Penyokong kecil

Assalamualaikum 

Aku saat ini sangat terharu , kerana di saat diuji , mengalami kesulitan , maka datang penyokong-penyokong kecil yang setia menemani aku setiap saat . setiap detik . hampir setahun aku menjalani hari-hari tanpa mereka , tapi kini mereka kembali . 


ya , mereka itu ; my little supporters , tak lain tak bukan adalah masyarakat jerawat . *tepuk sikit*


dulu masa belajar kulit bersih je . then aku kerja sementara jadi guru ganti . disebabkan aku nerves , maka datang my little supporters , satu satu silih berganti menemani dan memberi semangat buat aku . 

"tak Husna , kau boleh punya ! meh sini aku teman kau mengajar meh !" kata cik jerawat.
"Hmm.... ok lah." kata aku.
"Eh , ticer ada jerawat baru ke ?" kata murid murid.
"eh pergi lah aku benci kau !" kata aku lalu memicit jerawat.
"baiklah aku pergi . tapi pergi meninggalkan bekas . muahahahaha" kata jerawat.


dan bila tiba hari kawan kawan lama ajak jumpa .

"eh , lama tak jumpa dia ni . aku pun nak ikutlah !" kata jerawat.
"hmm , aku baru nak jet jet floles depan dorang......" kata aku.


dan bila aku nak masuk degree minggu depan..
"Hmm , risaunya nak start degree . aku ni dah lah jenis tak peramah , tak pandai buat kawan." kata aku.
"eh jangan risau ! kami masih sedia menemani kau . kami takkan pergi tinggalkan kau sorang sorang!" kata bekas jerawat yang dah sebulan bertapa menemani aku.
"betul tu ! diorang ada , aku pun ada . tengok aku duduk betul betul atas hidung kau ni . merah lagi . baru semua orang sedar kewujudan kau . barulah keyakinan diri meningkat !" kata jerawat baru yang dah seminggu merah merah dah dua tiga hari ni dah mula nak menunjukkan diri yang sebenar .


"@#$%^&*(?/" kata aku.


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)