Entry Express

assalamualaikum readers .

wah ! x sangka dapat online lg malam ni actually . ni pun pinjam lappy cousin . so ni entry untuk wish
SELAMAT HARI RAYA  to all bloggers :)
semoga semua happy2 je esok ok .
btw , princes teddy nak mintak maaf kalau ada salah dan silap sepanjang blogging nih .
till then , bubbye ! nak masak rendang , buat ketupat , lemang , dodol , wajik blablabla *tipu lha tu . padahal buat rendang n nasi impit je pun*



Mari Menyiput ~

phew ~ siap suda kuih siput princess teddy . eh silap silap . bukan kuih siput . but turns to kuih gunting . huhu . 
korang taw kan kuih siput tu macam mana ? well , actually maw buat kuih siput , but papan untuk guling-guling tepung kasi dia jadi bentuk siput tu tiba-tiba missing in action pulak . so kmi ambil inisiatif , gunting jaa adunan tuh . so it turns to kuih gunting lha . kekekeke ~

pelik ? just shut up 

sesi menggunting . huhuhu

ni time menggoreng . hehe . sorry gambar senget . rotate lha kepala korang sendiri . huhu

hasilnye =..=

bentuknya... sangat..tak berseni . sadiss T_T 


rasa ? insyaallah sedappp ~ huhu
nak rasa meh la datang rumah raya nanti (:

TUTORIAL : Pop Up Window



okay yang ini senang je .

1) dashboard --> design --> Edit HTML

2) search for this code (use ctrl F)
<head>

3) then , copy code bawah ni and paste kan di ATAS code <head> tadi .
<script language='JavaScript'>alert(" AYAT ANDA ");</script>

4) AYAT ANDA tuh tukar la dengan ape yang korang nak cakap .

then , preview and save (:

Baju Raya Untuk Belog Cayunk ~

wallawey , at last siap jugak baju raye untuk blog ni 
siyes buat di saat akhir 
esok luse maybe dah nak balik kampung . kesian pulak bila memikirkan blog ni ditingalkan keseorangan 
dh la tu , tanpa baju raya pulak tu 
kesian 
tapi susah payah buat new theme untuk blog ni pun hasilnya still pink =..= 
aiyoyoyo~ *tak dapat kawal diri*
so , inilah hasilnya . 
huehuehue B-)




background
kasi pekat sikit then dots tu bertukar jadik loves

header 
malas nak buat yang baru . heheh

tab menu 
cun tak rilakkuma tuh ?

icon shoutbox
okay yang ini siyes huduh -..-

scroll bar
malas nak edit balik .

b/g post title n sidebar
kiut tak ? hohoho ~


p/s : blog princess teddy ada baju raya . blog kamu ada ? ngehehehe~
p/s lagi : segala request tutor insyaallah princess teddy buat lepas raya okay ? (:


Decoration Bilik ? Terharu !!!

hihi
hehe
hoho
huhu
*pffffttt XD*

fuh ~ penat tahan gelak . actually tadi check shoutbox . ada satu comment ni . sumpah kasi wa gelak tergolek-golek derr . *okay tipu lha tu . gelak dalam hati je pun* tapi siyes lawak . princess teddy pasang muke ketat ni . menunjukkan princess teddy siyes . *choi~*



boleh bace tak ? kalau rasa tak boleh tu , boleh kan jugak . huhu . sumpah terharu sangat bila ada orang yang  bertanyakan pasal decoration bilik princess teddy . tapi malangnya cik ya ya tu tak link kan name dia lha . (tak taw lha kan kalau kawan2 aku saje nak kenekan)


err , actually . bilik princess teddy decoration dia simple je . 

dinding : pink (sama warna macam background blog)

wallpaper : none 

frame : none

katil : katil kayu simple je. tak de pun bertiang lilit-lilit dengan langsing macam katil princess-princess yang lain . cuma dekat kepala katil tu ada lekat tiga bintang comel . pasal malam-malam nak teman abg Po tengok bintang takut plak maw buka tingkap . so buat bintang sendiri then tampal kat kepala katil . huhu . 
atas katil wajib ada teddy bear 3 bijik . huhu . 

almari : pun biasa . cuma pintu almari tu semakin hari semakin sarat dengan segala macam idea kreatif ditepek kat situ . termasuk lha gamba kimbum . ngehehehe ~

meja solek : cermin dia penuh dengan memo bentuk love yang comel . huhu . kenapa tepek kat situ ? selalu kan orang tepek memo kat meja study . tapi princess teddy prefer tepek kat meja solek pasal pagi-pagi sebelum pegi sekolah kompom belek muka depan cermin dulu . so boleh la nampak memo tu . 
p/s ~ antara memo yang ada : SILA BAWA DUIT CIK NAGA KALAU TAK NAK HANGUS . kekekeke ~

meja study : ohh , ini yang paling sadis sekali . kaki meja tu patah kot hari tu . so terpaksa dialas dengan satu meja kecik supaya dia kekal teguh berdiri . bagai aur dengan tebing , bagai meja study tak cukup kaki dengan meja kecil yang comel . huhuhu . princess teddy sayang meja kecik tuh . pasal baru je dengan semangat cat meja tu jadi warna putih . baru la ala-ala omputeh sikit . tetibe terpaksa jadikan dia untuk buat alas meja study . sadiss T_T . 

carpet : takde sebab tak tahan habuk . 

langsir : soft grey 

ape lagi yek . tu je la . bilik princess teddy simple je . cuma perlu kreatif tampal itu ini dekat almari ke , meja study ke ape . but yang pasti bilik tu pink lha . hehe . 


tapi... ada satu je problem .
bilik princess teddy , kalau kemas . memang sedap la mata memandang . kiut jer . *cehh* 
tapi... malangnya kekemasan tu payahhhhhhh sangat nak dikekalkan . paling lama bertahan tak lebih dari seminggu la . lepas tu... booom ! haha . lantai tu wajib bersepah dengan buku-buku and segala kertas . meja study pun penuh . selimut pulak payah betul nak lipat . meja solek pulak , mula-mula je kemas . seminggu lepas tu meja yang dari warna black jadi warna putih . macam turu salji je kan . haha . maklum la , pakai bedak tabur , sebab tu jadi putih . malas benau nak lap balik . then gela bedak deoderen serta lip balm and perfume dah tunggang langgang . mula-mula je tersusun kemas dalam laci .


p/s : ingatkan nak letak gamba bilik tapi hasrat suci murni terpaksa dibatalkan . pasal bilik tak kemas lagi . huhu . insyaallah esok princess teddy kemas then tayang kat korang semua . tengok sendiri pink ke tidak . huhu . 


Booom ! Merdeka !



so bermula esok , kanak-kanak di serata malaysia dah mula bersuka ria sampai menari-nari di depan rumah pasal holiday dah start . makcik-makcik pulak tengah neves kueh raye belum cukup 30 balang . ada jugak yang maybe tengah menangis pasal tiket bas terjatuh dalam lubang jamban . and nenek-nenek sedang sedia terpacak di tangga rumah masing-masing menunggu kepulangan anak-anak sambil menayang gigi pelesu .

*ape kejadah semua ni ? -,-''*


ni actually entry terlebih eksaited (indahnye english aku) pasal esok da start cuti seminggu . and yang paling penting , cuti raya kali ni adalah TANPA KEHADIRAN SEMARAK JAYA . hip hip hooray ! XD (nampak tak keexcited-an tu ?) booom ! merdeka ! hahaha . ni lha erti kemerdekaan yang sebenar . eh , kenapa mesti booom ? pasal semalam chat ngan faiz , dapat word ni dari dia lha . dia cakap kan merdeka , so itu bunyi meriam . hahah . kejadah (?)


cakap pasal merdeka , sadisnya . memang tak meriah langsung tahun ni . tak terasa pun kehangatan nak menyambut 31 Ogos . selalunya kereta-kereta penuh bendera . tapi kali ni , kereta-kereta penuh bergayut ketupat jaa . hari kemerdekaan dilupakan . tapi tak pe , sebagai umat islam , lebih afdal utamakan hari raya dari hari merdeka . bak kata pepatah husnaland , daripada habis duit beli bendera berjuta lemon , baik simpan untuk beli shawl raya . huehuehue ~ B-)


p/s : beg sekolah princess teddy pun ada gayut 2 bijik ketupat . kamu ada ? :P 
p/s lagi : selamat balik kampung . ingat , utamakan keselamatan di jalan raya . *baru start keje part time jadik polis trafic :P *



Nak Mengadu



dear bloggie ,
hari ni princess teddy kene rotan . :'(  *actually takde lah sakit pun* 
pagi tadi , ada majlis pelancaran bulan mereka . yeke ? entah . men hentam jaa name . huhu . well , setelah menyanyi dengan penuh semangatnye , (siyes semangat . budak-budak ni nyanyi sampai nak terkeluar anak tekak . terutama dieba :P) then masuk lha kelas . well , time tu princess teddy tengah kusyuk siapkan homework addmath . cikgu cakap nak kerja tu lepas raya , tapi malam tadi princess teddy dah telek awal-awal guna bola kristal . bola kristal cakap cikgu nak bincang soklan tu hari ni . hah , betul ! well , saya kan ahli sihir yang berjaya . haha . then tiba-tiba papa nuar masuk . tiba-tiba ja dia mintak kami keluarkan kerja math mod yang dia kasi semalam . OMD ! sumpah lupa ! *Ceh , padahal dah ingat dah kat perhimpunan tadi tapi malas *

then dengan tak semena-mena-mena dia suruh sape yang tak siap tu keluar kelas . erkk , so dengan penuh pasrahnya princess teddy pun keluar la kelas . *seorang puteri raja dihalau keluar kelas ? tak patut !!* tiba-tiba cikgu suruh antu galah pergi ambil rotan kat meja dia . OMD sekali lagi !! wuu ~ tak lama lepas tu pulang lha antu galah bersama rotan yang gila besar nak mamposs . =..= punya la cuak siot . tapi last2 tak de la sakit mana . sebab time princess teddy kena rotan tu princess teddy tengah seronok ketawakan mira . hua hua hua . dia takut nak kene rotan , then cikgu cakap , tak pe . awak tunggu dulu . bia dia ambik mood . hahaha . nak kena rotan pun kene ambil mood dulu ke ? so disebabkan kena rotan sambil ketawa , tak terasa sakit langsung . terima kasih Wan Farah Ameira . huehuehue ~ B-)


p/s ~ rugi tak bawa phone . kalau tak boleh snap pic tangan yang merah berkesan kena rotan . rugi rugi rugi ~ (geleng-geleng)

Maaf , Ayah Saya Gangster ~



fuh ~ princess teddy baru je balik rumah . tadi keluar kejap dengan ayah beli barang .
ohh , nak taw tak nak taw tak ?? *tolong la cakap nak . plissssss*

tadi kan , nak pegi pasaraya lha kan . then , jalan yang selalu ayah lalu tu ditutup pasal ada bazar . tapi disebabkan genetik MALAS yang diwarisi dari keturunan ke keturunan menyebabkan ayah malas nak pusing balik . so dengan gangster nye dia pergi alihkan signboard jalan ditutup tu ke tepi then drive macam bese . 

then tiba-tiba rupanya ada orang jaga kat tengah-tengah jalan tu . well , mula-mula adik princess teddy yang perasan . dia cakap ada orang pandang lain macam je time kami lalu tu . then sampai di hujung jalan , rupanya ada satu lagi signboard jalan ditutup . so ayah pun suruh la princess teddy yang alih signboard tuh . dah la time tu hujan . so saya sebagai anak yang mendengar kata *cehh* pergi lha turun angkat signboard tuh . sumpah terasa macam keling buat jalan jaa time tuh .  

tiba-tiba.. jeng jeng jeng . tengah berusaha mengatangkan badan angkat signboard puaka tuh *berat siott* rupanya orang yang tengok kitorang lalu tadi dah on the way menghala ke kitorang . 
then dengar orang jerit..
"woii !! letak balik !!"
erk... tapi disebabkan princess teddy rabun tapi nak bajet cun tak maw pakai spec cume mampu toleh belakang tapi tak nampak pun makhluk yang menjerit tadi ada kat mana . then cepat-cepat campak signboard tu ke tepi and jerit "weyyy . ayah !! macam mane ni ? orang tu marah ! lari !!"
then lari masuk kereta and ayah pun terus tekan pedal minyak . huhu . bila princess teddy cuak orang tu follow dari belakang ayah boleh buat muka toya je . sebab pasaraya tu betul-betul sebelah hujung jalan tadi . kiranya orang tu boleh nampak la kami belok situ .


tapi time tu je la cuak . on the way balik tu boleh lagi kami fikir dua tiga kali nak lalu balik jalan tadi . tapi tengok-tengok orang tu dah letak balik signboard tu kat tengah jalan . 
sempat lagi kami bisik-bisik maw alih balik signboard tuh , tapi nampak sangat sengaja cari pasal kan . karang tak pasal-pasal balik rumah mata lebam . kekekekeke~


jangan lha marah sy . tak nampak ke wajah innocent ne ? huahuahua
(maaf gambar kabur)


B.I.N.T.A.N.G




Bintang merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. Cahaya bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang eletromagnetik, dan tenaga. Permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.

Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium, haba, dan cahaya.

sumber : wikipedia

err , kenapa pulak princess teddy tiba-tiba share tafsiran bintang nih ? hahaha . kebosanan melanda . well , bila fikir balik , setiap orang ada pandangan tersendiri terhadap bintang..


ada orang suka tengok bintang . bila tengok , rasa tenang je . baru la terfikir betapa luasnya dunia ciptaan tuhan .

ada orang , percayakan horoskop . well , horoskop ni pun tercipta berdasarkan bintang . tapi semua ni khurafat je .

kalau pelayar zaman dulu-dulu , guna bintang sebagai panduan arah . agaknye macam mane diorang tengok ek ? =.=

orang cakap , roh orang yang dah mati tu akan jadi bintang . jadi bila kita tengok bintang , konon-kononnye roh tu boleh tengok kita la dari langit . sebab tu ada orang terperasan sorang-sorang then mula la tersengeh-sengeh or menangis tengok bintang berkelip-kelip kat langit . perasan orang yang dah mati tu kenyit mata kat dia . hahaha . *yang ini sumpah merepek kot*

kalau kita ternampak taik bintang jatuh pulak , kita kena cepat-cepat buat wish . orang kata nanti termakbul . tapi kalau princess teddy la , kalau nampak taik bintang tu dah terlupa dah nak buat wish . yang ada dalam kepala time tu maybe , eh , bintang tu boleh berak ke ? taik dia bentuk macam mana ek ? busuk ke ?

kalau dalam cerita dora the explorer , ada banyak bintang-bintang warna warni terbang-terbang . wuu ~ catch catch catch !

kalau dalam cerita a crazy little thing called love , cara pertama untuk mendapatkan cinta anda , pergi dekat tempat yang banyak bintang , then tulis nama crush korang dengan sambungkan titik titik bintang kat langit . sweet ~ cubalah ! ^_^

kalau dekat blogger pulak , ada blog dari sini ke bintang bintang . hehehehe ~

kalau dekat astro pulak , ada rancangan realiti kamilah bintang .


hahah ! okay dah merepek ! kalau korang ada apa-apa benda best tentang bintang , jom la share :)

Ceramah Percuma Sebaik Saja Celik Mata



pagi tadi tengah syok-syok tidur tiba-tiba dapat call dari unknown number . dengan malasnya terpaksa lha answer kan . (sebelum tu testing suara dulu supaya tak dengar macam mamai sangat)


aku : "hello?"
bob politik : "hello suhana ! eh ni aku bob . bagi phone ni kat ayah ko jap aku ada benda nak cakap dengan cikgu zazali ni . cepat sikit." (bercakap dalam nada selaju yang boleh)
aku : "ehh , ni sape ? nak ape ? ee , ape ni??" (tak paham mende sebab mamai)
bob politik : "ee , ni aku lha bob . ni suhana kan ? eh , husna ! aduh aq sokmo silap panggil nama kau . bagi phone ni kat ayah ko jap . " (macam biasa , cakap laju-laju)
*otak baru dapat memproses fakta*
aku : "owhh , err , ko amek je la no ayah aku ni . "
bob politik : "lha , bagi jela phone ni kat ayah ko"
aku : "aku..aku.. tak taw dia ada kat mana.." 
bob politik : "ni mesti baru bangun tidur ni . astaghfirullah.. ape nak jadi ni ? macam mana nak jadi isteri yang baik kalau macam ni ? kesian la kat ***** . ya allah...."
aku : "sebok lah kau . nak ke tak nak ni ?"
bob politik : "ha , nak ! cepat2 !"
aku : "013... 9....9...err , jap . ha ! 9XXXXXX"
bob politik : "ya allah . nombor phone ayah sendiri pun tak ingat . ape la nak jadi dengan ko ni . kalau nombor pakwe ingat sangat . bla bla bla ."
aku : "ish bising lah"
bob politik : "ok la. terima kasih ye suhana . kita ni sebagai isteri , kene la menunjukkan perangai yang bagus . ni kalau blablablablabla . oklah , aku malas nak cakap banyak ni . ada kerja. ok ye suhana . ingat taw nasihat aku tadi . assalamualaikum !"
aku : baiklah ! 


aaaaa ~ kesengalan ! baru je celik mata terus dapat ceramah percuma yang bertajuk 'cara-cara untuk menjadi isteri yang baik' . dah la bob tu cakap laju gila babeng . sakit jiwa ! habis je call terus sambung tidur balik . peduli ape kan . ngehngehngeh ~ B-)

PERHATIAN ! SILA LIHAT JIKA ANDA SEORANG ISLAM .

ATTENTION !

*ceh , perasan macam blogger femes je kan nk suruh orang baca*

tapi tak kira baca jugak ! okay , korang taw tak dalam lappy korang tuh sebenarnye ada lambang israel ? jadi , kepada sesape yang rasa dia islam , sila delete .

cara-caranye macam ni :~

1- pergi My Computer
2- then pergi local disk C
3- choose program files
4- then pergi microsoft office
5- next media 
6- buka folderCAGCAT10
7- cari gamba nombor J0285926


jumpa ? tu la gambarnye . kalau nak taw , tu la lambang/bendera zionis israel lengkap . memang sebijik dengan warna asli dia . lilin tu simbol ibadah diorang . sila delete yea . dan sebarkan sekali . kerjasama anda amat dihargai . terima kasih :)


Jealous ? Jom kita kaji :)



sape kat sini tak pernah pun rasa cemburu angkat tangan . tak kisah la cemburu dengan bf/gf ke , cemburu tengok jiran sebelah beli set sofa baru ke , cemburu tengok gigi nenek korang cantik ke (padahal gigi palsu memey la comey) eww , kamu ni asal planet mana ha ? pergi balik hutan lha !


hari ni princess teddy nak share ape-ape jelah yang berkaitan dengan cemburu .
well , bagi princess teddy lha , perempuan ni ada certain2 benda yang dia tak boleh tengok bf dia buat . nanti dia jelessss maa ~


berbual dengan perempuan lain lama-lama
kalau nak sembang ngan perempuan lain , ok fine . ade aku kesah ? (chewahh , eksyen kerek sikit) tapi kalau bila dah tengok dorang sembang macam dah sepuluh tahun tak jumpe tu , mula la terbit satu perasaan yang tidak enak di hati . macam tak reti-reti nak benti sembang je kan . pulak tu seronok sangat sembang , kita dipinggirkan . isk3.. :'(


bergurau senda dengan perempuan lain
yang ini rasanye wajib kot gf tu akan jeles . lagi-lagi yang jenis kuat jeles tu kan . tengok balak dia sengeh kat kawan sendiri pun dah merajuk , ni pulak nampak bf dia bergurau senda , sakat menyakat , bertukar senyuman , bertepuk tampar serta bersepak terajang dengan perempuan lain . haru weyh ! sebab seorang awek tu akan fikir gurauan bf dia tu , special untuk dia sorang je . mane boleh share ngan orang lain kan . (cehh , perasan punyer gf)


share problem dengan perempuan lain
kalau couple tu gaduh sampai tahap taknak contact langsung dah , (merajuk kaw kaw lha konon) mesti salah sorang akan carik jalan balik untuk berbaik kan . selalunya , kalau girl , dia akan mintak tolong kawan2 girl dia je . tapi kalau laki , diorang maybe susah kot nak share feeling-feeling nih sesame lelaki . kebanyakannye prefer mengadu kat perempuan . so nanti senang la girl tu nak tolong pujukkan gf dia kan . tetapi , jeng jeng jeng . kalau balak balak di luar sane nak taw , kalau korang buat macam tu , gf korang mesti akan terasa dengan korang . walaupun diorang sedar ape yang korang buat tu untuk pujuk diorang , tapi bila perempuan lain cerita bf dia ngadu macam ni macam tu mesti gf tu akan jeles . walaupun bf dia mengadu kat bestfriend sendiri . ini fakta . haha . (fakta dalam negara husnaland kot . haha)


belikan hadiah untuk perempuan lain
yang ni pun rasanya akan buat perempuan jeles kot . pasal ape ? entah la . fikir lha sendiri


tapi , apa yang penting kerjasama cara kita menunjukkan rasa cemburu tu . pandai-pandai la kan . aok da bsar . huehuehue ~ jangan la cemburu buta sampai pasangan korang langsung tak boleh pandang orang lain . orang kata , cemburu tu tandanya sayang . tapi kalau dah cemburu tahap tenuk tiga keturunan tu orang pun jadi menyampah . last2 kne tinggal pasal couple korang da bosan dengan perangai korang . dah la kene tinggal , kawan2 pun semua sebok kutuk2 perangai korang . padan muka . 




Spontaneous Thursday #2


kalau saya nak dress kawen nanti macam ni boleh tak ????
aww ~ so cute !


* terketar-ketar menaip tahan keterujaan yang melampau tengok dress comel nih* 

Tak Ada Kasut Raya . Haruslah bersedih :(

assalamualaikum wbt (:

pejam celik pejam celik dah lapan belas hari kita berpuasa . tinggal lagi 12 hari je menjelang raya . so , korang dah buat persediaan ? dah beli baju baru ? seluar baru ? selendang baru ? tudung ekin baru ? kasut baru ? stoking baru ? serta seluar dalam baru ? belum ?? baik korang pergi shopping sekarang . rasanya seluruh mall kat malaysia ni tengah buat promosi raya . time ni la nak angkut bawak balik sebakul baju baru . maklum le , bukan selalu dapat beli baju baru . murah pulak tu . 


oh ye , turut tak lupe kepada penggemar kuih raya . dah berapa balang kuih korang dah buat ? nanti kalau buat kuih tat nenas tu jangan lupa kirim kat princess teddy ye . 
alamat :~
no 1 , jalan 2 , taman 3 ,
husnaland , bumi .


and buat makcik-makcik yang jenis nak semua serba serbi baru pulak , dah beli set sofa baru ? langsir baru ? kereta baru ? ke tengah renovet rumah untuk persediaan raya ? amboi ~ melampau -..-
orang kat negara perang tu dengar takbir raya menangis . nak pergi sembahyang raya pun takut-takut . karang mati kene bom . mane kuih raya ? mane baju raya ? tak de pun . tapi kita kat sini . habis beribu riban duit semata-mata untuk persediaan raya . astagfirullah...


tapi cakap mmg lha senang kan . tapi kenyataannye princess teddy sendiri pun dok sakan shopping untuk raye . huehuehue~ B)
well , dalam perancangan esok nak keluar lagi buat kali yang kedua . nak carik kasut . kali kedua ya . hari tu dah jumpe kasut sikitpunyercomelgilababeng .tapi malangnye , kasut tu cuma tinggal satu and saiz yang tinggal tu muat2 je untuk kaki kawan princess teddy . padahal dia tolong teman je pun . last2 dia yang beli kasut tu . grrrr ~ nanti tengok la . senyap-senyap princess teddy nak bagi dia racun . kalau makan nanti kaki dia jadi besar . biar tak muat nak pakai . padan muka . hohoho ~ (gelak jahat)


so esok , nak sambung balik misi pencarian gadis melayu kasut raya yang tak abes-abes dari minggu lepas . di samping itu (ini penanda wacana ye murid-murid =..=) maw ambil baju raya yang ditempah berbulan-bulan yang lepas . due ambil actually 30hb Julai . but malas nak ambik awal2 . bukan boleh pakai terus pun ~ so esok , kalau baju tu masih tak siap lagi , princess teddy bakor kedai tuh ~


p/s : sape yang boleh tolong recoment kedai-kedai yang berdekatan yang menjual kasut-kasut comels ni sila bagitaw ye . nanti akan mendapat ganjaran flying kiss free dari princess teddy . bukan senang taw nak dapat . abang Po pun tak pernah dapat lagi . hikhikhik ;P





aww ~~ gila comel !! tapi heel tinggi gila -.-
kalau boleh nak cari yang agak2 macam ni lha tapi taknak yang tinggi2 sangat . 
(saya sedar saya pendek :P )


Spontaneous Thursday #1

kita hanya memerlukan satu saat untuk jatuh cinta ,
satu minit untuk menyukai ,
satu jam untuk mencintai ,
dan satu hari untuk saling mempercayai .

TAPI seumur hidup untuk melupakan....


KURUSKAN PAHALA PUASA MEMANG SERONOK



aduh , title agak pedas . sebenarnye malas nak cakap banyak . 
okaylah direct to the point . 
kepada sesiapa yang rasa-rasa diri dia tu 'belum sampai seru' untuk pakai tudung ke apa , tolong lha jaga sikit aurat tu time bulan puasa ni . ni tak , pegi bazar pun nak pakai baju ketat-ketat . nak tayang-tayang rambut . padahal nak beli juadah untuk berbuka tu . ada setengah tu pulak , pakai tudung , tapi pendek kemain . lilit shawl bukan main , tapi pendek sangat sampai boleh nampak leher . ada setengah lagi tu pulak , ok dah . tudung labuh , baju longgar , tapi pakai legging (?) apakah ?

buat penat je puasa . tapi pahala puasa tu jadi kurus dek tayang-tayang aurat kat orang . pulak tu pergi bazar . berapa puluh ratus ribu orang jalan kat situ . sehelai rambut pun dah ada dosa . ni kan pulak satu kepala . belum campur lagi dosa pakai baju ketat-ketat sampai boleh menarik perhatian laki . pahala puasa orang yang memandang tu pun turut sama kurus . mane tak nye , yang laki dosa sebab pandang aurat perempuan . yang perempuan macam princess teddy ni senyap-senyap mula la kutuk dalam hati . balik rumah mengumpat pulak dengan adik . astagfirullah . dosa dosa . 


bukannya apa . tapi princess teddy rasa macam kaum-kaum tu tak menghormati bulan ramadhan je . cuba kita fikir , untuk apa kita puasa ? kalau cuma sekadar berlapar sebab ikut orang je , baik tak payah puasa terus . well , puasa tu kan maksudnya menahan diri . menahan diri dari buat perkara-perkara yang boleh batalkan puasa . tak terfikir ke semua ni bukan saje-saje ? 

"aku berjaya tahan tak merokok petang tadi , malam ni nak merokok sampai mati lemas sedut asap lah."


tak rasa ke bulan puasa ni sebenarnya melatih kita untuk tinggalkan habit-habit yang tak baik ?
ada yang jenis pakai tudung sekejap-sekejap tu , pakai tudung full time bulan ni . konon la hormat bulan puasa . habis je bulan puasa , pergi beraya freehair . yang merokok , time bulan puasa je tinggal kejap . yang suka buat benda tak senonoh , time bulan puasa je 'puasa' kejap . and macam-macam lagi . 


cuba kita muhasabah diri . jadikan bulan puasa ni sebagai bulan yang dapat tolong kita berhenti dari habit-habit yang tak baik . sebab cikgu titew cakap , owang yang paling rugi ialah owang yang keluar dari bulan poce , tapi tak dapat pengampunan dari Allah pun . titew pun terpikir , cane ek nak dapat pengampunan ? titew ni solat tarawikh pun tak pegi , ni kan pulak nak buat solat sunat taubat malam-malam . (datang dah pelat dia..)

so , renung-renungkan dan selamat beramal (:


cekian saje tazkirah dari titew . nanti kalau cekulah awak nak buat ceramah bulan poce , jemput titew jadi penceramah yek . cakap kat cikgu awak , usatajah ucena suh contact dia . kekekeke~

JOIN : Contest Blogger Simple Gorgeous


tadi blogwalking jumpa contest ni . 
macam best je . hadiah dia pun best sebab banyak sponsor .
so , tak kira ! nak join jugak . 
*walaupun taw x kan menang pun . haha *

so sesape nak join click >SINI< okeh ? 
^____________________^


princess teddy tag HANI and CIK EZY

Mak cakap tak baik malas-malas

#bercakap dengan  pelat D , S , T , N ,  B

hai tawan-tawan . ari ni kan , titew rase malas tangat nak buat kije cekulah . tapi mak titew cakap , orang baik tak buleh malas-malas . titew budak baik , tapi nape titew malas jugak ? titew malas ar nak buat report kimia . lepas tu nak kene seterika baju cekulah pulak . kenapa cekgu dengki nan titew ha ? cuka tangat kasi kije cekulah banyak-banyak . dah tau titew ni malas , tapi nak jugak kasi . hish .


lepas tu tadi kan , cekgu disiplin tunjuk-tunjuk kat tudung titew . dia cakap anak zazali tak ada nametag . cekgu , titew ni nak seterika baju pun malas . ni pulak nak tene carik benang nan jarum . titew takut r nak main jait-jait ni . nanti jari titew luke lagi macam mane ? titiew cayang nak gune handiplas yang abg Po kasi ari tu . nanti abes titew da x boleh nak tengok da . titew nak simpan je lek lok dalam almari . nanti besar titew nak tunjuk kat cucu titew , "cu , ni pakwe nenek kasi dulu . tantek tak ?" 


so sesape yang buleh tolong titew ni , tolong ar . nanti titew belanje awak makan eskrem eh ? ke awak nak lolipop ? boleh pilih mane-mane . tapi syaratnya titew offer belanja ni time bulan puasa je lah . petang-petang je . malam2 tak buleh . sebab mak titew cakap makan eskrem malam-malam nanti kene H1N1 . 


arghhh !! dah la tu . terpelengot lidah macam ni . ni pengaruh rakan sebaya lha ni . semenjak dua menjak tiga menjak balik sama-sama ngan mimi gangster and pia neh princess teddy rasa macam makin pelat pulak . mana taknye , sepanjang on the way balik tu kitorang akan berlatih bercakap pelat sambil sepak batu2 untuk dibawa balik dari sekolah sampai la rumah . buat koleksi peribadi . haha . 



HARI YANG ANEH


hari ni terasa aneh bila princess teddy celik mata jam 11 pagi , then duduk tercongok atas katil berangan sorang2 sampai pukul 12 tengah hari . 
and lagi aneh bila bawah mata belah kanan ni terkenyit kenyit sendiri sejak semalam .
nak lagi aneh bila bangun dari katil terus ambil tuala and pergi mandi .
then dengan tak semena mena pergi dekat huda then tanya dia "wei , ko ada nampak sahiba tak?"
and tiba2 je pergi dekat ayah and ajak dia main sahiba (?)
then kami main sahiba . *feeling macam keluarga harmoni gitu*


lepas tu bila ayah suruh pergi sidai kain kaki ni dengan rela hati terus melangkah pergi sidai kain .
mana ayat "nanti kejap" ?
then dengan baik hati menyumbang tenaga lagi mengatangkan badan tolong ayah angkat almari .
lepas tu tetiba ada feeling ke-kakak-an pergi layan huda tampal2 sticker kat dinding bilik dia . 
then dengan tiba2 semua orang lepak dalam bilik princess teddy .
and the most magical thing haziq tak menangis bila lepak dalam tu and ibu tak membebel tengok bilik princess teddy yang macam istana kena rompak tuh . *mujur ibu tak jumpa gamba abang Po yang aku letak atas meja tuh -.-' *


and hari menjadi semakit pelik bila princess teddy dah tak de idea yang taip ape nih . huahahaha ! =..=''

sekian saja hari pelik dari saya ,
ktengsbubbye (:

Sweet Quote :)

tadi blog walking.. then singgah kat blog Kak Mel jumpa satu quote comel gilaks ni . 
hehehehe .
saya repost ye ? :)



comel kan ? 
blooms where you're planted
suke quote ni . huhu .


nak tengok banyak lagi doodle or quotes comel2 , korang boleh terbang ke blog >Kak Mel< yek . 
nak tempah doodle pun boleh :)




Kek Batik (?)

salam.. haa , sape tak pegi tarawikh tadi ?? bek ngaku cepat ! ish3 , korang taw tak rugi kalau tak pegi . setahun sekali je kot.. *cehh* ni mukadimah je . princess teddy pun tak penah pegi lagi tahun ni . =.=''


tadi buka puasa kat rumah nenek pasal mak ngah balik . so tadi tiba-tiba je Cik Ida Mok tu nak buat kek batik . ting (!) *mentol menyala* kek batik ! kalau tak silap tu feveret abang Po . tapi princess teddy ni naif sangat . rupe kek batik tu macam mane pun i tak taw u . isk3 . sadisnye nasib . selame ni dalam bayangan princess teddy kek batik tu warna warni . batik lha katekan . mesti la colourful kan . or maybe ada corak bunga2 sikit ? sebab tu dapat nama kek batik kott . tapi bila dah siap.. rupe-rupenye.....


weyyy ,, mane batik nye ??????


ada rupe batik ke ? mana warnanya ? hitam je ? putih tu pun pasal ada biskut marie . batik ?? tak de pun ? tak releven langsung name kek batik tuh . so dengan ini , princess teddy tak nak declare kek ni sebagai kek batik . kita panggil kek biskut marie je ye rakyat jelata sekalian alam . ha , lagi satu ! kenapa kek ? tak de kek pun . bukan ada tepung pun . bukan campur milo ngan susu je ke ? aiseymen . dunie zaman sekarang ni aneh la . 

so lepas ni princess teddy da taw la da cane nak buat kek batik biskut marie nih . nanty lepas raye nak buat untuk abang Po lha . hihi . *kalau rajen lha*


p/s : gamba tuh dikreditkan untuk pakcik google . gamba kek biskut marie yang Cik Ida Mok buat terlalu....terlalu... 'cantik' untuk ditatap oleh kalian . menyeramkan kott . biskut marie terjojol jojol keluar . erkk.. dia buat first impression princess teddy terhadap kek tu jatuh teruk . dalam hati "errr , ni ke kek feveret abang po ? boleh makan ke ?"

p/s lagi : apsal keyboard aku bersemut nih ?!


owkeytengsbubbye (:

Thanks for Being Soooo Caring :)



does anybody miss me ? kyaahahaha . *baiklah , anda boleh muntah sekarang* wuu , da berapa hari tak update blog ne . bukan tahap bersawang dan ber-spiderman , tapi da tahap spiderman da bercicit kott -..- *okay2 , princess teddy taw itu terlalu hiperbola-bola api* hari ni baru la princess teddy dapat on9 . pasal ayah lambat bayar bil internet . so princess teddy sebagai insan yang tak berdaya ni hanya mampu terduduk menunggu saat2 internet dah berbayar . ohh , ayat yang kedengaran sangat kudus (?)

ahha ! hari khamis hari tu (baru nak cerita . sedihnya :[ ) princess teddy ada buat experiment biology . ngee , jadi eksyen lha kan macam scientist gila . pegang syringe gaya macam nak cucuk orang je . padahal nak masukkan glucose dalam test tube ja pun . tapi suka hati lha kan . bila lagi nak feeling kejam macam nurse yang cucuk tangan princess teddy tahun lepas tuh . *terimbas kembali saat dahku terjerit-jerit tak maw kena cucuk sampai 3 orang kawan princess teddy berserta cikgu terpaksa pegang princess teddy time tuh nak bagi nurse tu cucuk . yeah rite , macam budak retarded* then , dah siap experiment untuk group princess teddy , macam biasa , mulakan lha tugas sebagai pemeriksa tak bertauliah .pusing satu lab tengok orang lain yang tak siap lagi . then ada satu group nih , macam perlukan pertolongan je . then serta merta telefon berbunyi lalu terdengar background music wonderpet . ada haiwan daam bahaya , ada haiwan dalam bahaya , ada haiwan dalam bahaya di sana . tet tenett . then princess teddy datang la maw tolong . diorang tak dapat nak tarik gabus yang melekat dekat tiub penghubung tu ke atas . (yeke name dia tiub penghubung ? entah) well , tiub tu kaca lha kan . then princess teddy pun tolong lha tarik . time tu ada cikgu sekali . well , sebelum apa2 jadi diorang tanya lha cikgu dulu . "cikgu , kalau pecah kane ganti tak?" then cikgu cakap tak . okay x pe , menaikkan semangat princess teddy untuk tarik dengan lebih kuat . then diorang tanya lagi , " cikgu , tak pecah ke kalau tarik kuat2 ? bende ni macam nipis je , takut pecah la ." then cikgu pun dengan confidentnye jawab , "benda ni berkualiti . tak mudah pecah . bukannya murah macam pinggan awak kat rumah tu" bila cikgu dah cakap macam tu , apa lagi kan . tarik je la gabus tu sekuat hati . then tibe2 patah ! bukan setakat patah , hancur kott tiub tu kat tangan princess teddy . errrrr.... then princess teddy terus ketawa . hahaha . bende ni berkualiti ye cikgu ? kekeke . then kawan2 tegur cakap jari princess teddy berdarah . Oh-emm-gee ~ darah ?  then x de ape pun , basuh je la .


err , ape kaitan ngan tajuk tuh ? hahaha . well actually malam tuh princess teddy mintak abg Po belikan handiplast . well , mula2 nak suruh awal tapi terlupa . dah pukul 11.30 baru igt.. then ckp kat dia tak payah lha kan . sbb da malam . tiba2 dia cakap suruh pegi tengok kat depan pagar ada ape . then bermula lha kerja part time princess teddy sebagai pelakon yang berjaya . cehh , pura2 nak kiwi kasut konon . bila intai2 tengok ayah dah kusyuk iron baju cepat2 berlari pergi pintu pagar sambil bawak penyapu . eh , bukan nak menyapu ye . tapi nak kais handiplas sepeket yang abang Po campak kat depan pintu pagar tuh . cehh , kok ye pun nak campak , biar la sampai masuk dalam pagar . senang sikit nak ambil . *tak berterima kasih langsung.. cehh sekali lagi* anyway tengs la ye awak . hikhik . (gelak gedik-gedik) so pagi esok tu dengan banggenye pakai handiplas pegi sekolah . hohoho . kalau macam ni tiap kali buat eksperiment princess teddy nak pecahkan radas lha . bia sume berdarah . nanti baru ada orang nak risau . kekekeke . (buruk prangai-..-)