SuperDuperHyper busy week

Assalamualaikum cayang cayang cekalian :)

Sedihnyaaa . nampaknya cabaran 30 hari aku dekat blog ni dah lama terbengkalai sampai aku dah tak larat nak catch up . ini semua gara gara hidup aku yang dengan tiba tiba jadi super busy sejak dua minggu lepas . tapi klimaks dia last week lah . rasanya dah macam zombie kot . aku just heret je diri aku untuk habiskan minggu tu . sumpah penat fizikal dan mental !


dipendekkan cerita , minggu lepas lah semua orang nak buat semua benda . minggu tu lah semua lecturer nak buat test . due date hantar assignment . due date untuk presentation . minggu tu lah semua persatuan nak buat meeting . minggu tu lah nak buat hari interaksi . minggu tu jugaklah nak kena pergi interview social enterprise untuk assignment . minggu tu jugaklah result JPA keluar . dan minggu tu jugaklah Abang Po buat keputusan nak datang jumpa aku . ya , timing baik punyaaa ~ *cakap sambil buat daya Dafi*


yang paling membebankan aku is assignment untuk subjek Basic Entrepreneurship and Culture. Eeeiii , sumpah aku tak suka subjek tu . tapi wajib ambil . sadis betul . subjek tu memang betul betul menyusahkan hidup aku dan mendera emosi aku . padahal dapat dua credit hour je pon ~

aku paling tak suka kerja in group . lagi lagi kalau ahli group tu ramai . nanti mesti ada yang kaki arah , yang menumpang , yang take for granted . yang betul betul buat kerja dua tiga kerat je . nasib tak baik , aku dapat sorang ahli kumpulan yang ermm... menyebalkan hati semua orang kerana ketidak -komited-an beliau . sumpah aku tension dengan dia . haihhh .


dan lagi tak bernasib baik , Abang Po datang time aku tengah tension . pulak tu lambat sejam ! haih... geram je mak nak ganyang ganyang dia ni . and my mood was really really not okay . I've been grumpy for the whole week . nasib kau lah kan kalau muka i'olls masam je time keluar . pantang salah sikit terus rasa nak baling kasut . dia buat lawak pun aku layan tak layan je . kecelaruan emosi beb . dia macam rasa geram + sakit hati + nak nangis + tapi macam happy . ahahaha . dah la time keluar tu pun asyik tengok masa takut kalau balik lambat sangat tak sempat nak study untuk test esoknya . and yes , last week I have TEST ON SATURDAY . and REPLACEMENT CLASS ON SUNDAY !!!!!!!

hari sabtu tu pulak kengkonon lepas habis test nak ajak Abang Po pergi naik roller coaster dekat time square . saja nak lepas tension . kalau nak tahu sepanjang aku masuk degree ni aku belum pernah jejak kaki dekat time square . punyaaalah busy . tapi sekali malam tu dapat tau yang aku terpaksa pergi interview tu lepas test . dammitttt ! dan aku terpaksa cancel date sebabkan hal ni tapi ada sorang makhluk ni boleh dengan rasa selamber nya tak mau ikut pergi interview sebab hal sendiri . woi ni kerja kumpulan tahu ??


last last lepas habis interview aku lari cepat cepat pergi jumpa Abang Po sekejap . dengan pakai baju kurungnya . plus lapar lagi . penat lagi . orang sesak lagi . last last sempat pergi makan je dekat time square sambil dengar je orang jerit jerit naik roller coaster . nak shopping pun tak sempat . i'olls is sedih you know ! dah la I've been waiting for this dah lama . sekali jadi macam ni . tak dapat quality time pun . I was just keep holding myself from not to blow out .



eh ni dah macam entry luah perasaan pulak kan . ahahaha .
anyway thanks Abang Po for coming . walaupun lambat kalah siput babi yang dah nazak . tapi kira kosong kosong lah ea sebab saya dah pun lepas geram dengan tumbuk awak dekat stesen lrt hari tu . tak sakit kan ? ihiks >,<




Photobucket

1 comment:

  1. bz nya dia..biasa la ada time kita bz ada time free...all da best ya

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)