Back to the old time...

Ola people !

Zaman sekarang budak budak manade nak jalan kaki dah . semua naik basikal and motor . masuk je sekolah menengah terus upgrade naik kereta . and then jumpa lepak main play station . lepak kat kedai makan tapi semua belek phone . bila nak pergi rumah kawan , sampai sampai bagi salam sekali lepas tu terus keluarkan phone . call kawan sambil cakap "bhai , gua depan rumah lu . keluar ah."


iye ke tidok ?


petang tadi , aku baru je sampai rumah dari kuantan . tetiba Alyaa si minah Mesir kita tu wasap wasap i'olls ajak keluar jalan jalan naik basikal . malangnya basikal adik aku dah lama pancit . dia pulak tak ada basikal lebih . so kami decide nak jalan kaki . dengan harapan lagi senang nak bergossip sambil jalan berbanding sambil kayuh basikal . ahaks .

so aku yang dah sememangnya bersiap cantik (baru balik dari kuantan lah katakan) terus pakai shawl balik . haha . penat tu cepat je hilang bila nak jumpa kawan nak bergossip kan . haha . si Alyaa yang puasa tu pun segar je muka . yang lawaknya Alyaa datang rumah aku naik basikal . sampai sampai dia bunyikan loceng basikal . old school sangat u'olls . lepas tu tinggal basikal kat rumah aku and kami pun mula menapak tanpa hala tuju.

jalan punya jalan tengok tengok dah sampai simpang rumah Athirah . so alang alang ingat nak menempel kat situ mengadu kebosanan . tapi ada sedara mara dia datang ziarah pulak . jadi kami pun malu malu kambing lalu terintai intai dari luar . nak call dua dua miskin kredit . lepas rasa macam tak de tanda tanda yang Thirah akan keluar kami pun blah la dari situ . tskkk

then kami decide nak pergi main buaian dekat taman perumahan sebelah . saje je nak merasa buai orang . hahaha . dah jalan jauh jauh tengok tengok buai ada orang main . ciskek la . puas tunggu orang tu blah . diorang bangun je kitorang cepat cepat bangun menuju ke buai . time otw tu tiba tiba ada budak budak menuju ke buai jugak . tak sempat nak jalan laju laju diorang dah berlari serbu buai . woi woi , kitorang nampak buai tu dulu ! hormat la sikit hakak hakak ni . biasa dia niiii !

akhirnya kami pasrah... nak main gelongsor macam tak patut pulak memandangkan kami dah ehem... lewat kanak kanak . takmo guna term dewasa . tamo tamo . so , kami pun main....... see saw . ya , itu lah yang kami rasa paling patut dengan usia lewat kanak kanak ni . kami mungkin nampak macam good good je . aku study pure science kat University Malaya.. Alyaa study medic dekat Mesir . tapi ramai yang tak tahu betapa lifeless nya kami sebenarnya... inilah buktinya.......



yang sedihnya naik see saw dengan Alyaa ni , dia ringan sangat ! nampak macam nak gemok sikit dari dulu tapi baru 40 kg rupanya . sebab tu la tak de gambar aku angle tinggi macam gambar Alyaa . sebab bila aku ada kat atas mesti aku akan turun balik . tak dapat nak stay kat atas lama lama.......
.
.
.
.
.
.
.
.
kau faham tak perasaan macam gemok gila tetiba bila main see saw kau asyik stay kat bawah ????
arghh nak kena diet nih !


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)