Awkward

Hai korunkzzzz !


Hari ni saja nak share cerita . So , hari ni aku keluar dengan Alyaa . memandangkan ni minggu last kami duduk goyag kaki dekat rumah , makanya wajiblah pergi menternak lemak bersama dulu . Jadi sementara make up masih fresh , laju laju aku pergi tangkap gambar passport dulu . aku sebenarnya dah bertangguh nak ambik gambar passport ni seminggu . semua disebabkan encik jerawat yang bertapa atas hidung ni sebok nak bergambar sekali . tapi last last hari ni aku dah macam ah lantak lah ! aku dah tak de masa hari Isnin dah nak pergi UM .


So guys , gambar kad matrik aku nanti akan ada jerawat di hidung because YOLO ! YOLO beb YOLO , so why not ada kad matrik gambar ada jerawat kat hidung kan ? KAH !


Aku pergi tangkap gambar dekat kedai gambar ayah Abang Po sebab situ macam paling senang nak parking . so masuk masuk je.... alamak. ada mak dia lah pulok . I'olls ni pemalu orangnya . haha . makanya aku ni tutup tutup muka je la kengkonon mak dia tak nampak kot . padahal dah sah sah mak dia cam muka aku . hari tu time raya baru je salam mintak duit raya . puih ! masa tu aku tengah gaduh dalam hati eh nak tegur ke tak nak ek . dah depan mata kot . tapi masa tu mak dia tengah borak borak dengan orang lain so aku macam eh malas lah tegur . tak lama lepas tu mak dia keluar kedai . rasa macam fuhh lega . hahahaha . tapi mesti mak dia balik rumah terus potong nama aku dari senarai calon menantu kan . pasal sombong gila T_T


lepas tu aku pun menunggu dengan separa aman sambil usha usha gambar family diorang zaman saloma still awek cun dulu yang tergantung kat dinding . tiba tiba masa nak bayar akak yang kerja kat situ cakap.
"Nama awak Husna ya ?" sambil sengeh semacam.
"Eh , mana akak tau ?!?!?!" muka terkejut beruk.
"Teka je . rasa rasa macam tu."
"Tipu ! cakap la mana akak tau !" tetiba macam emo kat situ.
"Agak agak je.... hehe"
"mana boleh agak agak . cakap laa kenapa..."

lepas tu aku macam dah boleh buat dua konklusi . akak tu stalker atau dia psychic so dia boleh teka nama orang .


Then aku jumpa Abang Po kejap and dia ada mention pasal gambar passport . So conclusionnya , pekerja kedai tu suka stalk girlfriend anak boss dia . okay.............. ini memang stalk baik punya sebab kami tak ada buat relationship apa apa kat facebook . upload gambar sama sama pun tak de . bermanja-manja di status patah lagi . just dekat instagram je aku upload gambar kitorang seketul dua . so...... harap harap dia tak stalk blog aku jugak . kalau tak kantoi la titew cakap pasal awok . teehee ~


Photobucket

1 comment:

  1. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)