miss perfect ~2~



Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba! Anna sudah siap berpakaian rapi. Baju sekolahnya licin berseri.. Namun, ada yang berbeza. Ya, kain sekolahnya sudah bertukar warna kepada biru muda..

Hari ini, secara rasmi Nur Emilyana Salyiana binti Azfar adalah pelajar sekolah menengah. Anna menjeling ke arah jam dindingnya.
"Hmm, baru pukul 6.55. Awal lagi ni. Tapi aku dah tak sabar nak pergi sekolah baru ni!" monolog Anna sendiri. Memang semangatnya sedang berkobar-kobar sekarang!

Walaupun mendapat tawaran ke sekolah asrama penuh, Anna menolak. Dia tetap dengan keputusannya tidak mahu tinggal di asrama. Puas puan Nora memujuk. Tapi gagal. Akhirnya, Anna masuk ke sekolah menengah kelas rancangan khas yang tarafnya rendah sikit berbanding sekolah berasrama penuh.

Tepat jam 7.00 pagi, Anna sudah siap memakai kasut barunya yang putih bersih itu.
"Mama, Anna pergi dulu ya. Dah lambat ni" kata Anna kepada ibunya seraya menyalami tangan ibunya.
"Lambat? Hmm, baru pukul 7.00 pagi ni. Semangat betul anak mama ni nak pergi sekolah baru." ujar Puan Nora.
Anna hanya tersenyum.
"Baik-baik jalan tu." pesan Puan Nora lagi.
"Okay, bos besar!" seloroh Anna lalu mula mengorak langkah menuju ke sekolah baru!

--------------------------------------------------------------------------------------

Anna berkumpul bersama-sama pelajar tingkatan satu yang lain di dalam dewan. Sambil itu, dia meninjau-ninjau kalau-kalau ada kawan-kawannya yang lain di situ.
"Aduh, mana ni? Tak nampak pun kawan-kawan yang lain. Entah-entah aku seorang je yang masuk sekolah ni." keluh Anna.
Tapi sebenarnya dia bukan saja tercari-cari sahabat-sahabat lamanya, tapi dia juga turut tercari-cari putera idaman hatinya! Wajah kacak pelajar lelaki itu masih tergam kukuh di dalam kotak memori Anna. Siap gam guna gam gajah lagi! Tak akan tertanggal! Hehehe. Namanya juga masih Anna ingat. Muhammad Syafiq Helmi bin Kamal..

Anna duduk sebentar setelah penat meredah orang ramai. Ternyata memang dia seorang saja dari sekolah lamanya bersekolah di sini! Sekarang, seorang pun Anna tak kenal!
"Hurm.. Susah la macam ni.. Kena cari kawan baru." bisik hati kecil Anna. "Eh, putera idaman tu ada tak ya? Harap-harap doa aku temakbul! hehehe." bisik hatinya lagi.
Anna memanjangkan leher menjenguk ke arah pelajar-pelajar lelaki.
"Alaa.. Tak ada pun.. Hmm, mungkin dia masuk sekolah lain kot." keluh Anna. Hampa betul rasanya!


Anna merebahkan tubuhnya di atas katil empuknya. Dia baru sahaja pulang dari sekolah. Walaupun gembira kerana mendapat ramai kawan baru, tercalit sedikit rasa hampa dalam hatinya.

"Ala, kenapa putera idaman tu tak sekolah kat sini.. Kenapa? Kenapa? Kenapa?!!!" Anna menekup mukanya dengan bantal dan menjerit sepuas hati. Dia benar-benar hampa! Nampaknya cinta pandang pertamanya tak kan ada harapan lagi!


****************************************************************************************


Tepat jam 7.00 pagi, Anna bertolak ke sekolah. Tetapi, hari ini semangatnya sedikit berkurangan.

Dalam perjalanan, Anna terlihat seorang pelajar perempuan yang juga sedang berjalan kaki ke sekolah. Anna barjalan pantas lalu menghampiri pelajar perempuan itu.

"Hai, awak nak pergi ke sekolah kah?" tegur Anna tiba-tiba. Pelajar perempuan itu kelihatan sedikit terkejut.

"Err, maaf buat awak terkejut." ujar Anna sebaik sahaja melihat muka kaget pelajar itu."
"Em, tak apa. Ya, eh, awak pun bersekolah di SMK Tun Abdul Razak?" soalnya sebaik sahaja terlihat lenncana yang dipakai Anna sama dengan lencananya.
"Oh, ya. Awak pun sama? Awak form berapa?" soal Anna ramah.
"Form 1." ujarnya.
"Samalah kita. Eh, lupa pula. Nama saya Anna, selamat berkenalan."
"Oh, saya Syafira. Selamat berkenalan. Jom jalan sama-sama." pelawa Syafira mesra.
"Okay, jom!"
Mereka berjalan ke Sekolah Menengah Tun Abdul Razak bersama. Hari ini adalah hari kedua Anna di sana. Dan dia telah pun mendapat seorang lagi kawan baru.
 
 

Anna memasuki dewan tertutup SMK Tun Abdul Razak bersama teman barunya, Syafira. Sepanjang minggu pertama, akan diadakan minggu orientasi.

"Para pelajar, sila berpecah kepada sepuluh kumpulan" arah Cikgu Mubin, iaitu guru yang ditugaskan mengendalikan acara.

Anna dan Syafira segera bergerak ke arah kelompok pelajar yang paling hampir dengan mereka. Mereka diarahkan membentuk satu bulatan besar.

"Okay, sekarang, kita akan adakan 'ice breaking'. Semua pelajar harus mengenalkan diri kepada ahli kumpulan masing-masing, dan pastikan kamu ingat semua nama ahli kumpulan kamu." ujar Cikgu Mubin lagi.


"Aduh, ni yang paling aku tak suka ni!" rungut Anna dalam hati. Dia memang tak suka memperkenalkan diri ni.. Lebih-lebih lagi apabila dia perlu menghafal nama setiap ahli kumpulannya dalam masa yang singkat. Memang itu kelemahannnya!


Anna hanya memerhati sambil lewa ahli-ahli yang lain memperkenalkan diri. Dirinya sudah dilanda kebosanan tahap melampau.

Tiba giliran [elajar seterusnya. "Hai semua, nama saya Muhammad Syafiq Helmi bin Kamal. Korang boleh panggil saya Afiq. Saya berasal dari Taman Bahagia." ujar suara itu dengan penih tertib.
Secara spontan, kepala Anna yang tadinya tunduk memandang lantai dengan serta-merta terangkat dan mencari tuan punya suara. Apabila matanya sudah menangkap imej si tuan empunya suara, Anna tidak dapat menyembunyikan lagi senyumannya!

"Memang dia! Ya Allah, terima kasih! Doa aku dah termakbul! Yes!!" ingin saja Anna melompat kegembiraan saat itu. Tapi, dia perlu cover ayu depan putera idaman!

"Macam manalah aku boleh tak nampak dia semalam.." Anna sudah tersenyum-senyum sendiri macam kerang busuk. Syafira yang duduk disebelahnya kelihatan pelik dengan perangai Anna.

"Kenapa dia ni? Dari tadi tersenyum. Lebar pulak tu. Ada apa-apakah?" bisik Syafira pelik.


Anna masih lagi tersenyum sendiri. Memang ini kebetulan yang tidak disangka-sangka! Sinar harapannya kembali bercahaya. Anna betul-betul gembira! Tiba-tiba Anna terasa pehanya dicuit.

"Giliran awaklah." bisik Syafira. Anna terkedu.
"Alamak, macam mana aku boleh tak sedar?" Anna bingkas duduk tegak dan memperkenalkan dirinya. Macam mana lah nak sedar, kalau dari tadi asyik berangan! Nampaknya kejadian yang sama berulang lagi seperti pada hari majlis anugerah 5A dahulu..! 

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)