Hey



Hello people !
long time no see . biasalah bila stop blogging kejap , dia jadi malas betul nak start balik . pasal break balik kampung je pun . tengok dashboard semua orang buat Raya post . tapi aku masih belum cukup rajin mau edit and upload semua gambar raya . It's okay . It's still Syawal kan , so next next next day pun boleh . teehee ~

so sepanjang ketiadaan aku ni (yang takde sorang pun kesah sebenarnya) aku sibuk beraya je lah . ihiks . well , tahun ni tahun raya paling sakan . sakan bukan bermakna buat open house grand grand ke apa tapi raya paling relaks buat aku . sebelum sebelum ni raya dengan homework . cuti raya seminggu je . last year cuti raya is study week . raya ke tiga ke ke empat tah dah balik kolej semula . sedih... so tahun ni aku dapat raya sebulan . full . so sesiapa yang duduk berdekatan ada nak buat open house ke apa sila jemput okay . aku sentiasa free . hahaha.

raya for me is not about melantak all the ketupat lemang rendang . siyesly aku rasa aku tak makan lemang pun raya ni . bukan tak ada tapi malas nak makan . aku selalu ada perangai malas nak rasa something limited and then bila dah habis baru rasa macam alahai rugi tak rasa . heh... terlambat dah pun . raya for me is about meeting friends . well , you can call them 'kawan lama' but i prefer 'kawan raya' sebab hanya jumpa salam salam peluk cium di hari raya . hari lain tak nampak langsung . haha . so tahun ni aku dapat la jumpa ramai kawan kawan raya aku . well memandangkan ramai yang tengah cuti tunggu degree kan , boleh la gather melantak sama sama .

after seminggu lebih raya , baru lah aku ada kesedaran nak bereskan apa yang patut dibereskan . kalau tak hari hari macam zombie kat rumah . kalau kawan ajak beraya baru lah aku ada rupa manusia sikit . yelah kalau keluar beraya rupa zombie kawan pun tak nak jemput masuk rumah kan... so semalam akhirnya aku pergi buat IC baru . ya , akhirnya . kalau orang dengar macam baru nak buat ?? dah 19 kot ! tapi jangan lupa fakta i'olls lahir bulan 12 . so hujung tahun lepas baru cukup umur nak buat IC baru and masa tu busy study lah kengkonon nye. and now dah habis study duduk rumah inilah masa terbaik pergi buat ic . gittew .

ni semangat pergi buat ic ni pun sebab tak sanggup nak daftar degree nanti pakai IC darjah 6 . sadis betul rasa..

jadinya pagi semalam aku pun pergi dengan Aiza naik kereta dia . ehem , nama je naik kereta dia tapi yang driver nya aku . haa nampak tak aku dah ada driving skill di situ ? kah kah ! sebenarnya ibu tak bagi aku drive kereta orang tapi apakan daya . tak de siapa nak hantarkan , tak mau la merempit pergi bandar . tak cun ah . Aiza tu ada lesen tapi malu malu nak guna . nyampah tau ! eleh padahal sama je macam aku dulu dulu . haha .

tahap kemaluan malu dia tu sampai kunci kereta pun tak kenal tau . at first dia bagi aku kunci suruh try start enjin dulu tapi puas aku pulas tak boleh . and she was like... eh , kenapa tak boleh eh . ala , ayah aku tak ajar lah pulak macam mana nak start . wehhh , start enjin je wehhh ! aku memang dah agak tu bukan kunci kereta tu tapi dia iye kan jugak yang tu memang kunci dia . last last test kunci kereta pun tak lepas . memang sah la bukan kunci kereta tu . nasib baik ada adik si Aiza ni yang tau mana satu kunci yang sepatutnya . kalau tak memang tak gerak lah kereta tu cerita dia kan..

aku pun berani berani cuak je bawak kereta orang memandangkan driving skill aku pun baru tahap sebulan anak jagung . walaupun tersengguk sengguk and once again tersalah masuk jalan sehala , syukur tak ada kemalangan jiwa berlaku . dan kami sedaya upaya tak lalu traffic light bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali . trauma weh last time aku dengan Aiza tersangkut kat tengah tengah traffic light . kereta dah melintang kat situ . sukati nak main reverse tengah tengah traffic light kan . hahaha . tapi nasib tak berapa nak baik time lalu jalan sehala selisih dengan kereta lain . dah terhegeh hegeh nak reverse balik . nasib pakcik tu tak maki aku kah kah . dia cuma cakap "dik ni jalan sehala lah" and I was like sengeh sengeh kerang wangi je sambil cakap dalam hati "IYE TAU LAH TERSILAP NAK BUAT CEMANA KHONNN "
Photobucket

2 comments:

  1. weh part kunci kete tu jgnlaa cite T.T terbahak aku bila ingat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sape suruh kau noob sangat . kunci kereta pon tak kenal

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)