miss perfect ~11~

Anna hanya menunduk memandang meja. Hatinya dilanda resah gelisah.
'Ish, mana pulak perginya Syafira ni?' bisiknya sendiri.
Afiq masih tetap memandang Anna dan terus membisu. Dia benar-benar dilanda rasa bersalah. Mungkin dia tidak patut memarahi Anna semalam. Afiq berdehem beberapa kali.
"Anna. Rehat nanti awak nak pergi mana?" akhirnya keluar juga suara sang putera idaman Anna ni.
Anna mengerutkan mukanya. Berasa pelik dengan soalan Afiq. "Erm.. Library kot." jawab Anna perlahan. Dia masih enggan mengangkat mukanya. Tengkuknya masih tidak lenguh menunduk ke bawah.
"Owh.. Okay." Afiq lalu memusingkan kembali badannya kedepan.
'Aduh, apa ni. Sepatutnya aku mintak maaf kat Anna tadi!' Afiq mengeluh sendiri. Entah kenapa lidahnya enggan bekerjasama tadi.
Afiq pantas memusingkan tubuhnya lagi. "Err.. Awak pergi dengan siapa?"
"Hmm, rasanya Syafira ada hal nanti. Sorang je kot." jawab Anna yang masih menunduk.
"Boleh saya join awak?" soal Afiq. Kesempatan begini harus direbut segera!
"Huh?" Anna mengerutkan dahinya. Cermin matanya yang sedikit melurut itu diunjukkan ke atas kembali. Kali ini Anna sudah memandang tepat ke wajah Afiq. Berasa pelik dengan permintaan si putera idamannya itu.
"Erm.. Saya nak pinjam buku rujukan. Ada kerja sikit." Baru Afiq sedar permintaannya itu pasti akan menimbulkan tanda tanya pada sesiapa saja yang mendengar. Manakan tidak, Muhammad Syafiq Helmi jarang benar mahu menjejakkan kaki ke perpustakaan. Sebulan sekali pun susah nak nampak batang hidung!
Anna mengerutkan lagi dahinya. Selalunya kalau ada apa-apa yang Afiq tidak faham, dialah yang akan menjadi buku rujukan automatik. Afiq memang jenis yang malas hendak menyelak buku.
"Erm.. Kalau tak boleh tak apalah." sambung Afiq lagi lalu memusingkan badannya memandang ke depan.
'Aduh, Anna memang marahkan aku! Macam mana ni?' kepalanya sudah terasa kusut.
Anna hanya memerhati gelagat Afiq yang menggaru-garu kepalanya. Memang nampak macam orang susah hati.
"Erm, okay." akhirnya Anna bersetuju.
Afiq yang tadinya berkerut dahinya kini tersenyum lebar.
"Thanks Anna!" ujarnya sambil tersenyum manis.

Edry melihat jam tangannya buat kali yang kelima. "Hmm, baru pukul 9.55. 15 minit saja lagi." sebenarnya dia mencuri dengar perbualan Anna dan Afiq tadi. Jadi dia memutuskan untuk menjadi spy untuk dirinya sendiri pada waktu reha nanti. Dia akan mengekori Anna dan Afiq diam-diam. Edry sendiri tak tahu apa tujuan dia hendak melakukan kerja seperti ini. Tapi hatinya berkeras juga ingin mengintip mereka.

Anna melihat jam tangannya. Sudah tepat pukul 10.10 pagi.
"Hmm, kejap lagi mesti loceng bunyi. Nak kene cepat ke library ni." ujar Anna sendiri.
Syafira sudah pun pergi bersama Ummi ke bilik guru kerana diberi tugas oleh Puan Munisah. Anna pula sudah siap sedia mengemas barang-barangnya yang bertaburan di atas meja dan hanya menunggu loceng berbunyi..

KRINGGGGG... (haha)

Anna segera keluar dari kelas dan berjalan menuju ke perpustakaan sekolahnya yang terletak di tingkat dua bangunan blok B. Jauh juga jaraknya dari kelas Anna.
"Anna, wait!" laung satu suara dari dalam kelas.
Anna tahu suara itu milik siapa tapi dia malas hendak menunggu. Anna hanya berjalan terus tanpa menoleh ke belakang.
Afiq sudah berlari-lari mengejar Anna. "Anna, wait for me!"
Lariannya yang boleh tahan lajunya berjaya menyaingi langkah kaki Anna yang bukan lagi seperti orang berjalan, tetapi seperti orang berlari saja.
"Kenapa tinggal saya?" Ujar Afiq sebaik saja berada di sebelah Anna.
"Eh, sorry.. Saya terlupa." jawab Anna berserta dengan senyuman kelat yang cuba dimanis-maniskan.
"Owh, it's okay. Jom."

Di sebalik daun pintu kelas 2 Ceria....
"Edry, apa awak buat terjenguk-jenguk kat pintu tu? Kalau nak keluar, keluar la cepat! Jangan la halang jalan orang!" ujar Lily yang terkenal dengan sikap kereknya itu.
Edry hanya buat tidak peduli. Malas mahu melayan Lily. Dia hanya menyengetkan sedikit badannya ke tepi supaya dapat memberi laluan kepada orang orang lain. Lily hanya mendengus geram dan berlalu pergi dari situ.
Matanya bagai digam kukuh kearah Anna dan Afiq. Edry hanya memerhati mereka dari jauh.

Anna menyelak helaian buku rujukan Geografi. Matanya hanya mengimbas sekali lalu saja setiap tulisan yang tercetak. Dia langsung tak dapat menumpukan perhatian. Mana tidaknya, Afiq dari tadi hanya duduk terpacak di depannya dan memerhatikan setiap tindak-tanduknya.
Anna menjeling tajam kearah Afiq. Afiq pula segera melarikan anak matanya, berpura-pura melihat-lihat sekeliling. Maklum sajalah, orang jarang masuk perpustakaan.
"Tadi awak kata nak cari buku rujukan?" soal Anna.
"Err, tak jadi. Saya pinjam buku rujukan Adam je nanti." ada saja alasannya.
"Habis tu kenapa awak ikut saya ke library?"
"Saja. Lagipun saya jarang masuk library. Sekali-sekala, nak juga tengok perkembangan library sekolah kita." ujar Afiq sambil tersengeh-sengeh.
'Aww, cutenya dia tersengeh macam tu!' Buat seketika, mata Anna terpaku melihat putera idamannya di depan. 'Erk, tak boleh! Aku tak boleh cair dengan dia!' Anna menggeleng-geleng kepalanya.
"Eh, kenapa awak geleng kepala?" soal Afiq yang pelik melihat Anna tiba-tiba berkelakuan pelik. Mula-mula macam kena pukau. Mata tak berkelip pun. Tiba-tiba geleng kepala pula.
"Tak ada apa-apa." Anna termalu sendiri. Matanya cepat-cepat dialih merenung buku rujukan geografi di depannya.
Afiq hanya memandang pelik. "Hmm, Anna.."
"Apa?" Jawab Anna perlahan mengewal suaranya. Baru dia perasan librarian di kaunter sudah menjeling maut dari tadi.
"Sebenarnya.. Saya ikut awak ke sini nak.."
"Hmm?"
"Erm.. Nak minta maaf sebab tengking awak semalam. Awak marahkan saya ke?"
"Hmm.. Tak apa. Saya faham." Anna tersenyum tawar. Jauh di dalam hatinya dia berasa tersangat gembira. Ternyata si putera idamannya ambil berat juga tentang perasaannya.
"Thanks. Awak memang memahami." Afiq sudah tersenyum lega. Entah kenapa hatinya betul-betul tak tenang bila Anna bersikap dingin dengannya. "Tapi.. betul ke apa yang awak cakap Helmina tu?"
"Ya. Awak tahu kenapa dia mintak couple balik dengan awak? Sebab dia baru saja putus dengan boyfriend dia kelmarin. Baru sehari diaorang clash, Helmina dah nak cari pengganti." ujar Anna. Dia betul harap Afiq akan faham. Dia tak rela kalau Afiq terus menjadi mangsa si Helmina.
"Hmm. Saya dah tahu. Baru tahu tadi dari Adam." Afiq mengeluh sendiri.

Edry sedang bersembunyi dia sebalik rak-rak buku di situ. Dari tadi dia mcuba mencuri dengar perbualan mereka, tetapi satu pun tidak dapat didengarnya.
"Argh, satu habuk pun tak dengar! Kenapa diorang cakap perlahan sangat?" dengus Edry sendiri..
Hei, lupa ke? Ni perpustakaan lah...

 

Edry menggosok-gosok pinggangnya. Sakit kerana terlalu lama terbongkok-bongkok mengintai Anna dan Afiq.
"Aduh, lenguh pinggang aku. Satu hasil pun tak dapat." keluh Edry sendiri.
Dia kemudian membongkokkan kembali badannya untuk menyambung misi mengintip yang tergendala sebentar tadi. Tapi...
"Eh, kenapa tinggal Afiq seorang je? Mana Anna?" Edry menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Anna memerhati satu persatu tajuk-tajuk novel yang terdapat di rak itu. Dia bercadang ingin meminjam novel hari ini. Maklum sajalah, asyik menelaah buku rujukan saja. Sekali-sekala otaknya juga mahukan hiburan. Matanya terhenti apabila terlihat satu tajuk novel yang kelihatan agak menarik.
"Aku Mahu Teman Tapi Mesra.. Ain Maisarah.. Hmm, macam best. Nak try lah." Anna segera mengambil buku itu dari rak.
Sebaik saja tangannya berjaya menarik keluar novel itu.. Habis semua buku-buku di barisan itu tertarik sama dan jatuh bertaburan di lantai.
"Alamak!" Anna terjerit kecil.
"Eh, tu macam Edry." Anna terlihat Edry sedang terbongkok-bongkok di tepi rak sebelah menerusi rak buku yang sudah kosong gara-garanya itu.
Anna perlahan-lahan meninggalkan tempat kejadian dan berlagak biasa seperti tidak berbuat apa-apa kesalahan. 'Apa guna ada pengawas perpustakaan kan? hehehe.'
Anna bergerak menuju ke arah Edry dari belakang. "Edry, apa awak buat tu?" tegurnya.
"Shh, diamlah. Nanti mereka perasaan. Jangan kacau saya." jawab Edry tanpa memalingkan mukanya.
"Mereka? Siapa?" soal Anna lagi.
"Anna dan Afiqlah." jawab Edry ringkas.
"Huh? Kenapa dengan kami?"
Edry terkaku seketika. Dia menelan air liurnya yang terasa tersekat di kerongkong beberapa kali. Lalu perlahan-lahan memusingkan badannya.
"Err.. Hai Anna." sapa Edry bersama senyuman plastiknya. Peluh dingin sudah terasa. 'Alamak. Kantoi. Mission failed!'

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)