Saham dosa dalam berkarya


Assalamualaikum

memandangkan I tengah bosan , jadi apa kata I membebel seribu dua ribu patah . dah lama rasanya tak cakap cakap macam ni . lately semua post pasal interview je .

alright , ceritanya macam ni . baru ni I ada baca satu novel yang tajuknya tak perlu lah kot nak dimentionkan . I beli novel tu pun sebab terpengaruh tengok semua orang beli and cakap novel tu best gila . tapi bila I dah baca , rasa macam menyesal je beli . definisi novel best for me is novel yang kelakar and sweet . senang cakap romantic comedy lah . bukan novel yang sedih sampai mengalir ayak hidung baca . jadi stress bila baca novel macam tu .

so the novel... hmm , jalan ceritanya macam best . tapi awal awal cerita perempuan tu dah kena rogol . yes I really hate novel yang ada masuk unsur unsur rogol dalam tu . tak suka baca . the bla bla bla last last perempuan tu kahwin dengan lelaki yang rogol dia tu . haa , agak agak korang dapat teka tak novel apa ni . hahah . 

time diorang dah kahwin tu , baru sampai separuh novel . then I thought maybe lagi separuh mesti ada konflik suami dia kena goda dengan adik tiri dia or so what ever lah . kahwin lain ke . pasal tebal baru nak habis woi ! tapi baca punya baca mana ada konflik sangat pon ! memang ada adik tiri dia goda tapi sikit je. then tak ada dah . dan baki separuh novel tu penuh dengan cerita cerita over romantik dan mengghairahkan . lebih tepat lagi cerita diorang buat kilang anak and honeymoon . pusing pusing pusing cerita pasal tu je banyak . so.... disgusting.

novel ni bagus . banyak hadis hadis and pengajaran dalam tu . tapi banyak jugak cerita cerita bab yang lucah . nak balance kan ke hoi =_=


benda yang I nak cakap sebenarnya , memang novel macam ni ramai orang suka . you know , buat stok koya koya berangan sorang sorang . sengih sengih baca novel . tapi ada jugak yang geli baca novel novel macam ni . termasuk aku . haha . I bukan geli sebab tak matured ke apa , but cuba fikir . bila baca cerita macam ni , kita dapat bayangkan suasana tu . and I rasa macam dapat pendidikan seks je dengan baca novel novel macam ni . dari tak tahu apa apa dulu sekarang macam macam aku tau -,- no need to watch porno videos . baca novel pun dah cukup .

dan bila tengok profil penulis , selalunya yang tulis tu budak . I mean golongan remaja . selalunya budak U or lepasan U ni lah . semua pun pakai tudung . dalam umur 20-an gitu . dan selalunya diorang ni tak kahwin pun lagi . how can mereka tulis sebegitu detail ? =..=''

so aku rasa sesiapa yang ura ura nak menulis dekat luar tu , harus sedar la apa motif korang menulis . kita menulis untuk menghiburkan . atau untuk bagi ilmu . atau untuk bagi pengajaran . tak salah tulis benda yang menghiburkan . tapi jangan la sampai macam tu sekali . i mean , contohnya ada seribu orang beli novel tu . dengan baca novel tu orang akan membayangkan benda benda yang mengghairahkan or teransang maybe ? hahaha . itu je dah buatkan penulis dan pembaca tu sama sama berdosa . kalau pembaca tu lemah iman , baca novel gitu then teringin ? dah pergi buat maksiat . tiru aksi aksi dalam novel tu . penulis tu pun turut dapat saham dosa .

tu kalau seribu orang . aku rasa lebih daripada tu yang akan beli dan baca kan . untuk apa dapat untung dengan jual cerita yang macam tu . diorang ni tak ubah macam pengarah movie movie yang lucah tu . cuma tak perlu pelakon . tapi ingat , imaginasi manusia tu melampau lampau . kita boleh mambayangkan yang lebih dahsyat dari yang dalam movie . so novel sebenarnya lagi kuat effect dia . 

so novelis out there , ubah la gaya penulisan anda . 
Photobucket

2 comments:

  1. betul tuh . naseb baik la tergolong dalam golongan yang bace novel kanak2 je ^^ novel cinta macam mengarut .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . comel je k.myra still bce novel kanak2 . ain maisarah eh . haha

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)