Nak pilih universiti mana?

Assalamualaikum :)


Adik adik form 5 sekarang mesti tengah pening kan . nanti nak pilih universiti apa ? course apa ? matriks ? asasi ? diploma ? ke STPM ? ada setengah orang rasa macam , elehh pilih je lah . susah apa . tapi sebenarnya pilihan ni lah yang akan menentukan korang punya next step . siyes wehhh .


macam aku dulu , memang aku nak masuk asasi . tak pun nak fly oversea . ecey , jet jet je lah kan . actually benda ni sebenarnya lebih kepada rezeki dan takdir . target dulu , then terima je rezeki korang . hati kena ikhlas . ramai kawan kawan aku dulu yang tak ikhlas belajar dekat asasi . ada yang kena paksa dengan parents . ada yang nak ambik law , tapi kena paksa ambil sains . ada yang nak jadi dentist , tapi kena paksa jadi engineer . ada yang frust tak dapat fly oversea sampai ke sudah .


pengakhirannya ? mereka mereka ni lebih cenderung untuk fail . aka kena buang asasi . hati tak ikhlas weh , macam mana ilmu nak masuk ? tapi lek lu . tu bukan the end of the world pun . kebanyakan kawan kawan aku start semula dari awal . ada yang ambil diploma . ada yang buat foundation dekat IPTS . tapi course yang seterusnya tu selalunya course yang diorang idamkan . sebab parents diorang dah nampak diorang tak boleh bawak semua ni , takkan nak paksa lagi kan ? so itu hikmah dia .

ada kawan kawan aku yang pointer tak seberapa . so diorang apply semula JPA or anything . dapat fly pergi oversea . even membazir setahun . tapi finally dapat fly kot !

macam aku , dulu aku nak ambil engineering . so aku apply UTP and Mara and biasiswa Felda . course chemical engineering . dan untuk UPU aku apply UM , course asasi sains . last last aku dapat UTP and UM . masa ni aku confuse gila nak pilih yang mana . at first aku fikir nak masuk UTP . tak teringin mana pun nak masuk UM . tapi masa aku pergi interview PASUM , aku tengok suasana UM . I have that feeling yang macam..... ni tempat aku . aku selesa kat sini . different dengan when I was in UTP . rasa asing .

So aku ambik keputusan untuk masuk UM . dan aku saaaaangat bersyukur . masa dekat asasi aku rasa yang aku tak boleh go dengan physics . apatah lagi engineering . aku cuma berminat dengan Chemistry . nasib baik aku tak masuk UTP . atau fly oversea ambil course engineering .

so sebenarnya apa point aku ni ? hahahha .
target dulu apa yang korang rasa korang nak ambik . kalau betul betul sure nak jadi doktor or engineer , boleh terus ambil course tu . tak kisah lah diploma ke foundation . kalau rasa kau slow learner , jangan masuk foundation . peduli je apa orang cakap diploma lama , masuk la matriks , asasi , shortcut , cepat sikit . semua bullshit je . nilai kemampuan sendiri . daripada kau membazir masa setahun dekat matriks or asasi then result low atau kena buang dan perlu start balik dari awal , baik kau awal awal masuk diploma .

and for those yang tak sure nak jadi apa tapi still nak ambil sains macam aku , haha . aku cadangkan masuk matriks or asasi . nanti dekat situ korang akan tau korang nak sambung apa for degree . and for those yang nak ambil business , better ambil diploma . for sastera , better ambil STPM .

final step :
just ikut flow takdir korang . kalau jatuh , pejam mata dan bangun semula . dari situ korang akan jumpa jalan sebenar korang .


P/S : jangan eksaited sangat nak masuk universiti . you'll gonna miss school's life babe .



Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)