Salah Husna dan contact lens

Heyyyoooo . 
*tiup tiup habuk*                *lap debu*                *sapu sawang*



hehe . sorry guys dah lama tak update blog ! (cakap macam ada orang tunggu kau post entry baru *krik krik* ) bosan bosan tak tahu nak buat apa ni kan... baru teringat nak update blog . ahaks . bukan malas ok tapi sumpah iolls busy ! overly attached student lah kengkonon . 


My roommate , Ana , dulu ada roommate . pun nama Husna . pun orang panggil Cuna jugak . so cerita dia Ana ni macam dah stuck dengan roommate nama Husna je la . ahaha . entah entah nanti tahun depan tukar bilik dia dapat roommate nama Husna lagi . kalau betul jadi macam tu memang sure dia terkena badi Husna . hahaha . 

Lepas tu pagi tadi , pukul 7 . tetiba je ada orang call Ana , lepas tu tanya Husna ada tak ? It is so weird that kawan kawan aku and family aku tak ada nombor Ana . and phone aku on je . kenapa perlu call Ana pagi pagi untuk cakap dengan aku ?

aku cakap je hello lepas tu terus kena serang .

"Hello kak ngah ! Hang ni pasai pa call tak jawab mesej tak balas ! Hang pi mana hah ??"

and I was like.......
err.... sejak bila aku jadi kak ngah . rasanya aku ni kak long . aku tak ada kahwin dengan mana mana angah lagi . dan dengan suara mamai serta tak bersalahnya aku pun tanya , "err, Ni siapa eh?"

"Ni mak la !"

okaaaaaaaaay , sejak bila aku ada 'mak' dan sejak bila ibu aku cakap utara ni ? so aku pun macam terus pass balik phone tu dekat Ana dengan muka yang macam aku-tak-tahu-manusia-mana-ni-kau-cakap-la-dengan-dia

rupanya mak Husna roommate dia tahun lepas yang call . haih mak cik ni . move on lah . so Husna tu duduk kolej lain kot . tak kan lah satu bilik dengan Ana lagi . iolls yang tak bersalah ni yang jadi mangsa pepagi buta , terus celik mata kena tengking . lepas tu terus gua blah pergi mandi bersiap nak pergi kelas . hahaha .


cerita nombor dua . baru ni aku buang tebiat pergi beli contact lens yang ada warna . before ni aku pakai yang colourless je . dan padan muka , tetiba warna contact lens tu macam terang lah pulak and diameter dia besaq nau . hah , kan dah campur cakap utara and negeri sembilan . haha . tengok dalam gambar tu macam ok je. ciskek betul . so memang obvious lah aku pakai contact lens .

aku tengok dekat cermin pun aku dah macam ya Allah fake gila mata ! cepat lah habis sebulan aku nak beli contact lens baru . nak buang membazir . dan yang buat aku bertambah stress dengan contact lens aku , ialah bila setiap orang yang pandang aku akan tegur , eh kau pakai contact lens ke ? dan aku macam iya... aku tau nampak obvious gila kan . dan diorang macam.. patut lah besar semacam je mata .

kalau sorang dua tak pe . ni semua okay . semua . setiap kenalan yang pandang mahupun selisih dengan aku akan tegur . for the whole week . hari hari ada je orang baru yang tegur pasal mata besar aku ni . sampaikan semalam masa nak balik dari lab , tetiba lecturer aku tegur , awak pakai contact lens ke ? patut lah nampak lain hari ni . bulat je mata . haha . aku pun macam..... doktor pun nak tegur keeeeeeee . last last bila nak bergambar  aku mesti pejam mata . bila jalan aku mesti pandang bawah . bila cakap dengan orang aku mesti tutup tutup mata . hahaha . susah rupanya jadi fake ni . *dush*



Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)