Tiga open house dan seketul crush lama

Assalamualaikum :)

Apa yang paling menggembirakan di bulan Syawal ni selain daripada duit raya ialah open house . erm , rasanya boleh bagi highlight sikit sebab dia OPEN HOUSE . hamagadd sesiapa yang rumah dia buat open house silalah jemput aku .


Cerita dia weekend ni dapur rumah aku hanya berasap untuk breakfast je . lunch dinner semua kami mencekik puas puas di open house . hari ni family aku marathon tiga open house sekali gus . walaupun lokasi rumah rumah agak jauh , tapi sanggup kami redah dek kerana menu nasi arab dan kambing bakar nyumzzz . haa , kalau korang nak pergi marathon open house , bukan boleh main redah je . dia ada sedikit tips and tricks tau !


1. Bersiap lawa-lawa
Hal ini demikian kerana kau akan jumpa dengan ramai kengkawan parents kau . haruslah kena comel comel supaya mendapat pujian seperti "eh dah besar dah... dah cantik dah sekarang."  lalu kau pun boleh senyum tersipu sipu lalu salam tangan beliau dengan penuh sopan dan gemalai.
p/s: mana tahu nanti ada yang berkenan nak buat menantu muehehehe ~


2. Sikit-sikit tapi semua
kalau kau pergi dekat mana mana open house , jangan menyesal di kemudian hari kerana tak merasa semua jenis juadah yang dihidang . nanti balik tetiba dalam kereta adik kau sembang laksa dia tadi sedap nak mamps . dah menangis sebab tadi sombong tak nak rasa . tapi kena makan sikit sikit ! kalau tak nanti rumah yang last last kau dah tak mampu nak makan apa apa . tetiba rumah last hidang burung merak albino golek honeyprime blackpaper BBQ vavavoomm haa mulalah berharap tadi tak mencekik soto lima mangkuk.


3. Baju sorok perut
Pilihan baju mestilah tepat . kalau kau jenis perut tak ada six pad tak payah lah pergi open house pakai baju kurung modern mahupun kebaya . eloklah kalau pakai baju kurung atau jubah atau blouse yang besar dan jenis kain yang flowy . kain chiffon is the best sebab dia sentiasa kembang and tak melekat kat perut kau . jangan pakai kain lycra . nope . bad decision !


sekian sahaja tips ringkas khas daripada pakar mencekik yang berpengalaman .


oh btw , guess what . rumah laaaaaast sekali yang aku pergi tadi , tengok syok syok aku scan segala jenis makan yang dihidangkan sambil fikir nak ambik yang mana dulu sambil fikir patut ke aku makan lebih sikit memandangkan ni rumah last , tetiba aku pandang depan nampak crush aku masa form 1 dulu . and I was like OMFGWOJDOSDJKWNDDLAODKAPKP#$%^&*()_

Don't worry , aku sangat dah move on . Abang Po if you're reading this jangan risau . dan jangan tanya apa-apa hahahahaha :P and dia pun dah bertunang dah pun . oopps kantoi aku still stalk dia . dah Facebook friend so scroll scroll timeline ternampak lah kan . heheh :P

He was my senior tho . and I used to do the creepy forever alone nerd girl thing to usha dia whenever I saw him . like tengah kusyuk belajar dalam kelas tetiba crush lalu , mata dan otak aku pun turut berlalu . hahahah . and bila aku dapat tau ada orang lain minat kat dia jugak I was like... F off, bitch ! (dalam hati je lah LOL) . ahhh rindunya zaman zaman derp dulu . ada crush semua tu . aku dah lama tak ada crush sebab obviously aku dah ada bf . and otometik hati aku tak gegedik macam dulu bila jumpa laki hensem kat celah mana-mana. dia semacam tak bernafsu . hahahahaha


okay okay ! enough of geli-geli entry . bila fikir balik semua ni baru sedar how time flies . dulu aku minat kat dia masa aku form 1 . sedar tak sedar sekarang aku dah doploh tahun and dia pun dah bertunang . it's seven freaking years ! tak sedar pun . tetiba baru sedar aku dah tua . sob sob . kbye nak menangis sambil belek katalog krim anti penuaan dan kedut.

Photobucket

2 comments:

  1. hahahahaha!! setuju dgn point di atas sbb gua pun pakat mencekik yg berpengalaman jugak *tutup mulut* silap besar lah kalau pakai baju lycra ikut bentuk badan, karang bentuk boncit pun dia ikut sekali, wkwkwkw ><

    gua kalau ditakdirkan terjumpa crush, maunya bertambah selera makan kat situ jugak! ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaan . lycra memang di banned untuk dipakai di open house . haha . lagi satu dress yang ada getah kat perut tu . kalau perut buncit sebijik nampak macam orang pregnant . hahahahaha

      part crush tu haruslah selera makan bertambah . siap makan sambil senyum senyum lagi . hahaha ><

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)