Sambungan hari suey sedunia

Assalamualaikum

so , let's coninue... air kencing . ya air kencing . kalau lelaki , diorang dengan senang boleh salurkan air kencing tu terus ke bekas dia . kalau perempuan ? euw , so disgusting . terasa malu nak bagi air kencing yang kuning tu dekat orang . yuckss .

lepas beres urine test , yang sebenarnya belum beres lagi . hari khamis baru boleh dapat result . blood test lagi sebulan , aku pun dengan masih muka tak malunya tumpang lagi pergi bank islam pulak . ngehehe . alang alang destinasi kami sama . apa salahnya . tak kuasa aku nak menapak dua kilometer dari hospital ke bank islam . yeke dua km , entah entah tiga . dah la time tengah hari panas terik .

sebelum turun kereta tu , aku selamba je tinggal dulu borang medical check up aku dalam kereta orang tu bajet bajet lepas ni aku nak naik balik kan . hahaha . turun turun eh terjumpa pulak kawan kawan . dengan berbekalkan RM100 dalam poket , alang alang dekat bandar , jom kita berjimba . ahak ahak . so kami daftar bank islam then lepas tu aku terus ikut kawan kawan je . tak kan nak suruh hantar sampai rumah pulak . ketidakmaluan apakah ini ? haha .

terima kasih daun keladi . dekat UM kita jumpa lagi .
eh jadi pantun dua kerat pulak . teeheee ~

bila encik khairuddin sekeluarga dah blah kawan kawan aku pakat sibuk tanya .
"eh Husna ko datang dengan siapa tadi ?"
"kawan ko ke ? hensem lah"
bla bla bla. jawapan aku?
"entah . kami jumpa dekat poli tadi . baru je kenal . aku tumpang je datang sini ."

diorang semua pakat terkejut bak hang . senang je aku ikut orang yang tak kenal. hensem pulak tu . hensem ? aku rasa macam biasa je . tak de lah sampai nak terpikat . Abang Po hidup lagi . ahak . sume pakat gelakkan aku . choi . apa salahnya . alang alang . orang mengantuk disorong bantal , terima jelah . lagipun kenal apa . nama dia aku tau . dia duduk dekat mana aku tau . berat and tinggi dia aku tau pasal check up sama sama . and dia nak masuk UM dan course yang sama dengan aku . lagipun dia dengan kakak and mak dia . err , kira ok lah kan ?

tiba tiba......

kawan aku tanya.....
"Husna mana borang medical check up kau?"

borang medical check up ?
tadi masa dekat hospital aku pegang.
lepas tu pergi bank.
sebelum turun kereta aku.........
OMG aku tinggal borang medical check up aku dalam kereta dia !!!!!

aku just tau nama dia !
nama panggilan !
bin apa tak tahu !
aku just tau dia duduk dekat research ! tapi sekolah dekat kuantan !
aku ! aku ! aku ta de langsung contact number dia -_____-

balik rumah haruslah kena bebel dengan ibu and ayah . tu la cuai sangat pok pek pok pek pok pek . lain kali jangan pok pek pok pek . dah tu sekarang ni macam mana pok pek pok pek . mula mula tu aku berharap je dia perasan aku tertinggal borang tu dalam kereta dia . sebab dekat borang tu ada tulis alamat and number phone . tapi malangnya macam tak perasan je .

last last , ikhtiar terakhir , aku pergi bank islam balik , and merengek dekat pegawai bank tu mintak number phone dia . sebab aku ingat tadi masa daftar ada bagi number phone . mujur dia pun daftar sekali . so puas la aku kena cerita dekat pegawai bank tu tragedi menyayat hati aku ni . pulak tu semua pegawai bank kat situ dengar cerita aku . rasa macam attention seeker sangat i'olls .

makanya , berbekalkan waktu daftar dalam pukul 1 lebih , nama khairuddin dan duduk research , aku berjaya dapat contact number dia . jyeahh !! hoi lepas ni kalau korang korang jumpa laki hensem dekat bank dan berminat ingin mendapat number phone beliau , boleh la buat drama macam aku . insyaallah dapat . wakakaka .

so , aku pun dengan jayanya contact si khairuddin tu .
"hello ?"
"hello khairuddin?"
"ya?"
"ni husna . ala yang tadi tuuuu"
"owh.. kenapa ?"
"err , saya tertinggal borang medical check up dalam kereta awak ."
"yeke ? jap aku check . eh macam mana boleh dapat nombor?"
"err , saya mintak dekat bank islam" (malunya nak bagitau fakta aku mengemis nombor dia dekat bank)

pum pang pum pang . phew ~ selesai . hari khamis nanti kami jumpa lagi dekat hospital . ambil urine test result . sekali bagi balik borang aku . malunya . malunya. malunya malunya malunya . malu nak jumpa khamis nanti . lagi malu kalau jumpa dekat UM nanti . what a wonderful sejarah perkenalan . jumpa dalam keadaan aku sakai gila . tak malu tumpang dia . lepas tu tertinggal barang penting pulak . adoyai !

eh , siapa kata hari suey aku dah berakhir ? belum lagi.... tunggu next entry pulak . hahahaa

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)