunggu kat luar awak buat tak tahu saja. Tu bermakna awak tak ada boyfriend. Kan?" sambung Edry.
"Erm.. ya." jawab Anna perlahan. Sebenarnya dia malu apabila mamanya menggelarkan Edry sebagai boyfriendnya.
Kereta waja hitam berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah. Afiq menyalami tangan papanya dan segera turun dari kereta. Kebetulan Anna dan Edry juga sudah tiba di situ. Anna hanya memerhati gelagat Afiq. Edry juga begitu. Sebenarnya sejak dari mula lagi dia sudah dapat meneka yang Anna sukakan Afiq. Dia memang pandai membaca hati Anna.
Tiba-tiba bahu Anna dicuit dari belakang. Syafira sudah tersenyum-senyum. Tetapi terselit sedikit riak wajah tak puas hati di mukanya. Anna hanya tersenyum apabila menyedari Syafira cemburu melihat dia dan Edry berjalan bersama.
"Ehem.. Sejak bila pergi sekolah sama-sama ni?" soal Syafira.
"Eh, Syafira. Kami tunggu awak tadi, tapi awak tak ada pun. Jadi kami pergi sajalah dulu." jawab Anna.
Selalunya Anna akan tunggu Syafira di simpang masuk ke kawasan perumahan mereka. Tetapi pagi tadi Syafira terbangun lewat pula. Lagipun dia ke sekolah menaiki kereta pagi itu.
"Owh.. hehe. Sorry lah ya. Saya terlambat hari ni." ujar Syafira sambil tersengeh-sengeh.
"Hai.. Rugi betul. Kalau tak dapat jalan dengan Edry." kata Anna selamba.
Syafira sudah memerah mukanya. Edry pula sudah menyiku Anna sambil membuntangkan matanya. Anna hanya tergelak melihat gelagat kedua-dua sahabatnya itu.
Tanpa mereka sedari Afiq hanya melihat dari jauh aksi-aksi mereka. Entah apa yang difikirkannya, hanya dia dan tuhan yang tahu.

"Afiq! Awak tengok apa tu?" sapa Helmina secara mengejut. Dia juga turut
sama terjenguk-jenguk mahu melihat apa yang dipandang Afiq. Seperti
biasa, terlebih dos gedik!
"Erm.. tak ada pandang apa-apa pun." Afiq pantas mengalihkan anak matanya.
Helmina hanya memandang Afiq. Dia merasakan Afiq meneymbunyikan sesuatu darinya. "Are you sure?" soalnya lagi.
"Yup, sure." ujar Afiq sambil tersenyum tawar, kemudian berjalan terus meninggalkan Helmina seorang di situ.
Dia sendiri berasa aneh. Dia merasakan sesuatu yang tidak pernah dia
rasa sebelum ini. Sesuatu yang membuatkan hatinya berasa tidak selesa
apabila melihat Anna berjalan bersama dengan Edry tadi.
'Ish, kenapa aku ni? Aku kan suka kat Helmina. Takkan lah aku boleh rasa
cemburu bila nampak Anna dengan Edry tadi.. Hmm..' monolognya sendiri.
Dia segera duduk di kerusinya. Perlahan-lahan, tanpa dipinta, Afiq
menoleh ke tempat duduk belakang. Tempat duduk yang penghuninya entah ke
mana. Beg ada, orangnya tak ada. Afiq hanya mengeluh kecil.
Dia teringat kembali kejadian dia menengking Anna di situ semalam. Terselit rasa bersalah di hatinya.
'Anna marahkan aku ke?' mata Afiq meliar mencari Anna. Entah kenapa.
Sepatutnya sekarang apa yang bermain di fikirannya adalah Helmina. Tapi
entah kenapa sekarang hanya Anna yang bermain-main di fikirannya.
Lamunan Afiq dikejutkan dengan bunyi kerusi ditarik. Jantungnya terasa
berdegup agak kencang apabila terlihat si gerangan yang sedang
melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang empuk keras itu.
Anna hanya buat-buat seolah-olah Afiq tidak berada di depannya. Bukannya
sombong tetapi sebenarnya Anna takut. Takut akan dimarahi lagi.
Afiq hanya memerhati gerak geri Anna. Tidak tahu bagaimana harus memulakan perbualan..
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)