UTP here I come ?


Assalamualaikum

5.5.2013 adalah tarikh mengundi . 3.5.2013 pulak adalah tarikh semakan status permohonan ke UTP . so pagi pagi lagi (pukul sebelas still dikira pagi kan?) aku dengan eksaitednye check status permohonan aku dekat laman UTP .

and the result is...... jeng jeng jeng...

*drum roll pliss*



Congratulation! Your application is successful.


yeay ! clap clap clap . err , kalau dia cakap congrats tu maknanya diterima lah kan -,- tapi aku usha usha situ tak ada pulak dia tulis bila tarikh mendaftar . tapi yang pasti kena confirmkan kita terima ke tolak before 8 may . kot . hahaha . aku tak jelas sangat .

alhamdulillah....

dulu before SPM memang aku tak pernah pun terniat nak masuk U lain . dalam hati aku just cakap nanti aku nak masuk UTP . nak ambil course chemical engineering . dan sekarang aku dah dapat . walaupun UTP bukan ranking no 1 dalam wishlist masa depan aku , tapi tetap top 3 . ahak .

my wishlist is....

1. study in UK . through Mara or JPA la
2. UTP
3. UM
4. UIA or UITM

so kiranya aku dapat yang kedua la . mula mula eksaited . tapi eksaied tu mati terus bila tengok yuran pengajian untuk program foundation (3 sem) izzzzz RM14,607.00 . saya bukan anak dato . bukan anak raja . cume berangan nak jadi princess je . dulu pernah la jugak simpan cita cita nak kahwin dengan orang kaya then bolot harta dia . tapi cita cita tu terpaksa dikuburkan atas sebab sebab tertentu . ngehehehe . so kalau tak harapkan biasiswa , memang aku tak boleh la nak belajar situ sampai degree . degree nanti dalam 20k pulak . itu baru yuran , belum campur duit nak sara diri . makanya aku kena cari mana mana biasiswa . alau boleh aku tak nak mintak ptptn . dah la amalkan riba . puih ! lepas tu sampai ke tua aku nak kena bayar balik .

nampaknya terpaksa lah aku simpan niat aku nak merengek suruh ayah belikan myvi seketul . hahaha . myvi second hand pun jadi lah . tapi bila fikir balik , tak payah lah . mungkin aku akan mintak ayah belikan basikal fixie pink je seketul dua . selain mempercepatkan aku nak pergi kuliah , boleh jugak aku exercise hari hari . tak mau lah gembira sangat dengan campus life sampai jadi gemok debok . tak mau tak mau *geleng geleng*

aku tanya parents aku , diorang tak kisah pun if aku nak study dekat UTP . dan aku tekad kalau aku dah masuk situ , aku akan cuba survive sampai habis . kalau dapat offer dari UM bila result UPU keluar pun aku akan pejam mata je . haish , kenapa la UTP ni masuk awal dari orang lain . kalau tak boleh aku buat pilihan .  tapi kalau aku dapat offer mara untuk buat engineering dekat UK , ohoho , memang bye bye lah UTP . tak kisahlah duit aku burn pun . janji UK here I come . LOL .

aku harap keputusan aku ni betul . and aku harap aku dapat offer Mara or Felda pergi UK :P

Photobucket

1 comment:

  1. sorry..act i dnt knw which one is better untk course yg awk nak..sbb akk bukan asasi sains..akk alam bina..ikut la..kalau awk mmg nak utp,teruskan..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)