Rule #1 : Customer always right

Rule number 1 : Customer always right
Rule number 2 : Always follow rule number 1



Kau pergi lah mana mana kat dunia ni . customer always right . even macam mana pun , kau kena layan customer kau . itu memang prinsip orang berniaga . tapi hari ni aku dah jumpa sorang b*lls**t yang agaknya memang tak pernah dengar dan tahu prinsip ni .

petang tadi aku pergi jalan masjid jamek . biasalah , girls lah kata khoon . tudung dah melimpah ruah dalam almari tapi sentiasa rasa tak cukup tudung dan nak beli lagi dan lagi . lepas tu pagi pagi dilema confuse nak pakai tudung mana satu . lepas tu selalu rasa macam tak ada tudung nak pakai dengan baju ni baju tu . lepas tu rasa macam tak cukup tudung . begitulah rentetan kitaran ketagih beli tudung kami ya wahai kaum adam sekalian . please take note . nanti kalau tetiba bini korang merengek tak de tudung nak pakai walhal dia ada dua rak tudung , janganlah kau pertikaikan niat murni dia untuk menambah koleksi kalau tak nak tengok kepanjangan muncung beliau bertambah sebanyak lima inchi .


kalau kau shopping tudung dekat jalan yang sepanjang jalan ada kedai tudung , adalah normal untuk masuk semua kedai dan banding bandingkan harga and pilih tudung yang paling comel . ingat senang ke nak main rembat je tudung mana mana kalau ada beratus pilihan depan mata ? nak dijadikan cerita aku and Ziha dah jumpa tudung yang kitorang berkenan (akhirnya) . tapi like always , mesti rasa macam eh apa kata kita tengok kedai lain untuk kali yang terakhir untuk make sure tak ada tudung lain yang lagi lawa daripada yang ni . hahaha . so kami pun letak balik tudung tu comel comel dan pesan kat makcik tu jap lagi kitorang datang balik eaaaa .


so lepas confirm memang itulah tudung pilihan hati , kitorang pun patah balik dengan gigih ke kedai tersebut untuk beli tudung tu . tetiba masa aku nak ambil tudung tu makcik tu datang and marah marah .

"kalau tak nak beli tak payah la nak cabut cabut ! nanti bukannya beli pun ! tinggal je macam tu! gatal sangat. saya ni tuan kedai tau bukan pekerja ! gatal sangat tangan tu!"

dan aku dengan muka comel serta suara paling ayunya berkata, 
"Eh makcik saya nak beli la.."

"Ah tak de nye ! ye la tu nak beli ! gatal sangat b***k tu !"

"Saya serius ni nak beli..." 
masa tu aku tengah nak cabut tudung tu dari penyangkut sebab memang niat betul betul nak beli.

"yela tu ! gatal *****  pot pet pot pet *carut carut*"

masa tu aku macam.... ah tak jadi lah aku nak beli macam ni . malas ah . then aku nak kepit balik tudung tu kat penyangkut tapi makcik tu teruskan acara memaki serta mencarut dia dan dah mula kuatkan volume suara dia sekuat hati . for sure lah aku dah tak tahan so aku terus sangkut je tudung tu without kepit balik properly .  and makcik tu makin maki maki kitorang..

"Haaa kan tak beli ! b*j** gatal sangat macam ni la ! bulu panjang tak potong !"

dan kitorang terus berambus dari dari kedai tu . yang paling sakit hati even kitorang dah keluar dah lepas dua kedai dari kedai makcik tu , dia still maki maki kitorang kuat kuat sampai semua orang pandang . dok bulu panjang bulu panjang . eh aku rasa macam nak pergi shave je lidah makcik tu . lepas tu kasi dia kumur kumur dengan concentrated hydrochloric acid . biar bersih sikit mulut longkang tu . and then hantar dia pergi kursus basic entrepreneurship bagi belajar sikit tertib berniaga.


kalau orang lain rasanya dah lama carut balik mak cik tu . nasib baik lah kitorang ni sabar sikit . dan berpelajaran . orang bodoh je yang layan orang bodoh macam tu . too stupid to handle . lepas dah jauh tu kitorang stop kejap kat satu spot and Ziha macam "eh berhenti jap . nak lepas geram jap" dan bermula lah sesi carutkan makcik tu oleh kami berdua selama beberapa minit . hahaha . kami jarang tau carut kan orang ! 

tapi disebabkan kami nak jugak tudung tu (faham faham jelah dah pusing semua kedai kot untuk cari tudung tu) so kami pusing jugak pergi kedai kedai lain untuk cari tudung yang sama . tapi kebanyakan kedai lain macam mahal sikit or tak ada tudung tu . jadi setiap kedai yang tak ada dan sepanjang kami cari tudung tu , memang mulut tak berhenti cakap eh bangang lah mak cik tadi . eh sial la makcik tadi . kalau tak kita dah dapat beli kot . 


dan aaaaaaakkhirnyaaaaaaaa jumpa jugak kedai lain yang jual tudung corak tu and murah . masa jumpa tu kitorang macam alhamdulillah... padan muka mak cik tadi . LOL . dan sepanjang perjalanan balik pun kitorang still kutuk kutuk makcik tu . tak boleh stop kot . terngiang ngiang je suara makcik tu maki maki . haishhh panas je hati . ikut kan hati aku nak tumbuk je makcik tu before blah . 


sebab tu lah aku sekarang lagi suka shopping dekat mall banding dengan dekat street . sebab at least pekerja dekat mall senyum layan customer . and diorang takkan pernah marah customer . and tak ada orang orang yang kerja sindiket ni dok offer offer nombor free lah , hulur yassin mintak derma 'ikhlas' lah . dan manusia manusia lain yang menyakitkan hati . ahhh , too many stupid people lah . dammit . so if you wish to go there , beware of these kind of stupid people . like I said , too stupid to handle .





Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)