Tak ada benda yang paling aku tunggu selain dari week 5 . dari aku register course lagi aku dah macam eh cepatlah week 5 . tak sabarnya nak habis week 5 . bila nak week 5 ni ? and so on .
dan maka tamatlah week 5 . yeeeeaaahhhh !
kenapa aku tunggu tunggu minggu ni ? sebab habis minggu ni bermakna habislah tempoh jadual padat nak mati aku . segala lab habis minggu ni . So baru lah aku boleh bernafas dengan kadar yang separa normal . heh , belum cukup normal lagi . dah habis lab tapi still banyak aktiviti kolej yang aku join . setakat ni aku dah join 3 kelab and satu projek mega . so basically life aku sekarang malam malam ada je meeting apa apa . sabtu ahad ada je event apa apa . next week dah cuti mid sem but still hari jumaat sampai ahad aku ada program kem jati diri dekat Port Dickson . haa , nampak macam students yang berdedikasi tak ? busy je memanjang . blog pun tak update update . ahaks .
ok hari ni actually nak cakap pasal lab je . haha . so sem 1 ni aku ambik lab organic chemistry . orang lain punya nak ambik subjek ni lambat lambat sebab tak suka organic chem tapi aku tak sabar sabar nak ambik sebab dalam chemistry ni lah yang aku suka . dah cakap aku memang pelik dari orang . jangan tanya .
dan buat pengetahuan rakyat jelataku sekalian , lab chemistry beta start pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 5 petang . for those yang tak ambil chemistry , reaction diorang selalunya macam...
bapak ah kau buat apa doh lab sampai 7 jam ?????
tapi kan... kalau kau buat benda yang kau minat.... tak rasa pun 7 jam tu... hihi . lagipun lab dia relaks je . senang cerita kau masukkan satu chemical dalam beaker , kau boleh tangkap gambar beaker tu dulu. pastu sempat selfie sekali . pastu menguap kejap . and then proceed step 2 . haa , lebih kurang macam tu lah tahap relaks dia . hahaha . tapi ada lah certain experiment yang kena buat cepat cepat sikit .
ini contoh experiment recrystalization . bahagia bunga bunga hati bila result dapat crystal cantik bling bling . glitter shawl pun kalah tau !
ini pulak experiment untuk test functional group of organic compound . experiment ni banyaaaaaak gila test so aku tak sempat nak tangkap gambar semua sebab nak cepat . dan disebabkan hot plate dekat belakang tu terkena tangan aku maka terhasil tindakan reflek yang menyebabkan beaker dekat depan hot plate tu tumbang lalu tumpah segala chemical dekat aku . habis lab coat iolls warna warni ! dah la kesan dia tak boleh hilang . ceit ! haaa ni la sebab kenapa dekat lab wajib pakai lab coat . bagi mengelakkan pelajar comel yang cuai macam titew ni mandi dengan chemical lah .
and also some other experiments yang semuanya menarik . bagi aku la sebab ini minat aku . bagi orang lain mungkin apa lah yang minah ni bebel satu entry tayang lab apparatus bagai. kan.
and of course , aktiviti rasmi setiap kali lab . hahaha ~XD
meet my lab mates . that chinese guy standing at the right is actually from china . and he like to jet jet cakap melayu setiap kali lecturer suruh buat kerja lebih like "tidaaaaaaaa" k tak sampai . LOL .
and that girl with hijab, 3rd from the top left is actually mix of malaysia-libya and duduk Malaysia sejak umur 5 tahun . tapi sampai sekarang tak pandai cakap melayu . dah la banyak cakap laju pulak tu kadang kadang rasa macam eh penat nye nak susun ayat cakap dengan perempuan ni ! belajar cakap melayu plis !
and the others are just..... crazy chemist-to-be :)
terima kasih sudi baca entry nerd ni . kbye !
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)