Settle down in PASUM




Assalamualaikum :3

rindunyaaaaaaaaaaaa nak update blog ! hari tu suruh Abang Po update , tapi...... sila lah baca previous entry . apa kes kau cerita pasal PLKN ?? and tak habis habis dengan thomas edison dia tu . haha . lawak je . btw thanks sebab update. walaupun merepek. sangat . LOL


so . kehidupan di PASUM aka pusat asasi sains universiti malaya . hmm , setakat ni aku rasa biasa je . entah lah . aku belum rasa betul betul enjoy lagi duduk sini . maybe sebab belum dapat kawan kot . sebab aku sorang je kan sesat kat sini . kawan pun macam hai nama siapa ? duduk mana ? pot pet pot pet . esoknya aku dah lupa balik nama dia and buat macam tak kenal -,-

peramah kan aku >,<

setakat ni aku just pergi mana mana dengan room mate aku je . nama dia Ika . suara dia and cara dia cakap macam Yana kedai kasut dan beg tu . muka dia pulak ada gaya Maria Elena . pada pandangan aku lah. haha . duduk Petaling Jaya je , memang weekend aku akan kena tinggal sorang sorang lah kan dalam bilik . sure dia balik rumah . and ada dapat kawan lain . tapi dia dah nak fly ke Korea . I'M FOREVER ALONE .

minggu haluan siswa memang sangat memenakan . pasal kami kena bergerak ke sana sini . dah la jauh gila nak mampus . sakit kaki lari lari pakai flat  . dah la pakai baju kurung . pegang payung . kami sangat ayu ok . then semalam ada problem dengan fasi pasal makanan . rasa stress lah jugak kan . pasal aku dah bayar tapi makanan kena ambik dengan orang lain . lepas tu kena bayar lagi untuk cover duit diorang yang rugi . tapi benda ni dah setel dah . kadang kadang best jugak . menari gummy bear and shi shua shua . betul ke eja shi shua shua tu ? haha .

cakap pasal payung , aku rasa awkward gila . pasal kami semua dapat payung sorang satu . and fasi suruh la semua bawak payung pergi mana mana . takut hujan or panas kan . yang aku terkejut dekat sini semua budak laki bawak payung . dah la payung UM payung yang besar tu . korang boleh bayangkan tak ? semua sekali bawak . even girls pun ramai yang tak bawak pasal malas . tapi boys yang selalunya malu nak bawak payung bawak . and bila cuaca macam panas and kami perlu berjalan , semua bukak payung . termasuk boys . selama ni terik mana pun aku redah je . tak pernah pulak pakai payung . so siyes rasa ayu gila duduk sini . ahak !

weekend ni aku tak balik rumah . pasal tak ada siapa nak ambik . hajik masuk ICU :'(
hari isnin ke selasa entah , adik aku bagitau hajik masuk kecemasan . sebab lelah . then , aku fikir macam , oh okay . kecemasan . maybe dia bagi bantuan oksigen je . esok tu tanya la lagi kan hajik dah ok ke . sekali ibu call cakap hajik masuk ICU . and kena tahan kat situ seminggu . kena masuk antibiotik segala . pasal paru paru dia kena kuman kot .

aku rasa macam....... ya allah terkejut gila . baru hari ahad aku masuk sini , haziq ok je . dia dah la kecik lagi . rasa macam kesian sangat bila fikir dia duduk dekat ward tu . hmm , so , aku harap korang korang para readers yang baik hati , doakan la dak hajik tu cepat sihat . plissss *kelip kelip mata*

okbye! nanti cakap lama lama pasal ni aku menangis pulak . hahaha .


Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)