Sambungan hari suey sedunia | PART II

Assalamualaikum
haih , akhirnya baru aku dapat online . what a busy day . nak kena pack barang semua . esok dah nak kena balik kampung . then straight terus pergi UM hari ahad tu . so teraksa berkemas awal . Abang Po balik dari PLKN esok , dan esok jugak aku balik kampung . hmm , nampaknya memang tak sempat nak jumpa lah before sambung belajar . lepas ni entah bila pulak baru dapat jumpa :'(

so , jom kita sambung kisah hari suey aku . dahsyat gila sampai ada tiga entry . hahaha . ok , lepas aku selesai urusan mengemis nombor and bank in yuran pendaftaran dekat bank islam , aku ikut ayah pergi kedai RM2 . so alang aang aku nak beli terus baldi segala tu . masuk masuk ada sorang bangla ni pandang aku macam nampak retis . macam terpaku gitu .

bangla : ya cik cari apa ?
me : baldi mana baldi?
*bangla tunjuk aku kat mana baldi*
bangla : mau baldi kecil ke besar ?
me : yang ni jelah *tunjuk dekat baldi sederhana*
bangla : saya tak pandai nak cakap . tapi awak banyak cantik . betul , cantik sangat.
me : ............. -_________- WTF ??
ah mengarut je *terus bawak baldi blah dari situ dengan kadar segera*

sampai kaunter lupa pulak nak ambil berus . patah balik cari berus . choi jumpa lagi muka bangla tu .

bangla : ye cari apa lagi ? *muka bahagia*
me : berus mana berus ?
*bangla tunjuk kat aku mana berus*
bangla : kampung asal mana ?
me : *ah dah kenapa kau ni????* sini je.
bangla : awak sudah kahwin belum ?
me : *vat da hell????* DAH
bangla : ohh *muka kecewa* maaf la ya tadi mengganggu

lepas tu dia tak kacau dah . phew . nasib baik . seram woi kena ngorat dengan bangla . direct puji kita cantik . cantik ? dari pagi aku keluar rumah , muka berlengas gila . dengan dah berpeluh nya . pakai macam sakai . kau cakap cantik ??? lepas tu siap tanya kampung (rumah) dekat mana , dah kahwin ke belum . gaya macam nak pergi masuk meminang je . seram gilaaaaaa .

kalau laki hensem yang cakap macam tu mungkin nyaris aku cair . pasal gentle gila kan . hahahaha . tapi nasib bangla . err , aku tak berkenan langsung . agaknya sebab tu ramai perempuan lari dengan bangla . dulu puas aku fikir , kalau indon lombok tu boleh blah lagi , mungkin ada yang hensem . tapi bangla ??? now aku dah tahu kenapa mereka cair . bangla bangla semuanya sweet talker . sangat .

taubat aku tak nak masuk dah kedai tu . seram aku . hahaha

Photobucket

1 comment:

  1. yeah , husna di tekel olah mat bangla . how sweet >.<

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)