Assalamualaikum cayang cayang cekalian :)
Sedihnyaaa . nampaknya cabaran 30 hari aku dekat blog ni dah lama terbengkalai sampai aku dah tak larat nak catch up . ini semua gara gara hidup aku yang dengan tiba tiba jadi super busy sejak dua minggu lepas . tapi klimaks dia last week lah . rasanya dah macam zombie kot . aku just heret je diri aku untuk habiskan minggu tu . sumpah penat fizikal dan mental !
dipendekkan cerita , minggu lepas lah semua orang nak buat semua benda . minggu tu lah semua lecturer nak buat test . due date hantar assignment . due date untuk presentation . minggu tu lah semua persatuan nak buat meeting . minggu tu lah nak buat hari interaksi . minggu tu jugaklah nak kena pergi interview social enterprise untuk assignment . minggu tu jugaklah result JPA keluar . dan minggu tu jugaklah Abang Po buat keputusan nak datang jumpa aku . ya , timing baik punyaaa ~ *cakap sambil buat daya Dafi*
yang paling membebankan aku is assignment untuk subjek Basic Entrepreneurship and Culture. Eeeiii , sumpah aku tak suka subjek tu . tapi wajib ambil . sadis betul . subjek tu memang betul betul menyusahkan hidup aku dan mendera emosi aku . padahal dapat dua credit hour je pon ~
aku paling tak suka kerja in group . lagi lagi kalau ahli group tu ramai . nanti mesti ada yang kaki arah , yang menumpang , yang take for granted . yang betul betul buat kerja dua tiga kerat je . nasib tak baik , aku dapat sorang ahli kumpulan yang ermm... menyebalkan hati semua orang kerana ketidak -komited-an beliau . sumpah aku tension dengan dia . haihhh .
dan lagi tak bernasib baik , Abang Po datang time aku tengah tension . pulak tu lambat sejam ! haih... geram je mak nak ganyang ganyang dia ni . and my mood was really really not okay . I've been grumpy for the whole week . nasib kau lah kan kalau muka i'olls masam je time keluar . pantang salah sikit terus rasa nak baling kasut . dia buat lawak pun aku layan tak layan je . kecelaruan emosi beb . dia macam rasa geram + sakit hati + nak nangis + tapi macam happy . ahahaha . dah la time keluar tu pun asyik tengok masa takut kalau balik lambat sangat tak sempat nak study untuk test esoknya . and yes , last week I have TEST ON SATURDAY . and REPLACEMENT CLASS ON SUNDAY !!!!!!!
hari sabtu tu pulak kengkonon lepas habis test nak ajak Abang Po pergi naik roller coaster dekat time square . saja nak lepas tension . kalau nak tahu sepanjang aku masuk degree ni aku belum pernah jejak kaki dekat time square . punyaaalah busy . tapi sekali malam tu dapat tau yang aku terpaksa pergi interview tu lepas test . dammitttt ! dan aku terpaksa cancel date sebabkan hal ni tapi ada sorang makhluk ni boleh dengan rasa selamber nya tak mau ikut pergi interview sebab hal sendiri . woi ni kerja kumpulan tahu ??
last last lepas habis interview aku lari cepat cepat pergi jumpa Abang Po sekejap . dengan pakai baju kurungnya . plus lapar lagi . penat lagi . orang sesak lagi . last last sempat pergi makan je dekat time square sambil dengar je orang jerit jerit naik roller coaster . nak shopping pun tak sempat . i'olls is sedih you know ! dah la I've been waiting for this dah lama . sekali jadi macam ni . tak dapat quality time pun . I was just keep holding myself from not to blow out .
eh ni dah macam entry luah perasaan pulak kan . ahahaha .
anyway thanks Abang Po for coming . walaupun lambat kalah siput babi yang dah nazak . tapi kira kosong kosong lah ea sebab saya dah pun lepas geram dengan tumbuk awak dekat stesen lrt hari tu . tak sakit kan ? ihiks >,<
Girls be like....
Assalamualaikum :)
There are some girls thing that I found very funny . If you're a girl you'll get it .
First
kalau tengok baju orang macam lawa , kita mesti rasa curious nak tau material kain dia macam mana . so slow slow kita approach orang tu and then mention pasal baju dia lawa and dengan tak malunya pegang kain baju dia rasa rasa . and then tanya beli kat mana . even dengan orang yang tak kenal . keh keh .
Second
kalau tengok kawan pakai kasut baru , mesti nak try pakai jugak -,-
Third
kalau jalan jalan then nampak orang lain punya tudung or kasut cantik , mesti senyap senyap tangkap gambar dia . then cari tudung or kasut tu sampai jumpa . haha .
Fourth
kalau tengah cuti , setiap kali bangun dari duduk mesti akan tanya kawan , "weh , belakang aku ada apa-apa tak ?"
Fifth
kalau tengok orang punya kening or wing eyeliner on point gila , nanti mesti akan tanya orang tu suruh ajar macam mana nak make up macam tu . haha .
Sixth
kalau nampak tudung kawan senget , mesti rasa sakit mata lalu laju laju pergi betul kan . perempuan ni caring betul . padahal tudung sendiri pun macam haram kelepet dia . hahaha .
Seventh
kalau nak masuk toilet tu , siapa tunggu dekat luar memang malang . sebab habis segala khazanah diorang amanahkan suruh kita jaga kejap . kau ingat barang perempuan sikit macam laki ke ? phone dengan wallet je ?? banyak wehhh banyakkkk !
Eight
kalau kau rasa macam bau perfume kawan kau sedap gila nak mati pun , kau takkan beli perfume yang sama selagi kau kawan dan lepak dengan dia .
Ninth
kalau nampak laki hot lalu kan , semua diam . muka jet jet cool je , tapi mata tak berkelip . bila that guy dah lepas baru semua start sengeh sengeh sambil pandang satu sama lain and start buat bunyi gedik like eeeeekkkk maiigadddd handsomenyaaaaaaa ~ hahaha
Tenth
bila shopping ramai ramai , selalu try semua baju .
"eh baju ni cantiknya !"
"kaaannn , sesuai doh dengan you ."
"kaaannnn"
"kaaaaaannnnn"
"tapi actually I tak ada duit"
"sama lah"
"jom try baju lain pulak :D"
"jom :DD "
atau pun...
*nampak baju cantik*
dan semua berebut nak beli baju tu . aku nampak dulu ! aku nampak dulu ! sambil berebut hanger . last last semua tak beli sebab nak adil . sambil keluar kedai dengan muka tak puas hati sambil masih jeling jeling baju tu .
Movie of the month
Assalamualaikum :)
Macam yang aku cakap , bulan ni mungkin dah layak untuk dilabel sebagai bulan tengok movie sedunia bagi kerajaan Husnaland . like I watched too much movies kot ! instead of buat kerja yang bertimbun kan . ish ish ish..
So , luckily , semua movie yang aku tengok kat wayang lately ni semuanya best best . baru lah rasa berbaloi RM10 aku . kalau tengok wayang cerita tak best sumpah keluar tu frust gila . rasa membazir sangat . so for those yang nak tengok movie , these are my suggestion...
1) Love Rosie
basically cerita ni kelakar , and sedih . dia cerita pasal rosie dengan apa nama laki tu aku lupa, alex kot . diorang ni best friend dari kecik and love each other actually . tapi sebab masing masing friendzone masing masing , so diorang selalu terlepas peluang la . and then pasal family . ada lah part part sedih yang tak patut aku cerita kat sini . nanti spoil la kan . hahaha . senang cerita , movie ni tak bosan tengok . but kalau nak tengok , better dengan kaum sejenis la . sebab even dia P13 tapi banyak sex jokes . aku pun tak faham , zaman sekarang ini yang diorang rasa appropriate untuk budak 13 tahun -,-
kalau P18 apatah lagi kan ? haha
p/s : i'olls dah 19 . boleh tengok semua . teehee :P
2) Big Hero 6
aku tengok movie ni secara terpaksa sebab dah tak ada cerita lain dah masa tu tapi nak jugak tengok wayang . haha . but ohhhhemmmmjeyyyy best gila nak mati ! kalau kau tengok movie ni , kau akan keluar dengan tegang urat pipi sebab gelak non stop . baymax (robot tu) sumpah comel gilaaa . jalan cerita dia menarik la . and klimaks dia , part sedih . sedih yang memang sedih wehh . aku terkebil kebil tahan air mata bertakung . kawan aku kat sebelah dah menangis nau nau dah . kartun je pun -,-''
setakat ni movie disney tak pernah hampakan aku.
3) 3600 detik
yaasssss , aku dah tengok movie tu . ihiks . kalau nak tengok , boleh tengok dekat nonton.com kalau tak silap aku . best la... best . kalau kau tak baca novel dia pun , tetap akan rasa best . konklusinya ? best . haha .
4) Dracula Untold
pon best . haha . aku dah malas nak describe
5) How to train your dragon 2
best . kalau kau dah tengok HTTYD 1
ermm.... tu je kot suggestion aku . kalau dah tak ada dekat cinema , korang boleh tengok online je . selalunya aku tengok movie dekat viooz.co . tapi situ movie omputih je lah . tak ada subtitle pasal tu website uk . and kalau movie yang ada adegan adegan panas tu , memang dah tak ada tapis tapis . pandai pandai lah kau tapis screen laptop kau guna penapis .
sekarang I'm looking forward pitch perfect 2 and mocking jay part 1 . mocking jay 20 hb ni wehhh tak sabar ~~~~~ >,<
Nak pilih universiti mana?
Assalamualaikum :)
Adik adik form 5 sekarang mesti tengah pening kan . nanti nak pilih universiti apa ? course apa ? matriks ? asasi ? diploma ? ke STPM ? ada setengah orang rasa macam , elehh pilih je lah . susah apa . tapi sebenarnya pilihan ni lah yang akan menentukan korang punya next step . siyes wehhh .
macam aku dulu , memang aku nak masuk asasi . tak pun nak fly oversea . ecey , jet jet je lah kan . actually benda ni sebenarnya lebih kepada rezeki dan takdir . target dulu , then terima je rezeki korang . hati kena ikhlas . ramai kawan kawan aku dulu yang tak ikhlas belajar dekat asasi . ada yang kena paksa dengan parents . ada yang nak ambik law , tapi kena paksa ambil sains . ada yang nak jadi dentist , tapi kena paksa jadi engineer . ada yang frust tak dapat fly oversea sampai ke sudah .
pengakhirannya ? mereka mereka ni lebih cenderung untuk fail . aka kena buang asasi . hati tak ikhlas weh , macam mana ilmu nak masuk ? tapi lek lu . tu bukan the end of the world pun . kebanyakan kawan kawan aku start semula dari awal . ada yang ambil diploma . ada yang buat foundation dekat IPTS . tapi course yang seterusnya tu selalunya course yang diorang idamkan . sebab parents diorang dah nampak diorang tak boleh bawak semua ni , takkan nak paksa lagi kan ? so itu hikmah dia .
ada kawan kawan aku yang pointer tak seberapa . so diorang apply semula JPA or anything . dapat fly pergi oversea . even membazir setahun . tapi finally dapat fly kot !
macam aku , dulu aku nak ambil engineering . so aku apply UTP and Mara and biasiswa Felda . course chemical engineering . dan untuk UPU aku apply UM , course asasi sains . last last aku dapat UTP and UM . masa ni aku confuse gila nak pilih yang mana . at first aku fikir nak masuk UTP . tak teringin mana pun nak masuk UM . tapi masa aku pergi interview PASUM , aku tengok suasana UM . I have that feeling yang macam..... ni tempat aku . aku selesa kat sini . different dengan when I was in UTP . rasa asing .
So aku ambik keputusan untuk masuk UM . dan aku saaaaangat bersyukur . masa dekat asasi aku rasa yang aku tak boleh go dengan physics . apatah lagi engineering . aku cuma berminat dengan Chemistry . nasib baik aku tak masuk UTP . atau fly oversea ambil course engineering .
so sebenarnya apa point aku ni ? hahahha .
target dulu apa yang korang rasa korang nak ambik . kalau betul betul sure nak jadi doktor or engineer , boleh terus ambil course tu . tak kisah lah diploma ke foundation . kalau rasa kau slow learner , jangan masuk foundation . peduli je apa orang cakap diploma lama , masuk la matriks , asasi , shortcut , cepat sikit . semua bullshit je . nilai kemampuan sendiri . daripada kau membazir masa setahun dekat matriks or asasi then result low atau kena buang dan perlu start balik dari awal , baik kau awal awal masuk diploma .
and for those yang tak sure nak jadi apa tapi still nak ambil sains macam aku , haha . aku cadangkan masuk matriks or asasi . nanti dekat situ korang akan tau korang nak sambung apa for degree . and for those yang nak ambil business , better ambil diploma . for sastera , better ambil STPM .
final step :
just ikut flow takdir korang . kalau jatuh , pejam mata dan bangun semula . dari situ korang akan jumpa jalan sebenar korang .
P/S : jangan eksaited sangat nak masuk universiti . you'll gonna miss school's life babe .
Adik adik form 5 sekarang mesti tengah pening kan . nanti nak pilih universiti apa ? course apa ? matriks ? asasi ? diploma ? ke STPM ? ada setengah orang rasa macam , elehh pilih je lah . susah apa . tapi sebenarnya pilihan ni lah yang akan menentukan korang punya next step . siyes wehhh .
macam aku dulu , memang aku nak masuk asasi . tak pun nak fly oversea . ecey , jet jet je lah kan . actually benda ni sebenarnya lebih kepada rezeki dan takdir . target dulu , then terima je rezeki korang . hati kena ikhlas . ramai kawan kawan aku dulu yang tak ikhlas belajar dekat asasi . ada yang kena paksa dengan parents . ada yang nak ambik law , tapi kena paksa ambil sains . ada yang nak jadi dentist , tapi kena paksa jadi engineer . ada yang frust tak dapat fly oversea sampai ke sudah .
pengakhirannya ? mereka mereka ni lebih cenderung untuk fail . aka kena buang asasi . hati tak ikhlas weh , macam mana ilmu nak masuk ? tapi lek lu . tu bukan the end of the world pun . kebanyakan kawan kawan aku start semula dari awal . ada yang ambil diploma . ada yang buat foundation dekat IPTS . tapi course yang seterusnya tu selalunya course yang diorang idamkan . sebab parents diorang dah nampak diorang tak boleh bawak semua ni , takkan nak paksa lagi kan ? so itu hikmah dia .
ada kawan kawan aku yang pointer tak seberapa . so diorang apply semula JPA or anything . dapat fly pergi oversea . even membazir setahun . tapi finally dapat fly kot !
macam aku , dulu aku nak ambil engineering . so aku apply UTP and Mara and biasiswa Felda . course chemical engineering . dan untuk UPU aku apply UM , course asasi sains . last last aku dapat UTP and UM . masa ni aku confuse gila nak pilih yang mana . at first aku fikir nak masuk UTP . tak teringin mana pun nak masuk UM . tapi masa aku pergi interview PASUM , aku tengok suasana UM . I have that feeling yang macam..... ni tempat aku . aku selesa kat sini . different dengan when I was in UTP . rasa asing .
So aku ambik keputusan untuk masuk UM . dan aku saaaaangat bersyukur . masa dekat asasi aku rasa yang aku tak boleh go dengan physics . apatah lagi engineering . aku cuma berminat dengan Chemistry . nasib baik aku tak masuk UTP . atau fly oversea ambil course engineering .
so sebenarnya apa point aku ni ? hahahha .
target dulu apa yang korang rasa korang nak ambik . kalau betul betul sure nak jadi doktor or engineer , boleh terus ambil course tu . tak kisah lah diploma ke foundation . kalau rasa kau slow learner , jangan masuk foundation . peduli je apa orang cakap diploma lama , masuk la matriks , asasi , shortcut , cepat sikit . semua bullshit je . nilai kemampuan sendiri . daripada kau membazir masa setahun dekat matriks or asasi then result low atau kena buang dan perlu start balik dari awal , baik kau awal awal masuk diploma .
and for those yang tak sure nak jadi apa tapi still nak ambil sains macam aku , haha . aku cadangkan masuk matriks or asasi . nanti dekat situ korang akan tau korang nak sambung apa for degree . and for those yang nak ambil business , better ambil diploma . for sastera , better ambil STPM .
final step :
just ikut flow takdir korang . kalau jatuh , pejam mata dan bangun semula . dari situ korang akan jumpa jalan sebenar korang .
P/S : jangan eksaited sangat nak masuk universiti . you'll gonna miss school's life babe .
Day 14 | Celebrity crush
Day 14 : Provide pictures of 5 celebrity crushes
I kenot lah this entry...... to much perfection . hahaha .
rasanya male celebrity crush aku tiga ni je... lagi dua ?
Day 13 | Confession ?
Day 13 : Three confessions of your choice
Haa , tengok tajuk confession ni mesti ramai je yang click lelaju . ingat nak confess pasal crush lettew . kan kan ? i'olls tak boleh la nak confess pasal crush kat sini . bahaya . blog ni ramai orang baca . lol . poyo je .
Confession number one :
I actually..... dah dua minggu tak buat kerja . pergi kelas . balik kelas . duduk dalam bilik tak buat apa apa . tutorial tak usik assignment tak buat test belambak tak study . bila kerja makin banyak dan semakin banyak , aku pun mula rasa serabut dan pergi keluar makan and shopping . bulan ni je dah dua novel aku beli dan dua movie aku tengok . semalam nyaris nak beli album taylor swift yang latest tu. dan ayah baru je masukkan duit belanja bulan ni hari isnin hari tu dan sampai ke saat ni aku dah belanja hampir RM200 . err..... ?
nasib baik ada duit simpanan sendiri . nanti dapat biasiswa aku ganti la balik duit tabung tu T_T
oh btw alhamdulillah aku dapat biasiswa JPA . dan sekarang aku takut macam mana nak jaga pointer....
Confession number two:
I actually have a girl crush . haaa . creepy kan . hahaha . It's just that I like to see her la bukan suka weyy . aku bukan lesbian ! Aku suka tengok dia sebab dia cantik , nampak matang je . and lembut . aku start suka dia sejak aku tengok dia menari masa MHS PASUM . ok . sekarang aku pun rasa yang aku memang creepy.....
Confession number three :
tadi aku pergi makan dekat UM Food village dan tak mandi lagi . alahh , bukan orang tau pon kalau aku tak cakap kan ? dulu masa duduk hostel pun aku selalu jugak pergi lunch tak mandi .. ihiks .
Day 12 | My desktop
Day 13 : Screenshot your desktop
My desktop is quite a mess . typical girl's desktop. semua file nak save dekat desktop kan . senang nak cari . hahaha . kalau tengok kat situ desktop aku bersepah dengan gambar and poster . That's because I'm working on a poster for a project. biro publisiti dan multimedia lah kengkonon . padahal camera takde , adobe photoshop pun takde . meraban la search free online poster maker nak buat poster . nak install baru internet lembab kalah atok siput .
akhirnya sepanjang petang aku godek godek internet inilah hasilnya .
*Drum roll please*
cantik tak ? baik korang cakap cantik cepat !
*cakap sambil pegang pisau*
tinggal nanti nak tambah logo uni , kolej and kelab je lagi . then done ! phew ~
dan kita berharap je lah ramai ramai design poster aku yang akan di pilih . kalau tak buat penat je aku buat sepanjang petang . lewls .
Day 10 | Food for life
Day 10 : If you could only live off of one food and one beverage for the rest of your days, what would they be?
I think it might be nasi putih lauk ayam masak merah and sayur campur yang ada bunga kobis and brokoli.
haa , specific tak ? hahah . sebab hampir setiap hari aku lunch benda yang sama . bila tak tau nak makan apa mesti menu ni yang aku pilih . tapi kalau hari hari makan menu ni sampai mati muak jugak kan ?
untuk minuman pulak.... it's hard though..
my favourite drink maybe chatime honeydew milktea. but kalau nak minum air tu hari hari , alamat memang tak hidup lama lah aku . kencing manis darah tinggi semua dapat . so I would choose air kosong . coz it is the best drink of all . jyeahh ~
btw sorry sebab hari tu aku jet jet nak update blog hari hari tapi tengok lah sekarang . senyap dua tiga hari then tau tau sehari tu nahh aku lambak dua tiga post sekali gus . nampak tak permainan dia ? hahaha . aku busy gila nak mateyyy bulan ni . dan ini sangat membuatkan semangat 'rajin belajar' aku terbantut . baru je nak buat kerja ada meeting . ada assignment. ada test . ada kelas ganti . bla bla bla .
tengok lah planner aku untuk bulan ni . ni baru setengah bulan tau . akan datang mesti ada lagi benda yang aku kena sumbat dalam planner ni . arghhhh . bila nak goyang kaki ni ??
Day 9 | Pet peeves
Day 9 - Pet peeves
Pet peeves is not a pet . bukan kucing mahupun rabbit mahupun hamster mahupun anjing mahupun sugar glider mahupun gold fish mahupun kambing mahupun kanggaroo . Pet peeves is something that pada orang lain biasa biasa je , tapi bagi kau benda tu sangat menyakitkan hari rasa annoying nak mati . haa gittew ~
aku tak pasti pet peeves aku apa . yang aku pasti aku sangat sakit hati kalau aku duduk dalam bilik yang asalnya pintu bertutup. and then ada siapa siapa family aku masuk bilik aku . just untuk bagitau something or adik adik aku saja nak menyemak , and then diorang keluar balik tanpa tutup pintu . ataupun aku dah pesan suruh tutup , tapi diorang tutup tak rapat . terus rasa menyirap gila . menyarsi meribena semua ada lah ! paling rasa nak baling pisau bila diorang keluar and aku terpaksa bangun dari katil untuk tutup pintu dan lima saat kemudian diorang datang balik untuk bagitau something yang tadinya diorang lupa dan keluar balik tanpa tutup pintu sekali lagi . masa tu memang aku akan menjerit like "tutup lah balik pintu tu rapat-rapat !!!!!!"
buat masa ni cuma adik aku yang tiga tahun tu je yang pandai ikut arahan . bila masuk tutup pintu balik . keluar pun tutup pintu balik . good boy .
second pet peeves aku mungkin orang yang suka menghasilkan bunyi . contohnya makan gula gula dan hasilkan bunyi hisap gula gula tu . ataupun makan bunyi kunyah kuat gila . ataupun bunyi apa apa lah ! dan juga orang yang pelat s . kalau pelat yang tak keluar angin tu tak pe . ni yang s dia lain macam bunyi dan keluar banyak angin aku rasa macam nak asdfghjkl
third pet peeves aku ialah orang yang suka mencampak . memang lah bagus kalau suka tonjolkan diri . berani . confident . tapi ada sesetengah manusia ni confidence level dia macam over semacam pulak . kadang kadang memang orang macam tepuk tangan dan sorak dengan apa yang diorang buat , tapi most of the time orang just memperbodohkan diorang je . seronok tengok diorang sanggup buat apa apa je kat depan . dan diorang pun macam seronok je rasa kena sorak . tak sedar kena gelak .
Day 8 | Things to say...
Day 8 - Three things you want to say to different people
Wow this is hard . I have soooooo much to say to people but I can't . So maybe I'll just share positive things that I want to tell them but I shy . hopefully they won't read my blog . ihiks
First,
I want to say I love you to my parents . and sorry for all my wrong. funny enough I never tell them . kah ! I'm the most awkward daughter everrrrrr ~~
Second,
I want to tell my friends thanks for still being friend with me . I know most of the time I'm annoying as fuck and always hit you guys physically or mentally with all those sarcastic words that will go like peh makan dalam sentap gila nak mati . But you guys still keeping me around . walaupun aku selalu cakap korang buruk dan benci korang actually korang semua cantik and comel dan aku insecure sebab aku je sorang yang buruk . dan aku sayang korang *emoticon monyet tutup mata*
Third,
To Abang Po,
beli je lah cepat phone Xperia Z2 tu ! jangan fikir lama lama sangat . dah setahun dok survey survey . aku pulak yang penat tengok haishhh . kalau tak nak beli bak sini duit tu bagi saya beli camera instax mini ke nike roshe ke apa lagi bagus . hahaha
Day 7 | Favourite books
Day 7 : Do you read? What are your favourite books?
I do read . And my favourite books beside text books is chemistry reference books . And books about all those mad science stuff........
nahhh . just kidding .
apa ingat aku nerd sangat ke ?
aku tak boleh nak cakap buku mana yang paling favourite . sebab bagi aku ada banyak buku yang best . tapi semua aku dah tak ingat tajuk . hahaha . masa baca dan sebulan seterusnya masih la rasa yang buku tu best . siap promote dekat semua orang . tapi tiga empat bulan seterusnya , I can't even remember the title pon -,-
I just remember 3 books. So maybe buku ni memang aku suka lah kot sebab still ingat sampai sekarang.
1- 3600 saat
Ini novel paling pendek , paling touching pernah aku baca . kot . haha .
and guess what ? masa aku google gambar cover buku ni (untuk bagi korang tengok) I just found out that novel ni difilemkan . like hamagadddddd *muka tekejut tahap roh nak terkeluar dari badan* I definitely will search for the movie . tak sabar nak tengok !!!!!!!!!!!
2- Coke and Sundae
3- Inkheart
cerita ni pun ada movie dia tapi aku tak tengok tengok lagi . dan novel ni actually bersiri but I'm too lazy for that . nak habiskan satu novel pun take months . hahaha . but great story lah .
dan sekarang aku tengah baca novel ni . baru beli dan baru start baca . nanti kalau seronok i'olls share dengan u'olls okeh ? *emoticon kenyit mata sebelah mulut muncung keluar love*
Day 6 | Band or musician
Day 6 : What band or musician is most important to you?
I can't choose one . sebab taste music aku random . like I can layan lagu slow gila nak mati and then next lagu terus keluar lagu metal . pon boleyy ~~ but if I have to choose some , aku akan pilih..
Musician :
1- Taylor Swift
2- Lord
3- Ed Sheeran
4- Avril Lavigne
kalau Malaysian mungkin aku akan pilih
1- Shila Amzah
2- Fynn Jamal
3- Yuna
kalau band pulak ,
1- Maroon 5
2- 5SOS
3- 1 Direction
4- Imagine Dragons
5- One Republic
ahhhh too many ! hehe
kalau band Malaysia just one and only
----> Bunkface
aku rasa taste lagu aku sama ada balada , country , indie or punk rock . yup . betul lah tu . aku memang ada kecelaruan identiti sikit . sama macam style aku lah . sama ada pink polka dot atau pun black with all those studs and spikes... no in between =..=''
btw aku sekarang tengah addict dengan lagu-lagu ed sheeran . and his new music video is ohsem gilos . Tak tahu kenapa tapi aku suka tengok music video tu . Sebab dia sendiri yang menari . dan fact yang dia sebenarnya tak pandai menari dan belajar menari semata mata untuk music video tu . and it comes out beautifully .
Day 5 | 5 dream places
Day 5 : Five places you want to visit
1- Makkah
Walaupun ada banyak tempat cantik cantik yang aku teringin nak pergi , tapi kalau ada duit aku akan pergi Makkah dulu . Kenapa ? eh suka hati aku lah duit aku !
hehe tak ada lah . Of course lah as a muslim kan . nak pergi Makkah . nak tengok kaabah . nak melawat tanah suci .
2- Maldives
coz I love beach soooooooooooooooooooooooooo much . just beach . not bitch . pronounce it right.
3- Japan
sebab nak pakai kimono . sebab nak tengok pokok sakura . hahaha
4- Paris
siapa tak nak pergi the most romantic city in the world kan ?
5- London
Life time goal T_T
Day 4 | Blog name
Day 4 : The meaning behind your blog name
Hai !
So..... this blog name is weird . and embarassing actually . hahaha . sebab dulu pilih nama blog ni masa zaman zaman pra-matang dulu. sebab tu lah jadi macam ni . sekarang bila dah matang sikit (ecececeyyy) rasa segan pulak dengan nama blog ni . tapi malas nak tukar sebab tak ada idea . haha . so just stick with it .
ok my blog title is "Princess Teddy Punyer Blog"
and my url is "www.princess-of-husnaland.blogspot.com"
just because this blog is like my own kingdom . so basically I'm the princess lah kengkonon dekat sini . so apa nama kingdom ni ? yes, of course . Husnaland . hahahaha . that's why url blog ni princess of husnaland aka me - seorang perempuan yang tengah duduk atas katil mengadap laptop dengan rambut serabai dan berkaca mata sebab tak nampak nak menaip sambil tahan dengar bunyi perut berkeroncong dan fikir apa nak makan lunch nanti . Ya , princess sangat kan i'olls . teeehee ~
Princess teddy pulak because I'm a princess (of course . haha) and I like teddy bear damn much . kalau letak nama princess froggy macam tak kena je sebab aku tak suka katak . so kita letak lah teddy . jet jet comel sikit .
so sebab ni blog aku , dan aku princess teddy , = princess teddy punyer blog .
ni header lama blog aku . relate much huh ? girl in pink bear costume.. hahaha . tetiba rasa macam nak tukar header lama balik . ok tak ?
tadaaa ~ tamatlah hikayat asal usul nama blog ni . yeay ! kbye.
Day 3 | A day of my life
Day 3: Your day, in great detail.
Well , I have nothing much to tell about great things that happen today . Monday is my super busy day . My class start at 8 a.m. So pagi pagi pukul 6 lebih aku dah bangun mandi bersiap semua . pukul 7.30 aku dah gerak pergi fakulti . dah macam budak sekolah pulak rasa bila class hari hari start pukul 8 . and kelas aku straight saaaaampai pukul 5 petang . just ada sejam gap antara pukul 2 and 3 .
hari ni aku ada test statistics . subjek statistic yang aku belajar sekarang tak semudah statistics macam dulu . hafal formula masuk data dapat jawab . ini kau kena faham theory . theory about maths pulak tu . ahhh memang pening lah . even soalan test tadi just 20 soalan objektif dan masa diberi satu jam , but the marking though... betul satu you get +1 mark . salah satu you get -1 mark . tak jawab 0 . and soalan objektif so memang sangat confuse and tak pasti sebab jawapan lebih kurang je . so it is either to guess or tak jawab terus . like its better to get 0 then -1 kot ! aku sangat takut yang markah aku rendah sebab kena tolak dari jawapan yang salah . or even worse , negative marks . arghhhh !
masa rehat tu I enjoyed the best mee kari ever at KPS . aku bukan lah peminat mee kari . tapi siyesly , mee kari kat situ sedap . harga just RM4 and isi penuh gila . sangat worth it la . dan sekarang ni dekat KPS suka buat karnival macam macam . bila ada karnival macam macam , haa macam macam la yang dia jual . tadi ada banyak jual dream catcher cantik cantik gila . power bank comel comel. dan gelang cantik cantik . gelang pandora pun ada . like before ni aku tak pernah teringin gelang pandora tu tapi tadi bila tengok rasa macam eh lawanya !
tapi disebabkan aku dah terover online shopping untuk bulan ni , so just mampu tengok sambil telan air liur dan gigit bibir je lah cerita dia kan . hahaha . kita takde jodoh lah you olls...
balik penat penat , malam ada meeting pulak untuk event 4 Nature di Sarawak bulan empat tahun depan . And that leads to this super late entry . haha . technically aku dah fail 30 days challenge sebab sekarang dah 4 hari bulan bukan 3 lagi . but still , selagi aku belum tidur , masih anggap hari ni belum habis . so yeah !
and eh lupa pulak . malam tadi jumpa ex classmate masa pasum . So peluk peluk salam tangkap gambar lepas tu terus blah pergi meeting . kira jadi lah tu . lepas rindu 2 minit . teehee ~
tapi yang aku tak puas hati kenapa dalam gambar ni syafa nampak lagi tinggi ??? ni mesti pakai selipar tebal ni . puih !
Day 2 | Likes and dislikes
Day 2 : 10 likes and dislikes
Let's start with likes....
1- rainy day
2- cozy place
3- sleep (relate much heh ? haha)
4- food (omg like of course ??)
5- cute stuff and cute boys (eh?)
6- fluffy animals *cat, guinea pigs, rabbit, anak kambing biri biri, alpacas bla bla bla*
7- laugh
8- shopping
9- stuff animals aka teddy bear
10- make up
1- examination (like who the hell suka exam kot?)
2- lipat baju
3- any amphibians
4- serangga
5- loud person
6- slow wifi
7- orang masuk bilik aku then keluar tak tutup pintu . rasa macam pfftttttt
8- nanas !!!
9- kids.....
10- diarah *sifat semulajadi anak sulung kot ? like gua kak long kawasan . siapa berani arah gua??*
It's hard to think of things you dislike though . maybe sebab benda yang kita tak suka , so kita tak nak fikir pasal benda tu . maybe that's why . masa nak list benda yang suka rasa macam tak cukup sepuluh . haha . so , apa benda yang korang paling suka dan paling tak suka ?
Subscribe to:
Posts (Atom)