Day 9 | Pet peeves


Day 9 - Pet peeves


Pet peeves is not a pet . bukan kucing mahupun rabbit mahupun hamster mahupun anjing mahupun sugar glider mahupun gold fish mahupun kambing mahupun kanggaroo . Pet peeves is something that pada orang lain biasa biasa je , tapi bagi kau benda tu sangat menyakitkan hari rasa annoying nak mati . haa gittew ~


aku tak pasti pet peeves aku apa . yang aku pasti aku sangat sakit hati kalau aku duduk dalam bilik yang asalnya pintu bertutup. and then ada siapa siapa family aku masuk bilik aku . just untuk bagitau something or adik adik aku saja nak menyemak , and then diorang keluar balik tanpa tutup pintu . ataupun aku dah pesan suruh tutup , tapi diorang tutup tak rapat . terus rasa menyirap gila . menyarsi meribena semua ada lah ! paling rasa nak baling pisau bila diorang keluar and aku terpaksa bangun dari katil untuk tutup pintu dan lima saat kemudian diorang datang balik untuk bagitau something yang tadinya diorang lupa dan keluar balik tanpa tutup pintu sekali lagi . masa tu memang aku akan menjerit like "tutup lah balik pintu tu rapat-rapat !!!!!!"


buat masa ni cuma adik aku yang tiga tahun tu je yang pandai ikut arahan . bila masuk tutup pintu balik . keluar pun tutup pintu balik . good boy .


second pet peeves aku mungkin orang yang suka menghasilkan bunyi . contohnya makan gula gula dan hasilkan bunyi hisap gula gula tu . ataupun makan bunyi kunyah kuat gila . ataupun bunyi apa apa lah ! dan juga orang yang pelat s . kalau pelat yang tak keluar angin tu tak pe . ni yang s dia lain macam bunyi dan keluar banyak angin aku rasa macam nak asdfghjkl


third pet peeves aku ialah orang yang suka mencampak . memang lah bagus kalau suka tonjolkan diri . berani . confident . tapi ada sesetengah manusia ni confidence level dia macam over semacam pulak . kadang kadang memang orang macam tepuk tangan dan sorak dengan apa yang diorang buat , tapi most of the time orang just memperbodohkan diorang je . seronok tengok diorang sanggup buat apa apa je kat depan . dan diorang pun macam seronok je rasa kena sorak . tak sedar kena gelak .



Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)