miss perfect ~16~

"Assalamualaikum.... Anna, oh Anna." laung Syafira dari luar rumah.
Anna yang ketika itu sedang bergolek-golek manja di atas katil bersama Mr. Teddy segera bangun dan menjenguk ke tingkap.
"Tunggu sekejap ya!" Anna segera berlari turun ke bawah untuk membuka pintu.
Sebaik saja pintu di buka...
"Eh, saya tak nak beli kain. Terima kasih sajalah ya." ujar Anna lalu mengacah-acah mahu menutup pintu.
Syafira segera menolak pintu dan masuk ke dalam. "Amboi-amboi. Saya pun tak ingin buat direct selling kat awak la. Saya tahu awak takkan beli." ujar Syafira yang muncungnya sudah pun mula memanjang.
Anna cuma ketawa kecil sendiri. "Saya bergurau sajalah. Saya terkejut tengok awak bawa beg besar-besar macam ni. Ada apa kat dalam? Awak bawa mayat ke?" cabul betul mulut tuan puteri ni.
"Eh, macam mana awak tahu?" soal Syafira dalam kadar berbisik.
"Hah, biar betul? Mayat siapa?" Anna sudah terbeliak biji matanya.
"Mayat Afiq. Saya jumpa tepi jalan tadi. Saya pun kutip la." jawab Syafira dengan muka serius.
Makin menggelabah la Anna dibuatnya. Dia segera merentap beg di tangan Syafira lalu membukanya. "Eh, mana?" soal Anna terpinga-pinga. Habis seluruh isi beg itu diselongkarnya.
Syafira sudah ketawa terkekek-kekek. "Haha, ish awak ni. Siapa pula yang nak bunuh putera idaman awak tu?"
Anna sudah tersipu-sipu. 'Mesti kerja Edry ni!'

"Make over time!" ujar Syafira sebaik saja melabuhkan punggungnya di katil Anna. Dia segera mengeluarkan alat solek dari begnya.

Anna sudah membuka pintu almarinya dan mengeluarkan sepasang baju T-shirt. Syafira yang melihat segera mencapai baju itu dan memasukkan kembali ke dalam almari. Kemudian dia mencari-cari baju gaun cream berlabuci merah jambu yang dibelikan buat Anna kelmarin dan mengeluarkannya.
"Awak kena pakai yang ini. Wajib!" Syafira segera menyerahkan baju itu kepada Anna.
"Tapi, tak sesuailah dengan saya." ujar Anna.
Syafira sudah membuat muka sedih. "Anna, please. Ini je yang saya minta. Saya teringin sangat nak tengok awak pakai baju ni malam ni. Please..." rayu Syafira bersungguh-sungguh.
Anna yang sudah mula tersentuh hatinya cuma mengangguk lemah. Dia mencapai baju itu dan beredar ke bilik air untuk menyalin pakaian. Melihat Anna sudah masuk ke dalam bilik air, Syafira sudah tersenyum lebar dan bertepuk tangan. Sambil itu, sempat lagi dia menhantar pesanan ringkas kepada Edry.

"Semuanya berjalan lancar. She will be a princess tonight! "


Anna keluar dengan memakai gaun tersebut. Gaun itu betul-betul nampak sesuai dengannya. Nampak sweet sekali.

"Wah, kan saya dah kata. Memang sesuai betul dengan awak!" ujar Syafira sambil tersenyum senang. "Sekarang, mari sini." sambungnya lagi. Syafira sudah mengeluarkan beg make-upnya.
"Eh, saya tak nak pakai make-up lah." Anna cepat-cepat menggeleng tidak setuju.
Syafira sekali lagi menarik muka masam. "Please..." sayu betul suaranya.
Anna mengeluh lemah. Dia memang tidak tahan melihat Syafira begitu. Anna duduk di sebelah Syafira. Dia pasrah terhadap apa yang bakal dilakukan Syafira ke wajah sucinya itu.

Anna terasa berus make-up menari-nari di pipi gebunya itu. Kemudian terasa ada sesuatu melekat di kelopak matanya dan bulu matanya yang sudah sedia lentik itu terasa lebih berat dari biasa. Seterusnya, bibir manisnya disapu dengan sejenis cecair pekat yang berkilat. Anna cuba menjilat sedikit bibirnya. "Emm, manis. Apa ni?" soal Anna. Dia memang langsung tidak tahu menahu berkenaan alat-alat solek.

"Hey, jangan jilat! Itu lip gloss lah." ujar Syafira yang kini mula menyikat rambut Anna. Rambut depannya di sikat lurus ke hadapan, rambut belakangnya di biarkan lepas beralun saja. Sepasang klip rambut berbentuk bunga berwarna cream campur merah jambu dikelipkan di tepi rambutnya di kiri dan di kanan.
Syafira melihat hasil akhir solekannya. Buat seketika, dia terpegun. Anna kelihatan sungguh cantik. Lebih cantik dari Helmina! Tak tipu!
"Anna... You.." Syafira cakap tersekat-sekat sambil matanya masih digam kukuh menatap Anna. Terkebil-kebil dari tadi.
Anna juga turut sama terkebil-kebil. Kemudian dia mengeluh. "Kan saya dah kata, saya memang tak sesuai pakai make-up. Mesti nampak buruk kan?"
"No, you look so gorgeous! So sweet, really!" ujar Syafira.
Anna cuma tersenyum tawar. Dia tidak tahu apa yang dikatakan Syafira benar atau cuma mahu mengambil hatinya. Tapi dia tidak yakin yang dia cantik. Hey, yakinlah sikit!  


Anna mencapai cermin mata putihnya di tepi katil lalu memakainya.
Syafira yang melihat segera mencapai cermin mata tersebut dari tangan Anna sambil menggeleng-geleng laju.
"No, jangan pakai ni. Awak nampak cantik tanpa spec ni." ujar Syafira.
"Ish, nanti mesti orang nampak saya janggal. Lagipun susah la nak melihat." rungut Anna.
Syafira sudah mula menarik muka masamnya sekali lagi.
"Please.." sayu betul suaranya.
Anna mengeluh perlahan sambil mengangguk lemah. Dia memang lemah bila melihat Syafira begitu. Lebih-lebih lagi bila memikirkan itu permintaan terakhir darinya.
Syafira sudah tersenyum lebar. Dia segera mencapai sesuatu dari dalam begnya dan menghulurkan pada Anna.
"Pakai ni."
"Apa ni?" soal Anna. Dia menyambut bekas yang dihulurkan Syafira.
"Contact lens." jawab Syafira sambil tersenyum simpul.
"Tapi power dia sama ke dengan mata saya?" soal Anna ragu-ragu.
"Yup, saya dah tanya mama awak."
"Ish, mama pun komplot sama?"


Anna dan Syafira berjalan bersama menuju ke dewan sekolah. Saat itu, Syafira sudah tersenyum lebar. Mindanya sudah membayangkan rupa-rupa orang-orang di dalam dewan yang bakal digemparkan dengan satu kejutan. Kejutan kehadiran seorang perempuan cantik. Hehe. Ya, dan mungkin tak akan ada sesiapa yang tahu perempuan cantik itu adalah Anna yang selama ini dilihat semua orang sebagai seorang yang skema.

Sementara Anna pula, antara rela dan tidak saja kakinya melangkah ke arah dewan. Dia tidak sanggup berasa kecewa nanti.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)