Productive November

Pernah tak , kau ada banyak sangat kerja nak buat . sampai orang lain mintak kau buat apa apa semua kau tolak dengan alasan kau banyak kerja , nak buat kerja . lepas tu masuk bilik , duduk atas katil , fikir nak buat kerja mana satu dulu . lepas tu sebab banyak sangat kerja , kau end up pening kepala confuse tak tahu nak start dari mana . then , slow slow nak lunjurkan kaki , dan baring . dan berfikir sambil pejam mata . tengok tengok........


eh dah tiga jam kemudian ~XD


ya . tu lah yang sentiasa terjadi dekat aku . cuti midsem aku memang langsung tak productive . jet jet banyak boleh study kat rumah . nak siapkan tu siapkan ni . last last satu pun tak jalan . jalan penyelesaiannya , aku balik UM hari sabtu sebab tak nak buang masa kat rumah . kengkonon nya lah . padahal hari ahad tu aku tidur sampai tengah hari , petang tu main game pokemon . malam baru lah kedek kedek buat kerja sambil merengek malas serta gosok gosok mata yang dah mengantuk .


sehubungan dengan itu, (chewahhh . rindu pulak nak tulis karangan bahasa melayu) aku bertekad untuk jadi produktif . tempoh percubaan yang diberi ialah sebulan . so mulai bulan november , aku akan maksimumkan produktiviti masa aku semaksimum mungkin . haaa gittew . lagi pun aku ada banyak assignment yang due date bulan 11 . so memang baguslah kita jadikan bulan november bulan produktif sedunia . kalau berjaya , sebagai ganjaran aku akan belikan diri sendiri hadiah hari jadi . hahaha nampak tak sadis dia beli hadiah untuk diri sendiri . (padahal memang nak beli tapi jadikan alasan kengkonon birthday present untuk diri sendiri . puih !)

hadiah apa ? here's a clue



tapi jangan risau , walaupun bulan november bulan produktif , blog takkan diabaikan . InsyaAllah . tak janji . lewls .




so , siapa nak join aku ? chaiyok chaiyok ! hmm tak ada siapa ok bye.


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)