Afiq masih berdiri tegak disitu.. Dari jauh dia kelihatan seperti tiang
bendera saja. Dia terkebil-kebil sendiri memikirkan kata-kata Helmina
tadi. Sama ada mahu mempercayainya atau tidak.
Anna hanya memerhati insiden luahan perasaan Helmina kepada Afiq dari
jauh. Hatinya terasa pedih sekali. Namun, cepat-cepat dia padamkan
perasaan itu kerana dia tahu. walau sekuat mana pun dia cemburu tentang
mereka, tak akan ada untungnya. Dia tahu dia tidak setanding dengan
Helmina.
Kerusi kayu itu ditarik perlahan ke belakang. Lemah sekali. Anna duduk
disitu dan terus meletakkan kepalanya di atas meja. Hatinya tidak
tenang!
Tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi ditarik dari hadapan. Anna tahu, itu
adalah Afiq. Perlahan-lahan, dia mendongakkan sedikit wajahnya. Dia
merenung wajah Afiq secara sembunyi-sembunyi. Manis sekali. Walaupun
terpancar cahaya kegelisahan di wajah putera idamannya itu.
"Anna." tiba-tiba satu suara menerjah gegendang telinga Anna.
Anna mengangkat kepalanya dan hanya memandang Afiq kosong.
"Helmina.. She want me back.. What should I do?" Afiq tanpa berselindung
bertanyakan pendapat Anna. Dia tidak tahu yang hati Anna saat itu sudah
remuk.
"Erm.. I don't know. Terserah kepada awak. Dalam hal ini, saya tak tahu
nak bantu macam mana." ujar Anna sambil tersenyum. Walaupun hatinya
menangis.
"But.. Boleh tak awak berikan sedikit pendapat? Please.." Rayu Afiq. Matanya menikam mata Anna tajam.
Anna tidak mampu membalas renungan Afiq itu. Hatinya menjadi lemah.
"Erm.. I think.. She just okay. But, you should think twice. Dia tu.. playgirl." Anna memberikan pendapat ikhlasnya.
"Playgirl? Betul ke?" Mata Afiq membulat apabila mendengar kata-kata Anna tadi.
"Yup."
Afiq hanya mendiamkan diri. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Entah apa yang difikirkannya.
"No! Awak saja tuduh dia bukan-bukan! Sebab awak cemburukan dia, betul tak? Dia bukan playgirl!" bentak Afiq tiba-tiba.
Anna betul-betul kaget dengan tindakan Afiq itu. Afiq menolak kerusinya kasar dan terus berjalan keluar dari kelas.
Anna hanya terkaku memandang Afiq berlalu pergi. Tanpa dia sedari, setitik air mata jatuh ke pipi.
Anna menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuknya. Dia hanya memandang
kosong melihat siling biliknya yang mula dihiasi sawang. Kata-kata Afiq
masih terngiang-ngiang di telinganya. Anna tersenyum sendiri. Entah apa
yang melucukan. Kemudian dia ketawa pula.
"Hahaha. Lawak betullah. Aku ni memang bodoh. Dah sah-sah dia tak akan
percaya kalau aku cakap Helmina tu playgirl." ternyata Anna ketawakan
dirinya sendiri. Sebenarnya dia ketawa hanya untuk menutup rasa
sedihnya. Dia sudah tidak mampu untuk menangis lagi.
Trett... Trett...
Anna menoleh ke arah telefon bimbitnya yang bergetar-getar menandakan ada panggilan masuk sekali gus mematikan ketawanya.
Anna pantas menekan butang berwarna hijau dan meletakkan telefon bimbit itu di telinganya.
"Hello?"
"Hello Anna.. Ni Syafira. Patang ni macam biasa ya." suara Syafira kedengaran di hujung talian.
"Macam biasa?"
"Ish budak ni. Dah lupa ke? Petang ni kita buat study group lah.. Macam biasa." Syafira sudah mula membebel-bebel.
Anna mengangguk-angguk. Macamlah Syafira boleh melihatnya sekarang.
"Owh.. Sorry, saya terlupa."
"Okay, jumpa petang nanti dia tasik ya."
"Okay.. Eh, nanti.. Erm.. group kita yang macam hari tu ke?"
"Ya lah. Saya, awak, Ummi, Syahrul, dan Edry." laju saja Syafira menyebut nama kawan-kawannya.
Anna terdiam. Fikirannya asyik memikirkan soal nama akhir yang disebutkan Syafira tadi.
"Hello? Anna.. Are you still there?"
"Yup. Sorry. Erm, okay. Jumpa petang nanti."
"Okay, bye."
Anna pantas menekan butang berwarna merah. Hatinya tidak tentu hala.
Tidak tenang! Tadi memikirkan soal Afiq alias putera idamannya.
Sekarang, Edry pula.
'Aduh.. Kenapa hidup aku kacau macam ni?!' bentak Anna dalam hati.'
Syafira sudah bercekak pinggan di hadapan rumah Anna. Geram betul dia
menunggu anak dara yang seorang ini, bersiap lame sungguh! Ditambah lagi
dengan bahang sinaran matahari yang boleh tahan juga panasnya.
"Anna.. Oh, Anna.. Apa lagi tu? Cepatlah sikit!" laung Syafira sekuat hati.
Kedengaran bunyi tapak kaki menuruni tangga dari dalam rumah. Kuat betul bunyinya! Mengalahkan bunyi dinasour berjalan!
"Syafira, sebentar ya!" Anna sudah tergopoh-gopoh menuruni anak tangga.
Tiba-tiba... Gedebuk!
"Eh, bunyi apa tu? Macam bunyi nangka busuk jatuh saja." Syafira
dikejutkan dengan bunyi jatuh tadi. Tiba-tiba Anna keluar dari rumah
dengan tudung terherot dan tangannya sedang menggosok-gosok punggungnya.
"Eh, kenapa ni? Apa bunyi jatuh tadi?" soal SYafira pelik. Sebenarnya dia sudah dapat mengagak apa 'benda' yang jatuh tadi.
"Huh! Buat-buat tak tahu pulak! Apa lagi, tuan puteri depan awak ni la
yang tergolek jatuh tangga tadi!" seloroh Anna sambil cuba berlagak
biasa. Padahal punggungnya berasa sakit yang amat. Maklumlah, jatuh
terduduk. Huhu.
"Haa, tu la. Siapa suruh lambat, bila dah kelam kabut mulalah jadi macam
ni. Sampai jatuh-jatuh ni haa." Bebel Syafira seperti mak nenek sambil
cuba menahan ketawa.
"Hmm, ye lah tu. Jom pergi cepat." Anna sudah mla mengorak langkah.
Kalau dilayan Syafira tu, sampai esok pun belum tentu habis lagi
mulutnya tu memberi nasihat yang tak munasabah.
Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat yang dijanjikan. Apabila
terlihat saja tasik, jantung Anna sudah mula berdegup agak kencang.
Matanya sudah liar mencari kelibat rakan-rakannya yang lain.
Tiba-tiba matanya tertangkap satu imej yang cukup dikenali. Edry sedang
mencangkung di tepi tasik sambil membaling batu-batu kecil ke dalam
tasik itu. Hish, padanlah tasik dah jadi cetek. Kerja mamat ni rupanya.
Ummi pula sedang duduk di meja.
"Hah, datang pun! Lama saya tunggu tau. Boleh jadi gila dibuatnya duduk
tercongok kat sini. Lebih-lebih lagi bila kena tunggu dengan mamat pelik
kat sana tu. Entah apa dia buat dari tadi." Sergah Ummi sebaik saja
melihat Syafira dan Anna jalan dengan lemah-lembut ke arahnya. Kalau
masuk Gadis Melayu comform menang!
"Hehe, sorry ye cik Ummi. Jangan jadi gila dulu. Ni ha, Anna punya pasallah!" mulut Syafira sudah memuncung ke Anna.
Anna hanya tersengeh.
"Eh, Edry! Dah dah la tu main air. Kita ke sini bukan nak main air, tapi
nak study!" panggil Syafira apabila dilihatnya Edry masih leka bermain
air di situ.
Edry kelihatan seperti terkejut lalu segera memalingkan kepalanya kearah
mereka bertiga. Kemudian dia tersengeh sendiri. Syafira, Ummi dan Anna
hanya memandang Edry dengan fikiran pelik. Apalah masalah mamat ni...
Edry bingkas bangun dan menuju ke arah mereka. Ummi dan Syafira sudah
membulatkan mata, manakala Anna pula asyik memandang rumput hijau di
kakinya.
"Ya Allah. Edry, awak mandi ke tadi?!" Syafira sudah separuh menjerit apabila mendapati baju Edry sudah separuh basah lencun!
Edry hanya buat dunno dan terus duduk. Yang lain hanya menggelengkan kepala.
"Eh, mana Syahrul?" soal Ummi.
"Erm.. Dia kata dia tak dapat datang. Ada hal." sahut Edry.
"Owh, kalau macam tu, jom kita mulakan sekarang. Dah terlambat ni." Syafira pula bersuara.
Anna pula hanya menurut dan tidak mengangkat muka langsung. Apatah lagi bersuara. Gugup betul dia.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)