K-Drama Review: School 2015 (Who Are You)

Assalamualaikum :)

Ni adalah sambungan July Favs aku . So, my favourite drama of the month must be School 2015 : Who Are You . Before separuh daripada korang yang anti Kpop terus blah dari entry ni , aku nak tegaskan di sini yang aku adalah orang yang memang tak minat Kpop . AT ALL . dari sekolah sampai sekarang aku di kelilingi Kpopers but I just don't feel it . haha . tapi ada beberapa lagu Kpop yang macam catchy aku dengar dengar lah jugak .

Tapi satu yang aku suka ialah drama korea . dalam banyak banyak drama , Melayu sinetron Thai telenovela English bla bla bla , aku paling prefer drama Korea . tapi aku tak ada lah tengok banyak sangat drama korea sebab malas nak download dan kekangan masa .



at first aku ingatkan ni cerita pasal budak sekolah bercinta ke apa . and aku memang suka cerita pasal budak sekolah . so memang eksaited jugak lah nak tengok kan . hahaha . tetiba rupanya cerita pasal buli . yes, buli . cerita agak membuka mata jugak lah , pasal macam mana struggle budak yang kena buli kat sekolah . And dia adalah sikit pasal konflik perasaan tuh haha tapi tu bukan main focus dalam drama ni . Heck there's no kissing scene at all ! just one kiss on the cheek and that's all. Woah I'm impressed ! aku rasa ini adalah drama pertama yang aku tengok sejak bertahun tahun dahulu yang tak ada kissing scene . I watched a lot of English movie so kissing/in bed scene like a must now I guess . It's disgusting...

Cerita dia pasal Eun-byul and Eun Bi , kembar seiras yang terpisah sejak kecik . Eun Bi ni tinggal kat Love House (rumah anak yatim) manakala Eun Byul tinggal dengan mak angkat dia . Eun Byul ni tahu pasal Eun Bi tapi Eun Bi tak tahu pasal Eun Byul . And Eun Bi ni lah yang kena buli . Perempuan yang buli dia tu nama Kang So Young and I warn you , perempuan ni akan membitching sampai habis drama . So korang memang akan benci gila dengan dia . haha . Eun Bi kena buli teruk gila tapi tak ada sorang pun tolong sampailah satu hari dia decide untuk buat something..... jeng jeng jeng . Eun Byul tahu pasal Eun Bi kena buli tapi tak boleh nak buat apa-apa . and Eun Byul ni jugak come up with an idea untuk tolong Eun Bi tanpa Eun Bi sedar .


Basically cerita ni ada banyak benda yang korang kena fikir :
1. Eun Bi kena buli
2. Eun Byul hilang
3. Han Yi An punya perasaan cinta kat Eun Byul sejak kecil
4. Tae Kwang yang kesian
5. Nombor Misteri (aku lupa apa nama budak tu)

Ermm , I can't tell much . sebab cerita ni banyak surprise and plot twist . so kalau aku cerita sikit je pun , aku akan jadi spoiler . haha . cuma aku nak ingatkan korang yang nak tengok, please jangan tengok malam malam . No , it's not scary . tapi dia ada banyak misteri yang perlu dirungkai chewahh ayat aku hahaha . Aku tengok cerita ni setiap malam and aku tak boleh stop tengok . sebab ending every episode sangat tergantung and buat kau tak sabar untuk tau apa jadi lepas tu .

Here's some sneak peek . tapi video ni nampak macam more to love story tapi sebenarnya tak..



Dan tolong sediakan tisu . Aku orang yang susah nak menangis tapi I can't stop crying tengok cerita ni . Kau bayangkan aku hari hari tidur pukul tiga empat pagi and nangis nangis . Can you imagine betapa rabaknya mata aku . So pengakhirannya , aku dapat tengok drama yang bagi aku paling best aku tengok setakat ni dan sepasang eye bag yang paling teruk dan lama aku pernah ada selama aku hidup.

So kalau korang tak suka love story , and suka cerita misteri dan ada banyak konflik , tengok cerita ni . kalau korang tak suka pun , tengok jugak . aku jamin korang mesti akan suka . haha . and cerita ni ada OST yang paling best sekali . Aku even tengah taip entry ni sambil dengar album OST drama ni . haha

so berapa bintang aku nak bagi ?
8/5 bintang!!!!!!

Clik sini untuk tengok --------> CLICK CEPAT !!!




#teamTaeKwang


Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)