Medical Check Up 2.0

Assalamualaikum :)


Cakap pasal nak masuk U , mesti akan cakap pasal course apa ? Yuran berapa ? ambik ptptn tak ? nak apply biasiswa apa ? tak lupa jugak , dah buat medical check up ?


Tahun lepas aku dah ada kenangan pahit pergi buat medical check up dekat poliklinik and berhasrat tak nak buat kat situ dah . tapi malangnya , aku terpaksa buat kat situ lagi memandangkan aku naik dengan orang and dia nak pergi buat kat poliklinik . and risau medical check up dengan klinik swasta tak diterima nanti . sebab certain U dia memang wajibkan med check up dari klinik kerajaan . 

so... jumpa lah lagi nurse nurse kaki sembang tu . haih..

luckily , kali ni orang yang x-ray aku perempuan . ada dua orang yang jaga kaunter lelaki and perempuan . haa macam ni baru lah betul . bukan macam dulu laki sorang je yang jaga . yang lawaknya aku jadi sangat blur sebab nervous sampai masa nak X-ray tu lelaki yang jaga kaunter tu tanya aku , "Ni tarikh datang ke?"
dan aku macam "hah ? hari ni berapa hari bulan . tak lah."
dan dia macam "ni tulis kat sini ni tarikh datang ke ni?"
dan aku macam "datang ?"
dan dia macam "ya datang..."
dan aku macam "err... datang mana?"
dan dia macam "......datang kotor..."
dan aku macam "OOHHHHHH haa haah betul la tu !" sambil kulum tahan nak tergelak

so macam biasa , aku kena buat urine test dekat hospital . dulu aku sangat confuse kenapa charge med check up aku sangat mahal berbanding orang lain and lama gila baru siap . rupanya kalau buat basic medical check up , just perlu bayar RM20 . and tak perlu ambil darah . malangnya sekali lagi , UM sangat lah cerewet . semua benda dia nak . HIV dadah Hepatitis B X-ray dan yang basic . kalau untuk students foundation dia nak Rubella sekali . so sebab tu lah aku kena buat urine test dekat hospital and tiga hari baru dapat result . and kena ambil darah untuk buat blood test dan sebulan dua baru siap . dan charge med check up aku lima kali ganda orang lain iaitu RM110 . telan air liur je bayar . demi nak masuk UM lah kata khoonnn ~

malangnya buat kali ke tiga , aku pergi buat med check up hari khamis . and diorang just ambil darah hari isnin sampai rabu . so  hari ni aku kena pergi poliklinik lagi untuk ambil darah . neves macam sial je sebab kau dah tau yang kau datang situ semata untuk ambil darah . nasib baik kali ni gua tough . dah tak nangis , tak termuntah macam dulu . hahaha . aku pejam je mata , langsung tak tengok jarum ke apa . tau tau dia dah masukkan darah aku dalam bekas . yucksss . banyak kot . dah la merah , pekat . euww . 


dan yang kelakarnya lagi aku jumpa Khairuddin dengan mak dia nak buat medical check up jugak . ahh , old memories . haha . cumanya kali ni aku dah tak perlu nak tumpang kereta dia and borang aku tak kan tertinggal dalam kereta dia dan aku tak perlu merayu dekat pegawai bank untuk dapatkan number phone dia . sebab i'olls sekarang dah drive sendiri u'olls . sila berbangga sekalian penduduk beta !


so medical check up is done . eh , tak berapa nak done sangat lah . sebab result still pending . gayanya aku memang nak kena hantar result aku sendiri la dekat PPUM nanti pasal lambat siap . haih... nasib nasib servis lembap.
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)