Podot

Assalamualaikum :)


Once dekat sekolah aku femes perkataan ni . 'podot' which for us means malu. aku tak sure lah kalau kami cuma mencipta perkataan atau memang perkataan ni wujud . jap aku check...
.
.
.
.
okayyyyyyy...... rupanya podot tu is a word in loghat pahang . and maksud sebenar dia ialah sumbat . contoh paling banyak aku jumpa , "aok podot je baju tu dalam beg." maksudnya "awak sumbat je baju tu dalam beg." 


So.... why on earth did we use the word 'podot' as malu ?!?! demm . nasib baik aku dah tak guna word tu sekarang . kalau aku still guna dekat uni and kawan kawan aku tanya apa maksud dia and aku cakap malu... aku lah yang termalu sebab I am from Pahang dan aku telah menyalahgunakan perkataan bahasa negeri sendiri . haha . So guys , if you are from my previous school... ketahuilah bahawasanya kita telah tersilap . kembalilah kalian ke pangkal jalan . mungkin adik adik junior yang masih ada dan guna perkataan podot as malu boleh educate kawan kawan yang lain bagitau maksud sebenar dia sumbat . dan boleh juga sarankan dekat cikgu supaya wujudkan kelab persatuan anak pahang . belajar dialek pahang yang betul kat situ . kat tempat aku loghat pahang memang hancus betul.. dah dirojakkan dengan loghat negeri lain . felda lah katakan...



eh tetiba terbebel pasal perkataan tu pulak . actually aku nak cerita pasal aku termalu hari tu . nak guna terpodot tapi tadi baru dapat hidayah kan... haha . pernah tak korang nampak someone yang korang kenal dari jauh , then korang start senyum and lambai lambai dia . makin dekat.... makin dekat.. lagi korang melambai and nak tegur dia ke apa.. tetiba elok dia jalan straight je sebelah bahu korang , pandang pun tak . rupanya dia tak perasaan kewujudan kau kat situ . dan kau terhenti di situ berdiri seorang diri sambil orang lalu lalang pandang apahal budak ni lambai siapa dan kau pun slow slow turunkan tangan dan try untuk berlagak macam nothing just happened .


Yes that happened to me... a lot . dan aku rasa itu adil sebab rasanya semenjak aku diisytiharkan rabun tapi aku still jet jet mata clear je tak nak pakai spec ni dah berapa ramai kawan kawan aku merungut yang aku selalu tak pandang pun diorang kalau selisih . kadang kadang diorang siap lambai lambai panggil nama lagi tapi sebab aku tak nampak aku buat tak tahu . bila dah lepas baru aku macam perasan yang tadi ada orang tegur tapi dah terlambat . hahaha . kesian . 


Beberapa hari lepas , benda ni jadi dekat aku pulak . but this time it's on another level . aku jalan jalan dengan adik aku . tetiba kami nampak cousin kitorang lalu , tengah drive kereta . then we crossed the road , right in front of him , and lambai lambai sambil terlompat eksaited sambil jerit jerit panggil nama . well , cousin sendiri kan . nak malu apa . hahaha . BUT.... but dia boleh tak pandang kitorang LANGSUNG and drive straight je... I mean... kalau tak perasan muka kitorang pun , tak kan lah dia tak pelik kenapa ada dua orang perempuan lambai lambai sambil melompat sambil lintas jalan.... tak kan lah kau tak terfikir untuk pandang sekali lagi... demm yuu .


dan kami sumpah speechless kat tepi jalan bila nampak kereta tu terus je macam tu . dan driver kereta belakang lalu sambil melemparkan pandangan apo-kono-eh-dengan-budak-budak-ni-haa . dan orang orang yang lalu lalang di sekeliling pun macam... pahal doh perempuan dua orang tu...


balik rumah terus laju laju whatsapp cousin dan dia cakap dia tak perasan..... ah , aku masih berdendam . kau tungguuuuuu ~




Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)