Tawakkaltu alallah



Assalamualaikum

Does anyone see my jarum mengaits (coz there are two of them) ? I dont know what it's called . i don't think that it is jarum as mana ada lubang benang pun . I selalu panggil 'besi' je . ahak :P

hari ni hari last untuk bank in yuran pendaftaran for UTP . dan dengan hati yang nekad , eh ke tekad ? ahh whateverla . dengan hati yang tekad-nekad aku pejam mata dan tutup telinga pura pura aku tak dapat offer UTP tu . kenapa ? dulu beria sangat nak masuk UTP ? bla bla bla pot pet . 

bila fikir fikir balik , tak pe lah . kalau aku masuk situ without scholar . jenuh la nak self funding . bapak aku bukan tan sri . memang ada banyak kelebihan kalau masuk UTP , tapi.... tak pe lah ! haha . makanya aku tawakal nak tunggu result UPU je . harap harap aku diterima la masuk UM . even UM pun tak ada biasiswa , tapi rasanya tak la semahal UTP kot . kot la .  atau bonus , aku dapat scholar Mara pergi oversea . ahak . tapi itu aku tak la berharap sangat pasal aku tau peluang tipis je . 

tapi yang aku tension bila semua pilihan aku dah menjurus ke arah engineering , eh ramai pulak menyarankan aku untuk ambil medic . bila aku cakap tak minat , diorang cakap sekarang ni jangan ikut minat , ikut peluang pekerjaan . engineer dah belambak . pompuan susah dapat kerja . kena kerja tengah panas . dekat site . pot pet pot pet . aku tak tahu sama ada aku memang salah atau mereka yang pemikiran tertutup .

i mean like , come on la . job is not about money for me . actually memang la mengidam jugak gaji mahal kan . tapi kalau gaji mahal , tapi kita kena buat kerja yang kita benci . sepanjang hidup pun rasa berat je nak ergi kerja . biar gaji kecil asal ada kepuasan bekerja. insyaallah kalau kita betul betul passionate dengan cita cita kita , kerja tu menanti je . lagipun , aku nak sambung course chemical engineering . bukan civil engineering . aku tak ada kaitan dengan orang orang yang pakai topi keras warna kuning tepi jalan check bangla buat jalan tu okay . pehlish la pakcik pakcik serta makcik makcik .

aku nak kena cucuk pun dah meraung raung kalah budak lima tahun , ada hati pulak nak cucuk anak orang . silap silap aku yang pengsan . nak pulak kena belajar benda yang aku tak minat . banyak menghafal ni . lagi la .
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)