Awkward

Hai korunkzzzz !


Hari ni saja nak share cerita . So , hari ni aku keluar dengan Alyaa . memandangkan ni minggu last kami duduk goyag kaki dekat rumah , makanya wajiblah pergi menternak lemak bersama dulu . Jadi sementara make up masih fresh , laju laju aku pergi tangkap gambar passport dulu . aku sebenarnya dah bertangguh nak ambik gambar passport ni seminggu . semua disebabkan encik jerawat yang bertapa atas hidung ni sebok nak bergambar sekali . tapi last last hari ni aku dah macam ah lantak lah ! aku dah tak de masa hari Isnin dah nak pergi UM .


So guys , gambar kad matrik aku nanti akan ada jerawat di hidung because YOLO ! YOLO beb YOLO , so why not ada kad matrik gambar ada jerawat kat hidung kan ? KAH !


Aku pergi tangkap gambar dekat kedai gambar ayah Abang Po sebab situ macam paling senang nak parking . so masuk masuk je.... alamak. ada mak dia lah pulok . I'olls ni pemalu orangnya . haha . makanya aku ni tutup tutup muka je la kengkonon mak dia tak nampak kot . padahal dah sah sah mak dia cam muka aku . hari tu time raya baru je salam mintak duit raya . puih ! masa tu aku tengah gaduh dalam hati eh nak tegur ke tak nak ek . dah depan mata kot . tapi masa tu mak dia tengah borak borak dengan orang lain so aku macam eh malas lah tegur . tak lama lepas tu mak dia keluar kedai . rasa macam fuhh lega . hahahaha . tapi mesti mak dia balik rumah terus potong nama aku dari senarai calon menantu kan . pasal sombong gila T_T


lepas tu aku pun menunggu dengan separa aman sambil usha usha gambar family diorang zaman saloma still awek cun dulu yang tergantung kat dinding . tiba tiba masa nak bayar akak yang kerja kat situ cakap.
"Nama awak Husna ya ?" sambil sengeh semacam.
"Eh , mana akak tau ?!?!?!" muka terkejut beruk.
"Teka je . rasa rasa macam tu."
"Tipu ! cakap la mana akak tau !" tetiba macam emo kat situ.
"Agak agak je.... hehe"
"mana boleh agak agak . cakap laa kenapa..."

lepas tu aku macam dah boleh buat dua konklusi . akak tu stalker atau dia psychic so dia boleh teka nama orang .


Then aku jumpa Abang Po kejap and dia ada mention pasal gambar passport . So conclusionnya , pekerja kedai tu suka stalk girlfriend anak boss dia . okay.............. ini memang stalk baik punya sebab kami tak ada buat relationship apa apa kat facebook . upload gambar sama sama pun tak de . bermanja-manja di status patah lagi . just dekat instagram je aku upload gambar kitorang seketul dua . so...... harap harap dia tak stalk blog aku jugak . kalau tak kantoi la titew cakap pasal awok . teehee ~


Photobucket

School Essentials Haul

Wuuut wuuut !


Haa kalau nak tahu , dalam banyak banyak benda yang paling aku suka bila dah dekat dekat nak start masuk belajar balik ni , mestilah shopping barang barang keperluan untuk belajar . dulu masa zaman sekolah , dah nak dekat hujung bulan December tu mesti parents aku bawak pergi Mydin . borong buku tulis , alat tulis semua . lepas tu pergi beli beg sekolah baru . lepas tu kasut sekolah pulak . Hoi , seronok kemahen kau ! dua minggu sebelum start sekolah aku dah siap sedia beg sekolah baru . dah isi siap siap lengkap dengan buku dan kotak pensel . letak elok elok tepi katil . eksaited titew . ihiks !

tapi bila makin besar tradisi tu makin hambar . semua malas malas nak keluar pergi beli barang sekolah . last last aku keluar sendiri pergi cari beg sekolah and kasut . lagi lagi bila dah start masuk universiti . laaagi lah parents aku macam alah dah besar tak payah lah . 

BUT NO ! aku tetap akan beli barang baru walaupun errr... barang lama masih elok dan boleh guna . sebab ni je yang akan boost semangat aku untuk masuk belajar . faham faham je lah kan perasaan hari pertama masuk kelas pakai semua benda baru . bersemangat gittew . makanya hari tu aku paksa ibu bawak aku pergi kedai buku untuk beli alat-alat tulis semua . beg pulak aku order online je . habis cerita .

Sweet lace PU backpack - RM43.00
www.avenue86.com

tapi rasanya dah sold old . tapi jangan risau banyak lagi backpack lain yang cantik2 dan harga berpatutan . handbag pun banyak .

aku memang nak cari backpack . dah penat pakai sling bag . tapi sebenarnya aku nak cari design macam retro sikit . ada jumpa tapi malangnya pre order . menyesal tangguh tangguh nak order . kalau dari hari tu order sempat dah sampai . sebab baru minggu ni nak order makanya aku order yang ni je sebab ready stock . 

ni first time aku shopping online dekat avenue86 ni . and service diorang memang bagus . instead of email, diorang akan mesej kita bagitau order diterima , payment diterima , barang dah pos beserta dengan tracking number semua . so makin senang lah . email pun tetap email jugak . dan cuma ambil masa 1-3 hari untuk sampai lepas payment . siap dapat free gift lagi tau .

#maafiklansekejap

stationeries yaww ~ disebabkan aku dah borong pen sekotak dan banyak dapat hadiah pen masa hari guru hari tu , so aku cuma beli pen sikit je . dan adalah kertas kajang , notebook, dan lain lain yang tak berapa nak comel untuk ditayang . teehee ~

ya, pencil case ni sangat besar dan pink dan macam kartun dan sangat kebudak budakan . aku tau . memang tak sesuai langsung untuk student first year degree . tapi aku tak dapat tahan diri dengan kecomelan dia . ahh aku tak peduliiiiii , aku tetap kanak kanak ! titik . 

disebabkan besar semua benda aku sumbat dalam ni . you name it I have it . gam ? gunting ? calculator ? anything.

erm.. agaknya tema kali ni memang brown leather and pink kot...

erm... yang  ni pulak tak sengaja :P





Photobucket

Penyokong kecil

Assalamualaikum 

Aku saat ini sangat terharu , kerana di saat diuji , mengalami kesulitan , maka datang penyokong-penyokong kecil yang setia menemani aku setiap saat . setiap detik . hampir setahun aku menjalani hari-hari tanpa mereka , tapi kini mereka kembali . 


ya , mereka itu ; my little supporters , tak lain tak bukan adalah masyarakat jerawat . *tepuk sikit*


dulu masa belajar kulit bersih je . then aku kerja sementara jadi guru ganti . disebabkan aku nerves , maka datang my little supporters , satu satu silih berganti menemani dan memberi semangat buat aku . 

"tak Husna , kau boleh punya ! meh sini aku teman kau mengajar meh !" kata cik jerawat.
"Hmm.... ok lah." kata aku.
"Eh , ticer ada jerawat baru ke ?" kata murid murid.
"eh pergi lah aku benci kau !" kata aku lalu memicit jerawat.
"baiklah aku pergi . tapi pergi meninggalkan bekas . muahahahaha" kata jerawat.


dan bila tiba hari kawan kawan lama ajak jumpa .

"eh , lama tak jumpa dia ni . aku pun nak ikutlah !" kata jerawat.
"hmm , aku baru nak jet jet floles depan dorang......" kata aku.


dan bila aku nak masuk degree minggu depan..
"Hmm , risaunya nak start degree . aku ni dah lah jenis tak peramah , tak pandai buat kawan." kata aku.
"eh jangan risau ! kami masih sedia menemani kau . kami takkan pergi tinggalkan kau sorang sorang!" kata bekas jerawat yang dah sebulan bertapa menemani aku.
"betul tu ! diorang ada , aku pun ada . tengok aku duduk betul betul atas hidung kau ni . merah lagi . baru semua orang sedar kewujudan kau . barulah keyakinan diri meningkat !" kata jerawat baru yang dah seminggu merah merah dah dua tiga hari ni dah mula nak menunjukkan diri yang sebenar .


"@#$%^&*(?/" kata aku.


Photobucket

A day in my lifeless life

7.00 pagi
Ibu atau ayah atau adik aku akan bukak pintu bilik aku and suruh aku kunci pintu . so aku pun akan bangun dengan mata buka separuh je dengan rambut serabai pergi kunci pintu sementara orang lain semua berambus pergi sekolah meninggalkan dahku seorang diri di rumah . sepi . sendiri . hahaha .


10.30 pagi
kadang kadang aku terjaga dalam area waktu ni . sama ada terbangun dari mimpi yang super merepek , atau aku berhalusinasi ada orang ketuk tingkap bilik aku suruh aku bangun . It happens a lot.... dan bila aku capai phone tengok jam , oh , awal lagi ni . jom sambung tidur .

12.30 tengah hari
aku mula rasa yang aku tak patut sambung tidur lagi . tapi aku masih tak nak bangun dari katil . so ? ayuhlah kita scroll segala social media . instagram twitter facebook whats app . dah habis scroll aku akan sambung main candy crush sampai habis nyawa .

1.13 tengah hari
tak tahu kenapa tapi tepat pada minit ni aku selalu akan rasa ok cukuplah ni aku nak bangun ! so aku akan terus capai towel pergi mandi .

2.00 petang
selalunya pukul 2 aku baru siap mandi and bersiap . bersiap dalam erti kata lain berpakaian lengkap . kalau rajin aku sikat rambut . make up memang tak lah . deodorant pun aku tak pakai . kah kah . lepas tu aku akan keluar bilik , sidai kain . bukak langsir . basuh pinggan kotor kalau ada . usha usha dapur . kalau rajin aku masak . tapi selalunya aku akan text ibu suruh beli lauk je . lepas tu aku akan masuk bilik semula .

4.00 petang 
waktu ni lah aku akan keluar semula dari bilik aku untuk berbual dengan manusia lain dalam rumah ni . lepas aku brunch , aku akan masuk bilik semula . 


dan benda ni berterusan saaaaaaampai malam . aku cuma keluar bilik untuk makan . dan untuk check peti sejuk mana tau tiba tiba keajaiban berlaku ada banyak makanan best dalam tu . walaupun keajaiban tu tak pernah berlaku , aku tetap akan check peti sejuk minimum sejam sekali . tak tahu kenapa . 


aku akan online sampai pukul 2 atau tiga pagi . lepas tu aku akan rasa penat mental dan sedar yang aku patut tidur . so aku akan tutup laptop , tutup lampu , dan masuk dalam selimut . eh tapi belum habis lagi . lepas tu aku akan capai phone dan scroll segala social media and main segala game yang ada . kadang kadang dok refresh twitter pukul 4 pagi tapi tak ada tweet baru yang keluar . baru sedar yang semua orang dah tidur kecuali aku . masa tu baru lah aku rasa sangat penat dan nak tidur . dan rasa macam oh penatnya esok mesti aku akan tidur awal sebab hari ni aku tidur lambat sangat .



tapi tak . esoknya aku akan tidur pukul 4 pagi jugak . dan rutin ni berterusan selama hampir tiga bulan .







dan minggu depan aku akan start hidup sebagai student semula dan aku baru sedar hakikat ni . dan sekarang aku takut dan risau . like how the hell aku nak ubah rutin lifess life aku ni kepada rutin super produktif bangun awal pagi dan kena tidur awal ??? please tell me how =,=


p/s : tertinggal.
2.00 pagi
selalunya ayah akan tutup wifi . so aku akan jengket jengket pergi dapur , buka wifi balik and curi curi makan dulu sebelum masuk bilik semula .


Photobucket

Cerita hari ini




Setiap hari , balik je dari sekolah , mesti ada je cerita yang adik aku nak share . tapi masalahnya , dia asyik cerita pasal kisah cinta kawan kawan dia yang macam bongok gila and sumpah aku dah naik muak dengar . bila dia bukak mulut je , mesti nak cakap pasal kawan kawan dia . dia punya muak sampai tahap dia dekat je dengan aku terus aku warning kalau kau nak cerita pasal BFF kau tu lagi tak payah . aku tak nak dengar . tapi dia still cerita jugak so selalunya aku akan tutup telinga and cakap lalalalalalala so aku tak kan dengar apa apa dia cakap saaaaampai lah dia blah . hahahaha .


tapi hari ni cerita dia agak kelakar sikit . pasal dia terpanggil cikgu dia adik . well , kami di rumah kan selalu cakap dengan Haziq aka adik bongsu kami . so sikit sikit dik . jadi cikgu dia tengah explain something dekat dia , and then dia pon macam "owh... yeke dik?" nasib baik cikgu dia tak perasan . hahaha . cikgu kau sikit punya besar boleh kau tersasul panggil adik . haih , kepala dah ting tong study lettew..

and then ibu pulak mula cerita . ada sorang budak dekat sekolah ni , setiap kali pekerja letak sabun pewangi dekat toilet mesti dia ambik bawak balik . aku kenal budak tu dia memang semacam sikit . suka cari pasal dengan orang . so ibu , tukang cuci and pembantu pra pun bergossip lah pasal budak tu . tetiba si pembantu pra ni cakap , macam Hagemaru je bawak balik sabun dari sekolah . and ibu pon haah lah macam Hagemaru hahahaha . but the tukang cuci tu blur semacam and tanya Hagemaru tu apa ?

rupanya dia tak pernah tengok kartun Hagemaru . kesian.... eh tapi betul jugak , rumah aku je yang rasanya semua orang tengok kartun 24 jam . hahaha . hah , korang semua pernah tengok tak kartun Hagemaru ? kalau tak pernah sila facepalm sekarang and usha usha lah channel 611 astro ceria tu ye.. so ibu dengan si pembantu pra tu pon bagitau lah si tukang cuci tu apa tu Hagemaru and suruh dia tengok balik nanti .

kebetulan lepas ibu cerita tu , tengok dekat info tengah tayang cerita Hagemaru dekat astro ceria . cepat cepat dia cari phone text tukang cuci tu suruh tengok tv sekarang . suasana ni macam tak relevan tau tak . seorang ibu berusia 40-an , eksaited call kawan dia yang juga berumur 40-an , suruh tengok kartun dekat tv sekarang . aku masa kecik dulu pon tak de sampai call kawan bila kartun best tayang kat tv .


eh btw , nampak tak aku sangata lifeless sekarang ? aku just boleh cerita pasal orang je . bukan pasal diri aku sebab aku takde life . hahaha . kalau nak tau macam mana life aku hari hari nanti esok i'olls cerita . hahaha . lifeless pon nak bangga !


Photobucket

Medical Check Up 2.0

Assalamualaikum :)


Cakap pasal nak masuk U , mesti akan cakap pasal course apa ? Yuran berapa ? ambik ptptn tak ? nak apply biasiswa apa ? tak lupa jugak , dah buat medical check up ?


Tahun lepas aku dah ada kenangan pahit pergi buat medical check up dekat poliklinik and berhasrat tak nak buat kat situ dah . tapi malangnya , aku terpaksa buat kat situ lagi memandangkan aku naik dengan orang and dia nak pergi buat kat poliklinik . and risau medical check up dengan klinik swasta tak diterima nanti . sebab certain U dia memang wajibkan med check up dari klinik kerajaan . 

so... jumpa lah lagi nurse nurse kaki sembang tu . haih..

luckily , kali ni orang yang x-ray aku perempuan . ada dua orang yang jaga kaunter lelaki and perempuan . haa macam ni baru lah betul . bukan macam dulu laki sorang je yang jaga . yang lawaknya aku jadi sangat blur sebab nervous sampai masa nak X-ray tu lelaki yang jaga kaunter tu tanya aku , "Ni tarikh datang ke?"
dan aku macam "hah ? hari ni berapa hari bulan . tak lah."
dan dia macam "ni tulis kat sini ni tarikh datang ke ni?"
dan aku macam "datang ?"
dan dia macam "ya datang..."
dan aku macam "err... datang mana?"
dan dia macam "......datang kotor..."
dan aku macam "OOHHHHHH haa haah betul la tu !" sambil kulum tahan nak tergelak

so macam biasa , aku kena buat urine test dekat hospital . dulu aku sangat confuse kenapa charge med check up aku sangat mahal berbanding orang lain and lama gila baru siap . rupanya kalau buat basic medical check up , just perlu bayar RM20 . and tak perlu ambil darah . malangnya sekali lagi , UM sangat lah cerewet . semua benda dia nak . HIV dadah Hepatitis B X-ray dan yang basic . kalau untuk students foundation dia nak Rubella sekali . so sebab tu lah aku kena buat urine test dekat hospital and tiga hari baru dapat result . and kena ambil darah untuk buat blood test dan sebulan dua baru siap . dan charge med check up aku lima kali ganda orang lain iaitu RM110 . telan air liur je bayar . demi nak masuk UM lah kata khoonnn ~

malangnya buat kali ke tiga , aku pergi buat med check up hari khamis . and diorang just ambil darah hari isnin sampai rabu . so  hari ni aku kena pergi poliklinik lagi untuk ambil darah . neves macam sial je sebab kau dah tau yang kau datang situ semata untuk ambil darah . nasib baik kali ni gua tough . dah tak nangis , tak termuntah macam dulu . hahaha . aku pejam je mata , langsung tak tengok jarum ke apa . tau tau dia dah masukkan darah aku dalam bekas . yucksss . banyak kot . dah la merah , pekat . euww . 


dan yang kelakarnya lagi aku jumpa Khairuddin dengan mak dia nak buat medical check up jugak . ahh , old memories . haha . cumanya kali ni aku dah tak perlu nak tumpang kereta dia and borang aku tak kan tertinggal dalam kereta dia dan aku tak perlu merayu dekat pegawai bank untuk dapatkan number phone dia . sebab i'olls sekarang dah drive sendiri u'olls . sila berbangga sekalian penduduk beta !


so medical check up is done . eh , tak berapa nak done sangat lah . sebab result still pending . gayanya aku memang nak kena hantar result aku sendiri la dekat PPUM nanti pasal lambat siap . haih... nasib nasib servis lembap.
Photobucket

Back to the old time...

Ola people !

Zaman sekarang budak budak manade nak jalan kaki dah . semua naik basikal and motor . masuk je sekolah menengah terus upgrade naik kereta . and then jumpa lepak main play station . lepak kat kedai makan tapi semua belek phone . bila nak pergi rumah kawan , sampai sampai bagi salam sekali lepas tu terus keluarkan phone . call kawan sambil cakap "bhai , gua depan rumah lu . keluar ah."


iye ke tidok ?


petang tadi , aku baru je sampai rumah dari kuantan . tetiba Alyaa si minah Mesir kita tu wasap wasap i'olls ajak keluar jalan jalan naik basikal . malangnya basikal adik aku dah lama pancit . dia pulak tak ada basikal lebih . so kami decide nak jalan kaki . dengan harapan lagi senang nak bergossip sambil jalan berbanding sambil kayuh basikal . ahaks .

so aku yang dah sememangnya bersiap cantik (baru balik dari kuantan lah katakan) terus pakai shawl balik . haha . penat tu cepat je hilang bila nak jumpa kawan nak bergossip kan . haha . si Alyaa yang puasa tu pun segar je muka . yang lawaknya Alyaa datang rumah aku naik basikal . sampai sampai dia bunyikan loceng basikal . old school sangat u'olls . lepas tu tinggal basikal kat rumah aku and kami pun mula menapak tanpa hala tuju.

jalan punya jalan tengok tengok dah sampai simpang rumah Athirah . so alang alang ingat nak menempel kat situ mengadu kebosanan . tapi ada sedara mara dia datang ziarah pulak . jadi kami pun malu malu kambing lalu terintai intai dari luar . nak call dua dua miskin kredit . lepas rasa macam tak de tanda tanda yang Thirah akan keluar kami pun blah la dari situ . tskkk

then kami decide nak pergi main buaian dekat taman perumahan sebelah . saje je nak merasa buai orang . hahaha . dah jalan jauh jauh tengok tengok buai ada orang main . ciskek la . puas tunggu orang tu blah . diorang bangun je kitorang cepat cepat bangun menuju ke buai . time otw tu tiba tiba ada budak budak menuju ke buai jugak . tak sempat nak jalan laju laju diorang dah berlari serbu buai . woi woi , kitorang nampak buai tu dulu ! hormat la sikit hakak hakak ni . biasa dia niiii !

akhirnya kami pasrah... nak main gelongsor macam tak patut pulak memandangkan kami dah ehem... lewat kanak kanak . takmo guna term dewasa . tamo tamo . so , kami pun main....... see saw . ya , itu lah yang kami rasa paling patut dengan usia lewat kanak kanak ni . kami mungkin nampak macam good good je . aku study pure science kat University Malaya.. Alyaa study medic dekat Mesir . tapi ramai yang tak tahu betapa lifeless nya kami sebenarnya... inilah buktinya.......



yang sedihnya naik see saw dengan Alyaa ni , dia ringan sangat ! nampak macam nak gemok sikit dari dulu tapi baru 40 kg rupanya . sebab tu la tak de gambar aku angle tinggi macam gambar Alyaa . sebab bila aku ada kat atas mesti aku akan turun balik . tak dapat nak stay kat atas lama lama.......
.
.
.
.
.
.
.
.
kau faham tak perasaan macam gemok gila tetiba bila main see saw kau asyik stay kat bawah ????
arghh nak kena diet nih !


Photobucket

Break Break



Assalamualaikum lovelies !


Finally , aku dah dapat hala tuju aku . walaupun aku actually hanya lalang yang follow je mana mana angin tiup aku selama hidup belajar ni , but I'll make sure aku jadi lalang yang berjaya . hahaha . dipendekkan cerita , result UPU dah pun keluar . and alhamdulillah , aku dapat universiti pilihan pertama aku . I was wishing for research uni , tapi tak sure nak sambung dekat UM or UKM . dia macam feeling kalau dekat UM aku dah tau selok belok , aku dah selesa . tapi tough ! dan sangat dekat dengan bandar yang membuatkan aku lagha . haha .

UKM pulak , dekat bangi . so tak lah lima minit naik teksi pergi mid valley kan (punca lagha) . kurang satu sem dari UM . and aku agak teringin nak tengok suasana baru . tapi... serasi ke nanti ? ok ke ? mana lagi bagus ? UM ke UKM ?

jadi aku pejam mata je pilih UM first choice and UKM second choice . and berdoa dapat mana yang terbaik untuk aku . sebab result aku tidaklah empat rata . jadi tak confident konfem dapat UM . and then... finally resultnya UM . Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) .

dan aku dapat Kolej Kediaman ke 12 . lagi . jadi aku akan kembali . gua taikong kat kolej . tasik , cafe , gua pegang . hahahaha . walaupun rasa macam alahai... aku teringin nak merasa duduk kolej lain pulak ! tapi bila fikir balik , maybe itu yang paling dekat dengan fakulti . fakulti kat mana pun aku tak tahu . haha . and KK12 adalah kolej paling baru . walaupun sembilan tingkat tapi ada lif . tapi kalau lif rosak haa menapak lah kau . ketar ketar lutut panjat tingkat 9 (based on true story) . dan kemudahan semua ada . siap ada tasik lagi kau ! so... not bad la .


so 1th September 2014 gua akan berambus dari keselesaan tahap dewa bermalas malas setiap hari pergi ke dunia baru yang super busy dan mencabar . back to student life . ahh , dia macam satu perasaan yang menyampah bila fikir baik seksanya belajar , tapi bila duduk rumah goyang kaki rasa rindu nak belajar . macam cepatlah result UPU keluar tak sabar nak start belajar !

jadi mulai sekarang aku dah start busy buat preparation . dah start degree nanti mungkin lagi busy . tak tau . rasanya suasana degree memang tak sama dengan asasi . harap harap aku tak terkejut beruk nanti . huhu .


nak tau apa yang aku paling tak sabar sekarang ?











beli alat tulis.... don't judge me. aku memang nerd.


Photobucket

Insecure

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia !


HAHAHAHA . pagi ni aku macam semangat gila . awal pagi dah blogwalking and wish good morning dekat semua orang . pasal malam tadi tidur awal gila and ended up terjaga pukul 4.30 pagi . and then mata dah cerah tak boleh tidur . jadinya golek golek je lah sampai subuh . and then pagi pagi dah keluar bilik pergi bancuh nescafe and ibu pandang semacam and tanya "ada kawan nak datang beraya ke hari ni?"

apa ingat aku bangun awal sebab orang nak datang beraya jeke ???


........ memang pon selalunya -,-


pernah dengar tak girls bising bising cakap "ah insekyo nyerrr !" insecure = insekyo = rasa tak selamat . cuma ada satu sebab kalau girls dok tweet atau cakap insecure . tu maknanya dia tengah stalk perempuan cantik . tak percaya ? tak percaya sudah !

aku tak tahu kenapa tapi perempuan sekarang , lagi lagi yang hijabster ni , suka stalk other girls dekat twitter or instagram . believe me kami perempuan ni lebih banyak follow perempuan cantik berbanding lelaki hot . kalau scroll instagram tu penuh gambar perempuan cantik je . kalau ternampak gambar perempuan cantik kat mana mana we'll go like searching who the hell she is and stalk all her photos .

haa lepas tu bermula lah drama low self esteem . mula rasa macam ahhh kenapa dia ni perfect gilos . cantiknya comelnya . lagi lagi perempuan bertudung yang cantik flawless body cantik pulak tu . lagi lagi lagi lagi kalau dia tu pandai or bekerjaya . haa rentetan daripada itu lah yang korang tetiba dengar perempuan menjerit insekyoooooonyaaaaaaaa !!!!!! benci aku tengok dia ni ! *sambil terus scroll insta perempuan cantik*




bye dan selamat pagi >,<
Photobucket

Jejaka Idaman

hihi . mesti lah kena letak gambar bae untuk entry ni  >,<



Ola guys !
as a girl (yang kuat berangan) of coz sejak kecik dulu aku dah list kan ciri ciri jejaka idaman aku . tapi zaman tu sekolah rendah lagi tak fikir apa so wajibul ghunnah lah ciri ciri beliau hensem tinggi kacak bergaya pandai serta kaya nak mati kan . but as I grow , mestilah dah makin matang (yekee?) dan.... makin pandai pilih ? kah kah !


It's not that I'm going to find the exact jejaka idaman tapi berharap ciri ciri tu ada . dan buat masa sekarang berdoa supaya ciri ciri tu akan ada pada yang sedia ada . hahaha . tapi rasanya ini sangat klishe and every girl bayangkan 'jejaka idaman' yang sama . 

1- tinggi
I don't know why tapi aku rasa laki yang kurang ketinggian agak turn off . bagi yang tak faham turn off ialah something yang buat kita tak jadi nak pandang orang tu . like laki yang muka boleh blah tapi rendah , then I will go like alahhhh kenapa ???? tak nak lah crush dia . hahaha . walaupun aku pun pendek je tapi ah tak kira ! aku nak laki tinggi jugak ! tak balance ke apa ada aku kesah ?

2- funny
aku secara jujurnya akan lebih tertarik dengan orang yang kelakar . tapi bukan yang sepanjang masa buat lawak bodoh and gelak bising bising hu ha hu ha . tapi yang jenis macam spontan and akan sentiasa buat orang keliling dia senyum and ketawa . alah , you know what I mean .

3- pemalu
ni dah macam berlawanan dengan funny je kan tapi aku suka orang yang pemalu ni . macam comel je . hahaha . tapi tak de lah pemalu sampai diam sangat senyum pun tak nak . ceh ! malu malu kucing dah la . haha .

4- ada rupa
atau erti kata lain handsome . ah come on , siapa je yang berangan jejaka idaman dia tak hensem ? mesti la semua teringin yang cantik hensem je kan ? walaupun diri sendiri pun buruk :-/



5- ada masa depan
atau erti kata lain berpelajaran bekerja bagus dan berduit . hahaha . memanglah kalau dah sayang sanggup hidup susah senang bersama tapi takkan lah nak aim lelaki yang tak de masa depan kan ? ini demi kesenangan hidup pada masa akan datang jugak . keh keh

6- gentleman
I don't wish for a romantic future husband . kalau nak romantic sikit sikit tu ok lah tapi kalau berlebih tu aku pun geli . hahaha . sebab aku akan cenderung untuk ketawa bila kena benda benda yang romantic ni . sebab aku sangat lah tak romantic . so cukup lah sekadar gentle . like tahankan pintu bagi aku lalu , puji aku , layan aku lembut sikit , bagi aku jalan dulu , bagi aku makan dulu , bagi aku main game dulu , bagi aku guna toilet dulu . hahahaha

7- a girl's bestfriend
ini paling penting . aku nak cari orang yang sanggup teman aku shopping . faham jelah kan perempuan shopping macam mana . pusing satu mall berjam jam last last patah balik pergi kedai yang paling first masuk and beli baju yang first sekali dia pegang . hehe . sanggup teman aku makan lama lama . boleh join aku manjakan diri . tolong pilih barang . kawan buat karaoke ke laut . kawan nangis tengok movie . kalau gelak gelak . kawan gossip . bla bla bla .


cukuplah tujuh . banyak banyak karang macam demand pulak . padahal tujuh pun dah banyak . hahaha . ciri ciri wajib seperti setia , jujur , penyayang , beriman apa semua tu tak payah cerita lah . kalau semua ciri jejaka idaman lengkap tapi main kayu tiga empat lima and then pergi club apa semua memang tak lah kan...

Photobucket

Hey



Hello people !
long time no see . biasalah bila stop blogging kejap , dia jadi malas betul nak start balik . pasal break balik kampung je pun . tengok dashboard semua orang buat Raya post . tapi aku masih belum cukup rajin mau edit and upload semua gambar raya . It's okay . It's still Syawal kan , so next next next day pun boleh . teehee ~

so sepanjang ketiadaan aku ni (yang takde sorang pun kesah sebenarnya) aku sibuk beraya je lah . ihiks . well , tahun ni tahun raya paling sakan . sakan bukan bermakna buat open house grand grand ke apa tapi raya paling relaks buat aku . sebelum sebelum ni raya dengan homework . cuti raya seminggu je . last year cuti raya is study week . raya ke tiga ke ke empat tah dah balik kolej semula . sedih... so tahun ni aku dapat raya sebulan . full . so sesiapa yang duduk berdekatan ada nak buat open house ke apa sila jemput okay . aku sentiasa free . hahaha.

raya for me is not about melantak all the ketupat lemang rendang . siyesly aku rasa aku tak makan lemang pun raya ni . bukan tak ada tapi malas nak makan . aku selalu ada perangai malas nak rasa something limited and then bila dah habis baru rasa macam alahai rugi tak rasa . heh... terlambat dah pun . raya for me is about meeting friends . well , you can call them 'kawan lama' but i prefer 'kawan raya' sebab hanya jumpa salam salam peluk cium di hari raya . hari lain tak nampak langsung . haha . so tahun ni aku dapat la jumpa ramai kawan kawan raya aku . well memandangkan ramai yang tengah cuti tunggu degree kan , boleh la gather melantak sama sama .

after seminggu lebih raya , baru lah aku ada kesedaran nak bereskan apa yang patut dibereskan . kalau tak hari hari macam zombie kat rumah . kalau kawan ajak beraya baru lah aku ada rupa manusia sikit . yelah kalau keluar beraya rupa zombie kawan pun tak nak jemput masuk rumah kan... so semalam akhirnya aku pergi buat IC baru . ya , akhirnya . kalau orang dengar macam baru nak buat ?? dah 19 kot ! tapi jangan lupa fakta i'olls lahir bulan 12 . so hujung tahun lepas baru cukup umur nak buat IC baru and masa tu busy study lah kengkonon nye. and now dah habis study duduk rumah inilah masa terbaik pergi buat ic . gittew .

ni semangat pergi buat ic ni pun sebab tak sanggup nak daftar degree nanti pakai IC darjah 6 . sadis betul rasa..

jadinya pagi semalam aku pun pergi dengan Aiza naik kereta dia . ehem , nama je naik kereta dia tapi yang driver nya aku . haa nampak tak aku dah ada driving skill di situ ? kah kah ! sebenarnya ibu tak bagi aku drive kereta orang tapi apakan daya . tak de siapa nak hantarkan , tak mau la merempit pergi bandar . tak cun ah . Aiza tu ada lesen tapi malu malu nak guna . nyampah tau ! eleh padahal sama je macam aku dulu dulu . haha .

tahap kemaluan malu dia tu sampai kunci kereta pun tak kenal tau . at first dia bagi aku kunci suruh try start enjin dulu tapi puas aku pulas tak boleh . and she was like... eh , kenapa tak boleh eh . ala , ayah aku tak ajar lah pulak macam mana nak start . wehhh , start enjin je wehhh ! aku memang dah agak tu bukan kunci kereta tu tapi dia iye kan jugak yang tu memang kunci dia . last last test kunci kereta pun tak lepas . memang sah la bukan kunci kereta tu . nasib baik ada adik si Aiza ni yang tau mana satu kunci yang sepatutnya . kalau tak memang tak gerak lah kereta tu cerita dia kan..

aku pun berani berani cuak je bawak kereta orang memandangkan driving skill aku pun baru tahap sebulan anak jagung . walaupun tersengguk sengguk and once again tersalah masuk jalan sehala , syukur tak ada kemalangan jiwa berlaku . dan kami sedaya upaya tak lalu traffic light bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali . trauma weh last time aku dengan Aiza tersangkut kat tengah tengah traffic light . kereta dah melintang kat situ . sukati nak main reverse tengah tengah traffic light kan . hahaha . tapi nasib tak berapa nak baik time lalu jalan sehala selisih dengan kereta lain . dah terhegeh hegeh nak reverse balik . nasib pakcik tu tak maki aku kah kah . dia cuma cakap "dik ni jalan sehala lah" and I was like sengeh sengeh kerang wangi je sambil cakap dalam hati "IYE TAU LAH TERSILAP NAK BUAT CEMANA KHONNN "
Photobucket