Mood raya is ON

Assalamualaikum kesayangan !

Pabila traffic mula sesak , dan radio dah mula mainkan lagu lagu raya , dan students uni yang menyewa kat rumah sebelah separuh dah lesap balik kampung , dan saki baki yang tinggal gigit kain mengenang ada last class hari ni sambil sidai kain sampai nyanyi lagu raya , dan pabila semua keperluan (atau lebih kepada kemahuan ?) raya seperti baju kasut tudung serta sepender raya semua dah sedia .......


dan pabila ibu dah keluarkan arahan : pergi kemas beg . pagi esok balik kampung !

dan pada masa itulah kemuncak mood raya . ok nampak tak motif kenapa aku tak sambung tidur lepas sahur sekarang and terus update blog ? pasal nanti dah sibuk and broadband gua dah lama tak bayar . tskk . selamat berpisah buat sementara duhai internetku sayang ~

sneak peek baju raya hari first and second . tapi yang feveret baju raya ketiga yang kiut miut . tak mau la tayang semua . huhu ~



tapi yang paling aku menyampah bila berkemas nak balik kampung ni ialah kena decide baju apa nak bawak . like aku ada satu almari yang sangat sendat .. dan ada banyak baju yang aku baru pakai sekali dua and rasa nak pakai lagi . tapi tak tau macam mana nak mix match , tak tau nak pilih . arghhhh . lama lama dah habis satu almari aku selongkar , tetiba rasa macam aku dah takde baju nak pakai . nak kena shopping baju lagi :'(

ni pun actually aku dah kemas balik separuh dari baju baju yang aku keluarkan and try dari dalam almari.... kan bagus kalau balik kampung naik lori , angkut je satu almari . beres !



so , selamat berpuasa lagi dua hari and beraya ! nanti jangan lupa share share gambar raya ok . kalau nak share duit raya pun tak pe , lagi titew suka . ihiks ~
Photobucket

1 comment:

  1. Selamat berhari raya . Hati2 pulang ke kampung halaman ~ :D

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)