Menjatikan diri

Assalamualaikum uolls !

bagi sesiapa yang tak tahu , haaa ni nak bagi tahu . aku tengah cuti midsem sekarang ni . ihiks . so boleh lah bermalas malasan di rumah . jyeahhh . tapi aku start cuti midsem lewat dua hari dari orang lain . sebab aku ada program jati diri kat port dickson dari hari jumaat sampai lah ahad . but no regret . so far inilah kem atau program yang paling superb aku pernah join . siyes wa cakap sama lu *cakap sambil main angkat angkat kening*

basically program jati diri (Fasa kedua) ni is a program under HEPA universiti . It is a three days program , at Port Dickson . duduk resort cantik nak mati . makan sedap nak mati sampai bulat tergolek dog aku kat sana . dan yang paling membahagiakan ialah....... satu sen pun gua tak payah bayar . It's free beb ! free wa cakap sama lu * main kening lagi*

Nama resort tu is Eagle Ranch Resort . dia macam bertemakan cowboy . memang tu resort paling unik aku pernah pergi . memang on point gila dia punya design . kalau korang tengah cari mana mana tempat untuk berfamily day , I suggest tempat ni . dia ada go-cart , paintball , horse riding , swimming pool of course , bbq , dan ada lah pantai untuk buat cukup syarat . dan dia ada macam benda-benda-halangan-yang-macam-latihan-tu . hahaha . aku tak tahu apa nak panggil . alah , yang macam dalam plkn or kem latihan askar ke apa tuuu . yang ada tembok tembok , jaring jaring palang palang , flying fox semua tuuu .

hari first , petang tu kami semua kena buat aktiviti halangan ni . tapi nasib baik , kumpulan aku tak sempat buat sebab hujan . yeay for lemak lemak ! tapi terkilan jugak la sebab tak merasa kan . second day is the best . aktiviti dalam dewan pun best . banyak jugak la input berguna yang aku dapat . and buat aku rasa makin bersyukur duduk universiti . selama ni asyik merungut shuttle bas kedek kedek , wifi lembab lif kolej sangkut sangkut itu tak de ini tak de . tapi after explaination dari pihak HEP baru aku faham betapa banyak kos nak run a university .

petang tu pulak kitorang main paintball . yeahh best gilos ! luckily aku tak lebam sikit pon . sebab aku just kena shot sekali dekat kepala and kena mask . nasib baik tudung glitter iolls tak kotor . ahli team aku yang lain semua lebam lebam kena tembak . err , aku tak pasti aku tak kena tembak sebab aku hanya menyorok belakang barrel atau sebab aku memang pakar mengelak tembakan . lewls .

lepas main paintball kami bebas . so masing masing boleh merayau sekitar resort . masa tu lah aku cepat cepat ambik kesempatan pergi naik kuda , pergi terjun kolam semua . hahaha . rugi weh tak try semua . nanti balik menyesal . after that kami makan bbq ramai ramai kat tepi kolam . makanan kat sana sumpah heaven gila . dah la asyik makan je . memang kau tak sempat nak merungut lapar dia dah serve . tempat tidur pun even macam dorm tapi tilam empuk bantal selimut semua gebu gebu aircond pun ada . heeee , bahagia gila . kalau kem macam ni buat sebulan pun aku sanggup . haha .


eceyhh . ini acah acah je . stock gambar untuk post dekat instagram . yang orang tak tahu gambar seterusnya ialah ini...

beserta sound effect "arrghhh , dia nak makan tangan aku!"




malam tu pulak ada satu slot tu nama dia war simulation . tiba tiba je datang orang pakai sarung muka conduct kitorang , mula mula tu kena beratur panjang dekat padang . masa tu cuaca pulak nak hujan . angin kuat gila , dah boleh rasa tempias hujan tu . komandor tu pulak garang semacam . eh memang rasa macam nak perang betul betul je . kami kena buli berguling atas padang , merangkak bagai . lepas tu dia cakap nak buat simulasi perang . kami akan dilengkapkan dengan senjata M16 . I was like... siyesly M16 ??? lepas tu sarjan kumpulan kena pergi ambil senjata... dapat dapat kau tau apa ?? pistol air yang kecik tu. masa tu semua orang dah gelak gila . lepas daripada tu kitorang dah tak siyes dah . komandor tu bagi arahan pun kitorang jawab main main . baik tuan ! yela tuan ! bila dia bersalah cakap , tersasul tuan ! bila dia buat lawak hambar , kami pun haha tuan !


real M16 vs our 'M16' *emoji ketawa sampai menangis*






my group members with fasi and HEPA family.





banyak sangat tempat cantik nak mabik gambar arghhhhh 

dan gambar gambar seterusnya hanya gambar gambar syok sendiri yang layak dihadiahkan kaki . bear with me . ihiks








after this dalam 50 orang antara kami akan dipilih untuk pergi ke program kembara inspirasi pulak di Taman Negara Pahang . siyesly kat sana nanti laaaaaagi seronok . even tak de lah dapat tilam empuk macam jati diri ni . tapi aktiviti dia best . harap harap dapat pergi lah . tapi harapan nak dapat tu macam tipis je sebab group aku selalu tak sempat nak buat semua benda . dapat present kat depan pun sekali je itu pun just 3 orang ahli group yang pergi . yang lain semua tak sempat sebab slot dah habis masa . so chance untuk tonjolkan diri tu tak ada . sedih jugak la . tapi dapat peluang join jati diri ni pun dah best . thanks to HEPA UM . love you muah muah . hahaha .

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)