A day in my lifeless life

7.00 pagi
Ibu atau ayah atau adik aku akan bukak pintu bilik aku and suruh aku kunci pintu . so aku pun akan bangun dengan mata buka separuh je dengan rambut serabai pergi kunci pintu sementara orang lain semua berambus pergi sekolah meninggalkan dahku seorang diri di rumah . sepi . sendiri . hahaha .


10.30 pagi
kadang kadang aku terjaga dalam area waktu ni . sama ada terbangun dari mimpi yang super merepek , atau aku berhalusinasi ada orang ketuk tingkap bilik aku suruh aku bangun . It happens a lot.... dan bila aku capai phone tengok jam , oh , awal lagi ni . jom sambung tidur .

12.30 tengah hari
aku mula rasa yang aku tak patut sambung tidur lagi . tapi aku masih tak nak bangun dari katil . so ? ayuhlah kita scroll segala social media . instagram twitter facebook whats app . dah habis scroll aku akan sambung main candy crush sampai habis nyawa .

1.13 tengah hari
tak tahu kenapa tapi tepat pada minit ni aku selalu akan rasa ok cukuplah ni aku nak bangun ! so aku akan terus capai towel pergi mandi .

2.00 petang
selalunya pukul 2 aku baru siap mandi and bersiap . bersiap dalam erti kata lain berpakaian lengkap . kalau rajin aku sikat rambut . make up memang tak lah . deodorant pun aku tak pakai . kah kah . lepas tu aku akan keluar bilik , sidai kain . bukak langsir . basuh pinggan kotor kalau ada . usha usha dapur . kalau rajin aku masak . tapi selalunya aku akan text ibu suruh beli lauk je . lepas tu aku akan masuk bilik semula .

4.00 petang 
waktu ni lah aku akan keluar semula dari bilik aku untuk berbual dengan manusia lain dalam rumah ni . lepas aku brunch , aku akan masuk bilik semula . 


dan benda ni berterusan saaaaaaampai malam . aku cuma keluar bilik untuk makan . dan untuk check peti sejuk mana tau tiba tiba keajaiban berlaku ada banyak makanan best dalam tu . walaupun keajaiban tu tak pernah berlaku , aku tetap akan check peti sejuk minimum sejam sekali . tak tahu kenapa . 


aku akan online sampai pukul 2 atau tiga pagi . lepas tu aku akan rasa penat mental dan sedar yang aku patut tidur . so aku akan tutup laptop , tutup lampu , dan masuk dalam selimut . eh tapi belum habis lagi . lepas tu aku akan capai phone dan scroll segala social media and main segala game yang ada . kadang kadang dok refresh twitter pukul 4 pagi tapi tak ada tweet baru yang keluar . baru sedar yang semua orang dah tidur kecuali aku . masa tu baru lah aku rasa sangat penat dan nak tidur . dan rasa macam oh penatnya esok mesti aku akan tidur awal sebab hari ni aku tidur lambat sangat .



tapi tak . esoknya aku akan tidur pukul 4 pagi jugak . dan rutin ni berterusan selama hampir tiga bulan .







dan minggu depan aku akan start hidup sebagai student semula dan aku baru sedar hakikat ni . dan sekarang aku takut dan risau . like how the hell aku nak ubah rutin lifess life aku ni kepada rutin super produktif bangun awal pagi dan kena tidur awal ??? please tell me how =,=


p/s : tertinggal.
2.00 pagi
selalunya ayah akan tutup wifi . so aku akan jengket jengket pergi dapur , buka wifi balik and curi curi makan dulu sebelum masuk bilik semula .


Photobucket

2 comments:

  1. bc entry awk..igt time sy stdnt dulu..mmng bkn senang rutin y kita da biasa..tp in shaa ALLAH bole..step by step..slow2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau sangat tak bangun pagi nak pergi kuliah . huaaaa

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)