miss perfect ~7~

Angin yang damai bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa nyaman sekali berada di situ. Memang strategik betul tempat study group yang mereka pilih. Pasti tak akan berasa ngantuk nanti, kalau bosan boleh cuci mata. (bestnye.....)

Anna berjalan sambil meninjau-ninjau kewasan sekeliling. Kelibat Syafira masih tidak kelihatan. Dia terlupa pula hendak bertanya mahu berkumpul di mana.
Tiba-tiba ekor mata Anna menangkap satu imej yang kalau boleh tak ingin dijumpainya.
"Edry?! Apa dia buat kat tasik ni? Mana Syafira ni.. Cepat lah sikit.. Aduhai.." dengus Anna sendiri.
"Hoi! Anna, puas saya cari awak tau!" laung Syafira dari belakang Anna. Terkejut dia dibuatnya.
"Ish, buat orang terperanjat saja. Saya pun penat cari korang tau!"
"Ok la.. Jom la kita pergi. Penat diorang tunggu kita nanti. Sampai ada yang pergi jalan-jalan dulu sementara tunggu awak tadi tahu."
"Eh, saya lambat sangatkah? hehe, sorry ye." Anna tersegeh-sengeh macam kerang busuk.
"Jom cepat!" Syafira lantas menarik tangan Anna pergi. Sementara itu sempat Anna menjeling ke arah tempat dia ternampak Edry tadi.
'Eh, dah hilang.. Mana dia pergi?' monolog Anna sendiri.

Mereka berjalan menuju ke arah sebuah pagola yang agak besar. Memang cukup ruang untuk mereka berlima. Anna cuba memerhati rakan-rakan yang lain. Dia mungunjukkan cermin matanya yang sedikit melurut ke bawah.
Satu persatu di perhatikan dari jauh.
'Ummi, Syahrul dan.....' Anna cuba untuk mengecam lelaki yang duduk disebelah Syahrul itu..
"Hmm.. Siapa tu? Yang pakai baju merah tu.. Tak nampak pula, muka dia terlindung." soal Anna kepada Syafira. Ketika itu mereka hanya 50 meter dari tempat rakan-rakan yang lain berkumpul.
"Owh, itu.. Edrylah!" jawab Syafira selamba. Dia tidak tahu yang manusia comel bercermin mata di sebelahnya itu seperti terpanah petir apabila mengetahui siapakah gerangan si baju merah itu.
"Edry?!" Anna separuh menjerit.
"Yup. What's wrong?" Syafira berasa pelik melihat Anna yang tiba-tiba seperti tidak tentu hala.
"Err, nothing.." saat itu hanya tuhan yang tahu betapa cemasnya dia. Jantungnya berdegup kencang seperti mahu terkeluar saja dari dadanya.
'Matilah aku... T_T'

Angin tasik yang nyaman itu tidak mampu lagi membuatkan Anna berasa tenang tetapi semakin menyesakkan dadanya. Sudahlah kena belajar bersama Edry, kene duduk pula betul-betul bertentangan mata dengannya. Memang Anna langsung tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembacaannya. Dia lihat Edry juga kelihatan sedikit terganggu tapi still control macho dan cool. Anna juga cuba berlagak cool seperti Edry tapi kenyataannya dia tidak mampu.
"Ehm.. Boleh tolong jelaskan pada saya tentang ini?" Edry tiba-tiba bersuara. Dia menunjukkan soalan matematiknya kepada Syahrul. Hoi, orang tengah study sejarah, bukan matematik! Pening betul mamat ni.
"Saya pun tak faham. Cuba tanya pada Ummi." jawab Syahrul. Edry lantas memusingkan badannya dan menunjukkan kertas soalan itu kepada Ummi.
Ummi yang sedang khusyuk memproses segala butir fakta sejarah itu lanngsung tidak mahu diganggu. Da hanya menunjuk-nunjuk kearah Syafira menunjukkan dia tidak mahu diganggu.
Syafira pula lantas menggelengkan kepala. "Kalau matematik jangan tanya saya. Tentang bab ini satu habuk saya tak faham! Sorry ya. Anna terrer lah bab matematik ni." ujar Syafira sambil tersengeh-sengeh. Sekali lagi, kata-kata Syafira berjaya menggegarkan jantung Anna.
Edry nampaknya sudah tiada pilihan lain. Dia harus juga menyiapkan soalan itu. Dengan takut-takut, dia menggagahkan diri bertanya. Eh, pembetulan, Edry hanya menolak soalan itu ke dapan sedikit supaya Anna boleh membaca soalan itu dengan lebih jelas.
Dada Anna sudah sesak. Dia menarik nafas sedalam mungkin. Dia berdehem beberapa kali. Rakan-rakan yang lain semuanya melihat Anna yang tiba-tiba saja berperangai pelik sejak dari tadi.
"Err.. Yang ini.. Ke. Kena darab dengan ini.. Le.. Lepas tu, bahagi dengan ini." Habis! Anna sudah mula gagap. Yang lain hanya memandangnya sambil menjongkit kening.
"Anna, awak kenapa?" Soal Syafira prihatin.
"Err, tak de apa-apa."
Edry kelihatan hanya mendiamkan diri. Dia hanya merenung Anna. Seketika anak mata mereka bertembung dan membuatkan jantung Anna berdegup bertambah kencang..
'Uhuk.. malang nasibku!!'


Edry memandang kertas soalan matematiknya. Seketika, dia terimbas kembali kejadian yang baru saja berlaku tadi.
"Huh.. Anna still malu dengan aku."
Ceh. padahal dia pun malu juga! Edry termenung memandang tingkap biliknya. Dia terimbau kembali memori lalu.

~flashback~

"Edry, cepatlah! Kita dah lambat ni." laung satu suara kecil dai luar rumahnya.
Edry berlari-lari anak keluar dari rumahnya.
"Sorry Anna. Tadi saya tertidur." ujar Edry.
"Hmm, tak apa lah. Jom la kita ke sekolah cepat." ujar Anna lalu menghulurkan tangan kecil miliknya.
Edry menyambut huluran tangan itu dan mereka berjalan beriringan ke sekolah.

************************************************************
"Alaa... tempat duduk dah penuh la." ujar Anna apabila mendapati semua tempat duduk di dalam perpustakaan itu sudahpun berpenghuni.
"Eh, sana ada satu. Jom." Edry menarik tangan Anna ke arah kerusi itu.
"Tapi ada satu je. Mana cukup."
"Tak apa, kita kongsilah." Edry sudah menganjakkan badannya ke tepi sedikit supaya Anna mendapat ruang untuk duduk.
"Okay." ujar Anna sambil tersenyum.

************************************************************

"Edry!" jerit Syalina betul-betul di tepi telinga abangnya.
Edry tersedar dari lamunannya.
"Hish, apa jerit-jerit ni? Sakit telinga abang tau!"
"Dah tu.. Dari tadi Lina panggil abang tak menyahut pun. Abang pandang depan je. Macam dah kene pukau." Syalina geram melihat abangnya begitu.
Edry terdiam. "Huh.. Ya lah, abang yang salah. Kenapa ni?"
"Mama panggil. Suruh turun, makan. Hari ni mama masak makanan favourite abang." ujar Syalina lantas berjalan keluar dari bilik abangnya. Dia tidak langgup berlama-lama di bilik abangnya yang tak ubah seperti sarang tikus itu. Bersepah sangat!
"Mee goreng basah?" Edry sudah terliur.
Syalina tidak mempedulikan abangnya. Dia laju saja berjalan menuju ke dapur.


Afiq berjalan dengan menyusuri koridor menuju ke bilik darjah. Tiba-tiba suatu suara yang cukup dikenalinya memanggil dari belakang.
"Afiq!" Helmina sedang berlari2lari anak menuju ke arah Afiq.
Afiq menoleh ke belakang. Dia berasa sedikit hairan kenapa gadis itu memanggilnya tadi.. Ataupun dia sudah silap dengar?
"Afiq! Tunggu dulu!" suara gedik Helmina kedengaran lagi. Kali ini, sudah sah yang Afiq tidak salah dengar. Telinganya masih belum mengalami sebarang masalah.
Sebaik sahaja dia berada betul-betul dihadapan Afiq, Helmina segera membetulkan tudungnya yang sedikit senget akibat dia berlari tadi. Sebenarnya tudungnya elok saja. Tidaklah senget sangat kerana dia hanya berlari-lari anak saja tadi. Tetapi Helmina memang seorang yang sangat menjaga penampilan.
"Err, kenapa?" soal Afiq dingin.
"Huh, sombongnya. Awak dah tak nak jumpa saya lagi ke?" ujar Helmina dengan gaya menggoda.
"Erm.. Tak lah sampai macam tu. Tapi, kenapa awak panggil saya?"
"Afiq! Sebenarnya... Saya masih sayangkan awak! Jadilah boyfriend saya balik!" dengan yakin Helmina menuturkan kata-katanya itu. LAngsung tidak ada sedikit gugup. Mungin dia sudah biasa meluahkan perasaan pada lelaki.
Afiq tersentak. Dia bingung.. Adakah dia mahu menerima Helmina sebagai teman wanitanya? Memang hatinya juga masih sayangkan Helmina tetapi dia takut Helmina hanya mahu mempermainkannya.
"Er.. nanti saya fikir dulu." tutur Afiq. Dia masih berlagak dingin.
"Alaa.. Sampai bila?" Helmina sudah menunjukkan riak muka protes.
"Entahlah.." jawab Afiq sepatah.
"Cepat sikit ya. Erm, esok?"
"Okay.."
Helmina tersenyum manis lalu berpaling dan meninggalkan Afiq berdiri kaku disitu.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)