Cerita hari ini




Setiap hari , balik je dari sekolah , mesti ada je cerita yang adik aku nak share . tapi masalahnya , dia asyik cerita pasal kisah cinta kawan kawan dia yang macam bongok gila and sumpah aku dah naik muak dengar . bila dia bukak mulut je , mesti nak cakap pasal kawan kawan dia . dia punya muak sampai tahap dia dekat je dengan aku terus aku warning kalau kau nak cerita pasal BFF kau tu lagi tak payah . aku tak nak dengar . tapi dia still cerita jugak so selalunya aku akan tutup telinga and cakap lalalalalalala so aku tak kan dengar apa apa dia cakap saaaaampai lah dia blah . hahahaha .


tapi hari ni cerita dia agak kelakar sikit . pasal dia terpanggil cikgu dia adik . well , kami di rumah kan selalu cakap dengan Haziq aka adik bongsu kami . so sikit sikit dik . jadi cikgu dia tengah explain something dekat dia , and then dia pon macam "owh... yeke dik?" nasib baik cikgu dia tak perasan . hahaha . cikgu kau sikit punya besar boleh kau tersasul panggil adik . haih , kepala dah ting tong study lettew..

and then ibu pulak mula cerita . ada sorang budak dekat sekolah ni , setiap kali pekerja letak sabun pewangi dekat toilet mesti dia ambik bawak balik . aku kenal budak tu dia memang semacam sikit . suka cari pasal dengan orang . so ibu , tukang cuci and pembantu pra pun bergossip lah pasal budak tu . tetiba si pembantu pra ni cakap , macam Hagemaru je bawak balik sabun dari sekolah . and ibu pon haah lah macam Hagemaru hahahaha . but the tukang cuci tu blur semacam and tanya Hagemaru tu apa ?

rupanya dia tak pernah tengok kartun Hagemaru . kesian.... eh tapi betul jugak , rumah aku je yang rasanya semua orang tengok kartun 24 jam . hahaha . hah , korang semua pernah tengok tak kartun Hagemaru ? kalau tak pernah sila facepalm sekarang and usha usha lah channel 611 astro ceria tu ye.. so ibu dengan si pembantu pra tu pon bagitau lah si tukang cuci tu apa tu Hagemaru and suruh dia tengok balik nanti .

kebetulan lepas ibu cerita tu , tengok dekat info tengah tayang cerita Hagemaru dekat astro ceria . cepat cepat dia cari phone text tukang cuci tu suruh tengok tv sekarang . suasana ni macam tak relevan tau tak . seorang ibu berusia 40-an , eksaited call kawan dia yang juga berumur 40-an , suruh tengok kartun dekat tv sekarang . aku masa kecik dulu pon tak de sampai call kawan bila kartun best tayang kat tv .


eh btw , nampak tak aku sangata lifeless sekarang ? aku just boleh cerita pasal orang je . bukan pasal diri aku sebab aku takde life . hahaha . kalau nak tau macam mana life aku hari hari nanti esok i'olls cerita . hahaha . lifeless pon nak bangga !


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)