Assalamualaikum
so , I ditag oleh Diya untuk buat segmen ni .
Rule of the game:
1. Post this rules.2. Write 11 things about yourself.
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.6. You are not allowed to tag back.
so awal awal I nak mintak break the rules . just rule number 5 and 6 . heheh :P
11 things about me (macam menarik sangat je sampai ada orang nak tahu kan)
1. Aku tak suka nanas . fakta penting ni . ditangga yang pertama . ahak
2. Aku suka warna pink . err , yang ni rasanya tak bagitahu pun orang boleh teka .
3. I rabun jauh yuh . rabun yang sangat rabun . 275 each . tapi suka koya taknak pakai spec . bila berjalan mata sepet je sebab tak nampak.
4. Pendengar yang baik . memang part time kerja dengar masalah orang je .
5. Tak suka kongsi masalah dengan orang . suka pendam sorang sorang je . dengar masalah orang suka la . haha .
6. seorang yang tak tinggi . 152 cm ok ape . tak lah pendek sangat. kot .
7. seorang yang banyak cakap dan happy-go-lucky . maybe gila sikit . aku selalu main main je . ketawa je kerja . sebab tu awet muda :P
8. cakap pasal awet muda , aku sangat tak matured . so childish .
9. sangat takut dentist . sebab mereka kejam terhadap gigi gigi aku.
10. Kaklong yang sangat suka marah adik adiknya . tapi pelik , dengan kawan kawan aku tak pandai nak marah . kalau marah pun aku diam je .
11. ape lagi yek. haa , aku tak suka budak budak . sangat tak suka . satu satunya budak yang aku suka just adik aku je .
Soalan dari diya pulak
1. Korang ni jenis player atau setia pada yang satu?
Amboi , soalan first dia mengancam . haha . hmm , rasanya setia pada yang satu lah kot . setakat tiga tahun ni tak de lagi aku curang dengan Abang Po.
2. Kalau orang yang korang cinta kata tolong lepaskan dia untuk seketika, korang rasa korang akan tunggu atau lupakan dia? Berikan alasan untuk jawapan korang.
aiyoo , apsal soalan makin complicated nih ? okay , kalau aku , tengok keadaan la . kalau dia layan kita macam haram than mintak putus , memang aku akan lupakan . tapi kalau terpaksa putus atas sebab-sebab lain , aku akan tunggu . well , aku kan jenis yang setia pada yang satu . hahaha. Alasan , kalau kita rasa kita cintakan seseorang tu , buktikan la .
3. Kalau korang boleh pilih, korang nak bercinta dengan orang negara mana ?
Aku dah pun pilih . dan aku pilih orang Malaysia je . haha . senang pasal orang Malaysia dah biasa makan nasi kuah kicap lauk telur goreng . Pasal tu je yang aku tau masak . tapi kalau dapat laki mat saleh pun best . nanti senang aku nak maki or kutuk dia , and dia tak kan faham aku cakap ape . haha .
4. Moto hidup korang apa ?
Nikmatilah dunia sementara kita masih hidup . tapi pastikan kita dapat nikmat di hari akhirat nanti jugak .
5. Korang segan tak nak pegang tangan mak dekat shopping mall ? kenapa ?
Tak segan pun . tapi memang tak pernah pegang . I mean , buat apa nak pegang , I'm not a kid jalan nak kena bimbing . lagi pun kalau pegang mesti ibu marah je sebab rimas . haha .
6. Kalau korang ditakdirkan hidup untuk sebulan je lagi, apa perasaan korang dan apa yang korang akan buat.
Maybe sedih jugak . tapi redha je dengan ketentuan Allah . atau maybe happy . sebab mati awal takdelah sempat buat dosa banyak sangat . hahaha . ape yang aku akan buat , aku nak mintak dikahwinkan . ala tapi kenapa sebulan je . kalau setahun sempat jugak aku beranak sorang . hahaha . gurau gurau , of course aku akan banyakkan ibadat . buat baik dengan ibu ayah . dan mintak dikahwinkan . ok aku siyes ni -,-
7. Kalau korang gaduh dengan someone, siapa yang akan mengalah dan minta maaf?
Selalunya aku tak pernah mintak maaf . sangat susah nak mintak maaf . kecuali memang aku betul betul buat salah . kalau dengan Abang Po..... selalunya kami gaduh gaduh gaduh . then dah penat dua dua mengalah and dua dua mintak maaf . yedok ? tapi selalu aku la yang degil tak nak mengaku salah . haha . kesian kau Abang Po asyik kena mengalah . padan muka :P
8. Bagi satu lagi yang mengingatkan dekat someone dan siapa dia?
Olive you . Abang Po
ada lagi satu . lagu sayangi selangor yakini bn and lagu 1 Malaysia . teringat kat Najib =..=''
9. Apa yang korang akan buat untuk menghilangkan perasaan sedih yang teramat?
Menangis . then tidur .
10. Berikan komen tentang sinetron Malaysia yang ditayangkan dekat Malaysia ni.
Mula mula best . tapi lama lama jadi mengarut . konflik tak habis habis sampai 300 episode . asyik asyik orang kaya bercinta dengan orang miskin . kena paksa kahwin . anak kena culik . tertukar anak . keluar pari pari -,- kau ingat tv nak tayang cerita tu sampai setahun ke ? plis la buat sinetron pendek sikit .
11. Berikan sedikit nasihat untuk diya, apa apa pun boleh :)
Sometimes we didn't notice something that is just under our nose . and that something tu la something yang baik untuk kita . so , notice it before it is too late .
Soalan dari aku
1. Jeans or skirt ?
2. Perempuan pendek comel tak ? (baik cakap comel cepat!)
3. DSLR or compact camera ?
4. novel or comic ? and bagi tajuk novel or comic yang paling best
5. heels or flats ?
6. apa pendapat korang pasal bercinta time sekolah (cinta monyet)
7. drama korea ape ek yang best ?
8. pandai memasak tak ? apa masakan paling superb pernah korang masak?
9. Dah berpunya ? kalau belum I nak ngorat ni ^^
10. State the similarities and differences between the human and the grasshopper's repiratory system based on the structural adaptation to maximise the rate of gaseous exchange. (10 marks)
bhahaha ok gurau . tu soalan bio spm 2012 yang memang aku tak reti jawab . ok soalannya , apa pandangan korang terhadap perempuan berpurdah ?
11. apa pandangan korang terhadap blog aku ni ? dan aku pelik tak ?
so , aku nak tag......... YOU ! yeah you . you yang sedang baca tu . hah , jangan nak pandang orang belakang or orang sebelah lah . I'm talking to you . jangan nak lari . kau dah kena tag . baik buat benda alah ni cepat !
hahaha..terbaik lah dia punya jwpn..thanx sudi jwb ^_^
ReplyDelete