TUTORIAL : Favicon (New)


Assalamualaikum :D
Hey , dah lama tak buat tutor and kasi freebies kan ? So malam ni in sya Allah princess teddy buat semua tu . ohohoho . tapi yang simple je laa kan . ngee ~ ya saya malas . harap maklum :P

ok , since blogger dah tukar design baru untuk dashboard dia , lagi senang untuk kita tukar favicon .
ehh , favicon ? apakah ? for newbies , favicon ni icon B warna oren kat sebelah link tu . alah , icon blogger tu lah . tapi , kita boleh tukar icon tu actually . hmm , macam tu lah . *cakap macam senior sangat je . muahaha*


\one/
Dashboard ---> Layout ---> Favicon

\two/
keluar configure favicon kan ? ok , sebelum tu cari lah dulu mana mana icon comel yang korang berkenan . yang penting mesti saiz tak lebih dari 100kb and square image . then , save as . ok , lepas tu , dekat configure favicon tadi , pilih je la icon tu . save .

ok dah siap . otototo , senang bangaaat ~


Photobucket

Teman Muka Buku

Assalamualaikum ;-)
Yo ! hari ni princess teddy sangat gembira kerana dapat meluangkan masa melayan perut choomel melantak sepuas hati . muahahaha . bangun bangun pagi tengah hari ja terus pergi dapur melantak mee goreng . habis mee goreng sepinggan penuh terus bersiap untuk pergi open house rumah cikgu . Hoi , makan lagi ! lepas mee kari semangkuk aku tibai nasi ayam pulak , sangat seronok .



tak tahu lah bila masa diorang membedal fone aku snap snap gambar . gambar tuan fone tak dak pon . sadis Y_Y

tapi ape ape pun terima kasih kepada siapa yang snap gamba ni . wakakaka . i loike :P

nampak tak perbezaan saiz pipi kami ? huahuahua XD



saje nak tayang gamba before and after edit . i guna camera360 je yuh . copat dan sonang . huhuhu.





eh , nanti dulu . belum habis lagi perjalanan perut princess teddy . habis melantak satu mangkuk dan satu pinggan , pecut pulak naik motor pergi rumah kawan . eh , jangan salah sangka . bukan princess teddy yang bawa moto tu . selaku gadis paling sopan abad ini , apa kelas kan bawak moto , hilanglah keayuan I . bhahaha . sila tampaq saya sekarang . padahal memang tak reti bawak motor sejak lahir . tapi bagi menjaga jugak keayuan tu , i naik moto duduk mengiring u know . haha . ye lettew . padahal kain sempit kan tak boleh nak duduk secara normal .

then , sampai rumah member , princess teddy mencekik laksa pulak semangkuk . fuh , bulat perut . hahah . walaupun actually semua menu tu princess teddy tak de lah suka sangat . tapi peduli apa aku . telan je . kekeke ~ 

then lepak lepak sat kat rumah Tirah tu , time dah nak balik tu , kakak dia cakap yang dia kenal princess teddy . kenal kat facebook . then kakak dia cakap dekat adik Tirah tu , ni lah Janna Cuna . yang adik selalu request game tu . then adik dia dengan muka yang sangat terkejut , "hah , Janna Cuna ???" ye , ni la Janna Cuna . yang selalu request segala jenis game dekat facebook tu . hahahah . 

so , gembira dapat jumpa teman muka buku -,-''
walaupun dia cuma budak kecik , tapi dia lah yang selalu approve and tolong aku naik level dalam game . hahahah . tak sangka . baru sedar perangai aku sama dengan budak kecik ; suka main game -..-



Photobucket

Ubat Otak ?

terjumpa quotes ni . macam best je . ahaha .
tapi memang betul pun . tak tau la pulak kan if princess teddy sorang je yang macam ni or semua girl macam ni . 
kalau kita ada problem je , and someone special *uhuk* tanya kita ada problem ke ?
mesti jawab , "tak ada pape lah . jangan risau "
ohohoho \motif ketawa?/


hey ! sebenarnya motif dahku merisikokan pertambahan probability untuk mendapat mata panda pada keesokan harinya menaip di malam hari ni *peh panjang gila kot statement* adalah untuk memberitahu korang pasal rahsia sulit smkjp . jeng jeng jeng . drum roll pliss ! 

seminggu sebelum peperiksaan percubaan SPM...... auuuuuuu *sound effect serigala untuk kesan suspen*


sewaktu perhimpunan....
perhatian kepada pelajar tingkatan lima , sila tunggu selepas perhimpunan .

then , lepas perhimpunan tu , datang cikgu add math . ingat nak cakap ada bengkel addmath sabtu ni . sekali dia suruh siapa yang tak puasa tadah tangan . aik , tak puasa 6 pun nak kena rotan ka ? sekali cikgu keluarkan satu botol (yang telah dibogelkan terlebih dahulu) and kasi kami sebiji sorang . and i was like , ehh , pil minda eh ? and terus sumbat masuk mulut .

then my other friends ask , cikgu , pil apa ni ?
cikgu pun dengan senyuman penuh makna jeling jeling manja sambil tayang gigi dekat kami . lama sikit tu baru dia cakap , ni lah pil perancang keluarga .
and we were like.. owh.. pil perancang.... eh , what ??????
then cikgu terus gelak macam tak betul . maka mengertilah kami sekalian umat bahawasanya kami diprank . 

ghrupe ghrupenye pil minda . cap apa kami pun tak tahu . dia cakap pihak atasan yang suruh di kasi kami makan . ntah ye ntah tak...


tapi tapi tapi ! bukan itu yang nak difokuskan . 

loh , yang duk berjela jela kat atas tu baru mukaddimah ka ?!
*suara halus datang menyelit*

err , ehehe . well , u know me .
ok , sambung story . time tengah menikmati pil kemam yang tak da rasa apa tu , tiba tiba princess teddy rasa macam ada something wrong somewhere dengan mata belah kiri . puas gosok gosok manja pun sama jugak . dah puas GGS (gonyoh gentel dan sental) pun tetap sama . dia semacam jadi kabur kabur , jadi kelabu gitu .

but princess teddy ignore je .

sampai kelas , di saat ubat otak tu dah nak habis dibasuh dengan air liur disertakan dengan bantuan ejen pengemam pil terkenal , yakni cik lidah . dua  dua belah pulak mata dahku jadi kelabu . nampak tak nampak je pipi tembam cik naga kat sebelah tu . rasa berpinar pinar . tak lama lepas tu , tiba tiba rasa sakit kepala yang amat . sumpah cek habaq mai , den tak ponah lai raso saket bona kek kopalo macam tu . perit banget rasanya .

rasa macam kena pijak je kepala . macam kena tekan tekan . tak lama lepas tu rasa macam kena tikam tikam je kepala ni . peh , dasatt ~ kegerunan yang tiada tara . then bla bla bla sakit kepala sampai la time rehat . sebelum rehat tu rasanya macam ada dengar Abang Po pesan jangan pergi mana mana . nanti dia datang balik . tapi tengok muka kebulur cik naga tak sampai hati pulak tak teman dia pergi mencekik . lagi pula terbayang nasi lauk sambal plus telur mata kerbau yang dah sebulan tak dapat rasa memanggil manggil . fuh , hilang terus sakit kepala dapat mencekik . hahah .

balik rehat masuk kelas nampak ada sebotol air mineral , biskut kapten munch plus panadol atas meja . and baru teringat pasal Abang Po . mesti tadi time princess teddy tengah seronok mencekik dia rushing pergi koop cari panadol . err , sorry dear . huhu . tapi i lagi sayang perut i dari you . ehehe . jk . last last , panadol tu just simpan comel comel dalam purse je *pssstt , purse baru ! warna kuning yuh :P* . kalau tak hilang sakit kepala lagipun memang princess teddy akan fikir patratusnamblas kali dulu sebelum makan . pasal saya special , tak boleh telan panadol . tekak comel sangat . so , kene KUNYAH . yekk .


so , dengan yakin dan pasti saya ingin menuduh ubat otak tu lah dalang segala penderitaan yang dialami oleh princess teddy tanpa saksi dan bukti yang sah . sila jangan sebat saya kerana memfitnah .
tapi , setelah dibuat ujikaji yakni dengan memakan lagi ubat tu pada keesokan hari , tak dak pulak sakit kepala . errr . maybe first time makan tu kot . ubat tu terkejut bila masuk masuk jumpa otak princess teddy dahsyat sangat . tu yang dia jalankan modus operandi guna plan B tu . tu yang sampai sakit kepala tu . otak terperanjat gamaknye .

P/S : otak terperanjat ? apakah ? -,-''


Photobucket

OH NOOO ! it's Monday T_T



di pagi yang permai , di saat ayam jantan baru nak testing suara berkokok , di saat embun pagi baru nak menkondensasikan diri , dan di saat mimpi dahku sedang di saat klimaks , kalau dalam drama Melayu time perempuan tu hampir diceraikan , kalau dalam final destination time hero tu hampir mati , dan kalau dalam cerita wonderpet si saat ming ming cakap , "Ini...serius..."

tiba tiba... jeng jeng jeng...
"Una , bangun ! dah pukul 6.30 !"
dan aku pun membuka mata yang bulu matanya lentik lebih sikit dari kadar biasa sebab lama sangat terpejam . apakah ? mimpi gua belum habis lagi ! gua cuti apsal nak kejut awal awal ni ? dan.... oh demm , baru gua ingat hari ni Isnin -,-'' mencik mencik !

maka beta pun *lepas dahku gua , lepas gua beta pulak , lepas beta?* mandi dengan penuh lemah gemalai ala ala puteri zaman dulu dulu gedik gedik mandi tepi sungai . siap mandi beta pun bersiap dengan penuh sopan santun . hei , saya warganegara yang patuh akan prinsip rukun negara ok . kesopanan dan kesusilaan . haha . saaaampailah ayahnda beta jerit dari luar rumah , "hoi , nak jalan kaki ke ?"

sampai dekat sekolah , princess teddy boleh nampak semua manusia sejagat sedang pegang satu benda hijau berpuaka yang dipanggil SJ . ya , tak syak lagi Semarak Jaya aka Sakit Jantung dahku nak menyiapkan . wakaka . memang aku tak pernah betul betul siap pun benda alah ni . so , pagi tadi rilek je lah . konon dalam dewan sementara cikgu syok sendiri borak kat depan sambil bayangkan kami semua sedang mendengar dengan penuh perhatian *kenyataannya tidak mungkin !* boleh lah copy yang kawan punya . 

tapi tadi , lain pulak jadinya . ada ke patut \tak patut tak patut/ cikgu kutip kami punya SJ . sebelum sebelum ni just tunjuk je dekat cikgu . selak laju laju konon dah siap . padahal men tibai je tulis merapu dekat tempat kosong tuh . kerja yang patut buat dalam foolscape pun siap separuh je padahal . dan cikgu dengan kudusnya melihat muka dahku yang konon heaven gila muka baik tak pernah tak siap kerja tu percaya je lah yang SJ aku dah siap . ohoho . best ~

tapi kali ni , kalau dah kena kutip tu , kompom ! GPK nak check sendiri satu satu . ohh nehi ! kantoi la semua kesan kesan conteng angkara baby montel yang belum sempat princess teddy padam tu . kantoi la ayat idiom BI aku salin balik je soalan dia . kantoi lah PAI aku tak buat kertas 2 . so , harap maaf tangan mulus . kebarangkalian anda dirotan adalah 65% mungkin ? score Z dia cari lah sendiri . hahaha . 
Photobucket

People's Thought

Every people have their own thought . and we can't change thier thought . we have to respect them .
But sometimes.... princess teddy menyampah sangat dengan fikiran orang ni . they made me feel like , oh plis . i'm no angle ok . i'm not google that knows everything just in one click . i'm just ordinary human . and do make mistakes .

kalau orang cakap...
people : awak ni pandai lah .
me : tak ada lah . saya biasa biasa je . mana ada pandai pun
people : eleh , dah pandai tak nak mengaku . menyampah .

habis tak kan nak jawab macam ni....

people : awak ni pandai lah
me : memang pun . saya dah lama tau
people : ceh , belagak gila !

so which one i should choose ? bhaha .

kalau time exam lagi lah....

di pagi before starts exam...
me : ya allah , banyak gila lagi tak baca ni . mampuih la aku T_T
people : eleh kau , orang pandai tak pe . tak baca pun boleh jawab .

during exam....
me : WTF , bapak susah nye soalan . aaaaaaa , stress ! waa , ape ni , tak penah tau pun ?

after exam....
people : macam mana exam , ok ?
me : err , tak tahu lah nak cakap ape .
people : ye la tu . aku tengok kau jawab rilek je . cakap susah , tapi nanti tau tau dapat A
me : f**k (dalam hati je la . kekeke~)

bila dapat result...
people : kau berapa A ?
me : * A (rahsia . hahaha)
people : peh . eee , bencinye kau ni . dalam kelas main main . time exam tak baca buku . tapi cerdik  jugak .
me : .......

cakap senang la . people would say apa yang diorang rasa and diorang nampak .
tapi ada ke siapa tahu macam mana aku cuba concentrate dalam kelas . even princess teddy bukan jenis yang kuat study , tapi bila exam walaupun study last minute , tapi princess teddy memang pulun habis . dah tidur pukul 1 lebih . bangun pulak dalam pukul 4 sambung baca . *pasal nak habiskan satu buku teks . hahaha . tapi tak pernah habis pun -,-* habis keluar semua eyebag panda segala . huuu ~

so people , if you don't really know how hard someone tu try to achieve their success , don't easily judge them . btw , mustahil la kan , orang yang walaupun IQ dia tinggi , tapi dia langsung tak serius belajar then dapat result gempak . mesti ada juga usaha tu , walaupun sikit .


P/S : apsal tiba tiba naik tajuk sensitip ni ? ufufu ~ ada tak sesiapa yang senasib dengan saya ?

Photobucket

Selamat Hari Raya :D


peh , nak dekat sebulan dah tak update blog . bukan setakat bersawang , tikus pun dah boleh beranak kat sini . huhu . sebenarnya tak de la busy mana . tapi rasa tak ada mood nak update blog . huu , sadis .

so , hari ni princess teddy nak wish selamat hari raya dekat semua yang memang kompom tak de kerja tengah baca blog ni . baiklah korang tutup lappy sekarang and pergi buat kerja yang lebih berpekdah . contohnya tolong mak masak ke , tolong kemas rumah ke , pergi text bf ke , pergi shopping ke , bagi kucing makan ke , bank in duit ke akaun princess teddy ke , kan ke lebih baik tu . ekekeke ~

so macam biasa , bila time hari raya haruslah kita duduk rumah tercongok depan tv je . dah siapa suruh banyak sangat cerita best nak tayang kan . orang tv tu saja je tak mau kasi kita pergi beraya rumah orang . tayang cerita best banyak banyak . kalau tak raya haram nak tayang cerita best . tapi yang tak boleh blah , bila raya cerita yang dia tayang tu tak ada kene mengena pun . macam tahun lepas berderet cerita hantu . khurafat lah , momok lah , santau lah , susuk lah , toyol , pocong , hantu bapok , kak limah semua keluar . tahun ni diorang pakat tayang cerita lawak pulak . bukak tv je nampak hidung zizan . tu je lah . tak de cerita lain dah -,-''

cuba tayang cerita barbie ke , boboiboy ke , best la sikit kan . uhuhu . tapi tetap tak de kena mengena dengan raya . 

tahun ni princess teddy beraya kat negeri sembilan dulu . so , konklusinya . raya = BORING . sangaaaaat boring . bayangkan lah , anda cucu sulong . cucu second baru darjah enam . cucu third yakni adik anda , darjah empat . dengan siapakah anda harus berjimba bersama ? jawapannye....teetttt , no one . i'm forever alone yuh T_T
siyes bosan . tak ada siapa nak buat geng . last last dari pagi sampai malam texting dengan Abang Po . makcik makcik pun semua dah tegur princess teddy asyik text bf je . ohoho , biaq pi lantak den lah bhaa ~ *eh ni loghat pe aku tibai ?*


akhirnye geng dengan my one and only makcik yang belum kahwin je . isk , sedih . hey hey hey , cepat teka saya yang mana satu ?? opcoz la yang nampak macam awet muda sikit tuw . ufufufu ~

so hari ni , meh kita tayang gambaq sket .


ni kasut raya i . cuba u teka berapa inchi ? ohoho ~

ni adik yang sibuk jugak nak tayang kasut raya -,-

one n only baju raya . sadis . yang lain tak siap , tak jahit , spoil and macam macam lagi . sumpah fed up .


ok , next , cuba teka apa yang ada dalam beg pink tu selain dari duit raya ? jeng jeng jeng...



ya , cikgu cikgu , anda patut berbangga . i bawak semarak jaya balik kampung u know . tapi macam yang i cakap , bawak je lah . tak buat pun . huahuahua ~

Photobucket

Memang menguji kesabaran ~


Assalamualaikum :3
hoi , di bulan puasa ni mesti ada je kan benda benda yang memang menguji kesabaran kita . kan kan ? semalam.....

princess teddy sedang seronok seronok melepak tepi makmal sementara menunggu batang hidung cikgu bio tersembul depan mata . tapi tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu

satu jam kemudian...

punya tunggu , hoi , tak muncul muncul jugak ! tiba tiba ada cikgu lain panggil princess teddy and cik naga nak mintak tolong ambil kan payung dia dalam kereta . err , nak cakap panas pun tak , hujan lagi lah tak . mungkin dia nak buat photoshoot pozing pegang payung kot . ohoho . bajet comel .

then , kami pun jalan lah dengan ayunya pergi kereta cikgu . pot pet pot pet , bila kami balik je dari ambil payung , nahh , everyone disappeared ! puuaaaas kami cari . dalam makmal tak ada . then kami mendaki tangga pergi library . puun tak ada . then menapak pergi bilik seminar . puuuun tak ada . then menuruni lurah pulak pergi makmal bio yang nahkaubapakgilajauh di hujung dunia . dan sekali lagi , puuuuuun tak ada . demm . where have they been ???

puas kami memikirkan , mana diorang semua hilang . mungkinkah mereka semua kena culik ? oleh alien barangkali ? boleh jadi jugak kan . mana tau ada ufo parking kejap dekat atas bumbung sekolah , then terbawak balik diorang sekali . sedut masuk dalam kapal tu pakai lampu yang boleh terapung tu . hahaha .

betullah kan . kalau nak cakap kena sorok dengan hantu , mana ada hantu bulan puasa -,-''

then , last location , bilik gerakan . tapi.... cermin bilik tu dah lah tinted. tak kan nak intai , karang kalau bukan diorang yang duduk dekat dalam tu , mau ke orang yang tengah mesyuarat tu pelik tengok ada dua orang budak choomel dok tekap muka dekat cermin . 

jadi... kami terpaksa ambil inisiatip melekapkan telinga pada pintu . semata mata nak dengar ada tak suara cikgu bio dalam tu . choi , tapi haram tak dengar apa . dan kami dah macam orang gila . next week dah la dah start exam . pre-trial pulak tu ! akhirnya... redah je la . terpaksa lah try an error . buka je pintu tu . kalau pengetua tengah mesyuarat tu , lantak lah . buat jelah muka comel pura pura salah kelas . 

dan mujur..... setelah terketar ketar tangan nak bukak pintu tu , che , memang diorang ! penat je terintai intai dekat koridor tuh . dan yang paling heaven sekali , diorang semua bukan tengah tekun lagi kusyuk balajar biologi . tapi tengah bergumbira bergelak sakan tengah tengok slide . bukan pasal pelajaran , tapi tengok video hari keluarga sekolah dua tahun lepas . and i was like... demmm . penat lelah aku cari kelas , rupanya diorang tak belajar pun .

bak kata bio...

cikgu jom lah belajar . minggu depan kan exaaaaam .

cikgu : halah , hari ni kita rehat lah . awak tak bosan ke ? dah dua tahun belajar bio . hari ni tak payah belajarlah ~

ok fine . cikgu memang otai . ilobyu -,-
cikgu ni memang... suka macam tu , kalau time dia malas mengajar , dia akan ajak kami karoeke lah , tak pun dia cakap dia nak mengajar bab tindakan luar sedar . apa tu ? tidur . tidur ??? ya tidur ~~ dan kami semua satu kelas akan tidur dengan gembiranya . dah lah cikgu ni ajar subjek killer . biology and add math .

tapi.... markah kami semua boleh tahan jugak . tak tahu lah dia pakai ilmu apa . exam julai baru ni markah addmath princess teddy lagi tinggi dari math moden . math mode 88 je . add math 95 . macam.... hahahahah . ini memang pelik .